Tuesday, December 22, 2009

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


nota kaki; pembuka hijrah tahun ini...semoga menjadi apa yg dirancang. Terfikir bahawa, perlu keluar dari 'comfort zone' demi mencari perubahan dalam satu kehidupan. Semuanya minta dipermudahkan Allah SWT. Insya-Allah  

Thursday, December 17, 2009

Beransur pergi...hijrahku

Sedang termenung diam di sini, sedang bilah masa beransur perlahan-lahan meniggalkan diri. Setahun berlalu bagaikan sehari, laju sungguh masa merentas....sehingga tika ini, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menutup tirai 1430H.

1430H....banyak memori tercatat lewat kenangan yg ada. Separuh daripada 12 bulan...banyak dihabiskan dengan menoleh, mencari silap diri dalam mencatur jalur-jalur hati dan perasaan...di mana silap itu muncul? di mana wujudnya kelemahan itu? Apakah kerana terlampau berlembut, berdiam diri, mengambil mudah dan memandang remeh atau lebih tepat, ego yang aku tantang lebih tinggi daripada dia. Seperti anggapan dia barangkali 'aku tidak pernah serius....jarang sekali berbicara lewat perasaan yang sebenar' sedang membiarkan dia berterusan mencari jawapan pada tiap pertanyaannya, pertanyaan yang manis nan indah, teramat ajaib tetapi kenapa....aku berterusan membisu!  Rasanya, sedang ketika itu aku masih dalam menguji kesungguhannya....

Jawapanya mudah 'aku tetap aku'. Payah membuka kata, sedang dalam diam ia ada di situ....

Hari ini, tahun yang diharapkan mengungkai seribu satu rasa, akan berlalu pergi jua.....Insya-Allah....bawalah pergi semua yang ada pada jeratan rasa.....aku ingin terbang tinggi kembali....

Payah mengusir mutiara nan jernih dari terus berderai di tebing kelopak.... 

Monday, December 14, 2009

Saya budak baru belajar

Sabtu 12/12/09, seperti yang diharapkan…aku berkesempatan hadir jua ke kelas penulisan novel anjuran AVA. Walau dalam keadaan yang tidak cukup persediaan dan dalam kekalutan masa yang agak terhad, tetap aku gagahkan juga. Tujuannya memang satu, mencari ilmu.


Bengkel yang menarik kerana ia dianjurkan oleh orang yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang penulisan. Lebih manis apabila ia dikendalikan oleh penulis novel terkenal; Puan Nisah Hj Harun selaku permudahcara. Seharian berbengkel, banyak yang dapat dikutip dan dipelajari.

Seawal bengkel, kami belajar cara merangka jalan cerita, cara untuk mengembangkan plot dan seterusnya menjalin bab demi bab. Payah juga rupanya ya? Masuk sesi kedua, aku sudah kecut perut bila diminta untuk membentangkan synopsis dan bab pertama karya masing-masing. Alahai…apalah yang nak aku bentangkan nanti kerana ianya ditulis hanya sekadar mengisi masa terluang 3 tahun dahulu.

Daripada pemerhatian, semua peserta yang hadir pada hari itu rata-rata mempunyai bakat yg terpendam dalam bidang penulisan. Hebat-hebatnya novel yang sedang mereka usahakan. Kajian menyeluruh, rujukan, ketelitian dan pendedahan yang mereka bawakan layaklah utk dikategorikan sebagai calon-calon anugerah sastera serta sains fiksyen yg hebat. Ketik itu, aku mula rasa terpencil hanya kerana aku seorang sahaja yang cuba menulis kisah ‘cinta, air mata & angan-angan mat jenin’. Dengan sedikit kekuatan, aku harus mencuba nasib. Mendengar komen mereka yang berpengalaman tentang karya aku yang tidak ada hujung pangkal itu. Seperti kata seorang teman; “pergilah…tapi tadah telinga mendengar komen mereka kelak…”

Dalam segan berintikan malu, ada beraninya. Demi untuk belajar dan menambah ilmu. Kalau tidak aku tidak tahu pun yang cerita itu banyak yang lopong dan sumbing….terima kasih kepada semua yang sudi menegur dan berkongsi idea. Ada luang masa, di lain hari pasti aku akan kembali ke bengkel seperti itu lagi. Aku belajar untuk ilmu. Di akhir kelas, ketika bersalaman dengan Puan Nisah dia sempat berkata “jangan ambil hati ya mana yang kena cincang…”

Kalau salah tolong tunjukkan….

Friday, December 11, 2009

Interaksi bayi dalam kandungan

Bukankah sesuatu yang mengujakan bila kali pertama anda merasai bayi bergerak dalam perut anda? Ia adalah perkara biasa setelah bayi berusia 17 minggu dalam kandungan. Bagi seorang ayah pula, mereka terpaksa menunggu sehingga usia 30 minggu untuk merasai gerakan ini dengan meletakkan tapak tangannya di perut ibu.

Kajian menunjukkan bahawa pada usia ini, bayi sudah mampu berinteraksi dengan persekitaran, antaranya:

1. Bayi dalam kandungan boleh mendengar. Dia boleh mendengar degupan jantung ibu, aliran darah dalam tali pusat, cecair amniotik juga bunyi yang terhasil di luar rahim.

2. Dia boleh merasai perasaan dan mood ibunya. Bila ibunya tertekan, bayi akan bertindakbalas dengan mengubah pergerakannya.

3. Dia sangat sensitif pada suhu. Jika ibunya berada dekat dengan alat pemanas seperti dapur, bayi akan merasa tidak selesa dan mula bergerak.

4. Dia gemar memberi gerak-balas yang boleh dilihat pada perut ibu. Seorang ayah biasanya mahu melihat pergerakan bayinya tetapi dia akan berhenti bergerak bila si ayah meletakkan tapak tangannya pada perut si ibu. Sedangkan pada waktu lain, bayi akan bertindak-balas atau menendang bila ibu mengusap perut dengan perlahan.

5. Dia juga sangat sensitif pada cahaya. Ini berlaku dalam trimester akhir bila abdomen semakin membesar dan kulit semakin nipis akibat regangan.

6. Kajian menunjukkan bayi dapat membezakan rasa yang berbeza melalui makanan yang ibu mereka makan.

7. Pergerakannya dalam rahim tidak terhad pada tangan dan kaki sahaja. Dia boleh gerakkan jari, menghisap ibu jari, membuka kelopak mata, menguap dan pelbagai lagi.

8. Bercakap dengannya setiap hari. Tidak penting apa isu yang diperbualkan tetapi mainkan ton suara dan konsisten dengan keadaan.

9. Menyanyi atau melagukan lagu dodoi kegemaran anda kepadanya setiap hari. Cara ini membantu dia mengenali suara anda.

10. Mainkan alunan mengaji dan zikir untuk mindanya.

11. Ceritakan padanya apa yang sedang anda perbuatkan setiap hari. Cara ini akan mendedahkannya pada suara anda dan membantu anda mengajar tabiat bercakap dengannya apabila dia lahir nanti.

12. Selalu usap perut anda dan bercakap untuk melengkapkan stimulasinya. Cara ini akan membuatkan bayi merasa dan mendengar perasaan anda pada masa yang sama.

13. Selalu padam dan buka kembali lampu pada waktu malam untuk membantu melengkapkan stimulasinya.

14. Seorang ayah juga boleh turut serta dalam interaksi ini setiap hari untuk mengeratkan lagi hubungan bayi dan ayahnya.

 (kredit kepada majalah Aniqah Jun 2009 - muka surat 63)

TERIMA KASIH.

Wednesday, December 9, 2009

Bungaku kembang mekar

Senyumku di petala langit ke tujuh. Aduh...rupa-rupanya ia tidak perlu sebanyak bintang di langit mahupun selautan buih di lantaian ombak...cukup sekadar cuma...ia bersinar terang di jiwa yang diam ini. Senyumku seakan hidup semula, bangkit dari mogok dengan pelbagai rasa yang bertindih-tindih. Suatu hari ia diam mencari di mana dan di mana...

Rupanya ia tidak perlu sebanyak gantang, cukup hanya sekadar cuma...pun sudah membangkitkan semangatku kembali. Cukup sekadar membayang di mata, tersimpul di bibir dan terkesan di hati. Dalam diam hadirnya....rupa-rupanya payah juga ya bila berdiam diri?

Apa lagi nak di tulis sedang hati kembang setaman....mengantuk dan letih jauh terusir apatah lagi rasa bosan dan geram yg tadinya bagaikan ingin di tanduk dek kerbau jantan.

Tiada kepayahan tiada keberanian rupanya....baru ku sedar ia yang sebenarnya...

Bungaku kembang setaman hanya kerana sepotong bingka sesedap karemel yg keramat, bekal sampai bila....

Hari ini aku hanya ingin senyum dan senyum seindah suria....selagi peluang masih ada!

Tuesday, December 8, 2009

Bercuti anak-beranak


Bergambar kenangan bersama ahli keluarga yang hanya seramai ini sahaja. Dalam ni cuma Mastura saja yg takde...kesian dia tak dapat ikut, sebabnya...takut tertinggal kuiz yg suka di buat secara mengejut oleh lecturernya..sampai deman dia yang ditinggalkan...

Keluarga Che ti...dgn kerenah anaknya yang pelbagai...percutian sebelum Azim dan Aiqham potong..memotong...meh kita bercuti dulu, balik nti tok mudin sedang menunggu!


yezaaaa....mak sedara ngan anak sedaranya yg sama gedik...jauh bebenar di ambil gambonya...muka Atirah yg kecil itu langsung tak nampak di apik oleh mak sedaranya...


pak sedara yg telefonnya sentiasa berdering sepanjang percutian. kawan di opis kelam kabut bila sang engineer ini bercuti...tapi dalam dok mengarah itu dan ini, "ko sambung pot tu, pastu tukar wayer tu..then ko check line server tu and bla..bla..." Namun dalam pada itu....sempat lagi tenggelam timbul di swimming pool dan water park nih..pun sudah mengikut peel anak-anak buahnya...pantang jumpa air!



...posing bergaya anak-anak sedaraku....

tiga serangkai....kakak, abang dan adik..sudah sedia untuk berenang..jom...


tu dia...semua kuak keluar...dari hari mula-mula sampai ke hari nak balik...berenang dan berenang saja

...bila azim belajar berenang seperti ikan di laut...hehehehe

azim sudah kesejukan...tapi masih berdegil bila di ajak pulang ke apartment

bila mak dan anak berposing...

Kenangan percutian sekeluarga di Bukit Merah Lake Town Resort 2-4 December 09

Monday, November 23, 2009

Baby cik ili sayang




Azim di hari penyampaian hadiah sekolahnya jumaat lepas. Tu dia...sampai cikgu ikat dengan getah trofinya...semua dia pulun utk tahun ini. Markah terbaik semua subjek pun dapat kat dia, campur trofi tempat pertama dlm kelas, semua jadik 7.  ni kat rumah, masa baru balik dr sekolah...pandai dia susun n abik gambo syok sendiri. Agak2 dia berangan tahun depan nak banyak lagi. Si abang hanya mampu tgk je, sbb abg punya hanya dapat satu saja....telan liur tgk adiknya sampai tak cukup kaki berlari naik stage abik trofi n sijil....
Azim dan kawannya....kalau semua Azim yg conker...kawan hanya tgk je la. Takpe dik...tahun depan giliran adik pula, rampas sikit dr Azim....Azim, baby cik ili sayang...sayang smpai tak leh nak kira...dekat di hati sentiasa. Pantang dok dekat

utk kakak....UPSR...walau dpt 3A, pun dah alhamdullilah, berbaloi la dgn usaha kakak yg tak seberapa.... puas dikerah, dibebel supaya mentelaah...tp kakak lebih aktif di luar kelas....mcm2 jawatan dia pegang kat sekolah, semua cikgu kenal dia/adik/papa/mama/termasuk cik ili sekali ya, sbb cik ili wakil yg g sing report kad hari rabu lepas gara-gara...kakak jadi pelajar perempuan paling aktif berpesatuan, besajak, bersyair, bersyarahan dan berpidato segala...blm acara padang lagi...campur dgn pasukan beruniform, aduh...pening kepala mama dan papa dia. last-last dpt trofi utk pertandingan futsal juara wakil perempuan! yg cik ili heran satu je, cam ne...kakak boleh dapat gelaran pelajar perempuan paling cemerlang thn ni?

Nota kaki....cuti sekolah sudah bermula...anak2 buah dgn mak buahnya sekali sedap bercuti....yehaaa...aku pun smlm last class utk sem ni....beshnya....tak yah lagi pikir pasal assingment (smlm bagai nak rak menyudahkan assingment yg last minute, tanpa toleh kiri kanan sejak lps subuh pulun menaip, memprint dan membainding, sbbnya nak hantar jam 4 petang kat lecturer. Ya ampun...lain kali cuba nak janji dgn diri sendiri, nak buat awal2) JANJI YA.

Final exam minggu depan dan hujung bulan dec...jadinya sementara masa masih ada, kita cuti..cuti malaysia dulu (last minute study lak) hehehehe...chow...enjoy!

Monday, November 16, 2009

Terima kasih Ya Allah

Kiranya aku tak ada apa-apa pun yg besar2 seperti org nak tu….aku tak ada apa pun…hati pun kecik saja, sbb itu aku mudah mengalah dalam semua hal. Semangat pun kecil juga, itu pasal aku mudah membuat keputusan untuk berpaling pergi.


Tapi aku ada Allah SWT, aku ada Dia yang selalu ada bersamaku. Mendengar rintihan, melihat tangisanku lantas Dia membantuku untuk berdiri semula, memimpinku ke jalan yg lebih lurus berserta basahkan lidah dengan tasbih dan tahmid selalu. Aku yakin, aku ada Allah yang memberikan banyak keistimewaan dalam hidupku. Banyak yang Allah berikan tapi sedikit sahaja aku membalasnya. Sungguh sedikit. Maka, ampunkanlah hamba-Mu ini Ya Allah, yang seringkali gagal dalam bersyukur.

Belajar tentang hakikat hidup ini, banyak mengajarku tentang kepayahan, dugaan, cabaran dan kegembiraan yg juga sering kali datang sekaligus menghiasi liku-liku perjalanan hidup sedari awal aku mula bertatih.

Awal bulan hari tu, kejutan juga berlaku. Sungguh aku tidaklah mengharapkan untuk mendapat sebanyak itu. Dalam hati hanya berkira-kira, sikit pun jadilah asalkan ada. Suci murni hatiku…(wah gitu!) Sungguh, memang tidak mengharapkan bulan jatuh ke riba. Tapi tengoklah, Allah lorongkan rezeki itu kepada aku. Sujud syukur seketika. Lantas aku telefon ma, bercerita dgn dia. Ma kata dia selalu mendoakan yg terbaik utk anak-anaknya. Menitis air mata aku ketika itu. Doa ma sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami adik-beradik. Yang kelakar, siap pesan dgn ma, suruh cerita kepada abah sekali. Alahai anak omak…Ma dan abah, jantung hidupku.

Dan di hari ini pula, sekali lagi aku mendapat rezeki dari Allah. Setelah beberapa kali mencuba mendail nombor yang sama, tapi masih belum juga dapat-dapat. Aku cuba lagi dan lagi tapi sama juga. Tetap tiada balasan. Akhirnya terdetik di hati; ‘oh bukan rezeki aku gamaknya.’ Aku pasrah. Reda andai bukan milikku.

Lantas dua malam berturut-turut aku beristikarah mencari penyelesaian kerana aku tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi di hari depan. Aku perlu beristikharah sambil berkata dalam hati kecilku; andai dia telefon balik, bermakna itu rezeki untuk aku. Maka aku akan ambil itu. Tup tup…pagi ni, setelah aku tidak lagi menaruh harapan, orang tersebut menelefon menyatakan ia masih lagi ada dan kosong. Siap dia tetapkan temujanji segala. Alhamdullilah…rezeki utk akukah itu?

Bercerita tentang solat istikharah, aku pernah membaca satu emeil yg di forwardkan oleh seorang teman, bercerita tentang satu keluarga yg hidup bahagia, lengkap memiliki semua, sempurna dalam hidup berkat dia sering beristikharah dalam kehidupan seharian waima untuk membeli barang semurah dan sekecil pun, dia beristikharah dulu. Dan kesannya mereka hidup dengan sempurna biarpun hanya memiliki pendapatan yang minimun. Dari itu, yang baik aku jadikan pedoman dan penyuluh jalanku jua.

Sedetik fikiran aku sering berfikir, Allah menarik satu nikmat dalam hidupku, tetapi Allah membalasnya dengan begitu banyak sekali. Banyak sekali hinggakan aku ketemu titik sebenar. …Syukur Alhamdullilah.

Friday, November 13, 2009

Yang Sebenarnya

Yang Sebenarnya mlm semalam aku berjaya! Kata adik aku "ada org EL la esok" tapi aku berjaya tidak mengELkan diri. Cerita Yang Sebenarnya aku berjaya habiskan dlm satu mlm saja. Seperti biasa, aku mula membaca selepas solat isyak terus membawa ke pagi. Jarum jam ke empat pagi baru tamat pembacaan padahal esoknya nak kerja. Memang maraton habis.

Aisya Sofea, penulis yang memang sentiasa aku nantikan bahasa romantisnya. Tidak pernah boring membaca berulang kali setiap novel beliau. Paling banyak-banyak-banyak-banyak kali aku baca adalah Sehangat Asmara, Jendela Hati dan Kau Untukku. Boleh hafal dah ayat-ayat cintanya yang menjentik kalbu. Kiranya, sekarang ni pun, kalau terpegang je novel-novel ni semua, aku akan mula baca sampai habis. Biarpun sudah berkali-kali. Jadinya, novel-novel ini aku susun di rak bahagian belakang, agar tidak terjemuh selalu, nanti kan aku tak jadi buat kerja lain, sekali pegang memang tak kan letak tanpa menamatkan ke helaian terakhirnya. Kronik gila lah pulak! Sebabnya; jatuh sayang pada Kay, Nurul Umairah dan Farah. Lebih teruk, jatuh chenta habis-habisan kat Zainal Arif, Ahmad Faud dan Lukman Hafizi.  Aduhai...memamg membuai... :-)  :-)

Senang cerita, setiap kali novel beliau keluar aku tak akan senang duduklah selagi tidak mendapatkannya.

Yang sebenarnya....hmmm...apa ya nak di kata, mungkin sedikit longgar pengisiannya kali ini, sedikit ringan gaya penceritaannya menjadikan jalan cerita pun biasa-biasa sahaja. Masih lagi bersangkut paut hal kekeluargaan. Namun yang penting, tetap seronok membacanya. Masih lagi boleh dihabiskan dalam satu malam tu maknanya best jugak la kan. Sebabnya, kalau novel tu tak best, jangan kata sampai jam 1 pagi, jam sepuluh mlm pun aku sudah letak kembali di rak buku. Apa taknya, baca depan 3 bab, tengah 2 bab dan terus ke last bab! Selesai.

Jadi Yang Sebenarnya ini....boleh dibaca bagi pengikut tegar Aisya Sofea. Sedikit berlainan bagi watak hero yg dijelmakannya. Bersikap panas baran dan kuat/mudah mengamuk. Tapi aku cukup faham, akan kenapa Muhammad Adrian Saifullah itu bersikap sedemikan....makanya; cari-cari sendirilah ya...baca novel tu dan anda akan ketahui kenapa, mengapa dan hanya pada siapa?

Aku tetap menantikan karya terbaru Aisya Sofe, lagi dan lagi....teruskan berkarya....

Dan juga....tak sabar menunggu pertengahan December, Jaja Din menuggu...aduh! bagaimana ya kesudahan Jaja dan Ustaz Din? Tadi baca kat blog kak su ((boleh ke panggil kak su je ni, sbbnya dia tak kenal pun aku...dan aku dah kenal dia berkali-kali sbbnya kalau beli novel-novel dia, aku pastikan dan berusaha utk mendapatkan tulisan tangannya yg cantik itu kat novel tu; aku suka bahasa indah yg kak su sering tulis kat atas signaturenya, puitis sungguh bahasanya....)) - arrrr...dah lari topik daaaa....

Ok sambung balik, tadi baca blog kak su...aku dah senyum-senyum sendiri bila kak su kata dia tengah menyudahkan cerita Jaja Din itu. Apa pun...Jaja Din sure aku akan cari seawal mungkin sebabnya dalam tu ada sedikit 'nasihat' daripada 'uncle' Akmar Aziz......Nyanyian Tanjung Sepi.     

Tuesday, November 3, 2009

senyum seindah suria

Bahagia. Ya bahagia, cukuplah dgn apa yang ada. Yang seadanya ini mmg cukup membahagiakan walau nilainya tidak seberapa. Ternyata, bahagia itu ada di situ, di satu tempat tersorok yang sukar nampak dan ia damai dalam syahdunya. Rasa bahagia itu ada bila berjaya mengusir satu persatu dan betulkan...apa-apa pun biarkan ia berjalan pergi sendiri tanpa kita sedar, juga lepaskan perlahan-lahan, angin bawakan ia jauh dan juah dari sang kancil yang baru bangun dari lena di ulik mimpi ini! Alhamdullilah, akhirnya kejayaan itu milik hamba.  

Pencarian yang tidak juga berakhir, sekadar bertemu sedikit titik tolak dan noktahnya masih landai. Mohon jiwa, kebal dan teguhlah berdiri di atas landasan yang sama semoga sekali lagi hamba tidak akan lemah di mamah anai-anai yg hanya sekecil hama itu. Tenang hati, jiwa tidak merusuh! Pinta hamba biarlah selamanya.   

Ting tong seketika, bila diawal pagi sudah diulit mimpi. Mimpi mainan tidur dan apakah sama mimpi itu datangnya utk mengesahkan detikan hati yg sekian lama bermunajab sendirian. Tanpa apa-apa pengesahan yang bisa mengakhiri segalanya. Ahhhhh....mimpi, jangan lagi dtg dalam lena. Hamba penat utk bermimpi lagi dan lagi.

Satu yg mulia dari dalam hati kecil, melepaskan pergi sama seperti membuang lumpur dari hati yg pernah berserakan. Walau berbulan masa di ambil, pengakhirannya, ditemui juga jalan pulang. Tidak lagi tersesat dalam landai jalan dan terang cahaya.....

Terima kasih...terima kasih...walau tidak pada sesiapa utk ditujukan, cukup sahaja terima kasih utk diri sendiri yg mula bangun ke alam realiti, keluar mencari yang hakiki! hmmm.....bahagia dan gembira, jelmaan diri yg hanya utk aku dan aku....cukuplah seadanya!

Insya-Allah....semuanya yg terjadi, manis-manis belaka. Usah terlalu kejam utk menafikan ia yg pernah ada, di sini...di relung jantung yang pantas berdegup.....

Wednesday, October 28, 2009

Langkawi trip


tokeh dah kuar duit! mastura takde keja lain, asyik pau abg dia ma yg sopting melayan anak2 dia yg ntah hapa2

posing beb...berlatarkan kapal2 impian hamba...

Tuesday, October 20, 2009

Bakal ditinggalkan, sendirian

Aduh...tajuknya gembak beb...

Ya lah, mana tak gempaknya, hamba bakal ditinggal pergi. Kalau dulu ben dan atun selamat ke destinasi masing-masing, kini siti pula bakal menapak pergi. Nampaknya bersendirianlah hamba selepas ini. Semua berjalan pergi, membina kecemerlangan dalam kerjaya.

Berkawan memang ramai namun tidak semua kita boleh berkongsi cerita. Hanya yang terpilih sahaja yang hamba boleh bercerita sesedap rasa. Dari hal yang remeh hingga ke peribadi, pun hanya mereka inilah yang hamba selesa utk bercerita. Itu yg jadi sedih bila sudah ditinggalkan seorang diri, rasa seperti hilang tempat untuk berlibur...hehehehe...ya la kan, selama ni kalau dah dpt bercerita dgn siti, mmg le lama...setengah jam berbual rasa spt sekejab aje...hmmm...lepas ni, mati kekerasan le hamba kat tempat duduk ini. 

Apa pun, untuk Ct yang bakal menuju ke 'lubuk duit' itu, semoga selamat semuanya...jgn lupakan orang di sini ya...

Friday, October 16, 2009

Sekitar Majlis Pelancaran Buku Amanat Presiden UMNO

VVIP yg hadir


Tun Mahathir yg masih hebat...seperti biasa hamba terpegun mendengar butir katanya yang jelas berisi.


Pelajar Aswara yg membuat persembahan ketika hadirin menjamu selera.

Sesi memotong kek setelah acara selesai. Semua masih boleh tersenyum riang walaupun berpenat seharian dr jam 9 pagi lagi. Hamba takde masa ni, lari g solat asar jab.







Friday, October 9, 2009

Menunggu Cinta Tuhan



"Huh, hello...budak yang tidak boleh dibawa ke majlis itu? Datang ke majlis orang siap bawa bekal air sendiri? Hah ha! Engkau jangan buat lawak!"

Sedikit sedutan untuk Menunggu Cinta Tuhan novel terbaru kak Lily. Seawal pembacaan aku sudah dapat membayangkan lengok gaya ceritanya yang macam mana. Mungkin kerana kisah yang 'diceritakan' ini dekat di hati maka aku dapat membayangkan dengan lebih hidup lagi akan suasana dan latarnya. Sungguh, sejak kak lily mula keluarkan tajuk dan sedikit intro novel ini dalam blognya, aku mula tidak senang duduk. Berdebar menunggukan buah ceritanya yang ini. Terjatuh hati pada tajuknya....

Hampir sebulan menuggu, aku dapat novelnya yang panas-panas dari tangan kak lily yang baru juga balik dari kilang percetakan PTS. Aduh...sukanya aku masa kak Lily hulurkan novel tersebut. Tak sabar nak belek isi ceritanya. Hah..balik rumah, apa lagi terus memulakan sehingga ke jarum jam 3 pagi, baru selesai.

Membaca novel kak Lily....seperti biasa, tidak sah kalau kita tidak tersenyum-senyum sendirian. Memang boleh memabukkan membaca 'ayat-ayat cinta' kak Lily. Ayat yang tersusun dengan kata yang membuka minda kita untuk berfikir dan terus berfikir tentang hala tuju hidup kita yang sebenarnya. Dan ada ketikanya bait katanya yang indah-indah itu mampu membuai jiwa. Lembut dengan ungkapan-ungkapan syahdu. Kadang-kadang lucu dan kadang-kadang sinis pada maknanya yang tersendiri!

Menunggu Cinta Tuhan. Novel islamik yang berjaya kak Lily olah dalam ceritanya yang tersendiri. Boleh dibayangkan bagaimana sikap si Azrul Rasyid dan bagaimana pula penerimaan Khalida Atikah terhadap bosnya yang amat-amat bermulut lepas, mulut cabul dan mulut tidak berinsuran. Setiap kata yang keluar dari mulut Azrul Rasyid semuanya bagaikan lontaran api. Mempunyai taste hanya pada gadis-gadis yang pandai bergaya, berdada montok dan melintuk riuk...tidak kepada gadis seperti Khalida Atikah yang berhati bening dan berjiwa islam itu. Sedang dalam tidak sedar, si Khalida itulah puteri yang mungkin diutuskan untuknya....

Menunggu cinta Tuhan, karya islamik yang berupaya menyentuh cinta hati kita agar berdirilah di atas paksi yang benar untuk hidup yang baik. Berdirilah dengan rasa diri sendiri kerana kalau kita teguh dengan apa yang kita pegang, datanglah walau sepuluh orang yang bermulut seperti Azrul Rasyid pun, kita masih boleh tersenyum bila dimarah, dicaci apatah lagi dihambat dengan kata-kata yang berbisa setiap hari. Kuatnya semangat Khalida, andai boleh dipinjam, ingin sekali aku memiliki jiwa setabah itu. Jalinan kehidupan dalam novel ini dikuatkan lagi dengan terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai panduan dan sokongan hidup kita di alam dunia.

Seronok...memang seronok membaca novel-novel kak lily, bukan kerana dia yang aku kenali tetapi lebih kepada karyanya yang sentiasa ada cerita yang enak untuk dikongsi bersama pembaca setianya....untuk Kak Lily Haslina Nasir, teruskan berkarya kerana mata hati kak lily senantiasa tajam memukau...

Kini, sabar menunggu Aku Disentuh Tuhan...

Friday, October 2, 2009

Hati berkait

Exam berlalu
Result yang di nanti
Puasa baru habis
Raya pun sudah

Bercuti berhari-hari
Kerja pun bermula
...makanya esok...
back to school!

Balik semula ke rutin biasanya....

Alamak....dah mula kelas balik dah....ni yg malas ni (bukan malas belajar...cuma malas nak ke SA tu je) belajar masih bersemangat waja lg biarpun cukup-makan je....Ya...rutin biasa hidup seadanya....seadanya selagi seadanya....itu saja.

Apa mahu dikenang...apa perlu diingat. Kosong, lepas bebas berlari di ruang yang masih ada. Luas mahupun sempit harus bersyukur, kerna ia tetap ada! Tidak perlu melarikan diri kerana kamu tidak pernah bersalah pada sesiapa pun. Kamu tetap kamu yang seadanya. Tidak pernah rugi walau sekuman! Tiada yang terambil apatah lagi terberi. Itu yang hebat yang ada pada kamu. Ayuh....berlarilah..selagi ada masa hadapan.

Ya...dia akan datang dengan semangat baru, tutup mata tutup hati, kunci segalanya walau untuk apa sekali pun. Noktah bermula dari sini....Yezaaaa...kamu dan dia...tetap berlari ke garisan penambat bila tiba ketikanya.

Julung masa
Peluang datang
Rebut ia
Sedang
Ketika yg ada hanya di situ
Pun jua berlalu pergi...

Sunday, September 27, 2009

Berputus kasih berpatah kata

Malam tadi seorang sepupu datang ke rumah utk beraya. Datangnya kali ini agak sedikit mengejutkan. Mengejutkan kami semua apabila dia memperkenalkan ganti orang rumahnya yang lama. Aduhh....mudah sungguh berganti ya. Seperti bertukar baju saja lagaknya. Belum cukup setahun menduda, sudah pun mula mendapat penggantinya. Dan lebih mengejutkan aku juga, bekas isterinya lagi cepat bertemu jodoh. Dengarnya, sehabis saja edah di pertengahan bulan dan di penghujung bulannya sudah pun selamat menjadi isteri sekali lagi kepada lelaki yg lebih berumur sedikit. Jodoh mudah sungguh hinggap padanya. Jodoh Allah siapa yang tahu. Tentunya....pesona rupa yang ayu mudah mencairkan hati sesiapa sahaja.

Hamba kelu seketika, hilang dalam jaga bila hati dan minda hamba bertingkah sesama rasa pabila sang sepupu itu mengait kata. Mudah.....mudah dan mudahkan mereka semua berputus kasih dan berpatah kata. Dalam setahun anak-anak yang dulunya hanya ada abah dan mama kini sudah berayah dan bakal beribu baru. Dalam hati hamba terdetik hebat. Apakah semudah itu melupakan kasih yang pernah bersemi satu ketika dahulu. Pernah bersusah-payah bersama, bergelak ketawa dengan gelagat anak-anak yang comel dan tiba-tiba gelombang datang lantas menghayutkan bahtera yang dibina atas dasar cinta pandang pertama 11 tahun sudah.

Hilang begitu sahajakah kasih sayang selama ini. Punah begitu sahajakah cinta yg pernah ditatang dan nampaknya....semudah itu mereka bertukar bantal....tidakkah sejentik rasa pastinya kekok utk memulakan sesuatu yang baru. Juga, tidakkah kenangan yang tinggal tetap ada dalam hati walau hanya secubit. Kenangan buat anak-anak yang melihat dengan mata hati perjalanan baru mama dan abahnya! dan hamba yang hanya melihat dari jauh, sebak sendirian....

Petang tadi satu sms hamba terima...dari sang sepupu, meminta pendapat tentang 'cikgu' yang dibawanya malam tadi. Bertanyakan pandangan hamba utk pilihannya kali ini. Hamba pelik, apa ke feadahnya dia bertanya pendapat hamba yg memang daif dalam hubungan lelaki perempuan ini? Sedang hamba sendiri pun masih terkapai-kapai ((((hahahaha....adik lalaki hamba mula ketawa....jahat sungguh mu yo...ketawakan kakak hang bila tiba bab ini))))

Pedulikan Badrul yg mula mahu menyakat kakaknya inil...sedang sang sepupu ini harus dibantu....ceh wah....dan hamba mula berfikir, ayat apa yang boleh hamba taipkan untuk lelaki yg sedang memilih utk mencari ganti. Selepas berkira hamba cuba memberi pendapat;

"aku xtau, mu lebih kenai dia. Pd aku rupa paras xpnting, plg utma solat x tinggal n budi bahasa..."

sang sepupu
"itu dah complate...mak ayah dia pun dah bg greenlight"

ringkas jawapannya pd hamba...ya la kan...kalau sudah mabuk cinta, semua cukup rasa cukup selera....hamba pula berkata...
"kalu dah rasa serasi, on je la. tp kena betul2 fikir & pilih...jgn pisang berbuah 2X. buat istikharah!"

"tapi aku tak ready lgi..."

Tu dia....ayat yg pendek itu menyentakkan aku...alahai sang lelaki....ni yg memberikan peluang utk hamba berceramah panjangggggg
"kalu mu tak ready lg, jgn bg 'cikgu' tu harapan. Aku takut mu akan jumpa org lain lg lps ni, sian dia!....jgn selalu bicara pasal nikah kahwin dgn 'cikgu' tu, takut dia gantung harapan...kecewa dia nti! berpada2lah...."

Itu yg aku takuti...sudah berjanji, berpadu kata tiba-tiba kamu meninggalkan dia dan hinggap pada kuntuman lain....ah...alangkah derita dia yg kamu sudah padukan kata cinta kemudian ditinggalkan....luka dia lebih mendalam.....kesian 'cikgu' itu andai itu yg diterimanya....biarpun hamba cuba utk mengertikan...bukan dia mahupun 'cikgu lain' yg menyebabkan segala-galanya terjadi lebih dahulu....

Apa pun, hamba cuba mengambil ikhtibar dan selayang pandang...Takdir dan dugaan Allah untuk hambanya amat berlainan....dia begitu dia begini dan hidup diteruskan lagi tanpa menoleh ke jalan belakang.

Friday, September 25, 2009

Hari indah di kg halaman

Selamat sudah hamba merayakan Aidilfitri tahun ini, 1430H. Balik kg pun sudah. Kini sudah pun mula bekerja kembali. Selama 11 hari di kampung halaman, banyak sungguh yang sempat dilakukan. Banyak peluang utk beribadat sebab tak perlu nak berkejar-kejar ke pejabat seperti biasanya. Dinihari sebelum sahur, jam 3 pagi masjid dah terang benderang. Beramai-ramai kami berkiamulai di masjid di depan umah. Dinihari pun meriah. Habis solat, masing-masing balik ke rumah untuk bersahur. Itu yang hamba mahukan sejak Ramadan menjelmakan diri. Alhamdullilah ya Allah, terima kasih kerana hamba berpeluang merasai nikmat itu. Ke bandar KB saja usah dicakapkan, boleh dikatakan selang sehari hamba dan adik-adik akan masuk meronda. Tolong menyendatkan jalan raya!

22 Ramadan
Seawal pagi lepas sahur, berkemas serba sedikit apa yg perlu utk balik kg. Semangat betul tu. Makan sahur pun dah tak lalu nak telan, hati sudah smpai kg dulu! Jam 9 pagi baru bertolak, maklum le aktiviti singgah menyinggah sepanjang jalan banyak sgt. Yang best, smpt lagi melalui bangunan putih di keramat dan singgah di stesen minyak depannya. Bak kata badrul; "kak...mu kan..banyak2 jalan, sini juga mu nak lalu...tak ke jauhnya!" hamba? no kemen!
Jam 3 ptg, kami sudah smpai kg. Bila exit ke selinsing, jalan yg paling dekat utk smpai ke kg, apabila melalui gerai menjual ikan segar dr tok bali katanya...terus berhenti, tapi sebelum tu, smpt tel ma, tnya apa menu berbuka nanti, ma kata nasi kerabu....huhu.....hati sudah gembira. Singgah seketika di gerai beli ikan tenggiri dan sotong. Murahnya tenggiri di sini. Dengan harga RM 12 dah boleh dpt separuh badan tenggiri yg sederhana kecil.
Berbuka petang tu, fulamak....nikmat tak terkata, nasi kerabu paling sedap di dunia.

23 Ramadan
Bersantai di rumah. Bercerita tak habis-habis, dari satu kisah ke satu kisah dgn ma dan abah. Petang ke pekan Peringat, pasar ramadannya meriah sungguh. Macam-macam mau dibeli, sedang di rumah ma sudah masak pelbagai menu. Paling murah udang galah, RM 10 dah dpt 23 ekor. Murahnya......kalu KL dapat tak dengan harga tu?

24 Ramadan
Seperti biasanya, masjid masih lagi mengekalkan tradisinya yang mengadakan majlis berbuka puasa untuk penduduk setempat dan sewaktu dengannya. Jemputan juga terdiri drp penduduk kampung2 sebelah. Bergilir-gilir kami anak beranak yg berada sekitar masjid untuk memasak bagi majlis berbuka. Sepanjang bulan Ramadan, sesiapa yang ingin mengambil peluang, haruslah book awal2 tarikh pilihan masing2. Sebabnya ramadan hanya ada 29 hari sedangkan yg sukarela nak menghulurkan juadah ramai sangat. Melebihi hari yang ada. jadi mana yg terlebih tu, kenalah berpakat adik-beradik.
Maka hari itu, giliran ma dengan cik pah dan nenek hamba untuk menyediakan juadah utk majlis berbuka nanti. Seawal pagi selepas subuh, kami sudah ke pasar, membeli segala keperluan untuk memasak. Keletung-kelentang dapur rumah kami seawal jam 12 tengah hari. Menunya macam-macam...Macam biasa ma dan mok dia yang super power memasak ni, sekali kerling, semua dah siap. Nenek hamba ni walau umurnya sudah 70 tahun, kudratnya teramatlah kuat. Angkat periuk yg berisi kan gulai ayam tu macam takada apa-apa je. Hamba yg separa OKU, mampu menengok je...yang berat-berat hamba surendder....hamba tak mau malamnya nanti hamba tak leh nak berterawih! Gumbira hati kami bila semua licin dijamah masa berbuka. Berbaloi berpeluh seharian.....

25 Ramadan
Sempat hamba ke bandar KB semata-mata untuk membeli nasi kukus yg paling popular sekali di bandar KB ni. Namun sebelum tu, jam baru ke 5 ptg, smpt lg singgah di KBTC. Shopping mall yg baru di buka. Ada Giant dan Parkson sekali dalam bangunan tu. Pusing-pusing sekitar, sempat beli kasut baru utk Sasa. Habis soping, keluar dr situ dan terus ke kedai nasi kukus yg agak popular lah....Sampai sahaja, hati sudah rusuh. Mak ai...beratur panjangnya...kira punya kira, Badrul org yg ke 41 di belakang barisan kedua, barisan pertama usah dicakaplah...smpai ke tepi jalan! Sah...memang smpai lepas berbuka le baru smpai ke meja membungkus nasi. Fikir punya fikir...memandangkan abah tak ikut sama....kami buat keputusan beli nasi kukus kat kedai yg langsung tak ada org. Pelik juga bila langsung tak ada pelanggan dlm kedai tersebut. Balik rumah bila makan nasi tu, baru tau jawapannya....sedap lagi hamba yg masak..hehehehe

26 Ramadan
Saja jalan-jalan ke Tesco. Dengar kata sedara-mara kat situ barangnya murah-murah. Melalui kawasan lembah ke Tesco, hati terimbau..satu ketika dulu rumah nenek hamba sebelah abah terletaknya di situ. Masa kecil-kecil dulu tempat hamba bermain saja, kini sudah membangun dengan pesatnya. Tesco dengan gahnya membina bangunannya. 20 tahun berlalu, pembangunan bandar Kota Bharu memang luar biasa. Hamba sendiri sudah tidak ingat mana satu tapak asal kerana semua bangunan sudah mencacak berdiri, tiada lagi rumah-rumah dan deretan kedai lama. Satu soalan menyapa fikiran ketika itu; siapa kata negeri Kelantan mundur? pada hamba; orang itu buta mata dan hati! Kelantan itu negeri damai, damai dalam maknanya yang tersendiri.
Berbalik pada kg lembah (kg sireh), hati wulan sekejab. Hilang sudah lorong sempit ke rumah nenekku itu. Tiada lagi kedai-kedai yang memproses sate ikan sekitarnya. Dulu arwah mak ijah suka beli sate kat situ, bagi cucu-cucunya makan. Indah ya kenangan dengan arwah nenek hamba yang cantik itu. Biar usia sudah ke 83 tahun ketika dijemput pulang ke pangkuan penciptanya, kejelitaan nenek tidak dimamah usia. Ketinggian dan kelangsingan badannya tidak langsung menurun pada cucunya. Arwah masa muda menjadi rebutan pemuda sekampung alih-alih dapat kat atuk hamba si iman kampung permatang sungkai. Atuk pula meninggal muda, di pagi jumaat sepulangnya dari masjid selepas solat subuh, mengadu sakit kaki yang tiba-tiba dan sejurus kemudian menghembuskan nafas terakhir di pangkuan nenek. Pulangnya atuk kepangkuan Ilahi pada tahun 1973. Masih hamba ingat cerita nenek saat-saat terakhirnya bersama atuk. Bagaimana perlahan-lahan dia mengurut dan menyapu ubat pada kaki atuk dan bercerita itu ini tentang anak-anaknya sebelum menghembus nafas terakhir. Cinta nenek pada atuk tersimpul mati. Kejab tanpa boleh ditawan lelaki lain selepas itu.
Satu kenangan abadi....kuih lompat tikam tak kan hamba jumpa lagi sesedap yang arwah selalu buat. Dulu masa kecil hamba cucu yang agak nakal, kuih yg siap dibuat akan diletakkan atas meja, dihidang untuk semua anak menantu dan cucu-cucunya makan. Yang paling best, hamba dengan tidak bersalahnya mencincang lumat konon-kononnya membuat lompatan demi lompatan ke atas kuih setalam itu. Habis hancur sebabnya hamba mencincang dengan pisau. Ruih suara arwah menghambat hamba keliling rumah. Tapi hamba tak ngaku salah tu siap boleh cakap "kan tu lompat tikam...kenalah tikam sebelum makan, baru betul dengan namanya....." adui si lili...nakalnya masa kecil tak terkawal. Dah tua ni....cucu paling baik kan nek....kalaulah umur arwah masih panjang....hamba nak dakap dia puas-puas....sepertimana dia selalu peluk hamba masa kecik-kecik dulu sampai tertidur....

27-28 Ramadan
Bersantai di rumah. Namun tak juga dok diam. Habis pokok mangga depan rumah luruh buahnya. Dibantai kait segala buah yg sedang lebat tu. Badrul tukang mengaitnya. Hamba tukang cari galah, Aiqham dan Azim tukang kutip, bersatu padulah kami anak-beranak kalau bab mangga ni. Si Azim paling seronok, buah tak dan jatuh dia dan nak berlari mengutipnya. Habis semua baldi tokmanya dibuat isi buah mangga. Penuh satu dipunggahnya ke tempat membasuhnya di belakang rumah. Kecoh bila ramai jiran-jiran datang menegok kehebatan Badrul mengait buah yg pokoknya semakin meninggi tu. Sasa seperti biasa....dari jauh dipandangnya. Tak kan keluar rumah budah bertuah tu! Alahai...adik manjaku...Atirah pula, teragak-agak pula nak menjoinkan diri. Hamba tahu dia terliur nak mengutip, tapi seperti ayam yang nak cuba makan padi jemuran, pantang mendekat, awal-awal lagi dihalau oleh adiknya si Azim. Maka duduk lah Atirah bertenggek di tangga rumah moyangnya. Kesian along.
Jumlah keseluruhan, dapat sebesen dan sebaldi mangga. terus dibuat kerabu mangga utk berbuka. Masam mak aiii....terlebih bubuh mangga sebabnya geram dengan mangga muda tu. Selebihnya dijeruk. Kakak hamba dengan gigihnya memotong halus-halus di bantu dengan Azim. Sambil berperang dengan anaknya itu, habis juga dibelahnya lintang-pukang. Ada yang besar, ada yg kecil. Maklum le....nak bagi suami dan anak-anak dia makan. Hantu jeruk semua tu!
Sehingga hari ini tak sampai seminggu pun...mangga jeruk itu sudah pun habis! Heran hamba dengan permintaan yg luar biasa itu.

Aduh...letihlah menaip...sambung lepas-lepas ni lah....

Friday, September 11, 2009

Aidilfitri 1430H

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Kesempatan ini hamba menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah-silap, terkasar bahasa dan tersalah laku.

Kepada semua kawan-kawan, selamat balik kampung, semoga selamat sampai di kampung halaman. Semoga raya kali ini akan lebih membawa erti pada kita semua. Berkumpul bersama ibu bapa, adik-beradik dan sanak-saudara adalah masa yang paling indah, jadi manfaatkan masa tersebut.

Jumpa lagi...Insya-Allah....

Wednesday, September 9, 2009

sakit yg singgah

Ahad lepas, buat jemputan berbuka untuk sedara mara. Sekadar masak biasa-biasa sahaja namun masuk dapur seawal jam 1 tgh hari. Dalam sudah banyak makanan yg di masak, bila ramai yang datang membawa pelbagai jenis kuih-muih. sampai ke sahur makanan kledek - kata org kelate. Yang datang, bawak anak-anak, semuanya masih bawah 2 tahun dan baby yang baru berumur bawah 4 bulan. Suka sangat tengok baby-baby tu semua. Cute sangat tapi sayang hamba tak leh nak dukung. Hanya mampu tengok sahajalah. Sedihkan akan ketidakmampuan untuk mengelek baby.

Lepas saja hamba makan, dihulur Damia yang baru berumur 3 bulan tapi badannya semangat mak ai...
"nah mu pegang, aku nak makan," kata kakak hamba.
"berat tak ni?" soal hamba
"5-6-7 kilo..."
Huh....hamba sudah berpinar biji mata. Pegang bolehlah tapi tak leh lah nak dukung nanti tak pasai-pasai lepas tu hamba pulak yang terbaring tak bangun-bangun.

Huaaaa....sedihnya. Sungguh hamba sudah kehilangan upaya untuk melakukan apa saja kesukaan hamba sejak 2 tahun ini. Kiranya puasa tahun ini genap 3 tahun hamba di sahkan mengalami slippe dics. 1 ramadan pada tahun 2007 hamba menyambutnya di hospital pantai. Lepas tu juga, keluar hospital dua hari kemudian, hamba mendaftarkan diri untuk sambung belajar di OUM. Banyaknya yang berlaku pada tahun 2007.

Sekarang ini, apa yg mampu dilakukan apabila tengok baby-baby yg cute-mute tu...pandang sahajalah...usap-usap, pegang-pegang...untuk mendukungnya memang sudah tiada dalam kamus hidup hamba kalau selagi masih berdegil untuk tidak menjalani pembedahan tulang belakang ini....tapi kalau dah gian....abik dan dukung juga walau pun sebenar. Entah leh....dari kecil hamba suka kanak-kanak, terbawa-bawa sehingga ke tua ni. Kata mak...hamba ikut abah. Abah memang tersangat suka budak-budak. Rumah kat kampung pun boleh jadi nursery kalau abah ada kat umah. Budak-budak suka datang dan abah pulak suka melayan. Sampai anak-anak jiran semuanya jatuh sayang pada pak awi nya.....alahai abah ku sayang...

Tuesday, September 8, 2009

Membilang hari

Hari ini sudah 18 Ramadan, cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik..pejam celik...sedar-sedar Ramadan dah dipertengahan. Malam tadi, bulan penuh cantik terletak. Bulan yang menerangi cahaya malam.

Kini, seharian hanya membilang hari. Minggu hadapan sudah mula bercuti. Seronoknya...cuti dan balik kg. Peluang yang ada harus digunakan semetelah masjid hanya 20 langkah dari rumah sahaja. Cita-cita tinggi mengunung, harapnya jangan terbocor di akhir Ramadan. Sayanglah pulak, sedang itu yang di harap, peluang yang dinanti. Bercuti awal semata-mata untuk merasa kemeriahan bulan Ramadan di kampung halaman yang tentunya berbeza dari sini.

Agaknya bila balik kampung terlebih awal dari orang lain, jalan pun tidak lah jam teruk seperti tahun-tahun sudah. Dan lagi, bila bercuti awal, sudah tentu kena masuk keja pun lebih awal daripada kawan-kawan yang lain. Tahun ni, cuti raya tak ambik, cuma abik cuti posa saja....ada ke cuti poso? apa-apalah...janji boleh balik berpuasa dan beraya sekaligus nun di kampungku yang indah dan permai....Kampung Kolam!

Friday, September 4, 2009

Ikan pekasam

Hari ni pulak cerita pasal sahur. Kiranya dah brapa malam tak makan nasi masa sahur. Makan kecil-kecilan saja biarpun lauk utk orang lain ada macam-macam jenis. Lepas tu mula terfikir, haruslah dibuat sesuatu. Gali punya gali peti sejuk, hah...jumpa ikan pekasan zaman jepun dulu tu, masih berbaki 2 ekor. Sedekah dari jiran sebelah masa dia balik Kedah. Sukaaaaa...harus le dinihari pun makan bertambah. Selere terbuka tu...

Makanya di awal pagi.....aktiviti mengoreng. Masa mengoreng tu lupa pulak nak buka hud dapur, apa lagi....semerbak satu rumah weh...harus sesak nafas orang-orang sekitar yg tak reti nak makan ikan pekasam tuh. Apa yang pasti hamba dan Aiqham...tersenyum riang! Tak sangka pulak anak buah yang ini seleranya mengikut hamba. Aiqham...aiqham...kamu tu budak lagi, jangan nak makan ikan pekasam key...sebabnya kalau Aiqham pun makan, nti cepat abis...hehehehe....cik elie kamu ni kedekutkan kan ikan pekasam! Yang paling buat aku nak tercekik tulang ikan tu apabila Aiqham bersuara "esok goreng lagi ek..." huaaaaaa....anak buah hamba yang ini amat dasyat orangnya......

Dulu hamba bukan pengemar ikan pekasam. Memang selama 25 tahun hidup ni tak pernah sekali pun nak mencuba. Dan cerita pasal ikan pekasam ni bermulanya dari sini....

Pada suatu hari pada beberapa tahun lepas, hamba telah pergi ke rumah Ben. Masa kat rumah Ben, Ram (skrg ni dah jadik cikgu kan?) yang mula perkenalkan ikan nih. Dia goreng sedap wa cakap lu....tambah-tambah lagi yang asli tau, dari air tangan mak Ram kat kg nun di Kedah (Kedah lagik...ya la...td pun baru lepas bercakap dlm telefon dgn kak oda, pun dia cerita thn ni dia balik raya kg suami dia kat jitra....*^#terimbas kenangan lalu....heheheehe hamba pun 5 thn lepas hampir-hampir nak jadi kedah-an...):

Berbalik pasal ikan pekasam....melalui Ram di rumah Ben la pertama kali bermulanya kasih sayang hamba dengan ikan sepat pekasam. Sedap weh...goreng dgn bawang besar + cili padi....huh...tak perlu lauk lain key...cukup yg ini saja....makan hingga tak sedar jiran sebelah kerusi dok kerling matanya.....nak juga ke?????

Thursday, September 3, 2009

cerita pasar malam

Malam tadi lepas solat isyak dan terawih, sempat tu ke pasar malam tepi rumah - tepi pagar rumah ya - kata orang sekangkang kera. Harus le hamba tak pernah miss kan. Sabtu dan rabu, pun masih pergi juga. Tak pernah pulak nak jemu prabis duit tiap minggu. Kaki pasar malam betul le!

Dan malam tadi, kiranya malam itu dalam sejarah apabila hamba pergi seorang diri tanpa di temani oleh pendekar/hulubalang prabs duit tu! Bila berjalan sendirian, wah lepas bebas wehhhh...satu gerai ke satu gerai (gerai tudung key..) hamba berhenti. Kunon-kunon nak cari tudung nak matchkan dengan baju raya nanti (wooo...awalnya...cam nak raya sakan la pulak :)
Pilih punya pilih..hamba balik tangan kosong. Tu dia...pernah haih hamba balik tangan kosong ni..rasa seperti mereka yang tertewas la pulak!

Wednesday, September 2, 2009

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Di antara waktu-waktu yang mustajab untuk meminta doa berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi S.A.w di antaranya:

1. Malam Lailatul Qadar
2. Hari Arafah
3. Bulan Ramadan
4. Malam Jumaat atau hari Jumaat
5. Nifsu kedua malam atau satu pertiga malam yang awal atau satu pertiga yang akhir daripada malam
6. Waktu bersahur
7. Antara duduk imam pada masa khutbah jumaat hingga sembahyang
8. Semasa sembahyang hingga memberi salam
9. Selepas solat Asar hingga jatuh matahari
10. Selepas naik fajar hingga naik matahari
11. Ketika azan dilaungkan
12. Antara azan dan iqamat
13. Selepas ' Haiya alal Falah' bagi mereka yang dalam keadaan keluh-resah
14. Semasa berada dalam saf (jemaah) - masa perjuangkan Islam
15. Di akhir sembahyang fardu
16. Semasa dalam sujud
17. Selepas membaca Al-Quran lebih-lebih lagi ketika khatam Al-Quran
18. Ketik minum air zam-zam
19. Ketika hendak mati
20. Ketika ayam berkokok
21. Ketika orang-orang islam berkumpul
22. Dalam majlis zikir
23. Ketika imam menyebut 'walauddal~liin'
24. Ketika memejamkan mata orang yang mati
25. Ketika Iqamat dilaungkan
26. Ketika hujan turun
27. Ketika melihat Kaabah


Tempat-tempat berdoa yang mustajab

"Kata Hasan Al-Basri di dalam risalahnya kepada penduduk Mekah, bahawa tempat-tempat berdoa yang mustajab di sana ada 13 tempat iaitu:

1. Tempat tawaf
2. Di sisi Multazam (berbetulan dengan pintu Kaabah)
3. Di bawah Mizab (pancur mas) dalam Hijir Ismail
4. Di Bukit Safa'
5. Di Bukit Marwah
6. Tempat saei
7. Di belakang Multazam
8. Di Padang Arafah
9. Di Muzdalifah
10. Di Mina
11. Di Jamaraat (tempat melontar yang tiga) - Jamratul Ula', Jamratul Wusta, Jamratul Aqabah
12. Di sisi Baitullah
13. Di telaga zam-zam

* Rujukan dari kitab Al-Hisnul Hasin Min Kalami Sayyidil Mursalin. Karangan Al-Allamah Syamsuddin Muhammad bin Al-Jazari.

Nota hamba:
Petikan diambil daripada kertas kerja ketika menghadari bengkel Kesempurnaan Solat anjuran Masjid Al-Muhsinin & Persatuan Ulama' Malaysia. Terima kasih kepada Ustaz Hj Abdul Halim Bin Haji Sa'ad, Mantan Iman Dua Masjid Negara yang menjadi penceramah pada hari tersebut. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Friday, August 21, 2009

Sahur yg pertama

Sekarang ni jam sudah ke 11.30 mlm, hamba masih lagi di depan benda alah ni...mahu menyudahkan apa yg tak sudah lagi. Sambil tu...layan blog. Sudah tentu, benda yg membuatkan hamba ralit.

Sedang berfikir-fikir....utk sahur nanti apa mahu di masak ya? baru mlm pertama, sudah pening, apatah lg utk mlm2 seterusnya. Kejab tadi...masuk ke dapur, buka peti sejuk...banyak lauk basah...macam-macam ada. sah tuan rumah ni baru pergi pasar pagi tadi! Maka hamba ketepikan ayam dan udang....kalau bangun awal mungkin sempat utk masak benda alah tu. Goreng kunyit sodap juga kan? Letak bawang besar banyak-banyak..uhhh...sedap ni makan nasi panas-panas. Utk kuah masih ada lg....udang masak lemak cili padi yg di masak kakak hamba petang tadi masih banyak sbbnya, mlm ni semua org tak makan malam. Semua kosongkan perut utk sahur nanti. Wah! tugasan berat ni, maklum le ramai yg nak kena jamu masa sahur nanti.

Pada yg request nak makan nasi goreng utk sahur esok tu....minta maaf ya, nasi goreng di lain kali. Esok menunya sudah ada dlm kepala chef ketika ini....

Utk mastura....sian ya, kena sahur di kolej. Makan seadanya...tu la tadi org tnya, nak dtg ke tak? jawab tak nak...huh...makan le nasi dgn telur mata kerbau tu+air milo kosong! aduhhhh...kesiannya adikku.

Ingatan jauh melayang ke kg....ma masak apa ek utk mlm ni? sure sedapkan....rindunya nak makan bihun goreng ma yg biasa2 itu tp cukup utk buat kami adik-beradik makan bertambah!

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Esok 1 Ramadan 1430H. Selamat menyambut bulan mulia, bulan Ramadan. Untuk semua muslimin dan muslimat, selamat mengerjakan ibadat puasa dan terawih. Semoga Ramadan kali ini akan menjadi Ramadan yang paling indah untuk kita semua. Salam penuh kemaafan kepada semua andai ada tersalah, tersilap dalam menjalin ikatan persahabatan….

1 Ramadan datang lagi
Disambut dengan keriangan
Kerana bulan ini bulan rahmat
Untuk semua penduduk bumi

Ramadan bercahaya dengan cahayanya
Menyejukkan jiwa yang kerinduan
Peluang direbut, amal ditambah
Untuk bekalan di kemudian hari

Alangkah manisnya nikmat Ramadan
Lailatul Qadar peluang di tunggu
Lantas carilah kesempatan
Untuk mencari dan mengenal diri

Untuk diriku dan adik-adik
Rebutlah kesempatan yang ada
Semoga kita beroleh
Keberkatan dalam kehidupan

Datanglah Ramadan, kami menanti hadirmu….

Tuesday, August 18, 2009

Gelisah Cahaya

BAB 1

Kala berkait...mana pangkalnya...

Kereta yang dipandu Adia terus memecut di jalan raya, lebuhraya Karak masih lagi sibuk dengan kereta yang bertali arus. Sambil memandu, Adia masih lagi rancak berborak dengan Kak Intan. Dari satu cerita ke satu cerita sehinggakan ke cerita yang membuatkan Adia terasa betapa dunia ini memang tidak diciptakan untuk dia hidup bersenang-lenang.
“Minggu lepas akak pergi satu rumah yang buat house warming...”
Sambil memandu Adia sempat menjeling melihat kearah Kak Intan di sebelahnya.
“Rumah orang tu?”
“Orang mana?” soal kak Intan pada Adia semula.
“Alah...akak ni...kalau nak bercerita tak payahlah nak bertapis-tapis dengan saya ni, sekilas pada intro pun saya dah tau akak nak cerita pasal siapa, kan?”
Meletus ketawa dari mulut becok Kak Intan.
“Kamu kalau bab yang itu...laju je dapat tangkap kan?”
“Tak payah yang itu, yang lain pun saya tau apa yang akak akan ceritakan pada saya...akak dengan saya manalah boleh nak berahsiakan....”
“Kamu ni macam nujum pak belalanglah…”
Sekali lagi Kak Intan ketawa, dan perlahan-lahan hanya tinggal senyuman di bibirnya. Senyuman yang sukar untuk Adia tafsirkan.
“Masa tu abang Zaidi asyik bertanyakan kamu, dia senyum je....”
Serak seketika suara Kak Intan. Tiba-tiba suranya berubah mendung. Entah apa perasaan yang datang ketika ini, tiba-tiba suara Kak Intan mula berubah rentak.
“Kenapa dia senyum?” Adia masih lagi bertanya. Pada Adia ‘dia’ itu hanya hidup sekadar memori dalam kotak ingatan dia ketika ini.
“Mungkin....dia tak nak sebut nama kamu lagi....”
Kak Intan pandang muka Adia dan Adia sempat menelah apa yang ingin disampaikan oleh Kak Intan.
“Baguslah kalau macam tu....biar semua berkubur kak...”
“Luaran memang akak tahu...dia cuba nak’ kuburkan’ kamu.....”
“Akak....apa nak cakap pasal kubur-kubur ni....seram Adia tau...dah lah tengah memandu ni...” sengaja Adia mengusik Kak Intan. Biar tenang seketika hatinya yang carik selepas mendengar kak Intan menyebut yang ‘dia’ itu ingin menguburkan segala kenangan mereka selama ini.
“ Dah kamu juga yang mulakan perkataan’ kubur’ tu kan...”
“Tak adalah sampaikan gunakan perkataan ‘kuburkan kamu’....” Adia ajuk sekali lalu kata-kata Kak Intan yang tadi.
Kak Intan ketawa tak ingat dunia. “Takut kamu eh....”
“Mahunya tak takut....amal tak banyak mana lagi ni kalau nak mengadap yang Esa tu kak...masih kurang sangat-sangat....hutang kat dunia ni masih banyak lagi yang tak terbayar.”
“Mati itu pasti Dia....”
“Ya...mati itu pasti...cepat atau lambat pastinya akan datang menjemput kita. Bersedia atau tidak...itu kita yang kena aturkan dalam hati kita....dengan keimanan kita.” Perlahan kata meluncur keluar. Seketika Adia menjadi insaf. Bagus untuk mengingati mati ini.
“Lepas tu kan....”
Adia masih berdiam diri, menantikan kak Intan memulakan kata. Namun, kak Intan masih terus diam.
“Akak ni...kalau nak sambung cerita tadi...sambunglah...saya sudi mendengarnya.”
Biar apa pun cerita yang akan Kak Intan perdengarkan, Adia sudah mengajar pada hatinya agar tetap pada pendirian yang sudah dia pilih sejak sembilan bulan dahulu.
“Masa tu dia bangun tinggalkan kami semua berpandangan sesama sendiri,”
“Aik...sengallah dia tu...kenapa tiba-tiba larikan diri?”
Dia yang Nur Adia Aisyah kenal tidak seperti itu. Amat tertib orangnya.
“Kamu lebih tahu dari akak kan?”
Adia geleng kepala. Tidak mahu mengiakan apa kata Kak Intan tadi.
“Kamu lebih kenal dia dari kami....”
Sekali lagi kak Intan bersuara, menegaskan. Apakah ini sebagai satu serkap kak Intan pada Adia.
"Kalau dulu ya la....sekarang tidak lagi kut...” perlahan Adia bersuara. Takut untuk menuturkan kata lebih-lebih. Kak Intan di sebelah ni bukan orang lain pada diri mereka semua. Rahsia mereka semua dalam simpanan peribadi Kak Intan sahaja.
“Siapa lagi yang ada ketika tu?” akhirnya Adia memberanikan diri menyoal tentang keadaan yang dia tiada ketika itu.
“Ramai...abang-abang kamu semua ada sekali...itu yang mereka mula berbicara pasal kamu tu,”
“Tak baik tau...mengumpat saya....”
Kak Intan ketawa. “Alah....mengumpat sunat je....”
“Mazhab mana ni yang kata ada mengumpat itu sunat?” Adia sengaja mengacah kak Intan yang baru nak bercerita.
“Kamu ni betul la....akak baru nak bercerita kamu dah potong jalan....potong stim tau....” Kak Intan pura-pura merajuk.
Adia ketawa. Melepaskan rasa yang bertandang. Sesak nafas dalam kedinginan air cond kereta.
“Okey...okey...akak teruskan cerita...saya dengar....”
“Hah...kali ni kamu jangan potong jalan...biar akak cerita sampai habis dulu...”
Adia mengangkat tangan kirinya separas baru, meluruskan kelima-lima jemarinya tanda berjanji tidak akan bersuara selagi Kak Intan tidak menghabiskan katanya. Akhirnya meletus ketawa di bibir Kak Intan dengan gelagat Adia .
“Kamu tahu....Cahaya nama rumah tu....”
Adia geleng kepala. Ya la...tadikan dah janji tak akan bersuara selagi kak Intan tidak habis bercerita. Walau dalam hati Adia sekarang ini berdegup kencang. Sekencang apa yang terlintas di hatinya kala Kak intan menyebut perkataan cahaya itu.
“Lepas tu masa dah nak balik...akak tanya dia...kenapa pilih nama Cahaya?”
“Dia diam seketika sebelum berkata, cahaya itu dekat di hati saya walaupun cahaya itu sudah memilih bumi lain untuk terus bersinar ....”
Adia terpegun bilamana Kak Intan menghabiskan ayat ajukkan itu. Sungguh selama ini, Adia tidak pernah menyangka, dia yang bersalah selama ini. Mendengar guruh di langit, air di tempayan di curahkan.....perasaan ego masih bertapak kukuh di hatinya.
Adia diam, diam dalam mencari sesuatu yang pernah bertapak kemas di sudut hatinya. Hilang ia bilamana Adia keliru sedang cahaya itu namanya....nama yang hanya ada di bibir dia sahaja!

Sunday, August 16, 2009

Melepak....

Hari ahad yang hening. Melepak di rumah melayan kerja-kerja yang menimbun. Seawal subuh tadi, hamba sudah memasukkan kain ke dalam mesin...hehehehe...biar mesin yang basuh! Lepas tu sidai dan mula mengemas apa-apa yang patut. Ketika jarum masih di awal 8 pagi, hamba sudah pun mengoreng nasi. Nasi lebihan semalam yang hanya ada suku periuk. Sah....budak-budak ni semua akan berebut sebab selalunya bila nasi itu sikit....tersedap lah pulak hamba mengorengnya. Cuba kalau nasi banyak....tak ada nya sedap nasi goreng tu....

Friday, August 14, 2009

plan awal ketika boring

Esok dah hari sabtu…sekejab je masa berjalan. Sedar tak sedar dah pertengahan ogos. Masa pantas bergerak meninggalkan hamba yang begini dan begini juga sudahnya. Class dah pun tamat utk semester ini, jadi hamba tidak perlu lagi ke SA. Mengikut kalender, penghujung sept baru bermula semester baru. Harapanya masa tu, semua sudah ok. Kembali ke satu masa dulu! Ketawa dan ketawa saja.

Esok juga, hamba dah plan dengan kak zah nak melawat kak zie kat rumahnya di damansara perdana. Bahagia dah kak zie dengan kehidupan barunya. Aku tumpang bahagia sama. Alhamdullilah.

Biar pun lama tak bersua dengan kakak-kakak hamba ni, 2-3 hari pastinya mereka akan menelefon, namun tidak sama dengan mengadap muka, berbicara dan meluah ceritara. Dengan kak zah dan kak zie, hamba lebih senang untuk berbicara. Mereka pendengar yang baik.…

…Insya-Allah…esok kita jumpa ya…

Malam ini….Nur Kasih kat TV3, pasti di tunggu. Nampaknya aktiviti menyorok remote control akan bermula seawal 8.30 mlm lagi. Dengan si azim harus diumpan komputer n internet…bagi dia main game, sure hamba akan tenang hati menonton tv. Aduh…penatlah asyik nak kena sorok remote je…Azim..Azim…janganlah tengok 611 tu, jenuh dah kami layan geng bas sekolah, hikayat putera shazlan dan hegameru tu…jenuh..jenuh…

Wahai anak sedara kesayangan cik elie….jangan le hari-hari dok tengok 611 yang memang tak ceria langsung pada kami nih! Cemuih dah!

Boleh ke kalau hamba nak tukar chanel 611 tu? Tak laratlah bayar RM 71 tiap-tiap bulan semata-mata utk 611 sahaja! Azim…Azim…baby kecil kami yg sudah berumur 9 tahun itu bagaikan sedara kembar dengan chanel ceria 611…..

Friday, August 7, 2009

Kehebatan seorang biduan negara

Semalam, 6 Jun hamba ke Istana Budaya. Ya, Konsert Jamal Abdillah menjadi agendaku malam itu. Untuk pertama kali, hamba ‘beli’ tiket untuk tengok persembahan artis. Kalau sebelum ni, minta maaflah, hamba bukan peminat tegar yang sanggup mengeluarkan duit hanya sekadar untuk berhibur.

Tetapi, kali ini hamba kalah pada rasa yang sekian lama bertandang! Harus pergi juga walau apa pun keadaan. Si Jamal Abdillah, pemilik suara emas itu harus aku tontoninya. Seperti yang dijangka, persembahannya memang memukau, terpaku hamba di kerusi tanpa keluh resah sepertimana hamba menonton show artis lain-lainnya. Jamal memang superb!

Terpegun mendengar suara yang hebat itu mengalunkan tiap melodi lagu. Apa yang pasti, Jamal sekarang ini sudah petah berbicara dengan hadirin. Sudah boleh berkomunikasi dengan setiap penontonnya terutama penonton yang berada di puncuk dunia (tiket paling murah, sure le dok di puncak dunia kan).

Paling buat hamba terduduk kala lagu Kehebatan Cinta didendangkan. Berduet dengan si pendatang baru, Fatin (BRTM09). Aduh, masa itu hamba memang menjadi seorang pencinta yang setia bila turut sama menyanyi. Dan tiba-tiba rasa kelu….

Hati ku masih seperti dulu
Tidak pernah pun berubah cintanya
Adakah engkau masih seperti ku
Yang setia selamanya

Hati ku masih merindui mu
Biarpun kau jauh dari ku
Selagi rindu mengusik kalbu
Cinta ku masih pada mu

Tahukah engkau betapa hebat cinta ku
Tanpa mu di sisi aku keresahan

Tahukah engkau betapa hebat kasih ku
Tanpa mu di sisi aku kerinduan

Biarpun ombak merubah pantai
Kasih ku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti

Hmmm…tatkala, lagu tersebut di penghujungnya, hati hamba menjerit, janganlah berhenti, teruskan mengalunkan irama indah itu. Hamba ingin sekali merakamkan dalam kenangan, biar ia ada di situ selalu….

Last song, sebilangan penonton bangun berdiri. Mendapat kepuasan sepertimana yang diharapkan. Nyanyian Jamal memang superb! Penonton yang spoting dan ceria sepanjang show berlangsung menambahkan lagi rencah manis di malam hari itu.

Apa pun, show malam tu memang best sangat-sangat, anjoy sakan sehinggakan hamba tidak terfikir pun perasaan takut untuk memandu pulang sendirian. Sebelum ini, jangankan jauh, dekat pun hamba tidak berani untuk memandu sendirian di waktu malam. Hamba si penakut yang amat!

Ternyata, sedikit pun tidak ralat mengeluarkan duit untuk itu, kata Badrul, sekali sekala berlibur! Yeo, mu adik paling spoting le, memahami kehendak kakak kamu yang ini. Yang sekian lama menantikan detik ini! Atau kamu sedang bersimpati dengan kakak kamu ketika ini? Itu pasal kamu membiarkan kakak kamu pergi mencari diri di luar!

…sebelum nokhtah…apakah ini ekoran penangan kehebatan cinta yang dilagukan si Jamal Abdillah itu! Hamba lalok seketika dalam kenangan….

Thursday, August 6, 2009

Keadaan yg berlaku, itu dugaan

Entri ini hamba tulis untuk seorang kawan. Sekadar memberi semangat dalam diam kepada dia, agar meneruskan apa yg sudah dia bina selama ini. Harapan satu sahaja, jangan berpatah balik hanya disebabkan oleh perbuatan-perbuatan orang yang dengkikan kejayaan awak. Teruskan kerana rezeki itu ada selagi awak jujur dalam melakukan kerja tersebut.

Berita yg terbaru hamba ketahui, dia dikenakan dalam bisness nya. Alahai..kesian sungguh sebabnya sampai menjatuhkan aib dan kredibiliti serta kejujuran dia dalam berbisnes selama ini. Satu rasa yang muncul di minda hamba ini;

masih ada rupanya manusia yang sanggup menggunakan nama orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Menumpang populariti orang lain untuk mendapatkan duit secara mudah. Tidak pernah terfikir ke orang jahat itu bahawasanya dunia ini kecil sangat, bila-bila masa boleh berjumpa dan saling mengenal. Dunia yang landasannya teramat sempit bagi orang yang tahu hukum-hakam dan teramat luas bagi orang yang ada cita-cita untuk menongkat langit. Oleh itu beringatlah sebelum terfikir untuk menipu orang ramai dengan menggunakan nama dan pengaruh orang-orang tertentu. Tembelang busuk itu mudah sahaja pecah berderai bila tiba masanya….

Melalui apa yang diluahkan, hamba tahu sangat yang awak tengah geram+marah yang amat ketika ini, jadi bawalah bersabar dengan permainan-permainan alam perniagaan bentuk itu. Apa pun, pada yang menganiaya tu, minta-minta bertaubatlah. Usah menjaja nama orang lain untuk mendapatkan wang. Carilah kelebihan diri sendiri untuk hidup senang!

Untuk awak, teruskan apa yg sudah lama anda rancangkan…jangan menoleh ke belakang lagi. Jangan biarkan situasi yang berlaku sekarang ini sebagai penghalang langkah seterusnya. Hamba menyokong dalam diam, walaupun sebelum ini hamba sedikit membangkang idea awak itu. Semoga berjaya dan beroleh keberkatan dalam berbisnes!

Friday, July 31, 2009

bila balik kelate

pilih kain tudung bawal kat pasar siti khadijah...borong sakan ya chik...

acik dan cik pah...bila dah abis pilih tudung bawal...beralih pulak pd songket...adui....

ni la semua kerjanya bila balik kelate...perkara utama...jom soping...hamba ikut je, pantang diajak. Teraju utama adalah acik, kalau dah dia berkenan, berdozenlah dia beli. Seingat hamba hari tu saja dia beli 30 helai tudung bawal. Aduh...hamba yg melihat keligatan dia memborong pun geleng kepala.
Kalau dah banyak memilih. sure le lamakan...sampai naik boring pakcik yg menunggu, maklum le...dari satu ke satu kedai kain, pilih-pilih selagi ada peluang. Hamba pulak, tukang tunjuk dan tukang pujuk..."ha cik, yg ni cantik, yg ni lawa, yang ni murah..harga boleh runding.." cam hamba pula yg jadik tokey kedai masa tu...pening kepala acik...

Thursday, July 30, 2009

Bila Acik & Lili soping

tempat tinggal...best tahap gaban dok tmpt ni...nyaman sungguh le

bilik yg serba kuning le, silau bijik mata hamba...

kesukaan hamba...jenuh keliling...tapi....banyak2 beg, satu pun tak berkenan...

hah...ini kesukaan hamba tahap gaban nih. masa pilih kain, rambang bijik mata

kat kedai ni sampai bersila pilih kain, dlm kedai ni saja 2 stgh jam...mana tak bersilanya...

Gambar ni diambil masa g bandung tahun sudah, tersepuk kat dlm camera je, tiba-tiba hari ni gatai tangan nak tepet kat sini. Sebenarnya lebih kepada penawar utk acik yg skrg ni ada kat hospital...ni ubat segala penyakit chik...almaklum le anak buah acik yg ini mmg tau apa ubat sakit acik skrg ni. Jadinya...saya ubatkan dgn gambor2 nih semualah. Kan ari tu acik ajak saya lagi sekali g bandung tapi saya tolak...rasa bersalahlah pulak.
Utk acik, cepat sembuh yek...nanti kita g jalan lagi...

Tuesday, July 14, 2009

Betul ke tidak...

Alahai...tak sangka durian dengan nangka ni dekat-dekat. Sama-sama kuat baunya. Buah durian ni pulak tidak bermusim. akan ada dan ada je nanti, melilau di depan mata. Almaklumlah musim luruh! Masa mulu-mula perasan tadi, nak ketawa pun ada. Gara-gara tak pernah abik tahu pun akan kewujudan durian ni. Sebab hamba bukan pemakan durian yg tegar. Lebih kepada suka memilih durian aje...yg terbaru pun, suku sakat durian yg kat tv tiga suku tu je yg hamba tengok. Itu pun tiap mlm jumaat je, gara-gara nur kasih! yg durian jenis lain...nan adooo...hamba selalu tak berkesempatan nak berkenduri dorian. Sebabnya; 611 memang dekat di hati dan di mata!

Tadi dok belek2 majalah eh...heh...membutang mata hamba dok baca pasal durian ni. Pastu tertacap kat gambo durian pulak. Aik...cam kenai aje...hati berdetik, macam nangkalah...baca nama...dah keturunan sama. Durian dengan nangka adik beradik la..

Yang membezanya sikit saja. Buah durian ni kulitnya licin, yang buah nangka ni cacat tang permukaan, sikit je. Tak terjejas pun. Almaklumlah, dilarang makan udung…nangka makan, dilarang makan sotong, pun nangka makan…abis tu kulit nangka ni memang boleh kalahkan tajamnya duri dorian…pantang salah makan…sok sek..sok sek

Dari hati; Ya ampun adik-adik ku sekalian…hamba sekadar berceloteh....

Wednesday, July 8, 2009

Sombong ke???

Aku rasalah kan, dah lama juga dah aku dok kat recp. ganti si farah bila dia nak pergi makan@ bercuti…Tapi kan, hari ni baru aku ‘terjaga’. Tetiba ada seorang lelaki ni yang memang tak pernah aku kenali seumur hidup, datang kat opis ni…boleh dia cakap aku SOMBONG!. Tang mana sombongnya aku, pun aku tak tau, sampai dia boleh keluarkan perkataan cam gitu sekali. Nak suruh aku sambut kedatangan dia bak PM ke? Huh….Sakit betul hati aku. Memang tak puas hati nih....

Aku rasa…tak terkasar bahasa kalau aku kata dia yang kurang ajar. Sebelum ni mana pernah orang datang ke pejabat ni, terus duduk tanpa dipelawa atau sekurang-kurangnya berdiri kat depan kaunter dan bercakap sepatah dua sebelum aku pelawa duduk. Ni tak…masuk je terus meluru duduk kat sofa depan tu. Yang aku pulak masa tu tengah sibuk…mana nak perasan siapa yg masuk. Dalam otak aku masa tu, mati-mati dok ingat staf opis sini, sebabnya hanya staf-staf sini je yang selalu masuk dan terus meluru duduk depan tu. Orang luar mana pernah buat cam gitu. Aku rasa dia yg memecah rekod orang datang ke opis ni yang paling KA. (hehehehe..elok la tu, dia kata aku sombong, aku kata dia kurang ajar). Ada ke masuk rumah orang terus duduk tanpa dipelawa. Lebih teruk lagi, tuan rumah tak sedar pun akan kedatangan tetamu tuh!

Terus aku call kak zah, cerita dgn dia…berdekah-dekah kak zah ketawa….kata kak zah “dia kata ko sombong?” hahahahaha…lagi sekali kak zah ketawa. Aku bengkak je. “Lili…org tu akak rasa tak cukup waras la, yg ko g layan buat apa?” Duhsss…kak zah lagi parah…dikatanya org tu tak waras pulak dah. Ok..ok cukup..cukup…banyak benar dah mengata org…dosa tak terampun nanti…..

Hmmm….aku dok pikir nih, tang mana sombongnya aku?

Sunday, June 28, 2009

Biarkan masa hadapan datang sendiri

Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
"Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya" (Q.S al-Nahl:1)

syair ku alun,

Berpalinglah dari kecemasanmu
Serahkan urusan kepada qadha
Nikmatilah lamanya keselamatan
Akan menghiburkan mu atas apa yang telah silam
Mungkin perkara yang kecil telah membesar
Dan perkara yang besar telah mengecil
Betapa banyak perkara yang dibenci
Namun berakhir dengan keredaan
Allah, berbuat apa yang Dia kehendaki
Janganlah kritik terhadap perbuatan-Nya.

dari hati; aku suka syair ni...berkali-kali aku bacanya. dua rangkap terakhir, cukup utk mengembalikan aku ke dunia sedar....tinggalkan yang carik...hiduplah dengan pegangan.
Aku suka petikan ini...ungkapan yang indah di dalam kamus kebahagiaan...

"Pada hari ini saja saya akan hidup, maka wahai masa lalu yang telah pergi dan sudah berakhir, tenggelamlah engkau bersama matahari di sebelah barat. Saya tidak akan menangisi kenanganmu, saya tidak akan peduli untuk mengingatimu walaupun hanya sekejab saja, sebab engkau telah meninggalkan kami, berhijrah daripada kami, dan telah menghilang dari bayangan kami, sementara engkau tidak akan pernah kembali selama-lamanya kepada kami.

Wahai masa hadapan, engkau masih berada di alam ghaib, maka saya tidak akan berinteraksi dengan mimpi-mimpi yang mempedaya orang. Saya juga tidak akan menjual diri dengan pelbagai bayangan yang belum nyata, dan saya tidak akan mensegerakan kedatangan atau kelahiran yang masih belum wujud. Sebab hari esok bukanlah suatu alam nyata sebabnya ia belum diciptakan dan ianya belum boleh disebutkan."

Maka, tinggalkanlah hari esok sehingga ianya datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan tentang khabar hari esok. Jangan ditunggu kedatangan hari esok sebabnya sekarang anda sedang disibukkan dengan kesibukan yang ada pada hari ini. Manfaatkan hari ini dengan setulusnya.

dari hati: bacalah secara berulang-ulang 'laa haula wala quwwata illa billahi', kerana bacaan ini akan membuatkan hati menjadi tenteram...Insya-Allah.

tunggu dan tunggu

Ahhhh..leganya...tunggu punya tunggu...turn daku paling last nak guna tenet ni...punya la susah, dok berebut dengan bebudak nih. Hari cuti cam ginilah, ramai sgt kat 'cc' umah ni. Kalau dah dapat kat azim, lagi la...org lain jgn mimpi nak guna. game dan game. kalau tidak pun, ultraman, batman, superman n man man man...ahhhh...nak buat cam ne ek? dulu masa kecik dia tak pandai computer kita ajar, skrg ni lebih terror pulak dah.

Semalam, sempat ke pesta buku alaf21. banyak juga memborongnya, tu nasib duit dah licin, kalau tak mau abik..abik..abik..masuk bakul...jinjit smpai senget bahu (bahu badrul ya, daku cuma tukang pilih je) dan hari ni daku sempat khatam satu novel ni. Cinta kau dan aku karya Siti Rosmizah. Boleh tahan la sbb dia bole buat daku membaca sampai ke noktah akhirnya. Rasanya dah lama juga aku tak baca novel yg boleh membuatkan daku meniggalkan semua kerja dan dok sop sek sop sek seorg kat dlm bilik....sampai bengkak mata...tiba-tiba baca novel ni jadi emo lak. hahahaha..kena gelak dgn semua penduduk umah ni. Sebenarnya buku nih tak sesedih mana pun, tapi aku yang terlebih sedih...ntah apa-apah je....sedihkan benda lain tapi novel nih tlg jadikan bahan titisan air mata...hahahahah

Hari ni, masak mi kari...pagi2 lagi tuan umah udah ke pasar PJ. kat sana barang basah murah sikit, banyak jimat kalu nak bandingkan dgn kedai runcit kat kawasan rumah ni. Makanya, hari ni, tgh hari smpai ke ptg, makan mi kari lah kami hari ni!

Friday, June 26, 2009

Bila kakakku berMC

Sekarang ni, sejak che ti dpt mc berminggu-minggu dr doktor dia, kat rumah hari-hari ada saja kuih muih yg dibuat sendirian bhd. Dah seminggu le dia dok uji kemahiran memasak n buat kuih tu. Mula-mula dia buat karipap, test market katanya sbb dah lama tak buat. Semalam pula dia buat kuih puteri dgn kuih sagu kelapa. Apa lagi, anak-anak, abg mi dan adik-adik dia suka le...makan dan makan! Lauk makan tgh hari dan malam pun berubah aje. Sedab-sedap pulak tu. Nasi kerabu, nasi ayam dan macam-macam le dimasaknya....best ni....utk kakak ku itu, "mu berhenti jelah kerja...dok umah, masak...jamu kami semua makan)...heheheehehe

Badrul pula sejak dah tinggal dengan kami nih, badan dia naik je memanjang. Apa tak nya, dua org kakak, dua2 kaki memasak! Kesian mu yoe, dipaksa makan oleh kakak-kakak sekalian. yang si mastura pulak...kalau nak makan sedap, hari minggu terpacul le depan pintu umah! Ye la kan, dok asrama, makan ala kadar aje. Nak sedap meh umah kakak mu nih, semua ada.

Hari ni pulak, balik nanti harus daku ke kedai yg murah dekat opis ni. Nak beli barangan utk dibuat mafin kukus utk esok pulak. Dah lama plan nak buat, tapi asyik tergendala aje. maklum le daku kan sibuk memanjang (tapi tak tau aku sibuk kan apa?) lengau dah ni!

Esok kelas seawal jam 8 pagi. Kelas yg ni tak boleh dibuat main-main, terlewat 10 minit pun, pedih telinga kena sound. Jadinya...tepatilah masa anda! Sedikit malas bila kena ke area SA tuh, boleh tak tukar kelas? dah tak mau g shah alam lagi dan lagi....tapi...selagi blm abis belajar, situ le tmpt aku ulang alik setiap minggu. Kalau ada pilihan lain, maunya daku yg mula2 tarik diri. Shah alam bukan tempatku lagik dan lagikkkkkkk....

Tuesday, June 23, 2009

Rejab bulan indah

Esok 1 Rejab datang lagi. Bulan Rejab bulan Allah. Banyak pahala yg akan kita dapat kalau berpuasa di bulan indah ini. Amalan mulia yang pernuh dengan keberkatan.
Saya pernah terbaca bahawasanya kalau kita berpuasa 1 hari di bulan ini dengan ikhlas, maka pastinya ia mendapat keredaan yang besar dari Allah SWT. Apatah lagi kalau berpuasa sunat pada 27 Rejab iaitu hari Isra Mi’raj (isnin, 20 Julai 2009), kita akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa. Alangkah indahnya, pahala yang agak mudah utk dikumpul tapi kenapa payah utk saya merebutnya. Penuh dengan dolak-dalih duniawi. Astarofirullahalazim…minta tahun ini dilapangkan jalan…

Betapa banyak keindahan yg ada dalam bulan Rejab. Berpuasa selama 2 hari di bulan indah ini pun akan mendapat kemuliaan di sisi Allah. Apatah lagi kalau berkesempatan berpuasa pada 1,2 dan 3 Rejab (24,25,26 Jun 09) Allah SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkan orang yg berpuasa itu dari bahaya dunia dan seksa akhirat. Peluang yang indah dari Ya Rabbul Alamin, bagi siapa yang ingin doanya dimakbulkan, berpuasalah dia selama 5 hari dalam bulan Rejab ini dan insya-Allah, doanya mudah dimakbulkan. Insya-Allah.

Juga pada sesiapa yang berpuasa selama 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan dibukakan pintu syurga seluas-luasnya untuknya dan bagi sesiapa yang berpuasa selama 15 hari dalam bulan ini, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan. Manakala bagi orang yang menambah bilangan (hari-hari puasa) maka Allah SWT akan menambahkan pahalanya. Subahanallah. Ingin sekali saya merasai kemanisan ini.

Ya Allah, bukalah hatiku untuk merebut peluang ini semetelah bekalan yang ada selama ini pun tidak pernah mencukupi untuk bekalan di hari penghisaban nanti. Kalau ini peluang yang ada, haruslah direbutinya. Semetelah saya tidak pernah tahu, di tahun mendatang, peluang ini akan hadir lagi atau tidak….

Emeil yang saya terima dari Mas kawan satu kelas minggu lalu. Dijelaskan bahawa Sabda Rusullulah SAW “pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “wahai Jibril, untuk siapakan sungai ini?”
Maka jawab Jibrai as “Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini”.

Betapa indahnya bulan Rejab, bulan menanam dan hasilnya untuk tuaian di akhirat kelak. Insya-Allah….mudah-mudahan di lapangkan peluang untuk beribadat di bulan penuh keberkatan ini.