Thursday, August 30, 2012

Mula dapat kaki

Sesi bercerita anak kesayangan pula. Umairah dah laju berjalan. Masuk umur 13 bulan dia dah berani berjalan lepas tangan, dan dua minggu sebelum raya hari tu, dia dah berjalan dan berjalan sahaja, tapi ada kalanya masih jatuh.

Tapi masuk minggu lepas raya ni, Umairah makin laju berjalan dan sejak pandai jalan ni, kerja dia berjalan sahaja. Non stop walking. Pening kita yang memintasnya ke hulu ke hilir.

Tak banyak gambar yang diambil dalam masa dia nak belajar berjalan ni. Tapi saya masih ingat langkah pertama dia berjalan tanpa saya pimpin ialah pada hari Nuzul Quran yang lepas. Memandangkan pada hari tu saya bekerja, tapi sampai awal ke rumah dan sebelum menjengah pasar Ramadan yang diseberang jalan tu...sempatlah melayan Umairah kat depan rumah tu, sambil menyapu daun-daun kering yang gugur dari pokok depan rumah, dan ayah alihkan kereta dia letak depan pagar untuk dibasuh.

Umairah nak menyibuk sekali...elok dia pegang penyapu sambil jalan-jalan dan saya biarkan dan sedar tak sedar dia dah berjalan keluar dari pagar rumah dan sudah berada di tepi jalan...

 
Ni la dia gambar hari tu tapi ketika ni dia masih berpegang kemas pada jemari saya...masih tak berani nak melangkah sendiri, tapi apabila saya pegang penyapu sambil pimpin dia...dia dah mula berebut batang  penyapu tu dan mula mengajuk pelakuan saya dan dalam tak sedar dia berjalan sendirian...



Tuesday, August 14, 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri 1433H

Pada kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada yang baca blog ni.

-Selamat berpuasa
-Selamat berbuka
-Selamat balik kampung
-Selamat menyambut hari raya....

Saya balik kampung malam ni...awal2 lagi bercuti dan masuk kerja pun awal juga, pasal MB 1st Sept closing pada 27/8/12 ni...

Tapi takpe la...dah berpeluang balik kampung awal...pun suka jugak kan....

Jadi last sekali, semoga kita semua selamat dalam perjalanan menuju ke kampung halaman semua.  Berhati-hati di jalan raya ya semua.

Umairah pun dah tak sabar nak balik jumpa tokma & tokbah nih...

Baju pun dah kemas, biskut dan kerepek pun dah dapat cap order-order...jadi malam karang kita balik kampung...hati girang...

Monday, August 13, 2012

Anugerah Ramadan

Alhamdullilah. Rezeki di bulan yang mulia ini, Ramadan al-mubarak.

Semalam office saya ada buat majlis berbuka puasa di Kelantan Delights, SOKA Plaza. Amboi...makanan sampai tak habis nak makan, banyak sungguh. Pendek kata, seramai mana pun kita bawa ahli keluarga, makanan tetap tak habis nak makanlah.

Dan juga, sebelum majlis berbuka tu, saya dikejutkan dengan beberapa pengumuman...

Gambar terbalik...hehehe...ni anugerah untuk long service...dapat benda alah ni ha! rezeki, boleh melaram bagi anak gadis saya pakai raya ni, tapi sebelum tu biar ibu merasa dulu...balik malam tadi terus gantung ko...hahaha...bukan jakun, tapi sebab teruja...selepas 10 tahun......sedar tak sedar dah 10 tahun lebih saya di BPSB. Hmmmm...
 
Meh tengok dekat sikit...ni la hadianya...boleh tahan jugaklah kan...emas percuma siapa tak suka ya dak?

Tak cukup dengan itu, sekali lagi nama di panggil...kali ni untuk pemberian duit raya pulak...buka sampul tengok, dalam tu ada beberapa keping wang kertas...lepaslah nak beli satu lagi rantai tangan untuk Umairah...(dah ore kelantan kan, suka la kumpul emas!) hehehe...suka..suka...

Rezeki di bulan yang penuh keberakatan ini...alhamdullilah.

Memang berbanyak terima kasih kepada big boss Kelantan Delights yang juga ED baru di BP ni serta pihak pengurusan & Event dept BPSB. Atas usaha murni mereka semualah, majlis semalam berjalan dengan meriah sekali. 

Majlis semalam juga untuk meraikan big boss saya yang baru dinobatkan Anugerah Tokoh Wartawan 2012. Sekalung Tahniah untuk Datuk.

Dan hari ni pula, bertempat di Lot 10 bangunan pejabat saya sedang berlangsung majlis bacaan Yaasin, tahlil dan solat zohor berjemaah sempena mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini...saya tak dapat join sebab hari ni kena ambik EL...anak tak ada orang nak jaga...tapi pagi tadi saya sempat juga ke pejabat dengan membawa umairah sekali demi nak settlekan kerja, closing magazine MB untuk 16th August...

Syukur alhamdullilah, selepas sekian lama saya tidak menanam durian, semalan tiba-tiba durian runtuh dari langit...saya apa lagi, kutiplah kan...

Friday, August 10, 2012

Iklan meruntun hati


Melihat iklan ini, hati saya tersentuh. Sangat tersentuh. Jalinan kedua-dua hati itu sangat indah dan sangat hebat.

Tak tau lagi nak tulis apa, nak komen apa...kerana kisah ini sudah meresap masuk nun jauh ke lubuk hati saya. Dua sahabat oku yang saling bergantung antara satu sama lain. Saling memerlukan untuk melengkapi hari mereka. Oh! betapa saya terkesan dengan lakonan ini.

Melihat adik yang memakai hearing aid itu, dan boleh bercakap walau pelat, membuatkan saya juga berharap agar suatu hari anak buah kesayangan saya juga boleh berbual dengan saya seperti itu. besar harapan cik elie ini untuk melihat dak Azim juga mampu bertutur suatu hari nanti...Insya-Allah...doa cik elie buat Azim tak pernah ada penghujungnya...


Thursday, August 9, 2012

Janji sekadar dibibir

Mungkin dah jadi sifat semulajadi kita, kan...apabila orang berjanji dan mengatakan sesuatu kepada kita, maka cepat sahaja kita menaruh harapan. Lumrah alam!

Tunggu punya tunggu, masa pun tiba, tapi lain yang terjadi. Janji yang diberikan dahulu dibuat-buat lupa dan yang peliknya, boleh pula pujuk dengan ayat-ayat berbunga lagi. Dan rasanya...mahu lagikah hati percaya buat sekian kalinya...

Rasanya...walau sesiapa pun yang bertanggungjawab meneraju, tetap ada juga yang terasa hati dengan keputusan yang dibuat, keputusan yang lupa pada janji. Kesian orang itu.

Pada saya, saya biarkan sahaja mereka itu melupakan apa yang pernah disebut, saya lupakan sahaja kerana rasanya, sudah masak benar dengan 'ayat-ayat manis' sejak dahulu lagi...jadi saya hanya separuh hati untuk mempercayai apa yang diperkatakan pada Oktober lepas. Saya memang kurang nak mempercayai sejak dari hari itu lagi...dan nyata...memamg betul pun...terus rasa nak ketawa terbahak-bahak. Telahan saya betul belaka.

Nasib tak jauh saya berangan! hehehehe....

Apa hukum orang lupa janji ek?

Friday, August 3, 2012

Kisah anak ibu

 Gambar ni pernah tersiar dalam majalah Mingguan Wanita, bulan Jun lepas tapi saya lupa minggu ke berapa....sebab saya sendiri pun terlepas mendapatkannya di pasaran...dan tak berkesempatan pun membaca artikel yang ditulis itu...huhuhu....

Kisah anak kesayangan saya ini makin besar makin kuat makan...macam ibu dia juga. Pantang jumpa nasi, makan saja. Umairah ni, masa orang buka puasa, dia pun menyibuk, letakkan dia atas kerusi makan dia tu, bagi kuih ke nasi ke, separuh masuk mulut separuh lagi jatuh ke lantai. Dah jadi macam kerja ibu, tiap kali lepas berbuka, sapu lantai. Masa orang sahur pun dia bangun, suaplah makan, dia nganga je. Makan macam esoknya dia nak puasa sahaja.

Sekarang dah banyak dia pandai sebut perkataan seperti 'cat, chick, tak nak' tapi semua tu akan jadi 'tat, thick, nak nak'...pelat ke nak? aduhai...kalau kita tanya mana cat, sibuklah dia melilau cari buku dia dan bila jumpa, terus dia buka buku dan dengan jari montok dia tu dia tunjuk gambar kucing dengan sekali sebut 'tat'...alahai..sweet anak ibu ni. Sekarang juga dah pandai berjalan beberapa tapak tanpa dipimpin. Dan kalau kita rajin memimpinnya, dia akan mahu berjalan sahaja walaupun keadaan badannya yang tak stabil lagi tu. bergoyang ke depan belakang dan jatuh tu semua perkara biasa dah sekarang ni. Harapnya, raya nanti Umairah dah berani berjalan tanpa dipimpin lagi.

Sekarang ni musim dia jadi orang nomat. Tiap hari bertukar pengasuh. Dalam seminggu kami bergilir cuti sebab nak jaga dia. Macam isnin dan selasa lepas, saya bercuti. Rabu pula Badrul, khamis, Kak Ti dan hari ni ayah dia pula. Memang wajiblah tiap orang ambil cuti tiap minggu sebab nak jaga dia. Nasib kami ni ramai bolehlah bergilir-gilir sementara nak sampai cuti raya ni.

Hari rabu lepas masa Badrul jadi pengasuh tu...kelaka, sampai office kawan-kawan tanya, "Mana Umairah?" Saya jawab, "Badrul ngasuh hari ni.." Semua tercengang! dan ada suara bertanya, "boleh ke si bujang tu ngasuh Umairah?" jawab saya, "Umairah dgn ayah ngah dia geng, so no problem cuma kesian kat ayah ngah dia je la, terpaksa cencell semua temujanji dia hari ni."

Semalam dia dengan Kak Ti, wah! kalau hari  kena hantar ke rumah che long dia, kemain lagi la sukanya Umairah sebab dia boleh pergi main dengan Abg Aiqham dan Abg Azim, pernah hari mula-mula hantar minggu lepas, kedua-dua sepupu Umairah tu tak pergi sekolah sebab ralit melayan si kecil tu. ...siap lagi anak-anak jiran sebelah datang berkumpul rumah Kak Ti dan bahagialah Umairah sebab boleh berkawan. Umairah kalau dengan Aiqham alamak tak boleh berenggang la. Berkepit dan beriba je la. Entah kenapa, Umairah dengan Aiqham ni terlebih ngam. Dari pemerhatian saya, Umairah lebih suka budak lelaki dari perempuan untuk bermain denganya. Alamak...kecil-kecil dah pandai nak 'bergewe' si bulat tu.


Hari ni pula, dia dengan ayah dia kat rumah. Pagi tadi saya tinggalkan dia tengah tidur lepas makan sahur tu dan sampai separuh jalan ayah dia call, kata Umairah menangis. Nak patah balik, ibu kena masuk kerja awal, ada meeting 9.30 pagi tadi..so tebalkan rasa hati yang tengah berkecamuk dengan tangisan si kecil tu, teruskan juga perjalanan ke pejabat, sampai di pejabat call balik tanya ayah dia, katanya Umairah dah ok. Fuh! lega hati ibu.

Rasa macam baru sangat lagi saya mengandung dan melahirkan dia...sekarang dah besar dan dah nak berjalan. Tak lama lagi boleh berlari pula. Dan rasa hati saya, betapa seronoknya melihat perkembangan Umairah dari hari ke hari...