Tuesday, December 24, 2013

Ke Genting kita...

Family trip 2nd round - 22-23 December 2013

Trip minggu lepas ke Genting aje kami anak-beranak. Ikut ayah dan kawan-kawan dia bercuti. Saya siap angkut mak, adik, kakak, abang ipar dan anak-anak sedara sekalian lagi bagi menambahkan keriangan. Dah kata Genting kota keriangan kan, so trip ni mesti lah riang ria kan...biar hanya 2 days 1 night, keriangan tetap menakjubkan. Satu cerita pasal jakun, almaklum ni kali pertama saya naik Genting sampai atas dengan kereta. Mati-matian saya ingatkan jalan teruk dan bengkang bengkok kalah ular kena palu, rupa-rupanya tersasar dari jangkaan sendiri. Hmmmm...buat penat je ayah memujuk kan yah gara-gara ibu punya tahap penakut dan tak percaya walau berkali ayah kata jalan ok.

Jadi bila sampai atas, boleh keluar ayat "dah sampai yah?" - ayat tak percaya - sbb jalan langsung tak mengerikan. Ngeri lagi jalan ke Cameron Highland kan?  - pastu ayah buat muka - malas nak layan! hahahaha....

Kali ini kami stay kat First World Hotel. Saya ambil 4 bilik aje, sebab abah, badrul dan mastura sekeluarga tak ikut. Bilik kat hotel ni tak sebesar mana, ngam-ngam je, bolehlah buat tumpang tido semalam kan...

Che Long dengan anak bongsu dia...seee dah tinggi anak dari emaknya..

Nak pergi makan, sementara tunggu che Long bersiap, kami lepak kat bilik mereka jab...

 Tengok, Umairah bukan main ralit lagi dok tgk che Long dia pakai bedak...siap menongkat dagu bagai budak ni...

 Median pun terlopong jugak tu...

 Malam lepas dinner, jalan-jalan sekitar shopping mall indoor park tu. Si Kakak ni sibuk dok mengira, siapa lagi ahli keluarga dia yang tertinggal di rumah..."ayah ngah, tok bah, mama, papa, adik ariz"...ingat dia dengan semua ahli keluarga dia. Alhamdullilah, bijak anak ibu...

 Che Su, kakak Atirah, tokma dan kakak umairah...yeyyyy

 Kakak yang busy sokmo, nak bergambar dengan dia pun tak leh...

 
 Kakak dan abg aiqham...abang kesayangan umairah ni...

 Ligat berlari ke sana ke mari. Penat kita yang mengawal dia. Nasib batalion saya selalunya besar, jadi semua orang kena berkawal menjaga Umairah nan seorang...

 Biasanya kalau dengan Che long dia umairah sangat baik...dia sayang tu kat che long dia, kat mastura dgn pokwa pun dia sayang, siap panggil mama papa lagi tu...keliru ibu dia ni ha...anak sapo la dia ni??

 Tengok...manalah che long tak kena asma. lepas mengawal umairah sehari, terus che long dia demam...ligat anak-anak dia masa kecik dulu, ligat lagi anak saya ya!astagfirullahalazim...

Tengah merajuk, kena marah sebab berlari sana sini pergi menyorok belakang ayah dia...

 Sekejab je merajuknya, lepas tu mula balik...mana tak harunya che long yang mengawal...


Abang Azim yang terlebih care pasal Umairah...Medina anak ayah dia, sakit bahu mendukungnya. Nampak kurus tapi isinya padat. Mana tak, makan 4 kali sehari...

Dia pun sibuk je nak menolong kita buka pintu...haih...jenuh berdiri depan pintu hotel, kita nak buka dia tak bagi...cubitkan baru dia tahu!


Dah penat, jom la kita tidur...esok pagi2 nak check up...balik rumah, sambung rilek la pulak. Letih berjalan-jalan ni ya...gambar ni terbalik, saya rotate kat hp bole, tapi bila transfer ke pc, jadi ke asalnya...jadi,dah malas nak godek, saya tampal jugak kat sini..hahahaha....terbalikpunterbaliklah....

....so, inilah dia segmen penutup holiday kami untuk tahun 2013. Alhamdulillah...peluang untuk bercuti bersama keluarga sentiasa ada. Jadi, tahun depan ke mana kita, kemanakitawahaisekalianahlikeluargakusayang?

Thursday, December 12, 2013

Gold Coast Morib

Bulan Dec ni bulan orang bercuti kan..jadi saya pun apa lagi, join ler sekali, angkut semua family bercuti di belakang rumah. Belakang rumah pun belakang rumah ler, janji dapat berkumpul adik beradik, ipar duai dan anak-anak sedara. Meriah...gembira dan semua ada. Alhamdullilah, syukur kerana berpeluang berkumpul ramai-ramai.

Family trip 2-3 December 2013

Kat Gold Coast Morib ni bilik dia besar sangat dan selesa. Saya ambil 6 bilik di floor yang sama dan pintu semuanya bertentangan. Maka apa lagi, keluar masuklah Umairah dan kami semua dari satu pintu ke satu pintu. Paling tidak semua sekali berkumpul dalam bilik mak saya dan kak ti. Beginilah kami, walau ke mana pun kami, berlainan bilik sekalipun, alih2 kami tetap berkumpul satu bilik aje. Bila nak tidur baru masing2 lari masuk bilik cari katil sendiri.

Che Long yang suka melayan anak buah


 Mandi manda di taman tema. 

 Medina, tokma n ayah ngah.

Kami dan kami
 Yeszaaa...Umairah was here; dalam baju tidur pun lagi.

 Suasana pagi di tepi pantai...

Suka gambar ni, anak-anak dara; kakak Atirah, Che Su Sasa dan kak Ain...Umairah tertutup mula la pulak...
 Ma abah dan umairah yang suka tayang perut buncit.

 "Mana mama mana anak?" agaknya itu yang abg mie fikirkan tu. - kakak sulung saya yang skg ni enjoy saja sebab anak-anak dia semua dah lebih tinggi dari dia...

 Kami dah berempat...yeh..yeh...yeh..."next holiday yah?" - wah...tak agak2 kan...baru minggu lepas balik, ini sudah tanya lagi,  - "apa, ingat ayah cop duit ker?" wakakakaka...



Keluarga kecil adik saya yang keempat.

Dah nak balik..."next trip you all?"