Friday, December 30, 2011

sebelum hari terakhir 2011

Alhamdullilah...2011 bakal berlalu dengan sejuta rahmat Ilahi untuk kami semua. Berlalu pergi dengan meninggalkan banyak kenangan manis dalam hidup saya. Tahun pertama saya beroleh rezeki yang teramat-amat melimpah ruahnya. Tahun yang memberikan saya rasa yang baru dalam semua sudut kehidupan.

2011 jua banyak memberi saya harapan terindah. Pendek kata dalam setahun ini tiada yang tidak indah dalam hidup saya...semuanya indah-indah belaka sebab saya ditemani oleh orang yang hebat-hebat disekeliling saya.

Harapan untuk tahun akan datang jua diharapkan agar berterusan dimurahkan rezeki, dilimpahi kebahagian dan diteguhkan iman di dada. Amin...

babay dululah.... tapi sebelum tu nak ucapkan;

selamat menyambut tahun baru 2012 kepada kawan-kawan yang terbaca blog saya ni ^_^
semoga kita semua mendapat rahmat Allah senantiasa. Insya-Allah.






 nota selingan@@@
~ ~ pakwe saya baru sampai dari India jab ni...tak sabo nak balik selongkar beg...mana tahu ada dok sari utk saya...hahahaha... ~ ~ 

Tuesday, December 27, 2011

Sahabat terindah

Semalam, setelah hampir dua tahun tidak duduk goyang kaki di kedai kopi dengan kak bad dan linda, kami membuat temu janji utk mengulangi saat-saat manis ketika bekerja di bawah satu bumbung dahulu....tempat pertemuan yang sering beralih-alih itu akhirnya berakhir di Sogo juga. Alah, tempat biasa kami bergebang masa zaman muda-muda dulu tu.....dan saya, seronok sangatlah kalau dapat lepas bebas ke sana. Sogo kan syurga beli-belah. Sempat rembat 5 pasang baju utk si kecil sayang. Ni kalau ayah dia tau sure galeng kepala; sbb ibu umairah beli baju setiap minggu utk bintang hatinya (:) - pesanan utk ayah di Vadodara, India; jgn lupa beli kasut utk anak ya!!!

Apabila lama tidak bertemu enam mata seperti semalam, maka banyaklah cerita yang keluar. Dari satu tajuk ke satu tajuk...tak sedar dah dua jam masa berlalu. Masa tu masing-masing berlagak bujang la kan...tak ingat dah kat suami dan anak-anak yang ditinggalkan di rumah. Saya pula sebab pakwe ke India seminggu ni, tu yg terus buat plan nak berdating dgn mereka berdua. Kiranya ambik kesempatanlah ni. Tinggalkan Umairah kat rumah dgn tokbah sambil dibantu oleh ayah ngah & che su dia.

Kiranya Kak Bad dan Linda ni antara kawan yang paling rapat. Teman yang boleh kutuk mengutuk sesama sendiri yang dalam hatinya tak akan ada 'terkecil perasaan ke apa ke'. Teman tempat kami bercerita dari hal sekecil kuman sehingga ke besar gajah. Boleh sahaja kutuk mengutuk, puji memuji sesama sendiri. Langsung tak ada yang berbekas. Pendek kata...antara kami sudah terlalu kenal hati budi masing-masing.

Sejak masing-masing berpindah tempat kerja, kami hanya berborak melalui FB mahu pun YM sahaja. Itu boleh dikatakan saban harilah. Sebab kalau sehari tak bertegur dlm YM, rasa macam pelik pula. sekadar hai bye bye pun jadilah. Janji saya tahu dia sihat, dia tahu saya sihat. Itulah Norhaslinda Abd Halim yang hatinya amat baik walaupun mulutnya mak oiiii.....opocot....sorry nda, terkutuk ko pula...hahahahah...but LOL utk ko sahabat terindahku.
 

Friday, December 23, 2011

Bulan diduga...

5 December hari lahir ma yang ke 55 tahun. Dan hari pertama yang mengucar-kacirkan kehidupan kami anak beranak. Pagi tu ma muntah dan muntah berkali-kali. Lantas kami bawa ma pergi Klinik. Apabila doktor periksa, katanya BP ma naik mendadak.Mungkit tak cukup rehat katanya. Jadi kami suruh ma berehat. Namun selepas jam 2 petang, kami dapat panggilan telefon dari abah, katanya ma makin teruk. Bergegas kami balik ke rumah dan terus bawa ma ke hospital. Selepas itu bermulalah perjalanan ulang-alik, klinik - hospital sahaja. Berkampung dekat emergency dept sebelum dapat surat untuk dirujuk kepada doktor pakar.

Masa tu keadaan ma agak teruk. Muntah dan pening sehinggakan ma langsung tidak boleh makan. Makan sikit muntah banyak. Membuatkan kami semua runsing dgn simpton yang dihadapinya. Melihat keadaannya, maka kami adik beradik bergilir-gilirlah mengambil cuti untuk memantau keadaan ma dan selebihnya untuk menjaga Umairah sekali. Masa tu, Umairah tak boleh tengok muka tokma dia. Pasti dia akan tunjuk muka sedih. Macam dia faham je yang tokma dia sedang sakit. 

Namun apabila semuanya tidak juga reda, ma minta bawa dia balik kampung. Katanya mahu jumpa doktor kesayangan dia kat sana dan kalau serasi, nak cuba cara tradisional sekalilah. Kebetulan masa tu saya bercuti tiga hari, turn saya pula duduk rumah. Sebab Kak ti dah mula berkerja dan kembali ke rumahnya. Pakwe saya pula bercuti seminggu ketika itu. Maka malam tu jugalah kami buat keputusan bawa ma balik kampung.

Sebaik sampai kampung, kami terus bawa ma ke Klinik Dr Ziad di Melur. Doktor Ziad ni yang selalu ma pergi jumpa kalau dia demam ke sakit ke sebelum ini. Seperti kata ma sendiri sebelum tu, keserasian dia dgn Doktor Ziad ni memang menakjubkan. Setelah diperiksa, Dr pun  merumuskan benda yang sama dgn doktor dari hospital. Jadi dia bagi ubat dan injection. Alhamdullilah, beberapa jam selepas dapat suntikan drp Dr Ziad, ma dah boleh makan dan bangun berdiri tanpa bantuan sesiapa lagi. Masuk hari ke3,4 dan seterusnya, badan ma kembali berisi. Suara makin besar. Tidak lagi seperti seminggu sebelum, badan jadi susut dan suara pun hampir hilang. Sekarang ni hampir 2 minggu ma dah boleh bangun berjalan seperti biasa. Namun sesekali pening tu masih ada. Muntah dah berhenti terus. Alhamdullilah, rezeki dari Allah s.w.t....

5 hari saya di kampung, dan masa tu saya terlepas majlis perjumpaan Penulis JS. Sedih tak dapat bersama teman penulis yang lain. Tapi takpelah, demi kesihatan ma tersayang. Insya-Allah lain kali kalau masih mendapat jemputan, saya akan cuba penuhinya.

Dan masuk hari ni dah 5 hari jugalah kehidupan kami yang agak tunggang langgang. Baru saya terasa bertapa selama ini keselesaan yang saya jalani ini adalah disebabkan bantuan ma dan abah. Ya la, kalau sebelum ni, balik kerja semua ok ok sahaja. Tiada apa yang perlu saya kejarkan kerana ma yang tak reti duduk diam itu sudah melakukan semuanya sekali. Memang bertuah saya sebab tinggal sebumbung dengan ma dan abah.

Sekarang ini, apabila ma dan abah di kampung. Rutin kehidupan saya berubah seratus peratus. Mula-mula edisi mencari pengasuh Umairah. Nasib baik Kak Ema, jiran sebelah rumah di pantai dalam dulu sudi menjaga Umairah. Mudah pencarian saya. Dan Alhamdullilah. Bantuan drp Sasa dan Badrul segalanya berjalan lancar. Pagi-pagi kami tiga beradik sudah keluar rumah,  mula-mula hantar saya ke pejabat. Lepas tu Badrul hantar pula Umairah ke rumah kak Ema dan Sasa ke rumah kak Ti sebelum dia ke pejabatnya pula. Sasa ni walau dah besar panjang pun kami tidak benarkan dia duduk di rumah seorang diri. Bimbang juga dgn adik manis kita tu disonglap orang...hehehe...apa pun, tahniah Sasa...PMR kamu dah bolot semua A. Kami tumpang gembira dgn kejayaan yang kamu lakarkan itu. Kalau kamu masih bersekolah di SMKPB sudah tentu kamu pun akan mengikut jejak Kak Ili dan Abg Yo, mencatat nama sebagai salah seorang 10 pelajar terbaik di dalam senarai sekolah tersebut. Maknanya anak-anak ma dan abah, nama mereka pernah terukir dlm sejarah pencapaian cemerlang di sekolah. Itu hadiah dari kami anak-anak untuk ma, tentunya! (dah merapu pulak dah...):

Kembali ke topik asal...apabila ma duduk di kampung, saban hari kami berhubung. Giliran Mastura balik kampung dan Sabtu ini Mastura yang akan bawa ma kembali ke sini. Alhamdulliah...ma makin sihat dan sudah boleh berjalan dan dengarnya hari ni sudah pun mengikut abah ke rumah mak teh yang buat kenduri kahwin. Selamat pengantin baru buat cikgu Ida.

Selama ma di kampung, kami ni makan nasi bungkus dan lauk kedai sajalah. Semalam pun beli lauk kat kedai nasi padang tu, balik rumah tengok pakwe saya dah masak nasi dan tengah siang ikan dan ayam. Ooo...pakwe saya singgah kedai sebab dia yang sampai dulu dari kami semua yang selalu kandas dalam jam. Kesian Umairah, dia pun turut letih dengan keadaan jalan raya yang tak pernah surut ni. Sekarang ni dia tidur awal...seronoklah ibu dia, sebeb boleh ikut tidur awal juga. ^_^.... 

Sambil nak tidur, tangan atas dahi. Mulalah terfikir. Penatnya aku sejak ma tak ada ni sebab semua benda kena buat sendiri. Nak kemas rumah (padahal tak kemas2 juga) hehehehe...nak kemas dapur yang tak guna mana tu...nak basuh baju, nak kemas barang2 Umairah utk esok harinya dan kejar deadline closing majalah yang semakin hari terasa makin cepat pulak...adoiiii...

Apa pun, seribu rahmat Allah kurniakan kepada kami sekeluarga. 

Wednesday, November 23, 2011

Hilang kedamian


Hari ni genap seminggu saya bertukar jawatan (re-designation je! uhuk..uhuk), tempat duduk dan bertukar bos baru. Seminggu belajar membuat kerja baru, sangat menyeronokkan. Saya seronok dapat ‘mengembara’ ke satu lagi ruang proses penerbitan majalah.  Ilmu yang dapat sangat berbaloi. Di tambah dengan bos yang spoting! Yang memberikan sepenuh kebebasan untuk saya menerokai bidang baru ini. Thanks Helen.

Namun…dalam diam, hati merusuh! Bukan merusuh sebab perihal kerja tapi dengan persekitaran yang hari-hari membuatkan hati saya terbakar kepanasan. Tanggungjawab yg digalas masih lagi under control namun persekitaran di ruang lingkup ini sedikit banyak merimaskan saya. Saya rimas sesangat. Rimas dengan undang-undang yang dicipta oleh seorang yang sangat ‘bossy’. Rasa terikat kebebasan saya selama ini. Di jadikan penunggu diruang yang sempit dan bingit ini. Sungguh dalam hati ada rasa terkilan.

Atau mungkinkah keselesaan selama 4 tahun itu membuatkan saya tidak seronok di sini? Dahulu, saya hanya berdiam seorang diri diruang sunyi itu, tempat duduk yang hanya dikelilingi bilik-bilik bos besar. Berkeseorangan di ruang itu yang hanya ditemani bunyi air cond yang hanya sesekali sahaja saya on. Membuat kerja hanya untuk bos-bos sahaja tetapi saya diberikan sepenuh kebebasan. Tiada seorang bos pun yang menyibuk, tiada seorang pun duduk memerhatikan apa yang saya buat seharian. Saya selesa di situ, kepercayaan yang bos berikan, saya laksanakan secemerlang mungkin. Dan jujur saya katakan, kesemua bos yang saya berurusan selama itu amat menyenangkan hati.

Seawal proses petukaran ini sedang dirancang, perasaan saya 50-50...namun ketika surat pertukaran ditangan, saya bertanya bos HR, kenapa saya perlu ditukarkan ke bahagian lain, jawapan dia, “Mahu memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari bidang baru yang lebih mencabar dan luas!”

Ya, saya akui, di sini banyak yang dapat saya pelajari. Saya seronok menambah ilmu dan pengetahuan baru, namun hati tetap jua merindui kedamaian dahulu. Ketenangan yang sudah diragut pergi. Bersabarlah duhai hati.  

Friday, November 11, 2011

11.11.11 beginilah ceritanya

Cantik tarikh hari ni….11/11/11. kalau kat kelantan tentunya ramai yg kahwin hari ni kan, semetelah hari ni jatuh hari jumaat pula. Memang cantik sangatlah. Pada siapa yang mendirikan masjid pada tarikh ni, selamat pengantin baru, semoga kekal abadi.

Hari ni juga, Kavitha last day kat BP. Biar pun kami tak serapat mana, tapi memandangkan selalu berurusan dengan dia dalam pelbagai kerja, tentunya terasa jua kesedihan itu bila melihat dia melangkah pergi.

Entahlah…payah nak rungkaikan apa yg berlaku. Apa pun, semoga Kavi ketemui kerja baru yang lebih baik dari serba serbi. Selagi kita tak melangkah keluar, selagi itu kita tak tau rezeki kita kat tempat lain.

Dan, hari ini juga, hari terakhir saya duduk dengan selesa di ruang sunyi dan sepi itu. Isnin ni dah sibuk pindah tempat, selasa dah ada tanggungjawab baru menanti…bermulalah kerja baru bagi saya. Tak tau la boleh buat ke tidak. Maklum kena buat kerja dalam majalah Malaysian Bisness yang bahasanya omputih. Biarpun kerjanya hanya susun atur iklan, terasa tanggungjawab itu besar. Ya la…dgn majalah tu, biasanya pengiklannya lebih kpd company yg gah, yg gred A paling cikai pun gred B. Lantas saya jadi takut. Takut tak terbawa, takut tak terbuat, takut ada kesalahan yang bakal saya lakukan nanti. Takut lihat harga satu ad pun beribu raban…saya takut tersalah susun, tersalah faham ke…lantas perkara itu pasti akan menjadi isu besar.

Maklum dan sedia maklum…majalah tu hanya dibaca kalangan ahli bisnes dan biasanya org-org besar sahaja. Pernah lima tahun dulu masa kerja kat bahagian langganan, ada seorang setiausaha kepada pemilik empayar perniagaan terbesar di Malaysia, kelam kabut sebab majalah yang bos dia langgan tidak tiba pada hari tersebut disebabkan masalah penghantaran. Dan dia sanggup ambil half day semata-mata nak lari dari mengadap bos dia tu. Besarnya pengaruh majalah MB tu pada hidup bos dia sampai kan majalah pun kena ada atas meja dia on time… ^_^    

Lantas…apa jalan yg ada selain mengambil ini sebagai satu lagi proses pembelajaran. Peluang mempelajari skop kerja baru. Peluang berinteraksi dengan orang baru dan sebagainya. Rasa menggigil juga lutut dengan kerja baru ni. Dahlah bahasa omputih saya pun lintang pukang…nak kena pula monitor ads dlm bahasa tu. Aduh! Jatuh tangga sekali lagi…dushhhh

Tapi…tak cuba tak tahu, kan? Jadi, yakinkan diri boleh melakukannya…Insya-Allah.

Sayang Jelita yg akan saya tinggalkan…tiada lagi peluang utk menulis catatan disitu. Sedih jua!       

Wednesday, November 9, 2011

dia yg tabah

*** belum pernah rasanya saya bercerita pasal artis dlm blog ni biar pun saban minggu ada je artis-artis yang datang ke pejabat ni....tapi kali ini, setelah....

seharian dok layan lagu wajah, versi Abby Abadi. Penyanyi asal rasanya Aishah kut. Lupa.

Sedih dan pilu pula dengar lagu ni bila dihayati lirik dan lagunya di youtube. Tengok gambarnya, biar pun semuanya nampak ceria tapi air mata saya pula bergenang. Seakan sekeping gambar bisa melukis kisah hatinya. Tabahlah wanita ini....semoga Allah mempertemukan jodoh yang terbaik buat Abby. Insya-Allah.

Bertahun dulu, pernah tengok dia depan mata masa dia dtg office utk photo shoot majalah Jelita. Cantik sgt, mulus je wajahnya. Kalau tak silap masa tu dia baru berpisah. Mesra sgt dgn semua staff kat sini. Kalau tanya saya, saya suka Abby versi tak make up, lagi cantik! cantik yang original. 

Semoga wanita tabah ini diberikan kehidupan yang baik-baik belaka. Insya-Allah. Sesungguhnya Allah memberikan ujian yang termampu untuk hambanya menerima dan melalui dugaan perit itu.... 

Tuesday, October 25, 2011

jua terima kasih

UA : Cabaran 50 Buku : (17) Hanya Dia Sufi


Judul : Hanya Dia Sufi
Penulis : Lili Norlaili
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Halaman: 430 m/s
ISBN : 978-967-5118-64-7
Cetakan pertama Julai 2011

Kulit belakang novel :

ada rasa sesal setelah aku membuka luas hati ini untuk dia mentadbirnya

Ini kisah Sufi Najiha yang terlalu berahsia. Sufi Najiha memang sentiasa ceria, tapi siapa tahu apa yang berlagu dalam hatinya? Sudah begitu banyak dia menanggung derita; sudah begitu lama kisah silamnya tersimpul rapi. Dia dipaksa memilih dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan pilihannya itu. Dia tinggalkan sebuah cita-cita untuk sebuah kebahagiaan yang bukan miliknya.

Tapi sampai bila, dia harus mengalah dengan hati?
Setelah sepuluh tahun berlalu dia bertemu semula dengan ‘suami semalam’nya itu semula.

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak
‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”


Bagaimana untuk membuang Shah daripada hati, kalau dia tidak pernah sekali pun melupai ‘suami semalam’nya itu.
* * *
LILI NORLAILI memilih Hanya Dia Sufi untuk ‘melukis’ hati Sufi Najiha – gadis manis yang terpaksa dewasa sebelum waktunya. Lalu Hanya Dia Sufi telah mematangkan Sufi Najiha dan juga tulisan LILI NORLAILI.


Bicara Ummu Ammar :

Hanya Dia Sufi memaparkan lukisan hati seorang Sufi Najiha. Sebuah novel yang UA kira penuh dengan ‘tiba-tiba’. Bukan apa, setiap yang berlaku pasti secara tiba-tiba. Tak ada angin, tak ada rebut, mereka sudah mengungkap rasa hati masing-masing walaupun tiada apa yang terungkap sebenarnya. Dan ini merupakan kelebihan novel ini atau lebih tepat lagi jalan cerita yang bersesuaian dengan umur watak utamanya – Sufi Najiha.

Sufi Najiha – Seorang gadis yang telah dicuri hatinya tika umur baru meningkat setahun jagung. Masih mencari apa itu makna cinta dari segala sudut. Di Texin Instrument, segalanya bermula. Jatuh cinta dengan bos sendiri yang jurang umurnya hampir sepuluh tahun. Ah, pedulikan itu semua. Andai hati mula membisik cinta, semuanya tidak akan menjadi halangan. Cintanya pada Shah tiada galang gantinya.

Shah – Jejaka yang senatiasa tersenyum ini merupakan anak bongsu kepada pasangan Maria dan Rahmat. Sudah menjadi suatu tradisi kepada Puan Maria untuk mencari jodoh buat kesemua anaknya. Shah tidak terkecuali. Lelaki matang berusia 28 tahun ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat bersama dengan Sufi hatta meingkari perintah ibunya. Dia ingin melayari bahtera rumahtangga hanya dengan Sufi nya. Hanya Sufi yang bertakhta dalam hati nuraninya.

Penulis – Lili Nurlaili – menggarap kisah cinta Sufi dan Shah dengan penuh rasa cinta dan pengorbanan. Walaupun pengorbanan yang UA kira merugikan kedua-duanya sekali. Pengorbanan yang jika diselitkan dengan sedikit kesabaran dan diadun dengan sedikit kekuatan pasti bahagia menjadi hak mutlak mereka. Tahniah kepada penulis.

Cuma terdapat beberapa adegan yang UA tidak berkenan. Contohnya seperti Sufi yang mengambil jalan mudah untuk berkahwin dengan kekasih hatinya tanpa pengetahuan sesiapapun. Tidak difikirkan langsung perihal hati ibu yang bersusah payah mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Tidak cukup dengan itu, atas dasar ‘pengorbanan’ ditinggalnya pula sang suami terkontang-kanting sendirian melayari hidup seorang diri. Bukan dia tidak sedar itu semua membawanya lebih dekat dengan neraka.

Itu bisa dijadikan pengajaran oleh kita semua. Bacalah Hanya Dia Sufi untuk selami jiwa anak muda seorang Sufi Najiha dan hati lelaki seorang Shah yang setia pada cinta.

---
Ummu Ammar

Dari sudut hati saya, terima kasih kepada Ummu Ammar kerana sudi membaca dan membuat ulusan terhadap novel kecil ini. Amat terharu! 

Thursday, October 6, 2011

Tiba-tiba jadi teringat

Salam,

Tiba-tiba hati rasa rindu nak mengulang baca novel Bila Sena Kembali Berbunga. Dalam ingat tak ingat, rasanya dah berpuluh kali baca, pun jua hati tetap nak mengulang baca...dan utk novel yang pertama tu 4 kali beli, sebab selalu hilang...

Novel tu antara koleksi kesayangan juga. Suka dengan kisah Fika dan Zack, sangat manis dengan keseluruhan ceritanya tersusun rapi dan bahasanya yang indah.

Tapi kan, sekarang ni macam kesuntukkan masa sahaja...nak duduk baca novel berjam-jam tu macam mustahil je buat setahun dua ni...

Patutlah dahulu, jadi pelik seketika melihat Kak Ti yang sebelum kahwin, dia tu pun hantu novel juga, tapi apabila dia kahwin dan ada anak, usahkan baca, sentuh pun tidak lagi. Padahal masa tu, hampir setiap bulan 5,6 judul novel yang adik dia ni usung bawa balik dari kedai Mamak di Central Market tu.

Dan pabila anak-anaknya makin besar dan kesemuanya sudah bersekolah, barulah dia lapang masa dan sudah hampir 4 tahun dia kembali ke arena membaca novel. Dan sekarang ni, dialah pula pembaca tegar dikalangan kami adik-beradik. Syabas kakak ku, teruskan...: :)

Dan, bagaimana dgn diri sendiri pula? Akan ku cari satu masa dlm setiap minggu utk itu...

tetapi 

Bakal berjaya mencari masa dengan hanya dengan satu cara sahaja;

korbankan waktu tidur (^_^)

Tuesday, October 4, 2011

diam diam tau...

Assalamualaikum,

Budi bicara sudah dimulakan, seakan menunggu jawapan pasti. kena jadi tukang kira-kira??? Best kan kalu berpeluang kira duit sendiri yg berjuta-juta tu.
Dulu, keja bawah tukang arah jualan, buat majlis grand2 sudah, pastu sedap dpt berderat semacam, sbb campur dgn promotion yg masih lagi berterusan utk jaga hadiah….’meh, saper nak hadiah yg dlm 3 gudang tu mari cari kawe...’
Pernah juga ke langganan, kat sana pun sempat kenal ramai org dan paling tidak, kak ani…yang sehingga kini masih baiknya dia...
Merencana kisah sedang dilakukan…dan ini tuan tanah suka menconteng, wah rasa sayang nak tinggalkan;
Sesekali jadi penolong peribadi ketika teman sebelah bercuti…
Selang sehari jadi jaga, tunggu depan pintu…
Pendek kata semua lah tapi panjang nak kata
tukang abik gambo n proses pengeluaran je blm nak jadi lagi
Ke yg ni pun akan datang, kena terjah juga?
Oihh…
Nampaknya pasni, bole beniaga sendiri dah…

Jual nasi berlauk dgn nasi kerabu tepi jalan or depan stesen pam minyak kat caltex tu…dan bole dok dgn umairah ya maryam selalu...seronok aikkk

Wednesday, September 28, 2011

Bicara kalian tentang HDS

Salam,


ni ada sedikit komen & review daripada pembaca Hanya Dia Sufi. Terima kasih tidak terhingga kepada kalian yang sudi memberi ulasan terhadap karya kecil saya itu.

****

http://www.liyanacharmed.blogspot.com/2011/08/hanya-dia-sufi-lili-norlaili.html


Hanya Dia Sufi - Lili Norlaili


Sufi Najiha bekerja sebagai Pembantu Tadbir bahagian teknikal di Texin Instrument selepas tamat belajar SPM dan berkenalan dengan Sharullah a.k.a shah merangkap bos sufi. Walaupun sufi masih muda, akhirnya mereka berkahwin atas dasar cinta sebab ibu shah ingin menjodohkan shah dengan sepupunya. Sufi meletakan syarat agar perkahwinan dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa termasuk keluarga sufi dan dia sebagai isteri pertama. Tanpa pegetahun shah, sufi membawa diri ke perlis menyambung pengajian ketika shah pulang untuk bernikah dengan sepupunya. 10 tahun berlalu, adik sufi, nash bekerja di syarikat shah bekerja dan terjadilah pertemuan yang tak terduga.  Oleh sebab dah lama tak berjumpa sufi masih menyangka bahawa dia masih bermadu padahal madunya telah lama meninggal dunia akibat sakit. Rahsia akhirnya terbongkar sahabat baik sufi dan nash ternampak shah dirumah sufi. Kantoi la katakan. Mereka akhirnya berterus terang tentang status mereka kepada keluarga mereka. Happy ending! Sedih bila sufi terpaksa berahsia dengan keluarga dan keguguran ketika belajar sehingga dia dituduh rosak akhlak akibat mengandung anak luar nikah. Moral of the story, jangan buat keputusan terburu-buru sebab akhirnya akan menyusahkan diri dan orang lain. Namun cinta shah yang tidak pernah berubah menjadikan sufi wanita yang bertuah kerana menakluki hati lelaki bernama shahrullah. *ayat aku macam skema gila*  

"kenapa diam? tak ada apa-apa yang nak 'di-updatekan untuk one night husband awak ni?" - Shah

"puas sufi nak lari dari abang , abang tetap juga nak kejar sufi" - Sufi

 ****

 http://aimieafifah.multiply.com/reviews/item/65

3*** Hanya Dia Sufi



Category:Books
Genre: Romance
Author:Lili Norlaili
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN978-967-5118-64-7
Harga: RM19.00 / RM22.00
M/S: 430
Cetakan 1 – Julai 2011

Blurb:

ada rasa sesal setelah aku membuka luas hati ini untuk kau mentadbirnya

Ini kisah Sufi Najiha yang terlalu berahsia. Sufi Najiha memang sentiasa ceria, tapi siapa tahu apa yang berlagu dalam hatinya? Sudah begitu banyak dia menanggung derita; sudah begitu lama kisah silamnya tersimpul rapi. Dia dipaksa memilih dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan pilihannya itu. Dia tinggalkan sebuah cita-cita untuk sebuah kebahagiaan yang bukan miliknya.

Tapi sampai bila, dia harus mengalah dengan hati? Setelah sepuluh tahun berlalu dia bertemu semula dengan ‘suami semalam’nya itu semula.

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”

Bagaimana untuk membuang Shah daripada hati, kalau dia tidak pernah sekali pun melupai ‘suami semalam’nya itu?

*****
LILI NORLAILI memilih Hanya Dia Sufi untuk ‘melukis’ hati Sufi Najiha – gadis manis yang terpaksa dewasa sebelum waktunya. Lalu Hanya Dia Sufi telah mematangkan Sufi Najiha dan juga tulisan LILI NORLAILI.

Kak Chik menukil:

Pertemuan pertama mereka bermula dengan salah faham di Texin Instrument. Sufi pertama kali bekerja setelah tidak mendapat tawarana untuk ke IPTA. Dia; yang selekeh dengan rambut ikal panjang paras bahu, jeans lusuh yang koyak di kiri kanan lutut dan kemeja kotak-kotak hitam putih yang dilipat ke paras siku manakala topi dipakai terbalik. Sekali tengok macam penagih dadah pun ada!

Pertemuan seterusnya sudah mampu menggoyah hati remaja Sufi yang baru menginjak 19 tahun. Siapa sangka yang Sufi kata pekerja am itu rupanya bakal menjadi bosnya. Mereka berkongsi bilik kecil yang sama jika si dia tidak menggunakan bilik di tingkat empat.

Kunjungan kuntuman lili dari hari ke hari, lama-lama cair juga laman hati Sufi yang masih mentah muda belia, namun dia tidak pernah terduga ada ranjau yang sedia menanti di hadapannya. Dia tidak pernah tahu bahawa si dia sudah ada yang punya sehingga panggilan Puan Maria. Sufi mulainya tersepit, cinta setia pada si dia atau gelaran anak derhaka yang bakal digalas si dia?

Lalu benarkah pilihan yang dipilih Sufi sehingga dia sanggup menidakkan hak keluarga ketika membuat keputusan itu? Berbaloikah pengorbanannya setelah diri sudah terikat kukuh? Bahagiakah yang menanti dengan melarikan diri sebegitu? Temui jawapannya dalam Hanya Dia Sufi.

Sudut pandang Kak Chik:

Kisah perjalanan hidup Sufi Najiha yang penuh ranjau walaupun sekali pandang pada sudut pandang Kak Chik ia bagaikan ranjau yang dicari sendiri oleh Sufi kerana pada Kak Chik isu yang dijelmakan oleh penulis tidak terlalu kuat untuk mengikat Sufi Najiha kerana desakan hanya dating dari kekasih hati. Sufi yang terlalu muda pada masa itu tega menidakkan hak keluarga dalam membuat keputusan penting dalam hidupnya sedangkan dia sudah tahu ranjau apa yang menanti dia pada kemudian hari.

Perjanjian yang diikat untuk membolehkan Shah berkahwin dengan pilihan mamanya, Puan Maria juga bagaikan sesuatu yang hanya mahu menonjolkan kesucian hati Sufi Najiha itu sendiri. Sufi berkorban kerana tidak mahu Shah menjadi anak derhaka sedangkan terlupakah dia bahawa dia juga sudah menempah tiket ke neraka ketika dia membuat keputusan untuk meninggalkan suaminya tanpa sebarang khabar dan jejak selama sepuluh tahun itu?

Cara penulis juga mengimbau kisah sepuluh tahuh lalu ketika saat pertemuan dan seterusnya perpisahan Sufi dan Shah merupakan nadi kepada perjalanan kisah ini. Namun begitu ranjau dan ‘keluh kesah’ Sufi tidak terlalu ditonjolkan sehingga Kak Chik rasa Sufi hanya sedikit tercalit luka dengan peristiwa itu. Sufi digambarkan terlalu tenang kehidupannya sebelum kemunculan semula Shah dalam hidupnya. Namun pada Kak Chik Sufi telah melakukan pengorbanan yang sia-sia selama 10 tahun itu tapi itulah nadi jalan cerita ini.

Satu perkara yang Kak Chik teruja adalah olahan penulis ‘merahsiakan’ kewujudan madu Sufi adalah sesuatu yang mengujakan Kak Chik untuk tahu pengakhiran kisah ini.

Kebahagiaan rumahtangga anak-anak adalah dari restu orang tua dan ibu bapa terlalu egokah sehingga sanggup melihat anak-anak hidup dalam derita? – Kak Chik

Tahniah kepada penulis untuk karya yang pertama diterbitkan dan

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

****



Jua, terima kasih dari lubuk hati atas ulusan dan komen tersebut. Insya-Allah, andai masih berpeluang untuk saya 'melahirkan' sebuah karya lagi, saya akan cuba perbaiki 'sentuhan hati' agar lebih 'beremosi' (^_^)

Sunday, September 11, 2011

pertama kali buat kami (^_^)

Hari ni 11 September genap setahun kami berkahwin. Rasa sekejab je masa berlalu...pejam celik pejam celik, lahirlah anak comel ini...Alhamdullilah rezeki murah sungguh...terima kasih ya Allah kerana memberi sebanyak ini limpahan kegembiraan utk kami sekeluarga...

tahun pertama beraya sebagai suami isteri
tahun pertama beraya sebagai ibu dan ayah
tahun pertama buat persiapan raya untuk anak
tahun pertama Umairah beraya
semuanya jadi kenangan indah :)
happy anniversary dari ibu utk ayah.

dan ini...

(^_^) Gambar raya umairah...pakai baju kurung lagi tu, padahal umur baru 55 hari (^_^) terima kasih Tok Ma sebab tolong pendekkan lengan baju Umairah ni, kalau tak, masya-Allah....panjangnya mcm hapa...salah ukuran sungguh...apa pun, manis anak ibu bila berbaju kurung. ibu sayangggggg adik...





Tuesday, August 23, 2011

Umairah Ya Maryam

 Umairah selepas sehari dilahirkan...
Umairah yang baru dilahirkan...Alhamdullilah

Umairah Ya Maryam, selamat dilahirkan pada Selasa, 7.59am, 5 July 2011.

hari ni genap 50 hari Umairah hadir dalam hidup kami, dan baru hari ni ibunya berkesempatan menepek cerita dan gambo anak kesayangannya di sini.  Umairah, kurniaan Ilahi yang paling indah dalam hidup kami. Tidak terbilang rasa hati ketika pertama kali mendengar tangisnya. Indahnya saat itu... 

Tuesday, June 21, 2011

Tinta rasa...Hanya Dia Sufi

Dari ruang hati kecil yang mula berlagu riang…

Alhamdullilah…setelah sekian lama diperap dengan pelbagai ramuan rasa, akhirnya Hanya Dia Sufi lahir dalam bentuk bercetak. Kepercayaan yang diberikan Jemari Seni amat dihargai. Terima kasih sesungguh hati istimewa untuk Kak Yah, Kak Su, editor Nur Jannah dan seluruh warga kerja JS yang terlibat dalam merealisasikan ‘kecintaan’ saya ini….

Pertama kali melihat cover Hanya Dia Sufi, hati tersenyum sepanjang masa. Sungguh, gembira tak terkata, maklum pengalaman pertama yang juga amat manis dalam hidup!

Permulaan kepada terbitnya novel ini berkait rapat dengan bengkel penulisan Jemari Seni dengan kerjasama UKM. Bengkel yang diadakan pada Disember 2010 itu membuka langkah seterusnya untuk saya mempelajari teknik penulisan novel dengan lebih mendalam lagi. Terima kasih kepada seluruh warga kerja JS yang mengaturkan bengkel penulisan yang berkesan pernah saya hadiri. 

Sejak pertama kali JS bersetuju untuk menerbitkan novel ini, saya sudah pun tersenyum sumbing seorang diri. Walaupun bukan angan-angan untuk menerbitkan manuskrip ini, namun sedikit sebanyak hati termakan juga dengan ‘khabar indah’ daripada mentor Lily Haslina Nasir. Terima kasih Kak Lily di atas galakan yang diberikan. Seingat saya Kak Lilylah orang pertama yang mengatakan; “ alang-alang kamu suka baca novel, apa kata kamu tulis satu novel pula…”

Buat seluruh keluarga yang tidak pernah jemu memberi galakan agar saya menyudahkan bingkisan cerita cinta ini, terima kasih kerana sudi menuggu kelahiran novel ini walaupun masa yang diambil terlalu lama...sayang kamu semua! 

Dan hari ini…lahirnya...
Hanya Dia Sufi

Hanya Dia Sufi


Blurb:

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?” 

ada rasa sesal setelah aku membuka luas hati ini untuk dia mentadbirnya

Ini kisah Sufi Najiha yang terlalu berahsia. Sufi Najiha memang sentiasa ceria, tapi siapa tahu apa yang berlagu dalam hatinya? Sudah begitu banyak dia menanggung derita; sudah begitu lama kisah silamnya tersimpul rapi. Dia dipaksa memilih dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan pilihannya itu. Dia tinggalkan sebuah cita-cita untuk sebuah kebahagiaan yang bukan miliknya.Tapi sampai bila, dia harus mengalah dengan hati? Setelah sepuluh tahun berlalu dia bertemu semula dengan ‘suami semalam’nya itu semula.

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?” 

Bagaimana untuk membuang Shah daripada hati, kalau dia tidak pernah sekali pun melupai ‘suami semalam’nya itu.
* * *
LILI NORLAILI memilih Hanya Dia Sufi untuk ‘melukis’ hati Sufi Najiha – gadis manis yang terpaksa dewasa sebelum waktunya. Lalu Hanya Dia Sufi telah mematangkan Sufi Najiha dan juga tulisan LILI NORLAILI.


 Dapatkan di Pesta Buku Selangor 24 Jun ~ 4 Julai 2011!

Dan; di pasaran Insya-Allah selepas tamat pesta buku berlangsung. 
Untuk semua; sudi-sudikan membacanya demi untuk menyelami hati kecil seorang Sufi....

Friday, May 6, 2011

masih ketagih...

Book fair 2011 dah berakhir....tapi masih ada lagi rasa terkilan dlm hati sendiri sebab masa last day tu tak sempat nak menjengah sekali lagi. Biarpun dah 4 hari berturut-turut tawaf PWTC tapi kan rasa masa tak pernah cukup. Tamak haloba sungguh.

3 hari kerja kat booth BPSB dan satu hari sabtu tu khas utk merembat segala jenis buku....

Banyak buku yang sempat dirembat...tapi ada juga satu yg tak sempatnya...buku amalan berpantang cara tradisional terbitan group buku karangkraf tu tak jumpa di cari...almaklum, org ramai sgt dlm dewan masa hari sabtu tu...nak sorong kaki pun ala-ala muat je...nak berebut mcm orang lain, mak tak larat nyah...tu pun menjauh je dr org yg tgh berpusu-pusu...takut tertolak dan terjatuh kat situ tak pasai-pasai teberanak dlm gedung buku tu.

pengalaman juga...dalam kaki sakit-sakit sebab terpelecok depan bangunan gah tu..tapi demi tengok buku-buku yang selalu 'mencuri' duit sendiri...gagah juga bekerja hari tu...sama ralit dgn depa semua memunggah buku2 dan majalah, sbb bpsp berpindah dewan.  Dah kat bawah, baru laju mesin wang tu bergerak....seronok pula menengoknya biarpun itu duit company.

balik rumah...baru perasan kaki bengkak dan baru terasa sakitnya...tak pasal-pasal dapat mc 2 hari...kena kurung kat rumah...tapi nasib baik masa tu dah banyak buku yg sudah dibeli masa hari kedua tu...tak le dok membuta je kat rumah. selamat khatam langsir biji remia dan baju melayu serindit hijau.

Lepas dah kaki baik...masa last day tu, pujuk memujuk teman serumah, nak pergi lagi ke sana...tapi nan adooo nya dia nak layan...sbb 1) kaki baru baik - tak elok berjalan lama2, nanti bengkak semula! 2) dah habis bajet memborong buku - dia tanya, ni stok utk setahun ke? 3) kena pergi rumah mak sedara wat makan-makan utk anak beranak - org paling last sampai dan paling awal balik!

sebabnya....hati dah sampai ke pwtc nun...

 dan....baru nak seminggu KLBF tu tamat....dah 6 buku selamat khatam...yg paling terkini, buku citer remaja - aku jadi pengawas, terbitan PTS Litera...gelak sakan mak baca buku tu. Menunggu giliran...aku bukan bibik, Jemari Seni Sweet 17...seronok baca bab pertama, sebab penulis guna ganti nama 'saya'...'saya'...rasa baiknya budak ni...hehehehe...esok maraton baca novel tu pula!

lagi dalam stok beberapa karya hebat penulis tersohor tanah air....menuggu masa yg sesuai utk dibaca...atau patutkah dijadikan simpanan dulu buat 'jamuan' masa pantang nanti pulak?

Monday, April 4, 2011

sesi mengeluarkan kertas bernilai...

Hari sabtu lepas seharian shopping kat mid valley. Lembik kaki tapi sungguh la…bila tiba bab shopping, tak pernahnya ‘lili’ tak larat…boleh aje berjam-jam membelek satu persatu barang yg hendak dibeli. Sampaikan inche teman serumah yang surrender. Kesian tgk dia bawa raga berisi kain baju, botol susu dan keperluan lain ke hulu ke hilir, mengikut citarasa aku yang ‘sedikit’ cerewet memilih.…last-last dia cakap, dah tak larat nak berdiri…haikkk.…aku yang pregnant 6 bulan ni masih gagah perkasa tawaf  mid tu…dia yg mengikut ke hulu ke hilir yang pening kepala.…

Peliknya…dah berjam-jam pun masih lagi banyak yang kurangnya…banyak lagi yang perlu dibeli. Keprluan nak sambut orang baru mcm sediakan bajet nak kahwin saja lagaknya…maklum anak pertama…dr A-z semuanya serba baru…nampak gayanya…siri membelah-belah masih lagi diteruskan sehingga ke hujung masa…

Tapi sungguh…ralit apabila menyelongkar rak-rak baju bayi ni. Cantik-cantik…nak nak yang warna pink tu…mcm membuai je perasaan…warna ceria. Ni g shopping tanpa ketahui jantina anak…maka banyaklah membeli baju warna putih, hijau muda dan paling tak tinggal…warna coklat…geleng kepala orang sebelah!

Sabtu minggu sudah pergi scan…tapi anak tak nak tunjuk…pemalu sungguh orangnya.…takpe la…kita tunggu kelahirannya dengan sabar…lelaki ke perempuan tak kisah pun…janji sihat walafiat…syukur Alhamdullilah..

Balik dr mid…pergi makan nasi lemak sedap tu. Legaaaa bila dah dapat makan…macam settle hutang beribu. Almaklum…dari jumaat lagi dok teringatnya….

Ahad…lagi sekali pergi shopping…kali ni ke Nilai 3. Cari keperluan Mastura naik pelamin pulak. Beli bunga telur dan barangan perhiasaan lain utk hari besarnya nanti. Pun jua…keluhan demi keluhan daripada abah, bakal abah dan adik-adik…sungguh la, demo tu tak suka shopping lama-lama…pada mereka, datang, pilih, bayar dan balik…tapi pada aku, datang, survey kedai demi kedai…bezakan harga dan kualiti…lepas tu baru pilih, bayar dan balik.

Ma okey je mengikut…tak kisah pun…perempuan dengan perempuan sejiwa kalau bab shopping ni…boleh saja berjam-jam membelek barangan…sedang abah, mukanya dah masam-masam manis…tapi kami pompuan-pompuan ni buat-buat tak faham je…selagi tak jumpa yang sesuai…tak nak baliknya!

Si Mastura…boleh aje…mana yang disuakan….itu lah yang dia setuju…almaklum kata dia…kahwin zaman belajar…duit tak de nak ‘memilih’ yg mahal-mahal…so ikut je la apa kata sponser…kesian...kesian…

Dua hari penuh dgn aktiviti membeli-belah…balik rumah baru rasa letih…lepas tu mulalah…..nak tidoooo je….tapi kan….sebelum beristirehat sempat masak nasi ayam tu…tiba-tiba rajin memasak biarpun kaki dah minta diurut…lenguh weh…

…dan…dua hari yang penuh dengan sesi pengeluaran kertas bernilai yang hanya sebulan sekali dapat tu…baru rasa berpinar biji mata!

Paling mengujakan dan tak sabar menunggu…book fair tak lama lagi…tak sabaq nak g…’kutip’ buku-buku yang bersepah-sepah kat rak yang bersimpang siur tu…dah la senarainya dah berjela….senarai yang pendek sedikit drp senarai barangan baby….
1st time teman serumah tengok listing yg berjela, komennya; “ni 15k pun tak cukup ni!” 
:) :) nasib tak pengsan dia tgk listing tu....

Friday, April 1, 2011

penangan nasi lemak

Ni terlintas selepas mengaminkan doa selepas solat asar tadi...

Tiba-tiba dah petang mcm ni terasa pulak nak makan nasi lemak panas kat jalan 223 PJ tu. nasi lemak suri tu memang sedapppp...kalau makan mmg kena 2 bungkus...hehehe...skrg ni la...dulu nak makan 2 bungkus tu malu....hahaha....

padahal...

baru 2 minggu lepas pergi makan dgn teman serumah masa otw balik dari beli cik toshiba kesayangan hamba ni. dah makan sana tapi masih lagi tapau wat balik...dan sampai rumah, aku makan lagi sekali....sungguh sesi menternak badan.... 









dulu-dulu...masa bujang sering juga keluar ramai-ramai pergi makan kat sana...pernah pergi dengan ben, kak bad, ina, fred dan pernah juga pergi dengan ben, atun dan siti....lepas tu acap kali dgn ben la...(ben, aku sayang kau seperti dulu juga, tidak pernah sesaat ko luput dlm hati aku) huaaaa...tiba-tiba sendu teringatkan kawan terbaik ini....biar apa pun yg terjadi...kau sentiasa dalam doa aku...Insya-Allah. 



tengok gambo ni terus meleleh ayer liuq...tapi kan sah..sah...malam ni tak kan dpt punya....jln puchong jaya nak ke area sana tak pernah tak jam...nampaknya kena tunggu esok je la...sop..sop...esok harus aku 'gulai lemakkan' teman serumah tu...membujuk raya agar melayan sesi makan nasi lemak sedap ni...

p/s: credit pix dr blog http://www.makan2jalan2.blogspot.com...terima kasih sesedap nasi lemak ini...

Tuesday, March 22, 2011

Kecur di petang hari

pic minta tlg pak google...sbb malu nak snap yg kak ema bawak.... :) terima kasih ya pak google....

Lama dah tak makan ubi kayu rebus. Sekali dapat makan, fuh…terangkat.

Tadi kak ema bawak dr rumah dia. Aku makan tak sedor diri. Tu belum lagi ada sambal tumis ikan bilis ke atau paling tidak kelapa muda buat cicah. Kalau ada…..

Sedap sedap sedap bangat…tak cukup yg makan tadi…sebab malu nak makan banyak…kwang..kwang..kwang…


Friday, March 11, 2011

Alhamdullilah

Tiada kata mampu diungkapkan melainkan senyum seribu kembang. Buka emeil petang ni, mata terus tak berkelip-kelip membaca patah demi patah perkataan yg tertulis. Terpampang apa yang ditunggu selama ini. Alhamdullilah dan syukur kepada-Nya yang membuka jalan ini utk aku 'bertemu' dengan JS.


Terima kasih kepada panel yang menilai kerana sudi memberi peluang; peluang seperti bulan jatuh ke riba. terima kasih sesungguh hati :):)

Thursday, March 10, 2011

kembang setaman

8am – roti bakar + kaya = 2 keping
10am – donat = 2 biji
10.40am – bihun = sepiring
10.55am – karipap+kentang = sebiji

kesimpulannya; sekarang ni kuat makan. Tak kira masa, mulut asyik nak makan je. Bagilah apa sahaja semua aku tibai. Ni jab lagi, 12.40 aku dah merayap cari nasi pulak. Aduhai…muka dah bulat macam bulan penuh.  

Cuma; ikan masih lagi tak boleh nak makan, tak boleh lagi bau orang goreng ikan pun. Tapi yang pasti dah boleh tengok gambar ikan, dah boleh tengok orang siang ikan, dan yang paling best, dah boleh pergi pasarrrr. Yes, isnin lepas aku pecah tanah lepas 4 bulan tidak ke pasar pak lang….seronok dan teruja biarpun sekadar main tunjuk-tunjuk dan yang tukang abik dan masuk dalam plastiknya, inche teman serumah itu. Aku masih geli nak celup tangan dalam tong udang dan sotong tu. Padahal sebelum ni, bukan main lagi…sedari dahulu, akulah yang paling suka pergi pasar basah, beli lauk bagainya….sejak mengandung, itu pulak dah jadi kepantangan. Terbalik dunia!

Alhamdullilah, sejak seminggu dua ni…kami tidak lagi makan di kedai. Aku sudah kembali rajin masuk dapur. Sudah kembali mendapat sentuhan telefon di telinga sambil mulut pok pek pot pek…tanya cara nak masak dgn ma….masih lagi belajar cara-cara nak masak.:(nasib mu kawen lili, kalu tak sambal je la yg mu lulus masaknya....):

Adik-adik…hang semua jgn dok gelakkan kakak kamu ni ya…biarpun tiap kali nak masak, kena bercinta dulu dlm telefon dengan ma…

Sabtu & ahad = restoren Mok Nah….hehehehe

12.30 noon, telefon berdering;
Ma: marilah makan, dah masak ni
Me: ma masak gapo?
Ma: macam-macam ada, mari la…kak ti pun ada ni (see…bukan aku je ya, kak ti pun 2x lima; makan restoren tiap hujung minggu…)
Me: meta lagi ore g la…

3.00pm, aku masih lagi tak g; sibuk dok mendobi, dan etc; paling tidak; tidooooo….
Ma: mu tak lapo lagi ke?
Me: lapo dah…takpe jab-jab lagi ore g la…
Ma: nasi lauk semu dah sejuk ni
Me: tak pe..takpe..meta lagi org g

Meta-meta lagi, pukul 5 baru aku sampai umah ma yang hanya sejengkal cuma tu….sedang elok je, ma dah masak nasi lain dah….hehehehe…

Dan malam pula; aku buat senyum-senyum kambing…ajak teman serumah makan mc d yg depan tangga umah tu je. Kfc jauh sikit la, kena g dgn kenderan…kalu nak jln pun sampai sbnrnya; setakat 100 langkah tu, kira dekatlah lagi kan…well…aku kan pemalas nak beriadah. Pija pula kena call…delivery order; ni sasa paling suka la kalu aku dok mendail no 1 300 88 2525, senyum dia sampai ke telinga! Sasa..sasa…antu pija rupanya!

mcm selalu….malam je, si baby ni nak western food…aduhai…anak omak! Omak ni dah kembang setaman dah pun….

isnin ni check up...nurse kata lepas 7 bulan pregy baru badan boleh naik 2kg utk 1 bulan.....
check up yg lepas; masih ok, 1.15kg je naik...:) suka omak...itu petanda omak masih boleh makan lagi bnyk ke????
 

Thursday, February 24, 2011

thanks laling...

Kenyang! Thanks kawan serumah, sambal udang ni sedap sgt. Tima kasih seribu sayang ya darling sbb rajin memasak utk makan malam kita malam tadi. Dan sampai ke siang ni, masih mengulang makan sambal udang tu. Siap bawa ke opis ni…sbb spt biasa, kalau kat opis, selalu biul…tak tau nak makan apa…dah jemu dgn segala makanan yg kat kedai depan ni. Pilihan sgt terhad dan hampir ke semua restoren, menyediakan menu yg sama setiap hari.

Buat teman serumah itu…saya memang surrender dgn abang…kalau bab memasak, abang lebih pandai dan cekap drp saya…saya kalu nak memasak, kena telefon ma dan lebih teruk kena buka buku resipi. Tapi teman serumah ini pula, main campak-campak je dalam kuali, tapi masakan tetap meletup. Hehehe…ada harapan lepas ni kita buka restoren, abg jadi tukang masak, saya tukang jaga duit…..:) :)

Nampaknya lepas ni, saya kena lebih giat lagi belajar memasak…

Dan malam tadi juga, buat kali kedua. Kaki mula cramp…sakit yg amat. Baru diketahui betapa sakitnya rasa disaat urat-urat betis menegang dan kejang. Terasa sampai ke siang ni. Terima kasih juga buat teman serumah…sebab rajin mengurut dan begitu prihatin, sekali saya mengaduh di malam buta tu, abang dah terbangun dan terus mengurut kaki saya dalam mamai-mamai tu…


Tuesday, February 22, 2011

Minggu ke 19

Sedar tak sedar kandungan dah masuk minggu ke 19. Adakalanya sudah terasa gerakan baby. Syahdu dan sungguh kami teruja. Tak sabar menunggu kelahirannya. Mengambil kira ‘kata-kata’ orang tua supaya jangan lagi beli persiapan untuk baby, maka kami pun melengah-lengahkan masa. Cuma bila ada masa terluang, rajin juga kami menjengah ke butik-butik baby di sekitar sini. Sekadar window shopping. Namun setiap kali membelek baju-baju baby..hati tergerak dah nak beli. Nasib teman serumah tu pandai cari alasan supaya aku tidak memborong lagi pada minggu sudah.

Awal bulan lepas masa balik kampung, aku dah tengok kain barut perut baby yang MIL tengah jahit. Masa tu dah beberapa helai yang siap. Rajin sungguh MIL tu menjahit sendiri barut perut untuk cucunya. Apabila lihat kain sekecil itu, terus tak sabar nak timang anak…J

Juga, sudah dua kali bertemujanji dengan Klinik Kesihatan. So far, mak dan baby, dua-dua sihat walafiat. Alhamdullilah. Cuma HG je rendah sikit daripada yg 1st check up tu. so nurse bagi Iron tablet dan suruh aku perbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau…

Kalau nak ikutkan keadaan masa ni, memanglah hari-hari aku dah gasak makan buah. Dulu bukan kesukaan aku makan buah dan sayur ni, tetapi sejak mengandung ni, aku amalkan hari-hari makan buah. Boleh pula aku menelan buah! Hairan bin ajaib….

Sepanjang kehamilan ni juga, baru minggu lepas dan terbawa-bawa ke minggu ni, selsema dan batuk silih berganti. Kalau setakat selesma aku boleh lagi tahan, ni yang batuk dok berulang ni yang tak tahan. Suara pun dah tak nak keluar…serak je memanjang. Agaknya sebab cuaca panas sangat sejak kebelakangan ni. Apa yang membanggakan diri sendiri, aku masih lagi berjaya mengelakkan diri dari mengambil MC…itu kira percapaian yang bagus…hehehehe…

Dahulu, sebelum nak mengandung aku takut sangat sebab takut sakit belakang. Slipped dics kat bahagian bawah belakang tu dari dulu sampai kini, aku biarkan begitu sahaja. Sedangkan sudah beberapa orang doktor pakar, masing-masing menasihatkan aku supaya menjalani pembedahan membuang disc yang terkeluar tu, tapi aku masih berkeras tidak mahu melalui sesi pembedahan tu. Alhamdullilah apabila aku berjaya mengurangkan kesakitan dengan beberapa bulan menjalani sesi fisioterapi dan mengurut. Selepas fisio dan mengurut, aku sudah boleh berkerja seperti biasa. Cuma, elakkan mengangkat barang berat, berdiri serta duduk terlalu lama…

Kebimbangan kembali ada selepas aku mengandung ini….harapan serta doa aku tiap kali lepas solat, minta dipermudahkan jalan selama mengandung ini. Diberikan kesihatan yang baik dan kesakitan tulang belakang mungkin akan berlaku selepas kandungan semakin membesar. Dan doa aku, biarlah aku berjaya mengatasi kesakitan itu dengan semangat yang kuat demi untuk melihat zuriat sendiri dilahir dan dibesarkan….moga-moga tiada kesakitan di bahagian tulang belakang ini nanti….Insya-Allah…

Monday, February 7, 2011

mencoret apa yang dirasa

Malam selasa lepas secara mengejut kami balik kampung
mak jah meninggal dunia. Al-Fatihah utk arwah.
bertolak jam 1.30am sampai Ketereh jam 8am pagi
sempat berhenti sarapan dulu sebelum ke rumah arwah
tercapai hajat aku nak makan nasi berlauk ore kelate...Alhamdullilah

hampir 5 hari di kampung
berulang alik la dr rumah kolam ke panggung
kalau dulu, balik satu umah je
sejak dah berdua, kena bergilir-gilir
umah sendiri dgn umah mak mertua
kita buat adil dan saksama.....

paling best dapat makan nasi berlauk setiap pagi
fuh...puas hati
dan sepanjang kat kampung, datang perangai baru
siang malam pagi petang
nak makan nasi bungkus je
kesian mak-mak sedara, buat kenduri tapi bahagian aku
demo tu kena bungkus macam kat kedai
siap bungkus dgn daun pisang, kena pula masuk dalam beg plastik
...ala-ala beli kat kedai gitu
mengada-gada sungguh!
nasib ramai yang melayan

Ahad, petang nak bertolak balik KL
pilih petang sebab nak elak jam
konon-kononnya la...
sedar tak sedar, dari machang ke kuala krai dah 3 jam
gara-gara orang pakai uniform buat road block
konon-konon demo tu nak pantau orang yg potong Q
tapi malangnya...jam teruk yg dapat
cerdik sungguh depa ni....
terus semua org makan roti bersapu jam sepanjang jalan

jalan terus, macam okey je walaupun kereta bertali arus
berhenti kat r n r gua musang pun
kereta penuh, nak parking pun susah
lepas dah solat, makan
terus sambung perjalanan
masa tu dah 8.15 malam

masa nak sampai ke bentung
dari raub lagi dah nampak ekor jam
cerah je lampu berkelip-kelip
depa semua dok main tekan brek
lantas inche shahrul bagi pilihan
nak join pesta jam ke nak lalu jalan gelap
aku kata...kita cuba jalan gelap
begitu berani ya....

lantas terus belok kereta ke jalan mempaga
jalan alternatif ke kl
agaknya ramai orang tak tahu jalan tu
gelap gelita, kereta aku je yang lalu jalan situ
sekali sekala berselesih dgn kereta dr arah bertentangan
dalam hati tak berhenti baca ayat kursyi

tapi serius
jalan dia elok je, takde pecah-pecah
sedap je memecut...cuma gelap je
masa sampai kat pekan dia
aduh...cantiknya di malam hari
lampu bercahaya segenap pelusuk
lalu betul-betul depan penjara bentong

terus masuk haighway karak
jalan macam clear je lagi
tup-tup...masa sampai kat simpang dari arah bentung tu
kami pun join sama pesta cahaya
masa tu dah jam 12 tgh malam
terkedek-kedek lah kami mengikut kura-kura merangkak
dari detik ke detik jarum berdetik...macam tu juga gayanya
aku rasa, kalau merangkak lagi laju kut
maka, ikutlah kami arus perdana....
terkedek-kedek macam itik pulang petang

sedang terkedek-kedek
terkejut yang amat
bumper kereta dihentam orang belakang
agaknya driver tu tertido kut...
tu yang selamba badak main hentam kereta aku

lagi slamber muka inche shahrul
sedang aku dah gelebah badak
tak pernah lagi aku aksiden ni
biar dah 12 tahun dok ulang alik kl-kb

lagi selamba si pelanggar pengecut...
dalam jam-jam sempat dia mecilok dari kereta ke kereta
terus lesap menghilangkan diri
perlahan-lahan kami berhenti di tepi jalan
sedang ketika itu
dah banyak kereta tersadai
yang kebanyakan bonet dah ternganga
dalam hati berdoa
jangan la teruk bumper wira tu
kang tak pasai-pasai
dengan kami-kami tersadai kat bukit karak

Nasib baik tak ada apa yg rosak
wah...tahan betul wira tu walau dihentam honda
lurut nafas lega...
sambung balik perjalanan
nasib dapat lalu jalan bertentangan
yang pihak highway buka sebelah sini
laju sikit la gerakan kereta
dan akhirnya...jam 4.30am
kami sampai rumah dengan jayanya
sejarah baru kami catat
13 jam perjalanan pasir putih - kuala lumpur
syabas mr sahab....

sebaik sampai
aku dapat kerja baru
jadi tukang urut di pagi buta
akibat belakang inche suami
yang dah nak senget sebelah
kesian dia; inche shahrul

tu la...hari tu masa nak balik
yakin je jalan tak jam
tak main agak-agak
terus pilih kereta manual dia

kalau yang aku punya tu auto
boleh la bawa bergilir-gilir
yang aku pula...haram sampai lo ni tak reti bawak kereta manual
maka, gasaklah dia sorang-sorang bawak kereta malam tadi

sempat le tido barang 2 jam
dan pagi ni
dengan badan separuh letih
tetap gagahkan diri datang opis
sebab kerja masih ada yang pending
doktor belum hantar lagi artikel dia
terus doa dalam hati
minta-minta masuk opis pagi ni
dah dapat emeil pasal artikel tu dari doktor
biar settle semua yang bahagian aku
baru senang nak buat kerja lain pula


tapi sayangnya...
datang-datang kerja
kena dok bawah
ganti tempat orang mc pula dah....
aduh...hancur lumat ati aku
dari nak settle kerja sendiri
terus hilang mood di pagi hari ni....
kalau tau kena wat kerja orang
baik haku pun mc sekali ***kata hati yg jahat***
hahahahahah....huaaaaaa ~ ~ ~ menangis kepiluan
nasib ko la labu.........

sedang enak merapu ni
kak ema lalu depan mata
dia minta artikel doktor tu...gelabah mak...
tapi sungguh
kat bawah ni, payah nak buat kerja aku tu
banyak gangguan
semetelah sistem tak bersambung kat pc bawah ni
sedang pc cabuk ini pun
hanya lulus dgn nyawa-nyawa ikan je...

janji kak ema
esok, pagi-pagi saya hantar story tu...
ya ampun...

tpi jgn lagi esok datang kerja
kena lagi sehari dok melangut kat bawah ni
lagi mc lagi mc
harus esok aku terajang
apa yang ada depan mata
wat-wat garang gitu...hehehehe 

Tuesday, January 25, 2011

rasa nak cuti dan cuti saja

Hati sedang mengelupur nak g shopping. Nak beli beberapa helai seluar dan baju sendiri. Asyik pakai baju yang sama je, muak juga…sebab setiap pagi dok termenung depan almari yg takde pintu tu..belek-belek…baju yang muat dgn badan sekarang ni tak banyak dah pun. Yang ada hanya yg masa saiz M dulu…tika berat badan hanya 42 kg…skrg ni berat dah mencecah 50.9 kg masa last timbang masa g check up hari tu. Haruslah baju dan seluar banyak yg dah tak muat….

Masa pula suntuk sangat…sampai nak g mid valley pun tak sempat. Hari kerja jgn haraplah, lunch time sejam cukup sekadar utk mengisi perut sahaja. Hari minggu pula, sejak sebulan kebelakangan ini, memang sibuk yang amat…semetelah inche suami asyik kerja sahaja…weekand minggu lepas pun dia kerja…ada projek baru…dan dengar-dengar, tak lama lagi dia kena ke India utk 3 bulan…adoi…lamanya…dah cuak rasanya ni…sop..sop…sop…(lap air mata awai2 ya)

Memandangkan minggu depan CNY, dengan berbekalkan cuti masih ada lagi 5 hari utk dihabiskan sebelum Mac ini, maka aku dengan selambanya mengisi borang bercuti…yeh…mudahnya lulus…harus CNY aku dpt bercuti selama seminggu. Masa senggang nak menjelajah shopping complex…ada sesape adik2 nak ikut???? Abg shahrul hang kena kerja lagi masa tu agaknya, jadi jom kita adik beradik merempit ke Mid dan Sogo…) Mastura: jom kita g jalan TAR, skodeng barang nak kahwin nanti….masa tak lama lagi, bulan lima dan seharusnya persiapan boleh dimulakan dari sekarang…jom, ma belanja, badrul bayarkan…hehehehe…

Ni dok merepek…tak sedar diri…sedang satu habuk pun artikel tak anto lagi kat kak ema…sedap duduk weh, memandangkan bos di singapore 3 hari ni…itu yang aku best je dok merapu ni…pagi tadi sedap je dok menaip utk ruangan sekacip pinang tu, sedar2 suasana bising dari bawah, rupa-rupanya kengkawan dok sibuk claim hadiah masing-masing. Hadiah cabutan bertuah yang dapat masa annual dinner kat PD malam sabtu lepas. Rezeki aku tahun ni dapat printer absson plus dgn voucher food di prince hotel…printer tu nak wat gapo pun aku tak tau la…orang lain dapat lagi best, ada dapat tv plasma 32 inci samsung, rantai reflessia rm 1000..itu antara barangan idaman semua orang lah…ditengok-tengok, besor2 juga hadiahnya tahun ni…pendek kata semua tersenyum lebar lah…puas hati. Aku pun tersenyum juga…dpt printer yg rasanya setahun sekali belum tentu aku gunakannya….huhuhu…apa pun itulah rezeki…voucher tu pula bole la guna utk sambut besday abg sayang nti…


Wednesday, January 19, 2011

merapu bin meraban

asal buka je blog nak membebel
ada je benda menghalang
terus lupa apa nak menceceh
maklum otak dah separa slow
pantang ada perkara melintang
terus jadi pelupa

tutup dulu la
buka kendian pula
kut kut ada cerita basi nak tulis.....

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

kata nak tutup terus ada cerita baru...

21-23 Jan 2011 - ada team building kat regency hotel port dickson. Nampak gaya kena pergi juga ni. Biarpun sekadar dapat join depa semu dalam indoor akiviti je. Outdoor mmg aku dah out awal-awal la. Tak nampak gaya la aku nak terkinja-kinja melompat cam tahun 2007 tu. Mak dah angkat bendera tak de color awal-awal tahun lagi...

Pergi juga ni pun sebab nak cergaskan diri sendiri yang dah makin berlemak ni. Lemak tepu kut kalu kat rumah....pemalas yang amat sekarang ni. kerja umah banyak yg inche suami buat, aku bnyk membuta je, tak tau la kenapa...pantang jumpa bantal terus zzzzzz....tapi kalu kat opis, dalam kategori rajin lagi kut....hehehe..sebabnya, sepanjang tempoh 13 minggu mengandung ni, hanya mc sehari sahaja...itu pun sebab g check up... alhamdullilah, Allah berikan kesihatan & semangat yang cemerlang....kata big boss sebab aku jenis yang rajin berkerja, tu yg bersemangat je nak datang kerja tiap2 hari. Kata badrul pula, kalu kak ili demam ke sakit ke, anto je pergi opis, terus sihat...(biar pun datang kerja, kadang-kadang tu kena buat kerja orang lain...hahahaha...padan  muka...rajin sgt, rasakan!)

dah merepek la pula....adussssss...

Tuesday, January 4, 2011

Tahun seribu rahmat

Baru nak buka jendela rumah ni....aduhai masa, sungguh cepat berlari.  Meninggalkan pelbagai kenangan manis di tahun lepas. Dan tahun ini aku sambut dengan hati riang.....

2011, Alhamdullilah dan syukur kepada Allah kerana memberikan aku nikmat kehidupan ini. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdullilah.

Minggu lepas balik kampung.....seronoknya berada di sana biarpun hujan mencurah-curah tanpa henti hari demi hari. Seronok melihat rintik demi rintik membasahi bumi. Sempat dibawa berjalan keliling kampung oleh inche suami...meronda kampung dengan motor...dibawanya ke tempat dia selalu bermain masa kecil-kecil dahulu, kebun getah dan sungai menjadi port istimewanya...mungkin kerana hati aku yang sukakan suasana kampung, maka keseronokan menjelajah itu terasa sampai kini. Terasa jakun melalui denai-denai serta kebun getah yang cantik tersusun...sebabnya di kampung sendiri, payah nak jumpa kawasan seperti itu. Sungai yang jernih, airnya yang deras mengalir dan kesejukan melalui lorong-lorong kecil kebun getah. Hati terpana! Dalam keseronokan aku meneroka kawasan mereka, tercuit hati melihat sesetengah penduduk kampung yang tidak dapat keluar menoreh, sedangkan ketika itu harga getah tengah memuncak. Aku pula yang terasa menanggung kerugiannya....heheheh.............

Sabtu majlis pertunangan adik ipar, Niza ....tahniah Niza, semoga apa yg dihajati dan dicita-citakan akan terlaksana dengan jayanya. Fazly, terima kasih sebab bawa ikan puyu jeruk utk Kak Lili :) ...tahun ini, dua majlis kahwin akan diadakan....6 Jun, Mastura sudah tetapkan tarikhnya manakala Niza masih dalam perbincangan...Dua-dua majlis ni aku kena ambik bahagian....

Cerita pasal kahwin, hehehehe....sampai ke hari ini, aku masih lagi mendapat hadiah kahwin...kelakar la, sedangkan sudah hampir basi...Terima kasih Kak Lily Haslina Nasir....biarpun sebelum kahwin hari tu dah banyak yang kak Lily menaja;.bunga telur dan juga bekas bakul yang istimewa itu. Sudah berlebih-lebih hadiah daripada akak...malu dah nak terima ni! Apa pun, koleksi yang akak bagi hari ni sangat cantik...dan kegilaan saya mengumpulnya semakin menjadi-jadi.

Semetelah masa balik kampung hari tu, dengan muka tak tahu malunya...aku minta pinggan antik mak (nenek) yang berdozen-dozen tu....teruja aku apabila mendapat koleksi bunga kangkung kuning....sedang baru beberapa minggu aku tengok di Amcorp Mall...satu pinggan tu mencecah RM 20....kegilaan yang menghabiskan duit. Tetapi hati leka membelek satu demi satu.......................... 

Apa pun...2011, lebih mendebarkan...untuk melalui saat-saat manis bergelar ibu. Alhamdullilah…aku melalui fasa kehamilan yang baik…tanpa morning sickness yang teruk, sebabnya aku dah booking sebelah malam…hampir setiap malam, selepas makan….akan selamatlah semua makanan itu ke dalam singki…sungguh terbalik. 

Dengan hidung yang super aktif…mudah berbau. Kesian inche suami, malam tadi dia dah buangkan pintu almari kat dalam bilik, ditelaknya di bilik sebelah...sebabnya aku tak tahan dengan bau kayunya yang menyengat hidung sehinggakan saban hari aku tahan muntah Yang peliknya…hanya pintu itu sahaja…apabila tinggal almari berbogel tanpa penutupnya, elok sahaja hidung aku ni bernafas….ada ke patut…pintu almari tu yg aku buat musuh! Macam-macam kerenah….kesian teman serumah itu….melayan fiil yang pelbagai ini….