Thursday, November 25, 2010

Gembira tidak terkata

Syukur...syukur...syukur...alhamdullilah...pada sekian kalinya aku bersujud syukur. Walau ianya masih jauh di dasar laut, masih jauh lagi perjalanannya, masih lagi 99% kesahihannya...pun jua, aku sudah merasa gembira. Sebegini rupa aku gembira. Alhamdullilah.

Email yang aku dapat, aduh! terus membuntang biji mataku membaca ayat demi ayat. Gembira tidak terkata. Terima kasih kepada pihak yg sudi membaca dan meniliti 'kisah' yg tidak seberapa itu. Peluang yang diberikan akan aku gunakan sepenuhnya...Terima kasih sebanyak buih di lautan dan terhutang budi dgn peluang yang diberikan oleh mereka....

Di sebabkan terlalu teruja, terus sms inche suami...sampaikan cerita sebenar, biarpun dia nanar seketika kerana inche suami tidak pernah mengetahui 'sisi gelap' isterinya ini...

Dalam terkejut, tetap dia ucapkan tahniah! Katanya..."Itu rezeki anak yang...'

Terima kasih sayang kerana membenarkan saya menghadiri sesi itu biarpun ia akan mengambil masa hari minggu kita berdua...

Tidak lupa; semanis madu, seindah rasa utk ma abah, adik-beradik, abg mi & anak-anak buah cik elie ~ mereka yg aku sayangi...kalian indah dalam hatiku sebagai sebuah keluarga yg penuh dgn kebahagian....

Sungguh, terima kasih aku pada Ilahi kerana menganugerahkan dua kegembiraan dalam bulan ini sahaja utk ku....terima kasih dan sujud syukur aku ketika ini.
* ~

* ~

* ~

Ochhhhh...teruja sebegini sekali ya...alahai...termalu la pula :) :) :)

Tuesday, November 23, 2010

Debaran menjengah

Semenjak 2-3 minggu ni perut rasa lapo memanjang...nak makan saja. Mulut penat mengunyah tau...tapi perut lapoooo jeee.. kalau tak makan, mulut rasa tak sedap...pahit ada, payau pun ada...mula rasa sesuatu.

Dah gitu gamaknya, itu yg kerja aku skrg ni makan memanjang. Nasi, kerepek, buah semua aku tibai. Paling teruk, makanan chakedes budak2 tu pun kat rumah berstok mcm kat kedai runcit sahaja. Ni pun, sambil menaip, kerepek pisang di depan mata. Makan sampai rasa muak. Lepas tu mula la badan naik berkilo-kilo.

Sekarang ni dah takut nak timbang...lebih takut nak terima kenyataan yang badan makin berkembang pesat. Dagu pun sudah berisi, tang tangki, usah cerita le, kat situ la 'kaya' dgn lemak berkumpul. Sudah 2 helai seluar tak boleh nak sarung. Dah tak muat! Dah la jeans kesukaan aku tu pun dah selamat ucapkan bye bye...(sila beli jeans baru ya lili....):

Maka ramailah mereka-mereka yang tegur, kata makin berisi....muka makin bulat!

Kalau berisi yang tu memang aku nak sangat....tengah suspen ni! kenyataan biarlah tepat. Alangkah bahagianya kami andai apa yg sedang ditunggu ini akan membuahkan sesuatu yang manis untuk kami nikmati bersama....

Debaran tetap ada di hati....tak sabarnya nak tahu status terkini :-)

mood; kebahagiaan...

Thursday, November 11, 2010

doakan semoga berjaya melengsaikan....

Semalam sudah selamat daftar masuk untuk semester Januari 2011. Nasib baik cepat daftar, kalau lambat-lambat nampaknya tak dapatlah kelas yg direct dari pagi sampai petang tu, kelas yang sekali harung itu. Jimat masa dan minyak kereta…hehehe

Tetapi semalam, selagi tak register, hati berdebar-debar saja takut kelas sudah penuh. Maklumlah pelajar lain memang pantas mendaftar, masing-masing nak cari kelas yang tersusun sederet itu. Untuk kesenangan sendiri juga.

Semalam, dalam hati bimbang juga takut kelas yang berderet tu sudah penuh. Untuk semester baru ini aku tidak mahu lagi masuk kelas yang 2 hari berturut-turut kena berulang alik itu…aduh tak sanggup semata-mata untuk satu dua subjek sahaja setiap hari!

Tambah lagi, tanggungjawab sudah ada yang menanti. Kalau dahulu, boleh sahaja masuk mana-mana kelas pun. Nak balik jam berapa pun, sesedap hati sendiri. Selepas habis kelas, nak melepak dengan kawan-kawan pun ok lagi. Tak kisah sangat sebab tak ada yang menanti di rumah. Sekarang ni pula, masa untuk kelas kena susun dengan cekaplah, untuk menyesuaikan diri pada hari minggu.

Lega apabila selesai urusan pendaftaran itu. Maklumlah sudah 2 semester aku drop. Ni nak sambung belajar balik pun rasa macam sudah tidak ingat lagi dengan subjek-subjek yang lepas. Nampaknya kena baca semulalah subjek-subjek lama ni, recall balik term-term yang digunapakai dalam proses HRM itu.

Hampir 7 bulan meninggalkan alam belajar ini…enjoy sakan, terlupa yang diri masih lagi terikat dengan baca buku, pergi kelas, buat assignment dan masuk dewan peperikasaan. Sungguh dalam masa 7 bulan itu, aku seakan melupakan terus perihal belajar ini. Ngok sungguh!

Sampai minggu lepas abah tanya;
“Macam mana dgn belajar tu…”
“Eh ada…tahun depan ore sambung semula la…”
“Ah…jgn tak sambung pula…syg, dah banyak habis duit dan masa sblm ni…”
“Ore pun sayang bah…jgn bimbang, ore akan habiskan study ni…”
“Bila habis?”
“Lambat lagi la…dah 2 semester ore drop…sambung lagi la tahunnya…”

Huhuhu….nak menangis mengenangkan jangka masa yg masih lama lagi itu….kawan-kawan yang lain hanya tinggal setahun setengah lagi…aku pula mungkin 2 ½ atau 3 tahun lagi la kut…itulah ruginya apabila asyik drop sem…dan seperkara yang aku bimbang juga adalah….

Harapannya…kalau ada rezeki, dapat baby dalam masa terdekat ini pun, minta-mintalah aku kuat untuk masuk kelas saban minggu itu…harap-harap aku tidak lagi drop semester dgn alasan itu pula…harap-harap aku berjaya melepasi tahun-tahun yang memenatkan dgn assignment yg semakin bertambah dan subjek yang makin sukar ini…

Dan lebih besar, harap-harap aku berjaya menghabiskan proses pembelajaran ini dengan jayanya. Sokongan daripada suami tercinta, adik-beradik yang havoc dan ma abah yang spoting amat dihargai…sayang kamu semua!

Tuesday, November 2, 2010

Coleteh siang hari

Selingan lunch hour jab...

Sekarang ni sejak duduk rumah sendiri, kena masak sendiri, berfikir sendiri apa yang nak dihidangkan setiap malam dan apabila hari minggu juga. Maka kerja mencari resipi yg mudah untuk dimasak setiap hari telah bermula.

Maklum la kan, boring juga kalau dengan lauk pauk serta cara masak yang sama. Sesekali carilah sedikit kelainan. Habis buku resipi, majalah Jelita yang ada di rumah diselak. Tidak cukup dengan itu, internet pula dijelajah…maklumlah mencari resipi yang mudah dan cukup dengan bahan-bahan yang ada di dapur sendiri yang cinonit itu…


alangkah indahnya kalau dpt dapur sebegini...hmmm, berangan ni!
~gambo dr pak google, tq~

Sekarang ni resipi memang mudah di dapati dari internet. Tanya sahaja pak google nak lauk apa, jenis mana, resipi tersohor…terus dia bagi pilihan yang mana paparanya semua menarik hati. Pendek kata semua ada. Senang sungguh apabila semua dihujung jari ni…tinggal lagi diri sendiri pula yang rajin atau malas ke dapur!


Ketika datang mood rajin…banyak yang terhidang, banyak idea dan seronok berkreativiti di dapur, biarpun yang makan hanya 2 orang sahaja. Kalau inche suami makan bertambah tu faham-faham sendirilah kan, maknanya sedap la kut…tapi kalu dia makan sikit, pun faham-fahamlah sendiri juga…mungkin tak kena dgn selera dia atau pun terlebih masin atau tak ada rasa apa-apa…hehehe….

Memasak ini pun ada ‘jiwa’ dia juga, apabila penyakit M datang…adoi…berfikir punya berfikir, otak jadi tepu…tak tau nak masak apa biarpun dalam peti sejuk semua ada. Otak jadi blank. Pastu, kalau memasak juga…pasti lauk tersebut jadi tak sedap!…Sebab memasak tanpa perasaan!

Sekali fikir, yang senang dan membangkitkan selera adalah telur dadar jugakkkk.

sentiasa menyelerakan...sederhana tetapi meletup
~gambo dr pak google, tq~

Bagi sesiapa pun, sudah tentu bahagian paling seronok apabila pergi geladah dapur rumah mak sendiri….fuh! berselera makan, semua jadi sedap biarpun budu cicah terung celur dan ikan kerisi goreng sahaja…cukup menyelerakan yum yum…kalau dah duduk di meja payah nak bangun semula….hahahaha…


Coleteh, coleteh juga…malam ni makan di kedai ya. Cik abe dah sms, ajak makan di kedai sajok sbb dia tahu cik mek molek dia sudah dilanda tsunami kemalasan…

yehaaaa….gantung periuk dan kuali le mlm ni...:) :)