Friday, May 29, 2009

Masih mengejar masa....

seawal pagi aku sudah sampai ke opis...terus on computer n sambung buat kerja yg tak sempat nak sudahkan malam tadi....dah tinggal seorg2 kat atas ni kecut juga perut kan. terus cabut walau malam masih awal. Pastu sampai rumah, masih dok teringat-ingat kerja yg tak siap. Nak tidur pun tak lena, jam 5 pagi dah tersedar...

Hmmm...akhirnya...tepat jam 9 pagi aku berjaya menghabiskan semua kerja...skrg ni tengah tunggu Bala, utk ke book fair...aku takut nak drive sendiri sbb nya aku tak brapa nak sure ke mines shoping tu...biasa la nampak bangunan masa lalu lalang tp tak pernah pun jejak shopping tu. So...utk senang, tumpang kawan.

Dulu, masa ditukarkan ke bahagian ini, aku ingatkan akan meninggalkan alam kerja di luar opis...tetapi, selepas setahun...hmmm nampaknya sudah kembali ke satu ketika dulu nih!....

semua kerja sudah di bereskan...lega sikit nak bercuti...kalau tak hati mesti tak senang nak berlibur sakan. Skrg ni tunggu bos sahaja...tadi dah bagi kat dia sikit2, skrg ni nak serahkan semua kerja yg penting2 tu semua. lepas ni dah boleh cabut....yehaaaa....

Cuti seminggu...huh...sakan yek....

sedikit kacau...kenangan 10 tahun lepas mengimbau....dapat bunga lily di awal pagi ketika aku sudah mengamuk dengan bos, sbbnya dia suka mendera aku dengan kerja yg sering tidak terancang olehnya!....kenangan kan...nak pujuk punya pasal..pagi2 dia keluar opis g cari bunga...alahai.....kelakar ada...bengang pun ada!

udah le mengarut di pepagi hari nih...nak blah dah....Mr Bala dah tunggu kat bawah...bye.

Thursday, May 28, 2009

hari yg penuh kepenatan

Sehari sebelum memulakan cuti yang bukan panjang mana pun ini, penat ya amat. Dada rasa cam berombak memanjang. Rasanya seperti nak tarik nafas pun tak sempat gara-gara mengejar kerja yg masih berlambak. Aduh…rasanya memang tak sempat siap. . Separuh-separuh aku harus meninggalkan juga dlm keadaan tergantung. Berdoa nih dalam hati agar majlis pelancaran buku tersebut akan diadakan hujung bulan june…so aku akan ada masa lagi utk meneruskan kerja yg terbengkalai gara-gara nak bercuti seminggu AJE.
Tima kasih lah boss…sbb memluluskan cuti walaupun dengan segala macam bersyarat. Dalam sejarah nih, nak cuti pun bersyarat!

Hari ni saja aku sudah seperti apa. Tak cukup tangan dan kaki rasanya. Kalau boleh, aku nak stop jarum jam sekejab. Jangan bergerak-gerak sbbnya tiap kali aku menoleh jam di tangan, dada berdebar-debar mengingatkan kerja yang masih berlambak, menunggu giliran utk disiapkan. Alangkah seronoknya kalau aku berupaya menahan masa dr bergerak….

Cukup smpai 6 ptg, macam-macam kerja yang sempat aku siapkan. Pepagi hari lagi, kak kusyi call, dia hantar & check story samaada aku dah terima ke belum. Lepas tu kak lily pula call, dia emeilkan segala macam resipi. Masa2 tu juga, dpt emeil dr kak siti, minta tangguhkan hantar story dia, tak cukup masa katanya. Dalam pada itu, aku dok mencelah juga menyiapkan/menghantar proposal utk perjualan table bagi majlis pelancaran buku amanat president. Dalam masa yg sama, betulkan resipi yang sudah kak ani edit. Kak Ani memang fantastic…walaupun dia juga tengah kejar dateline utk buku resipi baru…pun masih laju dia mengedit resipi utk july. Aku respek la cara dia kerja.

Hari ini, masa sungguh sendat. Kawan2 yg sms pun tak sempat nak reply. Nak sms ben pun tak sempat, nak tanya mlm ni nak dtg ke tidak umah aku. Tengah-tengah dok follow up dengan UMNO kedah utk semua contact nama/no tel/no faks utk ketua-ketua bahagian, tiba-tiba ada call. Orang bertanyakan hadiah dia yg belum dpt lagi. Terus call promotion dept, org yg terlibat kata belum ada hadiah lagi, kena tunggu dulu. Aku call balik pemenang tersebut, suruh dia tunggu surat dari aku dulu lepas tu baru boleh collect hadiahnya. Dan aku???? kena tunggu barang/hadiah dr event dept, selagi tak ada hadiah, aku tak boleh keluarkan surat! Rasanya itupun selepas balik dari bercuti nanti. Jangan lambat sangat boleh tak? Aku dah penat nak menjelaskan pada para pemenang!

Kiranya hari ini aku kerja ibarat rojak. Kejab menaip resipi, kejab menaip/edit/check segala nama pemilik-pemilik company yg besar-besar, kejab-kejab berpatah balik menelefon ke sabah n N9. Dari semalam aku menunggu list nama-nama ketua bahagian masing-masing. Dah 2 kali follow up…sampai ke petang ni pun masih tak dapat lagi. Depa kata kena tunggu kebenaran dr setiausaha bahagian. Apa harus aku buat nih…..tolong la…aku sudah kesuntukan masa…esok hari yg pastinya lebih sibuk dari hari ini…

Satu yang aku temui….aku suka berkerja under pressure…walaupun penat n ting tong tahap gaban…aku seronok pula berada dalam kesibukan kerja, ini bermakna…aku dapat melarikan diri dari belanggu perkara lain yang sarat dalam kepala ketika ini….

Friday, May 22, 2009

cuti oh cuti...

Rasa rindunya nak menulis, tapi tak tau apa nak ditulis. Rindunya nak mengarang tapi tak tau apa nak dikarang. Minda seperti tenggelam dek kepenatan badan. Semua benda serba tak jadi. Esok 1st toturial bermula utk sem. May. Kelas masih di UNISEL shah alam. Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk may. Hmmm…apa lagi yek…yg pasti hati dah kat kg. Menunggu seminggu seperti menuggu utk berbulan lamanya. Harapnya cuti diluluskan…

Kerja masih banyak yg menunggu. Plan yg terjerumus…tiba-tiba dipertanggungjawabkan kerja utk masa yg amat singkat. Hati jadi bimbang, sempat siap ke tidak hingga hujung bulan ini. Buatnya tak sempat siap…bos ckp, dia tak boleh bagi aku cuti…adoiii…sudah sebulan cuti diapply, tiba-tiba boss mengeluarkan kenyataan yg menduga kebijaksanaan aku mengolah kerja yg penting ini. Payahkan bila kerja yg melibatkan projek mega company. Actually…mudah kalau diberikan masa yg cukup (aku je yg tak cukup sbb nak bercuti seminggu)…lepas tu job makin bertambah, lepas satu list ke satu list yg kena follow up…waduh…nampak gayanya tak dpt den nak bercuti….

Ini sementara menunggu…nampaknya hari isnin ni baru boleh mulakan kerja dgn lancar. sehingga ke hari ini, masih menuggu bnyk perkara lagi…yg pentingnya…tunggu surat sokongan drp PM. Spt diketahui…bila event yg melibatkan pembesar-pembesar negara dan bekas-bekas pemerintah, dugaannya pun hebat juga. Hmmmm…Apatah lagi surat menyurat itu pun sudah beberapa kali berubah isinya…Harap2 by monday dah boleh dapat yg jelas, padat dan aku boleh mulakan kerja dengan lancar.…sementara sabtu mendatang….harus dimulakan kerja dengan tidak menoleh kiri dan kanan…penangan Amanat President, cuti I pun bakal digantung ke boss?

Thursday, May 14, 2009

Aku Ada Kamu

Aku ada kamu? Ya! Memang aku ada kamu sebagai sebuah novel yang lengkap utk santapan minda yang sudah jemu dengan keasyikan cinta dan cinta sahaja. Sesekali diberikan nafas baru, hmmm..best juga. Tahniah kak Lily, rasanya…bagaikan sentuhan ajaib sekali lagi dari kak lily selepas Epilog Cinta.

Semasa saya membaca manuskrip separuh siap dulu pun saya dah rasa novel ini akan jadi best sbb penggunaan bahasa santai, cerita biasa di kalangan pelajar, lawak gila-gila dan yang penting, kelincahan Sofi Aidura menjadikan cerita itu hidup. Jarangkan…novel yg memaparkan kegedikkan watak utamanya spt sikap Sofi Aidura. Yang tak perlu control ayu…main gasak sesuka hati dia aje. Saya suka perwatakkan Sofi Aidura. Lincah dan bersahaja.

Unsur mistik yang terdapat dalam novel ini telah menambahkan rencah kehidupan. menakutkan juga le bila membaca di tengah malam. Seram sejuk rasa badan. Yap…saya berjaya habiskan dengan 2 pusingan.

Melihat kepada ketelitian kak lily menulis novel tersebut terutama dalam unsur-unsur yang melibatkan saka, nampak seperti kak lily telah melakukan kajian secara menyeluruh dan apakah mungkin juga…sedikit sebanyak ia adalah pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang sehinggakan apa yang diceritakan menjadi begitu real sekali. Tahniah kak, gaya cerita kak lily memang bestttt.

Wednesday, May 13, 2009

Untuk Ma' - Petunjuk Arahku

walau sedikit terlambat...tetap saya ingat...untuk ma, hanya untuk ma! Love U!

Ma...dikau yang ku sanjung
Ma...dikau yang ku puja
Ma...dikau yang paling erat
Di hati dan jiwaku

Ma...nasihatmu pengikat peribadiku
Ma...teguranmu pedomanku
Ma…senyumanmu kebahagiaanku
Tanpamu di sisi aku kelemasan

Ma…tiap langkahmu, membakar semangatku
Ma…tiap lenggokmu, rujukkanku
Ma... tiap kerlinganmu, ku tahu
Itu teguran…

Tanpamu di sisi
Aku sering nanar dalam mencari
Arah tujuan hidup ini
Kerana aku hanya ada kamu
Yang sering menunjukkan terang jalanku

Ma…ratu hatiku…petunjuk arahku

Serba kaku

Rasa kaku lah nak bercerita di sini...di rumah baru ni...serba tak kena rasanya...nak tulis apa ek...rasa kaku yang amat...agaknya belum jumpa rentak lagi kut...mungkin juga...apa2 tunggu rentak berlagu....aku, saya, kawe, chek..hmmm apa yg sesuai ya?