Wednesday, November 23, 2011

Hilang kedamian


Hari ni genap seminggu saya bertukar jawatan (re-designation je! uhuk..uhuk), tempat duduk dan bertukar bos baru. Seminggu belajar membuat kerja baru, sangat menyeronokkan. Saya seronok dapat ‘mengembara’ ke satu lagi ruang proses penerbitan majalah.  Ilmu yang dapat sangat berbaloi. Di tambah dengan bos yang spoting! Yang memberikan sepenuh kebebasan untuk saya menerokai bidang baru ini. Thanks Helen.

Namun…dalam diam, hati merusuh! Bukan merusuh sebab perihal kerja tapi dengan persekitaran yang hari-hari membuatkan hati saya terbakar kepanasan. Tanggungjawab yg digalas masih lagi under control namun persekitaran di ruang lingkup ini sedikit banyak merimaskan saya. Saya rimas sesangat. Rimas dengan undang-undang yang dicipta oleh seorang yang sangat ‘bossy’. Rasa terikat kebebasan saya selama ini. Di jadikan penunggu diruang yang sempit dan bingit ini. Sungguh dalam hati ada rasa terkilan.

Atau mungkinkah keselesaan selama 4 tahun itu membuatkan saya tidak seronok di sini? Dahulu, saya hanya berdiam seorang diri diruang sunyi itu, tempat duduk yang hanya dikelilingi bilik-bilik bos besar. Berkeseorangan di ruang itu yang hanya ditemani bunyi air cond yang hanya sesekali sahaja saya on. Membuat kerja hanya untuk bos-bos sahaja tetapi saya diberikan sepenuh kebebasan. Tiada seorang bos pun yang menyibuk, tiada seorang pun duduk memerhatikan apa yang saya buat seharian. Saya selesa di situ, kepercayaan yang bos berikan, saya laksanakan secemerlang mungkin. Dan jujur saya katakan, kesemua bos yang saya berurusan selama itu amat menyenangkan hati.

Seawal proses petukaran ini sedang dirancang, perasaan saya 50-50...namun ketika surat pertukaran ditangan, saya bertanya bos HR, kenapa saya perlu ditukarkan ke bahagian lain, jawapan dia, “Mahu memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari bidang baru yang lebih mencabar dan luas!”

Ya, saya akui, di sini banyak yang dapat saya pelajari. Saya seronok menambah ilmu dan pengetahuan baru, namun hati tetap jua merindui kedamaian dahulu. Ketenangan yang sudah diragut pergi. Bersabarlah duhai hati.  

2 comments:

  1. Lili tahniah ya..sudah dinaikkan pangkat ke jawatan baru. moga lebih berjaya..alah mula-mula alah bisa tegal biasa..pedulikan benda2 yg menyesakkan tuh yg penting buat kerja..tunjukkan ko boleh buat cewahhh (skema pulak ayat hehheh)

    ReplyDelete
  2. ti, jawatan baru tapi balik ke marketing semula la nih...mak oiii...pusing pusing akhirnya ke sini semula aku ni...apa nak buat...

    tapi seronok la kan sbb buat kerja yg dulunya aku tgk je org lain kelam kelibut..skrg ni kena batang hidung sendiri...hahahah...padam muka.

    ReplyDelete