Wednesday, June 27, 2012

tempat ku mula mengenal huruf

Mahu menggamit kenangan sebentar. Gambar sekolah rendah saya dahulunya. Tak ingat dah tahun berapa saya masuk darjah 1 kat Sek Keb Kolam ni...malas nak kira! hehehe..padahal takut org tahu umur ya dak? 


Memandangkan sudah berbelas ke dah berpuluh tahun saya tinggalkan sekolah ni, maka saya tak dapat nak ingat ni bahagian mana. Sebab seingat memori saya yang seciput ni, dataran tempat perhimpuan dahulu mengadap bangunan yang separuh daripadanya berdinding kayu. Dan saya agak, sejak sekian lama bangunan itu sudah digantikan dengan bangunan ini, agaknyalah!


Dua bangunan yang atas dan bawah ini lagilah yang paling baharu. Siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun lalu. Sebab masa balik kampung, saya lalu kawasan sekolah ini, bangunan ini sudah tersergam. (nampak sangat saya dah jarang melalui kawasan sekolah ini).


Tapak bangunan baru ini dahulunya padang bola dan sebelahnya padang bola jaring (kalau tak salah saya la). Tempat kami semua bersukan. Sekarang ni sudah dibangunkan bangunan, dan tang mana lagi padangnya untuk adik-adik bersukan ek? tertanya jugak...  





Yang ini pula surau. Surau ni didirikan masa saya bersekolah lagi di situ. Dan tengok tangganya, macam mengembalikan nostalgia pula sebab dahulunya kat situlah saya dan kawan-kawan rajin lepak waktu latihan rumah sukan. Suka pergi togak minum air paip, tadah dengan tangan. Dan minum dengan rakusnya...hehehehe

Saya bersekolah kat SK Kolam ni sampai darjah 5 saja, sebab nak masuk darjah 6 saya bertukar ke SK Gong Garu, Pasir Puteh pula.


Imbau kembali kenangan dahulu-kala, terasa manisnya zaman kanak-kanak itu....pergi sekolah jalan kaki ramai-ramai...dengan pikul beg berat lagi...dan kalau kebetulan pok leh datang jemput anaknya Kalsum, di ajaknya saya tumpang sekali. Lantas apa lagi, dengan hati yang menggebu-gebu saya terus panjat beca dia...naik beca tayar tiga...

Paling kelakar dan ingat sampai kini bila jadi penumpang basikal. Masa tu membonceng basikal, Kak ti yang jadi penunggang. Bayangkan masa tu saya memang dah terlebih besar daripada dia. Jadi bayangkan apabila pembonceng lebih besar daripada penunggang, dengan dua beg sekolah yang berat. Maka tayar basikal yang kat depan tu sering kali nak terangkat...jadi setiap kali nak mula naik basikal, takutnya saya sebab takut jatuh berselerak dua beradik ni...tapi sungguhlah...dan kononlah kan, sebab dia kakak, dia nak jugak jadi penunggang dan saya sekadar jadi pemboncengnya saya padahal saya lagi kuat daripada dia....hahaha...buktinya, apabila kami bergaduh masa kecil-kecil dahulu, kak ti sering menangis aka mengalah dengan saya...yang saya pula, mentang-mentang bersaiz besar masa tu, sedap tangan kaki je melepuk dia. Sungguh kakak saya tu tak pandai melawan sampai kesudahnya....maka apa lagi, jadi rajalah saya!

itulah kenangan dahulu...yang tetap tumbuh mekar dalam jiwa saya....

Monday, June 18, 2012

Singgah merapu sebentar

Sedang dilanda kesibukan menguruskan sesuatu. Jadi masa untuk berkhayal tu sangat terhad. Sambungan kisah cinta yang sedang ditulis, pun sudah hampir sebulan tidak bersentuh. Idea pun dah hilang entah ke mana sebab masa kisah itu datang bagai air sungai, saya tidak mencatit di mana-mana ruang. Jadi, kesudahan selepas dibiarkan terawang-awang sendirian, akhirnya dia pergi meninggalkan saya yang seperti tidak menghargai dia. Maka, jadilah cerita itu bergantung begitu saja disebabkan masa dan keadaan yang amat terhad. - pandai saya salahkan masa - padahal diri sendiri yang tak pandai menguruskan ruang masa yang doplohmpatjam tu -

Hmm...tidak banyak yang mahu dicatit di sini setakat ini. Cumanya saya berharap apa yang sedang saya usahakan ini berjaya menjadi milik saya secara rasminya dalam masa tak sampai sebulan lagi. Insya-Allah dan sungguh saya tak sabar :) Laluan yang Allah bukakan sungguh mudah dan semua prosedur berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Tuhan yang Maha pengasih dan penyanyang.

Dalam sedar tak sedar, saban tahun saya dapat rezeki yang besar-besar. Alhamdullilah sangat kan, rezeki yang Allah berikan untuk kami sekeluarga. Jadi...peringatan untuk diri sendiri dan teman serumah, jangan lupa untuk bersedekah juga...dalam kemurahan rezeki yang kita dapat, di dalam itu ada terselit hak milik orang lain juga :) 

Friday, June 8, 2012

Cepat sihat nak

Hari ni bersiaran secara langsung dari hospital Colombia, Bandar Puteri Puchong. Umairah Ya Maryam yang demam sejak jumaat lepas, dan alih-alih semalam warded. Ni dia sedang tidur berpelukan dgn ayah kesayangan dia tu, jadi ibu dia pun ambik peluang nak updated blog ni ha...

Semalam masa doc suruh warded, saya dah tahu dah...mesti kena ucuk sana cucuk sini. Rasa tak sampai hati nak biarkan dia dicucuk...tapi bila fikirkan bagus untuk dia cepat sembuh, saya setuju jugak. Maka, nurse ambil dia masuk dlm bilik, tak lama lepas tu dah dengar suara dia menangis tak ingat donia...huhuhuu....

Lepas tu nurse buka pintu saya pun masuk tengok, nak dua-dua tangan berbalut...

Tuesday, June 5, 2012

Singgah sebentar

Lama juga menyepi sebab sibuk dengan pelbagai urusan. Emeil dan FB pun tak berjengak. Hp lagi la, terlupa terus duduk tersepuk dalam handbag. Saya macam terputus sekejab dgn dunia telekomunikasi sebab asyik usung Umairah siang malam sejak jumaat lagi.

Kesian Umairah yang demam, batuk dan selsema sampai ke hari ni. Malam-malam tak boleh nak tidur, asyik merengek je. Sungguh kesian tengok dia. Sekarang ni susu pun dia tak mahu. Nasib baik dia masih nak makan walau sikit. Lega juga.

Semalam saya mc lagi buat sekian kali. Tahun ni baru masuk bulan 6, saya dah 4 hari MC. catat sejarah tersendiri. sebab masa mengandung tahun lepas pun tidak selebat tahun ini ambil mc. Takpe la, itu maknanya kita bukan selalu sihatkan. Semalam sakit kepala, sebabnya dah 2 malam berjaga malam kala si kecil tu merengek dan nak bf sepanjang masa. Letih juga tapi sebab anak semua tu saya lalui dengan hati yang tetap gembira.

Hari ni, walau tubuh di pejabat tapi minda tertinggal di rumah. Terkenangkan Umairah yang tak mahu menyusu botol. Tok ma bagi botol susu, dia minum sedikit lantas dicampaknya botol tu. Tanda protes tentunya. Aik..dah pandai protes ya nak. Ni mesti marah dengan ibu dia yang tinggalkan dia walau pun dia masih demam. Minta maaf la nak, ibu kena kerja...nanti nak beli baju baru untuk umiarah kan...

Dah kesuntukan masa, tak boleh nak berceloteh panjang...jadi, doakan Umairah cepat sihat dan kembali ceria seperti selalunya...nanti kita pergi jalan lagi, kali ni naik feri pulak...Insya-Allah...