Wednesday, January 30, 2013

perlukah saya membalas balik?

Kadang-kadang kan saya rasa saya perlu menjadi mulut leser seperti kawan-kawan yang lain untuk mengelakkan diri dari diremeh-temehkan oleh sesetengah orang. Memang sakit hati apabila kita asyik tidak mahu bermulut leser atau lebih tepat memulang paku buah keras kepada orang itu. Pada saya selama ini, biarlah dia sedar sendiri dengan kesalahan dan kelemahan yang dia juga turut ada itu. Tidak perlulah saya memberitahunya apa lagi membalas balik apa yang dia buat pada saya, tapi nampaknya, apabila kita mengambil sikit tidak mahu berlawan kata dan berkeras mulut, sikapnya makin menjadi-jadi...makin seronok dia mentertawakan saya sedangkan kesalahan itu adalah di pihak dia.

Ini kejadian yang baru berlaku tadi.

"Apa emeil yang you forwardkan ini....?" soalnya dengan penuh gelak ketawa. Confident gila bahawa emeil yang telah saya forwardkan itu adalah kosong semata-mata.

"Aik...kan bila saya forward, sepatutnya semua detail tu ada kan?" kata saya. Tangan laju membuka emeil dan memeriksa sent item.

"Mana ada apa-apa...yang ada cuma material saja...kalau ini, kat magazine pun saya boleh tengok.!" Makin seronok dia ketawakan saya.

"&&%%%" siap sebut nama penuh saya lagi tu, dengan nada menyindir akan kebodohan saya dalam forward emeil, sambil ketawa bahagia.

Yang saya pula terus buka sent item dan click kat emeil tersebut. Tengok semua ada....dan ooooooo....saya jumpa akan di mana kebodohan orang itu akhirnya...emeil yang saya forward tu dia tidak buka keseluruhannya (expand all), jadi memang betullah, hanya emeil yang terakhir saya dengan client sahaja yang appear dekat page itu.

"Apa pulak tak adanya, cuba click kat expand all...kat situ akan keluar semua conversation saya dengan client. Semua detail ada kat situ. Nama, alamat, no tel, serta email semua ada...."

"Huh...ada ke? sekejab I tengok." Terus dia terdiam dari ketawa bahagianya sebentar tadi.

"Ada tak?" Soal saya sedangkan dalam hati dah rasa nak sepak je mukanya. Nasib dalam telefon je. Masih malas nak membebel ataupun lebih malas rasa nak ketawakan orang bodoh sombong macam tu lagi.

"A'ah...ada, ada...Hah ok la kalau semua ada. I direct emeil to client la" laju dia letak telefon tanpa apa-apa pamitan rasa nak minta maaf atas ketawanya atau lebih tepat akan ejekannya pada saya sebentar tadi.

Saya letak gagang telefon dengan gelengan yang panjang....ada juga rupanya manusia yang suka merendah-rendahkan orang lain tanpa ketahuai kebodohan diri dia juga. Alahai manusia...biar beriman dan beramal soleh sebaik manapun, masih ada juga sifat buruk dalam diri....

Ini bukan kali pertama dan kedua dia berbuat begitu dengan saya, tapi saya tetap menyabarkan diri....menbiarkan dia terus hanyut dengan kebanggaan dirinya sendiri....Kata Malika, "dia suka buli you sebab you tak menjawab...."

Saya bukan tak nak menjawab, apatah lagi melawan kata....tapi itulah sebenarnya sifat saya, tidak suka berlawan kata dan bertikam lidah. Saya lebih suka membiarkan orang-orang yang bersifat sebegini sedar sendiri dan mengambil inisiatif untuk berubah menjadi lebih baik. Mungkin suatu hari nanti, Allah lorongkan kesedaran untuk mereka-mereka ini....wallahualam...

Tuesday, January 29, 2013

HDS dalam Harian Metro

Setelah usia Hanya Dia Sufi masuk 19 bulan, hari ini dia berpeluang keluar dalam Harian Metro. Terima kasih pada kak Kusyi Hirdan yang sudi review naskah kecil itu. Tak sangka novel picisan ini berpeluang untuk keluar tabloid tersohor ini....macam tak percaya tengok dalam paper, ini adalah novel yang saya tulis sekadar suka-suka sahaja suatu masa dahulu...

Terima kasih juga kepada Lyna Danish, yang sudi tag gambar ini diFB saya. Kak Lili curi klon kan gambar yang awak tag itu disini ya. Terima kasih bebanyak daun keladi...

Terima kasih juga kepada yang telah membacanya....

Ramai yang bertanya: "Next novel?"

Jawapan saya: "Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm........ntah la!"
Baru bab 25, bila nak siap, mybe 10 thn lagi kut...hihihihihi

Wednesday, January 16, 2013

penangan sehangat asmara

Seingat saya, hampir 20 kali saya baca novel Sehangat Asmara, karya Aisya Sofea. Memang tahap gila gaban la ni. Dan...hahahahah...kegilaan itu kembali lagi bila novel tu dah diadaptasi ke drama tv. Tak sabar tunggu 21 Januari ni...teruja nak tengok Kay dan Nal yang bukan lagi dalam versi imaginasi. Cantiknya Rita Rudaini untuk watak Kamilia Najwa dan hensomenya Ady Putra untuk si lawyer berlesung pipit Zainal Arif. Semua itu mengundang rasa tidak sabar dalam hati saya...

Nanti malam ni nak selongkar balik rak buku, cari novel ni lagi, dan nak baca lagi...ambil feel sebelum tengok versi drama...gilooooos ai tauuu...actually kan, novel tu saya sengaja sorok jauh-jauh dari pandangan mata supaya tidak terjemuh selalu...sebab saya pantang kalau nampak novel tu, akan ambil dan baca balik satu persatu patah perkataan dari depan hingga ke penamatnya...dan biasanya saya akan baca tanpa henti, hingga habis baru sambung buat kerja lain. itulah kelemahan saya yang belum dapat diatasi kalau dah suka sesebuah novel tu.

Sehangat Asmara, novel yang lengkap dengan segala rencah, ada gembira, ada nakal, ada rindu, ada sendu dan ada penawar....resipi hidup yang penuh warna pelangi....dan kerana itulah saya suka sangat dengan karya Aisya Sofea.

Tuesday, January 15, 2013

jatuh cinta pada yang antik...

Hari ni nak berkisah tentang hobi saya yang satu lagi...minat dan suka dengan barangan antik...saya ni pantang kalau pergi rumah orang tua-tua, saya suka mengendap dapur mereka...sebab saya pasti akan terselit sebiji dua pinggang mangkuk lama...terpandang je dek mata, hati saya dah berbunga senyum....cantik..cantik..hati tak putus-putus memuji...dan saya juga dah dapat khazanah dari nenek saya 20 biji pinggang pelbagai corak bunga lama ni. Bakinya nenek saya masih nak simpan buat pekasam bawah gerobok rumahnya.

Dan saya juga pernah tengok koleksi yang banyak itu di rumah datuk nenek teman serumah saya...hati terliur dengan piring kuih, pinggang nasi serta pinggan lauk yang kecik-kecik molek tu...tapi malu nak mintak...hahahahaha...takpe..takpe..perlahan-lahan...kita kayuh slow-slow...sampai satu ketika muka dah tak tahu malu, saya mintakkkkkk ajeeee.

Ni sedikit koleksi yang saya ada dan dah banyak kali ulang tayang siarannya...tapi ni sebab 'mereka' semua dapat rumah baru warna putih, yang dah lama saya idamkan tu...maka saya ambillah gambar sekali lagi...

Pinggang dan teko dalam bunga hitam...yang menawan...pinggang dan piring ni adalah banyak juga, tapi sebab tempat ni kecil, kita susunlah beberapa biji saja. Yang selebihnya, saya guna untuk harian...jadi jangan heran kalau datang rumah saya, saya hidang makanan dalam pinggang lama...

Set cawan bunga kangkung bermulut lebar. Ini antara koleksi kesayangan yang saya beli secara online...pernah guna sekali dua untuk hidangan tetamu dahulu. Mak ai...saya cukup berhati-hati ketika membasuh ini..takut jatuh dan pecah berderai...jadi dari berisiko pecah, baik saya display sahaja...hahahahaha...kedekut punya pasai :)

Ada juga vantage seketul dua....beli masa vantage buat sale beberapa tahun yang dulu....

Sebenarnya rumah putih ni ada empat layer, lupa nak ambil gambar yang bahagian atas sekali...yang menempatkan koleksi kristal yang tak seberapa kristal tu... koleksi baru yang saya beli masa suka-suka nak perabis duit yang tak banyak mana tu ha...

Oh...bunga-bunga yang ada terselit tu adalah baki bunga pahar masa saya kahwin dulu...daripada tersimpan dalam kotak, ma ambil dan letak kat celah-celah ni...bak kata Umairah...tik..tik..(cantiklah maksudnya)

Jadi, sekian laporan untuk gambar yang tak seberapa ini... :)





Monday, January 7, 2013

baru nak godek blog, welcome 2013

Wah...sedar tak sedar hari ni dah 7 Januari 2013. Macam cepat sangat masa berlalu dan tahun 2012 dah seminggu ditinggalkan. 2012, diakhiri dengan bermalam di wad hospital colombia selama 6 hari. Si manja tu tak pasal-pasal demam payah nak kebah dan akhirnya kena masuk wad. Maka berkampunglah kami anak beranak di hospital...

Gambar ni masa kami cuti-cuti tahunan keluarga Pok Awi ke Penang. Tiga minggu sebelum umairah demam. Budak yang suka gajet. Pantang dapat tablet che long, note II ayah ngah, umairah mula bergedik. Ayah punya dah tak layan sebab kecik sangat dah. Apatah lagi hp buruk ibu, lagi dia tak pandang. Balik dari hospital, ayah ngah belikan umairah tablet yang memang khas untuk umairah saja. Terima kasih la ayah ngah yang sebab hadiahkah umairah tablet. Bila dah dapat yang betul-betul dibelikan atas nama dia, langsung dia tak bagi orang pegang kecuali ayah ngah dia je....siang malam dia kelek ke hulu ke hilir....

 ni masa hari pertama kat ward. kesian dia. kena sumbat wayar oksigen kat hidung, cucuk drip water kat tangan...reda je dia diperlakukan apa saja. kesian anak ibu sayang ni...ni pun dengan ayah ngah dia juga. Orang lain tak boleh masuk dekat, semua dia cakap tak nak..tak nak je...

Ni hari kedua balik dari hospital. Dah nak mula main kat luar rumah....bila ayah nak snap gambar, dia senyum malu-malu pulak...alahai sayang ibu...rindu kamu lah

Sekian, kisah anak kesayangan saya.

Apa pun, selamat menyambut tahun baru buat semua kawan-kawan...semoga tahun 2013 ini lebih menawan kehidupan kita semua...Insya-Allah...