Tuesday, June 9, 2015

Pesta Dekat Bersama


 Pertama kali naik stage untuk promosi novel. Malu lerrrr....


29 Mei lepas saya dan kak Zulina join Pesta Dekat Bersama Berita Publishing. Kami pergi untuk promosi novel Isteri Sipi-Sipi dan Roman Cinta Imran Hakimi. Tak sangka ramai orang di Plaza Alam Sentral, sebab itu adalah kali pertama saya sampai ke sana.

Pertama kali naik pentas untuk sesi berbual, rasa gugup. Entah apa yang saya bicarakan ketika itu. Yang pasti, merapu dan meraban perihal naskah kecil itu kala disoal oleh pengacara majlis. Hahahaha...nampak sangat saya ni bukan boleh berdepan dengan orang ramai. Mudah panik!

Berbanding dengan kak Zulina, dia lebih teratur ketika bercakap. Penerangannya jelas dan padat pasal intipati novel terbaiknya itu. Kala dia bercerita, saya turut terpegun.

Apa pun, inilah dia pengalaman dalam dunia penulisan yang adakalanya indah, dan adakalanya kita sendiri kecewa. Asam garam yang harus ditempuhi setelah kita memilih untuk terbitkan manuskrip yang dikarang.

 Jom...pada siapa yang belum miliki naskah ini, bolehlah berhubung dengan saya atau kak Zulina untuk pembelian terus dengan penulis.

Email saya, lilinorlaili@gmail.com
Email kak Zulina, zulina_latip@yahoo.com

Terima kasih semua...


Tuesday, June 2, 2015

Perjalanan karier saya, tamat disini.

25 May 2015, perbualan dalam kereta masa pergi hantar kakak Umairah ke sekolah:

"Ibu nak g kerja hari ni?"
"Aaah...hari ni ibu kerja lagi, bulan depan pun kerja lagi..tapi lepas bulan depan, ibu dah tak kerja, ibu dah boleh hantar dan abik kakak balik sekolah hari-hari. Kakak seronok tak?"
"Bestnya ibu....kakak sayang ibu."

Air muka kakak ketika itu amatlah berseri-seri. Dia tersenyum-senyum sendirian sambil memandang ke hadapan, muka dia macam jadi warna pink ketika itu. Dan masa tu saya sedar, anak sulong saya tu amatlah berharap saya ada di rumah saban waktu dengannya. Dan hari tu juga, dia sangat gembira ke sekolah, turun sahaja kereta, terus dia berlari nak masuk ke sekolah hinggakan lupa untuk bersalaman dengan saya. Dan begitulah seterusnya sehinggalah hari Jumaat.  

Dan masa tu juga, saya berselisih dengan seorang ibu murid lain yang turut menghantar anaknya. Caranya berpakaian sangatlah korporat. Dan hati saya berdetik, lepas ni aku mesti rindu saat-saat ini kalau melihat wanita lain berpakaian cantik, bersiap rapi untuk ke pejabat. Namun cepat disedarkan, dengan kata azimat yang pernah saya baca "... ramai lagi wanita lain yang barangan untuk berhenti kerja, duduk di rumah menjadi suri rumah sepenuh masa."

Alhamdullilah, masa itu tiba untuk saya terlebih dahulu.

 2 Jun 2015, hari ni, dalam kenangan utk perjalanan karier saya sebagai seorang pekerja,... sepertimana 'wish' saya untuk tidak lagi bekerja makan gaji 9am to 6pm telah berjaya dilangsaikan. Surat keramat itu sudah berjaya ditandatangan.

30 Jun 2015 adalah hari terakhir saya bergelar pekerja.

Sedih...yap...memang sedih sebab setelah sekian lama saya menjadi pekerja, dan lepas tarikh tersebut, saya tidak lagi berstatus pekerja sebaliknya suri rumah. Suri utk suami dan anak-anak, status pekerjaan yang paling bahagia untuk seorang isteri.  

Walau apa pun, doakan saya dimurahkan rezeki dengan cara lain pulak ya... amin...