Thursday, July 24, 2014

Salam Ramadan & Syawal 2014

Assalamualaikum,

Cepat masa berlalu, hari ni dah masuk 26 Ramadan 1435. Cepat sungguh masa berlalu dan Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Sayang sungguh mahu melepaskan Ramadan pergi. Kerana dalam bulan Ramadan inilah bulan paling banyak kita mengumpul pahala. Insya-Allah, semoga amal ibadat kita di terima oleh Allah s.w.t.

Juga, hari ni saya dah berjaya habiskan semua kerja di pejabat. Majalah MB dah selamat closing pukul 11.30 tadi untuk bahagian Ads. Manakala grafik team masih bertungkus-lumus lagi menyiapkan page. Semoga perancangan kami nak close hari ni berjaya sebab esok ramai yang dah mula bercuti.

Saya pun, Insya-Allah malam ni akan berangkat pulang ke kampung. Kak ti sekeluarga petang jumaat, Mastura sekeluarga awal pagi sabtu & badrul orang last. Dia kena menjemput puteri lindungan bulan di Kolej Matrikulasi Kuala Selangor hari jumaat dan pagi sabtu baru bertolak balik kampung. Harapan yang berserta iringan doa agar perjalanan kami semua selamat sampai ke kampung dan kembali semula ke KL pada 4 Ogos nanti. Insya-Allah.   

Hari ni juga, adik ipar saya yang bekerja di Sandakan, Sabah sudah sampai di KLIA 2. Abang dia merangkap teman sebilik saya (hihihi) dah ada menunggu di sana. Jemput dia dan hantar ke Pudu sebab dia nak ambil bas nak balik Kuala Perlis dulu, rumah mak mertuanya. Moga perjalanan selamat sampai ke distinasi. Khabarnya, banyak barang yang dia bawa pulang dari sana termasuk juga lauk pauk basah. Saya kirim udang kering sekilo. Udang kering dari sana sangat gebu. Yang penting nampak bersih.  Terima kasih Ja & Fadly yang sanggup bersusah payah membawa barangan dari sana semata-mata untuk kaum keluarga di kampung.

Persiapan raya sudah selesai. Baju raya kakak dan adik ada (hmmm tak terkira) sebab ibu dia gila soping. Dari belum puasa sampai hari ahad lepas, baru cukup semua. Nak beli kasut raya anak berdua tu sampai 2 kali pergi IOI Mall dan sekali pergi AEON Taman Equine. Pening kepala ayah melayan anak dara dia yang seorang itu. Payah benar mahu berkenan kasut. Kakak nak yang dia berkenan sahaja. Kalau kita pilihkan dan dia tak berkenan, nanti dia tak pakai. Rugi je. Jadi kami layankan aje peel dia yang cerewet pilih kasut. Tok Ma, Ayah Ngah, Pok Wa dan Che Wa surrender tengok kakak memilih kasut.  Lotih kata mereka!

Tapi, aktiviti soping kami belum habis lagi rupanya. Malam ni insya-Allah sebelum balik kg kami singgah AEON kejab, belikan sandal raya untuk tok ma dan tok bah di kampung. Tok ma dan tok bah Puchong, dah cukup semua. Dalam sibuk dok beli untuk orang lain, ibu tak ada tudung baru nak buat raya...huaaaaaa...memang menangis tak berlagu.

Biskut raya, kuih muih - alhamdullilah, semua tempahan sudah diterima. Tahun ni satu jenis kuih pun saya tak buat. Semua tempah saja. Yang bongoknya saya, pergi tempah biskut yang sama untuk tiga buah rumah. Langsung tak terfikir masa buat tempahan tu nak pelbagaikan jenis kuih. baru saya boleh rasa semua. Ini tidak, konon nak bagi adil; rumah mak mertua, rumah ma saya dan rumah sendiri di Puchong pun biskut yang sama. memang muntah lorrr!

Malam tadi kemas kain baju anak sampai jam 2 pagi. Maklum tunggu anak tidur dulu sebab gerenti tak boleh nak mengemas selagi anakanda yang berdua tu belum tidur. Kita lipat dia lerai, kita lipat dia lerai, alih2 dua2 dapat sengat ketam ibu. Ibu pun naik angin jugalah kan dah asyik buat kerja yang sama sedangkan kain baju ibu ayah tak kemas lagi, konon nak sambung lepas sahur, nan adonya sebab hanya sempat gosok baju baru ayah yang 4 helai tu.  Dan seawal pagi lagi ibu sudah ke office sebab tumpang ayah ngah. Ibu malas nak drive sejak kebelakangan ni...huhuu...dan, nampak gaya balik kerja nanti akan lintang pukanglah ibu capai kain baju sumbat dalam beg. Jangan ada yang tertinggal sudaaaa....

Eh...dalam menaip ni, baru teringat baju raya anak-anak yang siap basuh belum iron lagi....huaaaaaa.......sempat ke nak menggosok bagai petan g karang. Confirm ayah menggeleng kepala tengok bini dia kelam kabut.  

Apa pun diari sebagai isteri dan ibu inilah yang membahagiakan.

Dan, sempena syawal yang bakal tiba insya-Allah dalm 3 hari mendatang ini, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang terjerumus membaca blog syok sendiri saya ini dan maaf zahir batin. Semoga Ramadan kali ini bukan Ramadan terakhir untuk kita semua. Amin...

Monday, July 14, 2014

Tamat sudah world cup 2014


Yahooo...akhirnya. Tertunailah hasrat Jerman mahu jadi pasukan eropah pertama menang di benua Amerika Selatan. Dari first game sampai ke final, game Jerman semua menghiburkan. Pendek kata memang tak heranlah mereka dapat menjulang piala dunia 2014 memandangkan satu pasukan Jerman cemerlang. Mereka bermain secara berpasukan dan bukannya bergantung kepada skill individu. Itu yg uniknya tentang team pasukan ini setiap kali mereka mara ke suku, semifinal dan final dalam EURO mahupun World Cup. Tahniah kepada Jerman pasukan pilihan saya dari dulu sampai bila-bila....ecewahhh!!! - gitu kea'dahnya!

Jadi, kisahnya....tamat sudah sesi berjaga malam bagi kaki bola tegar. Kat rumah saya ada tiga orang yang tegar. Masa game baru-baru mula dulu, TV selalu terpasang. Dan kisahnya hanyalah bola. Sebab abah saya suka tengok siaran ulangan pulak. Badrul dan teman sebilik saya layan yang siaran langsung saja walau terpaksa bersengkang mata sebab esoknya masing-masing kerja. Sanggup tu!

Paling tak tahan - bukti kesungguhan mereka tengok bola di dinihari, selamatlah sebuah periuk coning ware saya yang paling kecik sekali tu. terbelah dua atas api masa teman sebilik saya nak masak maggie. Janji kena ganti ayah ya....hahaha...(tak menahan, minta ganti rugi set tiga beranak yang baru ya!). Mereka ni sambil tengok bola, sambil makan minum. Air berjag lah atas meja. Cuma bertuahnya saya sebab mereka tak ganggu tidur saya suruh buat air dan masak maggie. Pandai pula cari sendiri semuanya. Alhamdullilah :)   

Saya tidaklah setegar masa bujung dulu memandangkan anak pun dah berderet. Kerja rumah nak kena buat lepas tu paling tak menahan, kena tidurkan anak-anak, alih-alih ibu dia yang tertidur dulu. Kata teman sebilik saya, "ibu pantang dapat bantal, terus ghaib..."  - ya itulah saya - sebab tu lah juga kenapa novel saya tak siap-siap. Dok puja mata, membuta aje!

Tapi sungguhlah, kenangan tengok bola dengan bff saya dulu masih kekal di memori sampai bila-bila. Pantang ada game berkumpullah kami berdua. bersorak dan sama naik mengulas mengalahkan pengulas sukan bertaraf dunia......hihihi...masa tu kegilaaan kami adalah Michele Ballack. Sekarang ni, saya tidaklah boleh berbuat sedemikian lagi sebab masa untuk tidur itu mengatasi segala-galanya. Masa tidur tu sangat berharga sekali sebab bila anak-anak dah bangun, jangan haraplah ibu dia dapat lelapkan mata lagi.

Realitinya world cup kali ini saya hanya layan game-game tertentu sahaja itu pun masa bangun untuk bersahur. Kalau tanya saya game mana paling best, saya akan jawab masa Jerman jumpa cari pintu gol sebanyak 7 kali tu lah...walaweiiii...sampai macam tak nak percaya tengok asyikkkk gollll saja! 

 

Saturday, July 5, 2014

Selamat Ulang tahun kelahiran Kakak


selamat ulang tahun kelahiran ke 3 buat tatak permata hati ibu dan ayah. Syukur, tatak membesar sebagai anak yang baik dan mudah diuruskan.

Pembesaran tatak sehebat kanak-kanak lain juga. Umur dua tahun setengah tatak sudah pandai ABC, satu dua tiga, one two three dan beberapa minggu yg lepas tatak sudah fasih alif ba ta. alhamdulliah proses pembelajaran tatak amat memberangsangkan.

Upin dan ipin adalah ketaksuban tatak. hegamaru pun sama. pendek kata siaran astro ceria itu semua tatak sudah hafal. Sekarang ni tatak suka nyanyi lagu let it go...satu lagi lagu ibu kaulah ratu hatiku versi tatak seperti ini;

ibu, ibu
entaulah atu atiku
ila ku berduta
entau hiburkan selalu
ibu
ibu entaulah atu atiku...

mula-mula tatak pandai nyanyi lagu ni, masa mother day yg lepas. Tatak nyanyi dengan ayah dlm kereta masa kita nak g jalan2...wah! masa tu berkaca mata ibu tau, bila tatak nyanyi dengan senyuman yang lebar. Allah hu akbar anak ibu. Sangat ibu sayang.

Hari ni ibu kesuntukan masa untuk menulis panjang pasal anak perempuan comel ini, semetelah nak tepek gambo pun tak sempat. Ibu deman adik medina pun demam...tapi malam ni ada suprise utk tatak...