Thursday, January 23, 2014

Ragam January 2014

Assalamualaikum...saya baru nak buka blog ni utk 2014. Nampak sangat saya seorang yang busy sejak kebelakangan ini sampaikan nak singgah bercoleteh di sini pun tak sempat. Kalut ribut dengan segala urusan harian yang tak akan habis.

Seperti biasa, dek kerana kesibukan, saya hanya nak tepek gambar untuk kenangan di kemudian hari.

 4-8 January yg lepas saya join Medina duduk hospital Sunway Medical Centre. Selsema + batuk je pun tapi kena tahan sampai 5 hari. Lotih mak!



Mula2 sampai terus bagi nap. Adik langsung tak nangis, jenuh la kami dok kacau dia supaya dia menangis sebab nak bagi nap tu cepat berkesan.  Tapi nan ado. Lepas doktor pediatrik periksa, dia decide masukkan adik dalam wad HDU - mak ai...macam serius sangat kan, sampai masuk HDU. Dua hari jugaklah dalam HDU, kesian kakak tak boleh masuk melawat.

 Pagi pertama selepas masuk wad biasa. Adik dah makin sihat. Batuk dah stop dan selsema dah berhenti. Cuma sekarang dalam proses keluarkan kahak pula.



 keesokkannya kakak datang...maka apa lagi, dipanjatnya katil bergelumang dengan adik. Nasib duduk single room, so bolehlah kakak bergyomi bagai...



Kakak dah start nak ajak adik main gusti dah ni...


Yeh...adik dah mula dulu...himpir-himpit kakak, nak bagi kakak naik angin...silap-silap adik kena pelangkung lepas tu...

Gigih adik usaha nak bagi kakak naik angin, tapi kakak booo layan...

Sebab kakak tak layan...adik bangun duduk...yey...kakak berjaya untuk tidak bergusti dengan adik :) syabas anak-anak ibu...


******

Lain cerita pula, Sabtu lepas 18 January, saya sempat hadir ke majlis makan-makan anjuran Jemari Seni bertempat di Cyberview Resort & Spa. Sebenarnya malu nak pergi, almaklum saya ni bukan penulis pun. Tapi dek kerana kak Zulina berjaya mengumpan saya dengan sesuatu, maka saya pun beranikan diri berada dicelah-celah penulis yang lain.

 Inilah kami ahli mesyuarat meja bulat...ada yang dah kenal dan ada yang baru 1st time jumpa...

 Setelah kedatangan kak ah, kami beralih ke meja panjang pula...hahaha...boleh pindah-pindah...malu seh...kat sebelah saya tu adik2 muda belia lagi...selamat menulis utk adik2 semua...

Gambar diakhir pertemuan. Masa ni saya dah balik dah pun, sebab anak-anak dah start buat okestra kat rumah. Maklum saya tinggalkan budak-budak tu bawah jagaan ayah ngah & che su. Che Long dia datang kemudian. Jadi saya tak boleh duduk berlama-lama dengan kawan-kawan yang lain...

Untuk itu, terima kasih kak yah, kak su dan semua warga kerja JS yang menjayakan majlis makan-makan kita tu. Terima kasih jua atas jemputan. 

Credit gambar semua FB Jemari Seni. Saya ceduk dari situ. Minta halal dan terima kasih yang amat untuk semua ni.

****

Malam sabtu tu, buat julung-julung kalinya sejak beranak dua saya pulun baca novel sekali harung. Rasanya dah terlalu lama saya tidak dapat menghabiskan novel dengan sekali pembacaan tetapi dek kerana asyiknya cerita yang ditulis oleh Hafizah Iszahanid ini, saya berusaha tidurkan anak-anak seawal mungkin dan akhirnya jam 1.49am saya berjaya khatamkan novel lelaki January ini. 

Berbaloi saya, novel ni sangat indah penceritaannya. Lain dari novel yang lain. Dan sepanjang saya mengenali Dr Ali Syukri, hati saya sering teringat kepada Dr Akmar Aziz dalam Nyanyian Tanjung Sepi....hanya kerana mereka lelaki budiman :)

Pada siapa yang belum memiliki naskah ini, sila dapatkan. Anda akan ketemui kelainan dalam setiap helaiannya...Tahniah kepada penulisnya :)
 
**********

Sekian, rangkuman saya untuk aktiviti sebulan ini...