Monday, April 27, 2009

Assalamualaikum

Salam sejahtera pembuka bicara buat semua teman-teman yang amat dikasihi. Ini blog saya yang terbaru, dibuka untuk semua berkongsi rasa...

Kenapa pilih cahaya malam?

Cahaya malam menyinari…
menyinari seluruh alam…
alam keluargaku….
Inilah daku.

Cahaya malam keluar mencari jalan…jalan yang sering tersesat dan tersasar. Sempena dengan peralihan dekat, mudah-mudahan saya tidak lagi sesat dalam terang cahaya dan suluhlah bulan…agar terang benderang jalanku, yang bisa memacu saya ke mercu bahagia dunia dan akhirat…

Untuk semua kawan-kawan yang mengenali, sahabat-sahabat kesayangan, selamat datang dan sudi-sudilah bertandang ke mari. Kita berkongsi apa yang dirasa, bercerita seenak rasa dan berkawan biarlah selamanya….

Ingin saya mulakan cerita baru di sini….cahaya malam, sinarilah hidup dengan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH.