Friday, May 25, 2012

7 kalimah sentiasa di hati

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang indah dan permai ini.

Saya adalah salah seorang peminat Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood. Sering mengikuti rancangan Semanis Kurma di TV9. Suka dengan cara ustazah dan ustaz berbicara tentang topik yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Banyak yang kita boleh ambil iktibar dan jadikan panduan dengan pengalaman para jemputannya.

Saya juga mengikuti pekermbangan ustazah melalui FB...setiap kali ustazah post sesuatu di wall...saya teruja membacanya walau tak pernah sekalipun tinggalkan jejak di situ. Saya baca dan kadang-kadang saya save kan dalam saya punya personal folder.

Setiap petang pula, semasa dalam perjalanan balik kerja, kami dengar Suria FM. Kat situ pun ada juga. Slot Semanis Suria. Jadi boleh dikatakan, hari-hari jugaklah saya mendengar suara ustazah yang lembut itu.

Hari ni saya terasa manisnya kalau saya dapat tampalkan di sini post terbaru dari Ustazah di wall FB beliau. Untuk peringatan saya dan kita semua...yang terbaca blog ni. 


7 kalimah yang perlu diucap dan dihafal.

Sesiapa yg mengamalkan dan menghafal 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat serta diampunkan dosanya.

1. Membaca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucapkan Alhamdulillah,setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucapkan Astaghfirullahhal Azim ketika tersalah.

4. Menyebut Insyallah, jika ingin melakukan sesuatu di masa hadapan.

5. Mengucapkan Lahaulawala guwata billah, apabila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.

6. Mengucapkan Inna Lillah hi Wa Inna Ilaihi Rajiuunn, jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Membaca Laa Ilaa Ha il lalloh sepanjang masa siang & malam.

Amalkan. Insya-Allah, tergolong dikalangan insan yang hebat. Aamiin

Nota: Minta dihalalkan ilmu yang saya copy & paste ke sini.  

 

Monday, May 21, 2012

Umairah dgn Che Su dia

Minggu sudah tak sempat langsung nak menjengah di sini. Wabak demam yang melanda seluruh isi rumah menyebabkan saya sedikit huru hara. Dengan selsema, hingus, batuk semua ada. Dan si kecil tu pula, kalau malam je panas badan.






Tak ada apa nak update...jadi sebelum sign out, k tepet gambar anak kesayangan ini. Gambar dua sebulan lepas masa saya bawa dia ke pejabat pada hari sabtu. Masa tu ada masalah sedikit dengan material yang saya summit ke printer, dan printer tak terima. Jadi, saya kena datang ke pejabat nak settlekan benda alah tu....dan bawalah Umairah sekali...balik tu singgah rumah Che Long dia kat Pantai Dalam...seronok dia...

Thursday, May 10, 2012

Jawapan dari hati


Macam mana nak mula ya? Nak jawab bagi semua clear ^_^

Ok..masuk ni dah dua orang pembaca HDS bertanya melalui emeil, dan beberapa kenalan mesra tapi tak akrab (sebab kalau kawan akrab, dia tahu semuanya), bertanya: ..pasal nama Shahrullah Rahmat tu. Saya tak sangka ada juga yang dok tertanya siapa Encik Shah, lelaki watak utama dalam novel tu.

Antara soalan yang bertanya? Encik Shah tu suami akak ke? HDS tu cerita benar ke? Kisah akak ke? Haih…malu ahkak tau…jawapannya...no no no...(sambil goyang jari telunjuk versi Umairah - dua-dua jari telunjuk kanan dan kiri ya)

Ok jujur nak cerita, kisah tu hanyalah rekaan semata-mata. Sekadar idea yang datang dan saya sambung-sambung sehingga menjadi satu kisah cinta. Ianya tiada kaitan dengan yang hidup atau mati (klise kan?) Sedikit isi yang ada, datangnya melalui pengalaman sendiri, kawan-kawan dan orang sekeliling.

Nama Shahrullah tu hanyalah nama yang tiba-tiba muncul di layar minda semasa pertama kali menaip kisah tu. Nama tu tak semena-mena timbul dalam kepala dan saya terus taip-taip sehinggalah ke garisan penamatnya pada Sept 2009. Dalam tak sedar nama tu macam sebati dalam diri saya :)

Hanya kebetulan dengan jodoh yang saya dapat pun pangkal namanya sama. Itu kebetulan sungguh. Saya masih ingat, 1st time saya dapat sms daripada teman serumah tu, dia ada letak nama dia kat penghabisan ayat. Maklum tu baru nak berkenalan, nama pun tak tahu lagi kan :) :)  ayo..yo..so sweet la darling… **saya masih simpan sms tu sampai ke hari ni** (mesti kejab lagi Encik Yoep saya akan selongkar hp ni, cari sms pertama dia kepada saya - pecah tembelang yg saya simpan sms tu nak buat pekasam)

Masih di ingatan, masa tu saya tengah kerja kat book fair tahun 2010, tgh punch harga majalah yang orang beli. Tiba-tiba masuk massage org ajak pergi kursus kahwen sekali ... ayo..yo…terus kursus kahwin ko…memang serius tak ingat dunia. 

Cuak juga saya masa tu bila tahu nama dia adalah Shahrul…eh! Macam diseru-serulah…Lelaki bernama Shahrul muncul tak semena-mena. Patutlah selama 2 tahun saya berkisah novel tu, saya rasa macam dekat sangat dengan kedua-dua watak tersebut. Dan tanpa sangkaan saya mendapat jodoh dengan orang yang bernama itu.

Ok…yang tu saya biarkan…sebab masa tu manuskrip yang tajuk asalnya, cinta tersimpul rapi tersadai di celah-celah buku sekolah dan kertas-kertas assingment saya je. Langsung tak terusik…dan tak ada sesiapa pun yang dibenarkan baca melainkan Mastura & Sasa sahaja sehinggalah saya selamat diijabkabulkan dengan lelaki bernama Shahrul Hakimi. 

Dan manuskrip tu kembali berada di depan mata apabila saya nak ikut serta bengkel penulisan anjuran Jemari Seni December 2010 tu…masa mula-mula Kak Yah kata setuju nak terbitkan, saya dah rasa, pasal nama tu pasti akan berbangkit suatu hari nanti. Dan saya rasa macam nak tukar nama tu, tapi taulah ya, kalau tukar ni mesti tak smooth, mesti akan ambil masa dan pasti akan ada kesilapan nama dan akan buat ramai orang confius juga nanti.

Tambah cerita juga, yang sebenarnya, teman serumah saya pun tak tahu pasal manuskrip tu…dia tak pernah tahu yang saya ni suka menulis pun…dan dia hanya tahu apabila saya dah berjaya utk menyertai bengkel itu. Pasal nama, saya masih tak cerita dengan dia sehinggalah manuskrip itu ingin dibukukan…saya dah tak ada pilihan…akhirnya barulah saya beritahu teman serumah itu bahawa novel yg bakal terbit ini adalah menggunakan nama Shahrullah sebagai watak utamanya…tapi macam biasa, teman serumah saya tu kan tak banyak mulut…dia senyum je tanpa apa-apa perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Mybe sebab saya dah bagi alasan kut. Maklum saya ni, kalau nak cakap apa-apa, siap dengan alasan sekali saya sertakan supaya mudah untuk difahami.…dan alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar dan novel tu pun dah lama masuk cetakan kedua…

Jadi, kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya tu…ni lah sedikit sebanyak jawapan yang dapat saya kongsikan...jangan lagi dok bayangkan yang inche yeop saya tu adalah Encik Shah ya...kesian dia yang tak tau apa-apa tu :) mangsa keadaan! Lagi satu...saya bayangkan Encik Shah dalam HDS tu ala-ala hensome jugak tau :) tapi inche yeop saya ni cukuplah sedap mata memandang dimata saya seorang sahaja ya (hahahah...ni kes nak tuntut hadiah besar ni, tu yg puji melambung-lambung ni) ya ampun...harus kena kutuk lepas ni. Ampun semua :) peace no war!!!!

Jadi kesimpulannya, sesungguhnya kebetulan banyak terjadi dalam kehidupan seharian kita, antara kita sedar atau tidak sahaja. Atau mungkin juga, apabila sekian lama saya dok seru nama dia…hah! Tak lama lepas tu muncullah dia dari celah-celah ramai (mcm intan terpilih gitu) ..heheeheh…jodoh katanya…alhamdullilah, jodoh yang terbaik untuk saya! Syukur kepada Allah s.w.t....

Jadi kepada teman-teman yang masih single mingle tu, cuba-cuba menulis. letaklah nama lelaki idaman kat situ..tulis hari-hari...macam seru nama gitu...kut-kut..mana tahu, tak lama lepas tu dia muncul dari celah-celah jugak....hahahaa...harus saya kena bako lepas ni...lari...........................................

Sekian untuk kali ini seadanya...

Wednesday, May 9, 2012

Umairah Ya Maryam dengan bukunya

Antara pencarian buku utama masa PBAKL yang lepas. Dah dapat yang ni, terus balik. Masa sampai kat rumah tak sabar-sabar nak tunjuk buku-buku ni kat Umairah. Dalam hati dapat rasa, mesti dia suka sangat..

Dalam plastik lagi, saya lambakkan semua kat dia...dia buka tengok, buku...lantas apa lagi...tersenyum girang..satu persatu dia belek dan belek tanpa jemu...dan sehingga ke hari ini, buku inilah mainannya...

 Macam ni lah muka dia setiap kali dengan buku-bukunya...dengan jari montoknya yang suka tunjuk-tunjuk gambar, mulut menyebut 'ata..ata...ata..' seolah membaca..seronok ibu tengok anak suka buku jugak :) cuma ibu ralat sikit sebab tak jumpa buku jawi yg macam ni...takpe, next time ada masa ibu pergi cari kat lain pula. Ibu harap Umairah suka baca buku sampai bila-bila...

Ini pula gambar Umairah 7 bulan, dalam flight ke Kuching, Sarawak. Punyalah saya risau takut Umairah menangis dalam flight, takut tak tahan dengan tekanan dan sakit telinga ke..rupa-rupanya tidak, senyum sengih tak kira masa...saya ikut petua ni, BF kan dia masa take off and landing tu...Insya-Allah telinga dia tak sakit sebab ada aktiviti menelan...paling tak tahan, Umairah sempat yak-yak dlm flight tu, nasib tak berbau satu kapal...

alahai anak ibu :)

Monday, May 7, 2012

Terima kasih Kim

Semalam berakhir sudah PBAKL 2012 yang berlangsung dengan jayanya. Biarpun saya hanya bekesempatan ke sana sehari sahaja dan tidak sempat membeli buku sebanyak yang dirancang, pun jua saya sudah berpuas hati.
Bersama Kak Su, Iman Xara dan Kak Manjlara ketika sesi tandatangan buka pada petang Ahad, 29 April 2012.
 Kak Su sedang mempromosi buku terbarunya Hikayat Hang Tuah. Terima kasih Kim, wakil TV9 yang sudi singgah di booth JS. Untuk gambar, terima kasih kepada penulis hebat Iman Xara. Saya cilok dr FB ni..minta halal ya. Dan terima kasih :)

Oh ya, saya juga sempat ''diterkam' dek Kim untuk dimuatkan dalam Nasi Lemak Kopi O nya...ni kes terserempak dengan kawan lama la ni..al kasihnya bermula begini...

Kebetulan booth JS duduk berhadapan dengan BPSB...dan antara Kim dan saya adalah teman sekerja sebelum Kim berhijrah ke TV9...dahulunya tempat Kim, saya yang ambil alih untuk 4 tahun sebelum sekarang ini ditukarkan ke marketing semula.

"Eh...ko buat apa kat sini?" soal Kim ketika mata kami bertentangan di saat dia lepas interview Chef Anuar (Chef Selebriti terkenal dgn juadah masakanya yang pelbagai) dan Kak Ana, penulis buku Datuk Malek Nor (kedua-dua buku ini keluaran BPSB, silalah dapatkan di pasaran ya!) Kak Ana dahulunya editor majalah Jelita dan sekarang ini rasanya editor majalah Anikah pula. Dan Kak Ana ex-boss saya juga tu. Kak Ana pernah komen cerpen saya yang pernah tersiar di dalam sebuah majalah. Dengan Kak Ana pun saya banyak belajar cara menulis juga. 

"Tak de la..saja-saja je...datang cari buku..." jawapan saya. Sebab malu nak cakap saya datang ada kerja kat JS tu. Sungguh, sampai ke hari ini saya malu nak mengaku dengan kawan-kawan yang saya menulis novel HDS tu...

Kim terus ke booth JS sebab kami nak laga-laga pipi...sekali dia tertengok novel saya atas meja siap dengan nama sekali..lantas apa lagi...

"Novel ko eh? wah buat novel tak bagitau kawan...meh...meh..kita promote sikit...nah ko pegang novel ni, aku rakam sekarang..." Kim panggil pembantu dia, Intan yang lemah lembut tu.

"Weh...aku nak cakap apa?" saya dah blur..terkejut sebab tak sangka dan sesungguhnya macam mimpi kerana tak pernah saya berangan nak masuk nasi lemak kopi o...ooooo....rancangan yang saban minggu saya tengok. Saya support rancang NLKO sebab Kim dan Kak Wan Sabariah...demo ni dua-dua kuat bekerja. Teringat masa saya baru-baru join BPSB, ada satu event kat PWTC, kak Wan dan Kak Norsiah yang hendle (skrg ni org kuat yg anjurkan big event kapal layar yang tiap tahun diadakan di Terengganu tu) masa tu kerja tengah banyak, then kak Norsiah nak stay kat Legend Hotel je sebab malam tu kami perlu packing kertas kerja utk seminar esoknya..dan Kak Norsiah ajak saya teman dia kat hotel tu...sebab saya tak prepare baju dari awal..maka Kak Wan dan Kak Norsiah lah yang hantar saya balik ke rumah untuk ambil baju. Sebenarnya banyak lagi kenangan saya dengan mereka. Paling tak lupa juga, 1st time saya naik kapal terbang pun sebab ikut mereka outstation ke Sabah dan stay kat Sutera Harbour Resort. Tulah pertama kali saya naik belon...tahun 2003 kalau tak salah masa tu join event pencarian gadis Jelita yang pemenangnya dapat kat Irma Hasmie. Sekarang ni Kak Wan org beso di TV9...saya cukup kagum dengan dia yang tetap low profile sehingga kini.      

"Cakap la pasal novel ko ni...ceritalah sinposis dia ke apa ke..dan cakaplah pasal pesta buku ni sikit..." dan bla..bla...bla...Kim ajar pada saya...hahahahaha...lawak la Kim...aku cukup terharu sebenarnya.

dan akhirnya masa siaran itu keudara pada pagi jumaat 4 May yang lepas saya sempat la tengok diri sendiri dalam TV...siap panggil seluruh ahli keluarga utk menontonnya...siap tunjuk kat Umairah lagi tu, suruh tengok ibu dia dalam TV...terkebil-kebil anak kecil tu tengok tak faham apa...hahahaah...maklum la ibu dia jakun yang amat!

Kim...tiada kata lain yang lebih hebat untuk aku katakan hanya terima kasih...terima kasih...terima kasih atas peluang yang dihulurkan...

p/s: sebelum Kim beredar sempat tu dia tunjuk baju yang dia pakai...ooo..dengki aku Kim dengan baju putih ko tu..:) maklum Kim baru pulang dari sana...paling aku dengki sebab ko siap ke rumah full house tu lagi..siap bergambar kat dek tu lagi...alahai...terima kasih kawan atas segalanya...