Friday, December 17, 2010

Bengkel Penulisan bersama JS

Ahad lepas 12122010 aku berpeluang ke Bengkel Penulisan Kreatif anjuran Jemari Seni Publishing Sdn Bhd dengan kerjasama UKM dan bertempat di UKM juga.

Bengkel sehari suntuk itu sangat-sangatlah seronok. Banyak yg dapat kami pelajari. Perkongsian ilmu daripada Kak Su (Noor Suraya) tidak terbilang rasanya.

Banyak yang aku belajar daripada situ. Kak Su yang tidak lokek ilmu memberi panduan demi panduan kepada kami yang baru mahu berjinak-jinak dengan bidang penulisan ini. Satu persatu ilmu dicurahkan. Sungguh berterima kasih kepada mereka semua.

Kak Yah yang sporting amat seronok berbicara dengannya. Alahai...lembut-lembutnya dia, selembut wajahnya jua.

Penulis-penulis jemputan yang bertindak sebagai fasilitator yang hadir pada hari tu juga best. Sporting la mereka semua ~ berkongsi ilmu tanpa sempadan. 

Keseluruhan bengkel itu....ia amat-amat memuaskan. Rasa tak puas dan nak tambah je masa...(bengkel ini percuma sahaja) - Sungguh aku pelik apabila tiada bayaran dikenakan. Dan sebaik kami bertanyakan kepada Kak Su dan Saudara Imaen...jawapan mereka mempersonakan hatiku. Ya, mereka sungguh mulia, memberi ilmu kepada kami tanpa mengharapkan wang ringgit sebagai pulangannya....terima kasih seribu kali dan semoga Allah memurahkan rezeki kalian berlipat kali ganda lagi selepas ini...Amin....

p/s: walau baru seharian pertemuan itu...sudah dapat merasakan 'kasih-sayang' dikalangan mereka. Cara Kak Su amat menyentuh hatiku....terima kasih Kak Su, Kak Yah dan mereka yang terlibat pada hari tersebut.
 
~ siap dapat sijil lagi tu ~

Thursday, December 16, 2010

Sekadar nak rasa, bersama secubit memori

 buah yang masak ranum. sedap di makan begitu saja. Rasanya sungguh enak, tapi sayang...buahnya sukar nak jumpa.
 credit to pak google - terima kasih kepada org yg memasukkan pictures ini. 

Tadi terbaca satu blog, blogger tu bercerita tentang buah kecupu ni - (ore kelate panggil buah cupu) - tiba-tiba rasa sedap la pula. Terus terliur...tapi bukan mengidam ya, cuma rasa nak makan - (ada beza ke mengidam dgn rasa nak makan?)

Pernah makan buah ni - masa umur 9-10 tahun dulu....dah lama la tu. Zaman tu memang jenis main keliling kampung, pahtu tersesat masuk kebun buah tepi sawah padi, milik pok sepupu - abe mat kak sah. Masa tu nakal sungguh, tak tau dosa pahala la kami semua, hanya dengan anggapan kebun sedara. Maka, apa lagi...kami ramai-ramai (sepupu sepapat-anak beranak, dlm 7-8 org) bantai kait dan lebih hebat, ada yang panjat dahannya :)))))....

Pahtu bila dah banyak sangat, nak buat makan sambil berjalan balik rumah. Plastik tak ada maka kami yang pakai baju besar ni, pakat-pakat kendong dalam t-shirt masing-masing. Sambil kendong, sambil makan. Sedang elok sampai rumah tinggal beberapa biji saja. 

Buah ni sedap di buat sambal. Kalau orang Kelantan dia akan buat sambal cili padi buah kecupu. Sambal tu tak pernah pula aku makan...sedap ke tak, tak tau la pula. Tapi rasa buah yang  masak ranum memang sedap. Rasa macam masam-masam manis. Makin di makan, makin sedap rasanya. Isi dia lembut je...Huh...bercerita pun bisa buat aku meleleh ayer liuq....

Nasib baik hujung bulan ni nak balik kampung...bolehlah pergi mencarinya - harap-harap musim buah cupu la kan - sebabnya buah ni memamg payah nak dapat. Tak semua kebun ada buah ni. - kebun inche Shahrul pun belum tentu ada kut - tadi tanya dia, dia kata tak pasti ada ke tak sebab dah lama tak tengok pokoknya...yang pasti area kampung dia mesti la ada - hehehe...dah nak kena cari di kebun orang lain la pula :) - melampau sungguh cek mek molek dia ni!


-utk inche shahrul- ; tak de pun tak pe la di kg tu...kita cari di bandar Pasir Puteh, tak de di situ kita g cari di KB...tak de juga di KB, kita g la ketuk pintu rumah abe mat kak sah tu...minta dgn dia pulak - jalan terakhir tu :) - malu arr nak g rumah abe mat tu :) :) 

Almaklum, sejak dah dewasa ni - (selepas berpuluh-puluh tahun - mcm dah tua benor aku ni), aku tak pernah lagi menapak ke kawasan rumah dia, apatah lagi kebun di pinggir tali air tu. Sungguh, sejak lepas darjah 5, aku dah tak berjalan keliling kampung lagi...sampai la hari kahwin tu, tersesat pergi ambik gambo di kawasan tali air yg satu lagi tu ~
 
Apa pun...bukan mengidam ni ya...saja suka-suka menulis tentang buah ni...selepas menjamahnya 20 tahun dahulu...~ lamanyaaaaa ~ kalau jumpa pokoknya, aku nak kait sendiri la - nostalgia zaman dulu, siap panjat dok di dahan pastu hinjut dahan tu sehinggalah buah yg masak ranum tu jatuh berguguran....lasaknya masa kecil dulu...pokok buah kecupa ni pun aku rungkas! hahaha ; malu la :)

Friday, December 10, 2010

Terima kasih Tuhan

Tiada kata seindah rasa yang ada di hati kami sekarang ni...syukur Alhamdullilah dan teruja dgn anugerah yg Allah kurniakan kepada kami sekeluarga. Pagi tadi, tatkala memandang di skrin monitor ultra sound...aku cukup teruja melihat di situ......senyum tiada terkata saat Dr jua mengucapkan tahniah....

7 bulan daripada sekarang...,,..hidup kami akan ditemani cahayamata...Alhamdullilah...perjalanan hidup dipermudahkan oleh Allah swt.

Saat pertama kali melihat, aku sendiri terpana. Senyum tidak terbilang rasanya...suami yang cukup teruja, senyum dan senyum sepanjang masa, berkali di tenung gambar itu...dan aku jua seperti bermimpi. Keinginan yang satu itu mudah dimakbulkan oleh Allah. Alhamdullilah dan sujud syukur.

Rasa hati yang tiada terbanding sekarang ini........terima kasih Tuhan kerana memberikan aku nikmat kebahagian ini....

p/s: pulang sahaja dari klinik, gambar itu aku tunjukkan pada semua keluarga. Aduh...gembira mereka semua....setelah hampir 10 tahun rumah kami sunyi dgn tangisan anak kecil...

Friday, December 3, 2010

penggal pertama frasa rasa

Saat ini mengantuk yg teramat…ditambah oleh rasa yg tidak selesa. Makan nasi terlebih tadi dan kesannya sehingga kini…rasa nak muntah tapi tak juga muntah-muntahnya. Tension sungguh. Kalau org lain pregnant, awal-awal lagu ni, muntah dan muntah sahaja tetapi aku nan adonya nak muntah, setakat loya di tekak itu sahaja…sekadar dok mengacau di anak tekak sahaja…sungguh tak selesa juga!

Semenjak dua menjak ni juga, seperti dilanda kemalasan. Nak masak malas, basuh baju malas, kemas rumah pun malas dan segala-galanya malas. Aduhai…deria rasa yang satu ini tiba-tiba menjadi raja dlm hati aku! Bab memasak ni lagi sadis, aku beli segala ikan, ayam dan udang..tetapi akhirnya aku sumbat dlm peti sejuk; tak tau nak masak apa biarpun sekadar lauk yg simple pun dah tak mampu nak berfikir. Jadi cemuih!

Berusaha juga melawan sifat kemalasan ini…dan akhirnya jadi lebih teruk meloya di tekak. Lebih parah dan akan membuatkan aku sebu sepanjang masa. Sungguh tak tahu nak buat apa. Simpton lain dr org lain….

Deria rasa mulut pula pahit dan masam sepanjang masa...jenis aku tak suka makan gula-gula…itu yg payah nak menghilang rasa pahit dan payau mulut…dan akhirnya, aku minum air asam jawa seteguk demi seteguk, biarpun sebotol kecil tu tahan sehari semalam…minum sekadar menghilangkan rasa loya dan mual di anak tekak. Nasib belum ketagih air asam jawa lagi ni.

Dan skrg ni….sungguh kerjanya nak tidooooo jeeeee…sakit hati aku!

                                            tapikan.....yg nyatanya;

dah memang pun aku kaki tido sebelum ni...hehehehe

...utk inche shahrul; jgn garu tempat tak gatal ya skrg ni, apabila asyik kena buat kerja rumah...

....kita kan kawan-kawan :) :) :)

Thursday, November 25, 2010

Gembira tidak terkata

Syukur...syukur...syukur...alhamdullilah...pada sekian kalinya aku bersujud syukur. Walau ianya masih jauh di dasar laut, masih jauh lagi perjalanannya, masih lagi 99% kesahihannya...pun jua, aku sudah merasa gembira. Sebegini rupa aku gembira. Alhamdullilah.

Email yang aku dapat, aduh! terus membuntang biji mataku membaca ayat demi ayat. Gembira tidak terkata. Terima kasih kepada pihak yg sudi membaca dan meniliti 'kisah' yg tidak seberapa itu. Peluang yang diberikan akan aku gunakan sepenuhnya...Terima kasih sebanyak buih di lautan dan terhutang budi dgn peluang yang diberikan oleh mereka....

Di sebabkan terlalu teruja, terus sms inche suami...sampaikan cerita sebenar, biarpun dia nanar seketika kerana inche suami tidak pernah mengetahui 'sisi gelap' isterinya ini...

Dalam terkejut, tetap dia ucapkan tahniah! Katanya..."Itu rezeki anak yang...'

Terima kasih sayang kerana membenarkan saya menghadiri sesi itu biarpun ia akan mengambil masa hari minggu kita berdua...

Tidak lupa; semanis madu, seindah rasa utk ma abah, adik-beradik, abg mi & anak-anak buah cik elie ~ mereka yg aku sayangi...kalian indah dalam hatiku sebagai sebuah keluarga yg penuh dgn kebahagian....

Sungguh, terima kasih aku pada Ilahi kerana menganugerahkan dua kegembiraan dalam bulan ini sahaja utk ku....terima kasih dan sujud syukur aku ketika ini.
* ~

* ~

* ~

Ochhhhh...teruja sebegini sekali ya...alahai...termalu la pula :) :) :)

Tuesday, November 23, 2010

Debaran menjengah

Semenjak 2-3 minggu ni perut rasa lapo memanjang...nak makan saja. Mulut penat mengunyah tau...tapi perut lapoooo jeee.. kalau tak makan, mulut rasa tak sedap...pahit ada, payau pun ada...mula rasa sesuatu.

Dah gitu gamaknya, itu yg kerja aku skrg ni makan memanjang. Nasi, kerepek, buah semua aku tibai. Paling teruk, makanan chakedes budak2 tu pun kat rumah berstok mcm kat kedai runcit sahaja. Ni pun, sambil menaip, kerepek pisang di depan mata. Makan sampai rasa muak. Lepas tu mula la badan naik berkilo-kilo.

Sekarang ni dah takut nak timbang...lebih takut nak terima kenyataan yang badan makin berkembang pesat. Dagu pun sudah berisi, tang tangki, usah cerita le, kat situ la 'kaya' dgn lemak berkumpul. Sudah 2 helai seluar tak boleh nak sarung. Dah tak muat! Dah la jeans kesukaan aku tu pun dah selamat ucapkan bye bye...(sila beli jeans baru ya lili....):

Maka ramailah mereka-mereka yang tegur, kata makin berisi....muka makin bulat!

Kalau berisi yang tu memang aku nak sangat....tengah suspen ni! kenyataan biarlah tepat. Alangkah bahagianya kami andai apa yg sedang ditunggu ini akan membuahkan sesuatu yang manis untuk kami nikmati bersama....

Debaran tetap ada di hati....tak sabarnya nak tahu status terkini :-)

mood; kebahagiaan...

Thursday, November 11, 2010

doakan semoga berjaya melengsaikan....

Semalam sudah selamat daftar masuk untuk semester Januari 2011. Nasib baik cepat daftar, kalau lambat-lambat nampaknya tak dapatlah kelas yg direct dari pagi sampai petang tu, kelas yang sekali harung itu. Jimat masa dan minyak kereta…hehehe

Tetapi semalam, selagi tak register, hati berdebar-debar saja takut kelas sudah penuh. Maklumlah pelajar lain memang pantas mendaftar, masing-masing nak cari kelas yang tersusun sederet itu. Untuk kesenangan sendiri juga.

Semalam, dalam hati bimbang juga takut kelas yang berderet tu sudah penuh. Untuk semester baru ini aku tidak mahu lagi masuk kelas yang 2 hari berturut-turut kena berulang alik itu…aduh tak sanggup semata-mata untuk satu dua subjek sahaja setiap hari!

Tambah lagi, tanggungjawab sudah ada yang menanti. Kalau dahulu, boleh sahaja masuk mana-mana kelas pun. Nak balik jam berapa pun, sesedap hati sendiri. Selepas habis kelas, nak melepak dengan kawan-kawan pun ok lagi. Tak kisah sangat sebab tak ada yang menanti di rumah. Sekarang ni pula, masa untuk kelas kena susun dengan cekaplah, untuk menyesuaikan diri pada hari minggu.

Lega apabila selesai urusan pendaftaran itu. Maklumlah sudah 2 semester aku drop. Ni nak sambung belajar balik pun rasa macam sudah tidak ingat lagi dengan subjek-subjek yang lepas. Nampaknya kena baca semulalah subjek-subjek lama ni, recall balik term-term yang digunapakai dalam proses HRM itu.

Hampir 7 bulan meninggalkan alam belajar ini…enjoy sakan, terlupa yang diri masih lagi terikat dengan baca buku, pergi kelas, buat assignment dan masuk dewan peperikasaan. Sungguh dalam masa 7 bulan itu, aku seakan melupakan terus perihal belajar ini. Ngok sungguh!

Sampai minggu lepas abah tanya;
“Macam mana dgn belajar tu…”
“Eh ada…tahun depan ore sambung semula la…”
“Ah…jgn tak sambung pula…syg, dah banyak habis duit dan masa sblm ni…”
“Ore pun sayang bah…jgn bimbang, ore akan habiskan study ni…”
“Bila habis?”
“Lambat lagi la…dah 2 semester ore drop…sambung lagi la tahunnya…”

Huhuhu….nak menangis mengenangkan jangka masa yg masih lama lagi itu….kawan-kawan yang lain hanya tinggal setahun setengah lagi…aku pula mungkin 2 ½ atau 3 tahun lagi la kut…itulah ruginya apabila asyik drop sem…dan seperkara yang aku bimbang juga adalah….

Harapannya…kalau ada rezeki, dapat baby dalam masa terdekat ini pun, minta-mintalah aku kuat untuk masuk kelas saban minggu itu…harap-harap aku tidak lagi drop semester dgn alasan itu pula…harap-harap aku berjaya melepasi tahun-tahun yang memenatkan dgn assignment yg semakin bertambah dan subjek yang makin sukar ini…

Dan lebih besar, harap-harap aku berjaya menghabiskan proses pembelajaran ini dengan jayanya. Sokongan daripada suami tercinta, adik-beradik yang havoc dan ma abah yang spoting amat dihargai…sayang kamu semua!

Tuesday, November 2, 2010

Coleteh siang hari

Selingan lunch hour jab...

Sekarang ni sejak duduk rumah sendiri, kena masak sendiri, berfikir sendiri apa yang nak dihidangkan setiap malam dan apabila hari minggu juga. Maka kerja mencari resipi yg mudah untuk dimasak setiap hari telah bermula.

Maklum la kan, boring juga kalau dengan lauk pauk serta cara masak yang sama. Sesekali carilah sedikit kelainan. Habis buku resipi, majalah Jelita yang ada di rumah diselak. Tidak cukup dengan itu, internet pula dijelajah…maklumlah mencari resipi yang mudah dan cukup dengan bahan-bahan yang ada di dapur sendiri yang cinonit itu…


alangkah indahnya kalau dpt dapur sebegini...hmmm, berangan ni!
~gambo dr pak google, tq~

Sekarang ni resipi memang mudah di dapati dari internet. Tanya sahaja pak google nak lauk apa, jenis mana, resipi tersohor…terus dia bagi pilihan yang mana paparanya semua menarik hati. Pendek kata semua ada. Senang sungguh apabila semua dihujung jari ni…tinggal lagi diri sendiri pula yang rajin atau malas ke dapur!


Ketika datang mood rajin…banyak yang terhidang, banyak idea dan seronok berkreativiti di dapur, biarpun yang makan hanya 2 orang sahaja. Kalau inche suami makan bertambah tu faham-faham sendirilah kan, maknanya sedap la kut…tapi kalu dia makan sikit, pun faham-fahamlah sendiri juga…mungkin tak kena dgn selera dia atau pun terlebih masin atau tak ada rasa apa-apa…hehehe….

Memasak ini pun ada ‘jiwa’ dia juga, apabila penyakit M datang…adoi…berfikir punya berfikir, otak jadi tepu…tak tau nak masak apa biarpun dalam peti sejuk semua ada. Otak jadi blank. Pastu, kalau memasak juga…pasti lauk tersebut jadi tak sedap!…Sebab memasak tanpa perasaan!

Sekali fikir, yang senang dan membangkitkan selera adalah telur dadar jugakkkk.

sentiasa menyelerakan...sederhana tetapi meletup
~gambo dr pak google, tq~

Bagi sesiapa pun, sudah tentu bahagian paling seronok apabila pergi geladah dapur rumah mak sendiri….fuh! berselera makan, semua jadi sedap biarpun budu cicah terung celur dan ikan kerisi goreng sahaja…cukup menyelerakan yum yum…kalau dah duduk di meja payah nak bangun semula….hahahaha…


Coleteh, coleteh juga…malam ni makan di kedai ya. Cik abe dah sms, ajak makan di kedai sajok sbb dia tahu cik mek molek dia sudah dilanda tsunami kemalasan…

yehaaaa….gantung periuk dan kuali le mlm ni...:) :)

Thursday, October 14, 2010

Part 3 ~ kenangan tercipta...

 pelengkap sebuah cerita cinta...dibawah sepohon pokok...nun di sawah luas terbentang....padi sedang menghijau...langit biru..nyaman terasa

suka sangat dgn pose ini....family tengok semua ketawa tak agak-agak melihat inche Shahrul berangan nak bawa keta gala...ada bakat jadi pesawah inche suami aku ni ya!..hmmm...

 bergandingan kita besama menuju mercu hidup agar kekal abadi....Insya-Allah...
Yehaaaa....dah nak abis...penat weh...persiapan berbulan dan berhari-hari ini akhirnya ia bahagia untuk semua orang...Alhamdullilah...


penat kan? jom kita bercinta dulu di atas tali air ni...dulu masa kecik-kecik, di sinilah tempat aku selalu main...sering kali kena hambat dgn che' dan juga pakcik-pakcik yang sedang mengerjakan sawah mereka apabila melihat aku dan geng main air di sini....dulu airnya jernih, sekarang.....warna kuning. Nostalgia ini...abadi dalam lipatan diari kehidupan semua orang...

p/s: terima kasih kepada Pok Lie (Razali Mohammad) dan Along atas usaha dan penat lelah melayan kerenah kami sepanjang berlangsungnya majlis tambatan dua hati ini...terima kasih selaut rasa hormatku pada kalian berdua.... 

Part 2 ~ berdua menjalin rasa..

 alahai...main-main mercun pula la...kejutan menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki...angah yg tau akan rancangan itu hanya sempoi sahaja mukanya..langsung tiada riak terkejut di saat oleh lain sudah herok segala muka dan kondisi badan...

alahai...apa nak dikata...syukur lah kan, semuanya berjalan lancar. Berbulan membuat persiapan, akhirnya sejahtera semua....alhamdullilah.

 Abadilah sebuah percintaan, yg kami bina dengan setulus hati dan seindah rasa....
ya..ya...tiada lain yg kami harapkan...doakan kami bersama sepanjang hayat...

p/s: persalinan songket cantik ini tajaan daripada butik kak ema...terima kasih utk kak ema dan kak sufi juga kak azida kerana memberikan idea utk saya menjadikan kebaya drp songket ini sebagai baju utama...pilihan yang fantastik...kami berdua sangat suka sepersalinan ini...mmg memukau!

Part 1 ~ saat meraikan...

ketibaan....dua jejaka... diiringi hampir 200 orang sanak saudara

menyambut...main tutup-tutup muka la pula....

bakal disandingkan...tengok, pasangan pengapit itu payungkan diri sendiri...haahahh

selepas akad dilafaz

 cincin disarung...sebagai kenangan....
majlis dirai penuh keindahan...

tiada penah menyangka....apabila kun faya kun..

disebalik tabir keriangan itu....

 satu-satunya gambo aku dgn badrul dan juga si cilik azim yang tersangat rajin dan dia banyak menceriakan majlis kami dengan gelagatnya yang pelbagai...anak buah paling rajin...dan seharusnya kena abadikan di sini...almaklum, mereka berdua org kuat pada majlis itu...thanks yeo n baby azim...beribu lemon...
makcik-makcik, sepupu sepapat...mastura, anuar dan semua yg terlibat. Orang kuat dibelakang tabir pada majlis iu...semuanya havoc belaka...sudah keletihan pada malam kenduri itu, sebaik pulang drp majlis akad nikah di masjid terus masuk sambung tugas masing-masing utk kenduri keesokkannya.

 Ini dia..pakcik-pakcik aku...orang kuat merangkap tukang sponser terbesar...terima kasih che ha n acik serta along, angah, syafik. mira n ikin...kalian sekeluarga merupakan tunjang belakang majlis itu...terima kasih sebanyak bintang di langit....

 Suasana di pagi hari sebelum gulai kawah masak...masing-masing sedang bersarapan sebelum menyambut tetamu...

moksu za dgn anak-anak dia...sedang bersarapan, eh...poksu sedang menanak nasi masa ni...pagi yg ceria utk semua orang...


Badrul...siapa la kalu bukan adik hensome (hahahaha)  aku ni....rajin bebenar, sedang mengoreng ayam sambil dibantu dgn maklong (yeo, macam takut2 je ni!).....

Monday, September 20, 2010

Rindu dia

Isnin nan indah, aku masih lagi bercuti. Sementara menantikan hari rabu, untuk kembali bekerja, maka kesempatan yang ada ini bolehlah menyiapkan sedikit sebanyak kepeluan rumah sendiri. Namun dalam berkesempatan bercuti lama ini...hati tetap ingat utk kembali ke office setelah hampir 3 minggu bercuti. Aduh! lamanya rasa..skrg ni di landa keboringan pula...gara-gara bercuti  lebih sedikit daripada inche suami yg sudah pun kembali bekerja hari ini....


Syukur semua yg kami rancangkan berjalan dengan lancar. Kedua-dua belah pihak semuanya enjoy dgn majlis kami. Ma abah, ma abah mertua juga...mereka cukup sporting dgn anak-anak mereka. menjadikan kaami enjoy dgn kehidupan lepas kahwin ini...anak kesayangan & menantu pilihan = mungkin kunci kepada kebahagian yang sedang kami nikmati ini.

Kehidupan hari ini banyak perbezaannya daripada satu ketika dahulu. Semuanya berubah seratus peratus....dalam kebahagian pada sebuah kehidupan bertemankan seorang lelaki yang sebaik ini...alhamdullilah...Cinta di hati tersimpul rapi.  

Saturday, September 11, 2010

Mercu hidup

Aidilfitri...tahun ini...banyak dihabiskan dengan persiapan satu ini. 

Dalam debaran dan inai masih basah di jari, waktu makin hampir dan debaran makin kencang dan aku masih berkesemptan mengadap benda alah ini...curi- curi lari masuk bilik dan buka internet sedang orang di luar sedang bergotong royong membuat persiapan akhir. Serasanya aku harus mencatitkan sedikit coretan sebelum menambatkan zaman anak dara.

Syukur...dan syukur seribu kali...rahmat Allah sentiasa untuk hamba-Nya. Menjelang malam ini...majlis akad akan berlangsung di masjid. Kalau tanya pada hati....debaran makin kencang kala jarum jam laju bergerak.


Jika berbulan dan berhari lepas, sekadar mengira hari tanpa debaran...tetapi kini, jarum jam yg sedang berdetik hanya tinggal 6 jam sahaja lagi. Sungguh, masa itu datang jua....alhamdullilah.

Selamat tinggal alam bujangku yang penuh warna warni, segala pahit manis yang lepas berlalu, aku tinggalkan dengan hati yang tenang....kenangan yang ada indah-indah belaka dan aku bersyukur takdir menemukan aku dengan seorang lelaki yang indah rasa budi, penuh rasa cinta dan kasih sayang itu memang tercipta untuk kita bedua. 

Selamat datang alam berdua, yg penuh cabaran dan semoga kebahagian milik kami berdua. Amin...

Wednesday, August 11, 2010

Harapan Ramadan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Lagu yang menusuk hati tatkala Ramadan datang sekali lagi, tahun ini 1431H. Alhamdullilah..kerana masih berpeluang mengecap nikmatmu Ramadan.

Bermulanya puasa....

menambahkan debar di hati kami...Alhamdullilah...masa semakin hampir dan sering aku bermohon...permudahkanlah apa yang sedang kami rancangkan ini...luruskan jalan kami sehingga ke mercu kejayaan...amin

Insya-Allah.

Saturday, July 3, 2010

world cup...ttp germany di hatiku

Jerman menang besar. tak sia-sia la aku pergi tengok di syed bistro tadi....puas bersorak...walau aku seorang perempuan....apabila tiba bab bola...bole terlupa weh....cukup puas hati aku bersorak sedangkan abah,. inche dan badrul tersenyum....senyum frust tiap kali gawang argentina dibolosi dgn mudah. mereka bertiga ni adalah penyokong argentina, jadi mengharaplah agar ada keajaiban akan berlalu namun nan ado....lag
i..lagi...dibolosi...aku yang bersorak tak hingat dunia.

paling puas hati dapat tgk ballack yg hensome.itu...hehehe...mmg cukup hensome dia...:) sorry yg inche terpuji ballak lelebih pula...tapi di hati saya awak lagi hensome ya :)...hehehe...

masa mula2 keluar berita ballack tak dapat main utk world cup thn ni...terkecewa sungguh hati...jadi, dpt tengok dia yg hensome sesekali apabila camera fokus pada dia pun jadi la...penawar rindu gitu.

paling tidak dpt dilupakan...tgk game atas jalan..masa tu jerman vs england minggu sudah...gara2 lambat pergi, kedai penuh...maka apa lagi, meja dibuka di atas jalan...kami bertiga join la juga...maklum masa tu game dah separuh jalan....kata badrul...kalau apa2 jadi, masuk paper kita....huhuhu...tidak..aku tak mau. 

tahun ni kerja aku tgk bola di kedai mamak...join sekaki inche dan badrul. pernah satu game, di kedai tu, hanya aku seorang perempuan...yg lain sume lalaki...rasa juga malu...tapi peduli apa, aku pergi dgn 2 pendekar....hehehe...sungguh kaki bola...dema berdua tu pun...kalu tak ajak aku tak sah,...nak juga aku mengikutnya...

sekarang ni dah banyak team pilihan mereka yang tumbang, inche dgn england, badrul dgn italy, abah dgn argentina...balik sebelum sempat berpuas hati...tinggal team pilihan hatiku sahaja lagi sekarang ni....ya..ya...germany...skrg ni...demo ni semua kena temankan aku pula...untuk games seterus-terusnya nanti...biarpun inche cukup tak suka dengan jerman...tapi sebab aku penyokong jerman no satu...harus le dia kena ikut jugakan....kan dah janji...kita support each other....hehehe...kata inche, sebab balllack la dia tak suka dgn team jerman...motif yang?...tanya aku pula...hehehe..

alahai...merapu la pula, maklum la...tengah gembira...4-0 beb...mahunya tak suka...heheheh...puas hati gitu.

dalam kereta masa balik tadi....demo yang bertiga tak terkata apa...langsung tak mahu mengulas pasal game tadi....terkecewa sesgt la tu...ah, lain kali...ikutlah pilihan saya ya...wahai lelaki-lelaki kesayanganku semua....heheheh

Sunday, June 20, 2010

sekian bercuti

Dua minggu tak sempat nak update blog....bertapa kesibukan sangat menyengat. Hari bekerja, jgn bermimpi nak menulis dlm rumah ni, memang tak sempat. Semetelah seminggu lepas becuti, balik kampung...pun sama. sibuk memanjang...mengukur jalan. menguruskan semua yang wajib. satu persatu di selesaikan dan alhamdullilah, dlm masa seminggu, semua siap.

dan isnin ni, memulakan kerja seperti biasa. sementara sisa cuti masih ada...jom kita p tengok wayang....

Saturday, May 29, 2010

Teman indahku

Ptg tadi sempat berjalan ke Wangsa Walk...mencari 1 barang saja tapi sampai sanggup ke sana. Padahal ioi depan mata saja. Namun, lain yang dirancang utk dibeli, lain pula yg terbeli. Itu perkara biasa!

Sambil merayau-rayau...dari kedai ke kedai, terserempak dengan kakak kesayangan aku dgn suaminya. Sungguh lama tidak ketemu dgn kak bad dan abg lan...mereka pasangan serasi. Berjalan bagaikan orang muda selalu....heheheh...mmg muda lagi kan kak...:) Di tengah-tengah org ramai kami berpelukan...rindu-rinduan gitu.

Soalan pertama kak bad memang meletup...terus ke point yg penting dan abg lan tergaman bila aku perkenalkan dgn ore di sebelah ketika itu. Mereka bersalaman...aku dgn kak bad terus tenggelam dalam cerita yang macam-macam...almaklum dah setengah tahun tak jumpa....

Banyak nak bercerita tapi tak kan nak bercerita kat situ kan...nak singgah di kopitiam, aku pula ada kerja lain lagi...ada lagi tempat yg nak singgah masa balik tu...hampir 20 minit berchit chat...kami berpisah. Sempat abg lan berkata pada inche shahrul..."mereka berdua ni bagai adik dengan kakak...tu yg tak bole berjumpa..bersembang bagai tak cukup masa..."

Semasa balik...dalam kereta aku bercerita dgn abg driver...tentang kisah aku dgn kak bad, bagaimana rapatnya kami berdua. Dah banyak tempat kami berjalan bersama . Bandung, Bali, Langkawi..penang, Johor, melaka...kami berlibur bersama...maka, kerinduan untuk keluar shopping bersama kak bad sentiasa ada di hati aku. Cuma plan nak g singapore je belum tercapai lagi...hari tu masa kami pergi, asing-asing ikut family sendiri...aku pergi dulu, kak bad pergi kemudian...

Ketika entri ni ditulis...pun jua bersarang rasa rindu untuk 2 orang lagi sahabat kesayangan aku. aku rindu untuk keluar bershopping seperti dulu dengan mereka semua. berpimpinan tangan menjelajah segenap pelusuk shopping mall...tepi memandangkan semua sibuk dengan urusan masing-masing...semua itu tidak berkesampaian...

Apa pun, untuk semua sahabat, teman, kawan, kakak ku...kalian semua tetap utuh di hati sepertimana saudara kandungku jua...aku sayang kalian...Semoga Allah SWT memanjangkan persahabatan kita dan semoga kita beroleh kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Amin...

Monday, May 17, 2010

Alkisah minggu ini

Minggu ni tak sempat nak mencatat perjalanan di sini, banyak sangat agendanya pada sabtu dan ahad. Sibuk dgn pelbagai, yang mesti dipenuhi.


Sabtu sempat ke Jln Tar sekali lagi…mencari kain songket untuk dibuat baju pula kali ini. Rambang mata melihat songket yang pelbagai warna. Namun….seperti biasa, warna coklat jua yang memikat hati. Belek punya belek, semua warna di tebar depan mata oleh sang gadis comel itu, namun mata tetap tak dapat dikalih daripada sehelai songket yg tersangkut di rak kain, yg pada mulanya tidak mahu aku sentuh. Tapi, sang gadis itu seperti tahu je kesukaan aku pada warna tersebut. Dibuka dan ditebarnya depan mata aku. Hah…cantik mak oiiii…aku pegang, letak…pegang letak…lantas buat-buat bertanya orang sebelah, berkali-kali ni bertanya.. “nak color apa?” – padahal sebelum datang tadi sama-sama dah setuju nak calor ‘pinang masak muda’

Mendengar jawapan…maka aku apa lagi…coklatlah pilihannya. Sungguh aku suka sebab keputusan di tangan aku. Entah kenapa, mata aku yang berempat ni gagal untuk memandang warna lain. Terus terlupa warna yang dirancang, terus terlupa semua warning! Sungguh tak makan dek saman biarpun sudah berkali diperingatkan oleh acik dan adik beradik supaya melupakan seketika warna kegembaran aku itu. Balik dari sana, tunjuk pada ma sambil tebar-tebar songket tersebut di ruang tamu…dan nada ma berbunyi “dah kata…mata dia memang tak boleh lari dr warna gelap ni…” maka:
-aku diam – sebab aku dapat warna yg aku nak
-dia senyum – sebab tersalah kata ‘up to u’

apa pun…kita pelbagaikan warna, baru harmoni! Hehehehe…mastura, jgn jelos? Kakak hang hanto balik tarikh dengan warna-warnanya sekali…sila abik balik la ya!!!!

Ahad…ke rumah acik…harus menyampaikan mandat besar padanya. Sungguh, selepas selesai menceritakan semuanya pada Acik dan Che ha tentang pertukaran tarikh…huh…leganya hati aku seperti lepas beban menggunung. Al-maklum, mereka ni orang kuat yang harus diutamakan yang merangkap tukang sponser terbesar juga hehehe…haruslah kan….

Lantas Acik berkata…”kamu buat senarai ni…kamu tulis kat situ apa yg dah ada…apa yg perlu dicari..untuk siapa benda tu, mana nak dapat..berapa bajet dan bla..bla..bla…”

Aku – Mak ai…banyaknya belum ada, lantas terus termanggu seorang diri! Terus ketakutan.

Sabtu ni, kelas bermula, semester mei dtg lagi. Bersedia menambahkan ketakutan yang baru bertunas ini….dan ada orang tu, rajin pulak dia mengira hari dan di smsnya pada aku – lagi 117! Terus aku rasa nak demam.

Saturday, May 8, 2010

Besday di puncak genting

Sementara sisa masa masih ada...harus aku mencoretkan sesuatu untuk hari ini. Hari yang penuh dengan kecerian dan kegembiraan apabila seharian menghabiskan masa di puncak genting bersama-sama ahli keluarga. Dengan kerenah adik manjaku yang pelabagai, dengan kerenah saudara-saudara yang ceria, spoting melangkah dalam pelbagai segi...dgn pangkat yg baru aku dapat...aduh..bling bling nya hati pada hari ini...sungguh seharian dgn kebahagian itu...

Terima kasih...terima kasih dengan kenangan ini...terima kasih dgn hadiah itu juga, terima kasih untuk segala-galanya...terima kasih sayangku semua...terima kasih cintaku...terima kasih saudara maraku semuaku. Kenangan abadi di puncak genting pada hari lahirku ini...

Sunday, April 25, 2010

Diari minggu ini

Minggu ini...minggu penuh dengan kursus. Kiranya selang dua hari aku berkursus...walau kursus apa pun, sungguh rasa seronok semuanya apabila hampir seharian mendengar ceramah yang penuh dengan pendidikan dan gelak ketawa.

Rabu, dihantar oleh opis untuk menghadiri The Secretaries & Administrative Professionals Seminar & Luncheon di Legend Hotel. Jam 6.45am sudah keluar rumah, ke opis menjemput kawan2 yang mahu ikut sama naik kereta aku. Jalan jam menghala ke sana, tu pun nasib baik aku mencilok saja di jalan short cut oum.Jam 8.15am baru sampai di hotel. Aduh mengah betul...sebabnya aku parking di hentian putra. Sungguh aku takut mahu mendaki tingkat demi tingkat parking kereta di hotel tersebut.

Tengah hari dihidangkan dengan nyanyian Aisyah sambil melayan makan yang enak-enak. Kenyang biarpun aku hanya makan sikit-sikit, sekadar merasa sahaja...Lucky draw...huh...semua hebat-hebat hadiahnya, tapi seperti biasa, aku tak pernah bertuah pun setakat ini. Putih mata je tengok orang bawa balik macam-macam hadiah, dan yang paling aku berputih mata adalah make up Mac bernilai RM 400 dan kalung mutiara Refflesia bernilai 1K. Satu persatu nombor di sebut oleh sharifah shahira, hmmm...haram aku tak berlucky....betul-betul berputih mata!

dan...

sabtu dan ahad....pun jua aku berkursus. Dua-dua hari memerlukan kehadiran tepat pada jam 8am. maka apa lagi...sungguh berlemak dan berkrim bila org yang buatkan semuanya, sedang aku datang dgn melenggang kangkung. Ingatkan akan mengantuk sepanjang kelas itu, tapi dek kehebatan para penceramah dan ayat-ayat spontan serta contoh-contoh yang diberikan...membuatkan kami semua tidak kering gusi, ketawa dan ketawa sahaja.


Macam-macam gelagat yang dapat ditemui...macam-macam ragam, lantas aku berfikir......terlampau muda sangat pun tak elok juga. Nampak macam kurang cerdik lagi tapi sudah mahu menggalas beban, ketika masa rehat aku suka memerhati gelagat peserta lain, sambil makan, sambil cuci mata dan otak sekali. Seketika aku bersuara ..."kesian saja tengok budak-budak ni, muda-muda lagi sudah berani....." dan seorang peserta kursus yang ada sebelah aku ketika itu, terkelip-kelip matanya....ni sure dia kata dalam hati "oooo...patutlah dia pun abik masa yang lama...begitu rupanya pemikirannya selama ini...".hehehe....aku mcm dpt baca apa yg ada dalam hati peserta sebelah aku itu. Last-last dia diam! Dan aku tersedar...terus mengunci mulut. Jauhnya aku mengomel dlm tak sedar. Apa-apa pun...semuanya datang dari Allah...

Terima kasih utk bos di opis..yg memberi peluang aku berkursus pada rabu lepas. Enjoy menghadiri kelas seperti itu, banyak yang dapat dipelajari drp moderator-moderator yang diundang. Berkongsi kejayaan mereka satu persatu, petua kecantikan, kesihatan dan penampilan diri. Ada yang lantang dan ada yang lembut dan yang lebih lembut. sehinggakan satu slot, aku tersangguk kepala, menahan mengantuk.

...tidak lupa juga kpd inche shahrul yg melakukan semuanya sekali sejak dr awal utk 2 hari ini...sehinggakan aku bagaikan mem besar saja lagaknya. Sungguh, terima kasih...terima kasih kerana sanggup bersusah payah drp minggu lepas dan selama dua hari ini, seawal pagi dan petang mengorbankan masa yang panjang dijalanan,...untuk semuanya sekali....dan satu untuk awak;

'tiba-tiba...rasa yang ada lebih dari semalam dan semalam itu....'

Sunday, April 18, 2010

Diari mingguan

Hari minggu tiada apa yg sempat dilakukan. Hanya duduk di rumah menunggu sedara mara yang datang. Nurul dari politeknik PD sampai semalam. Datang nak ambil laptop pinjamnya yang dikirim melalui mastura oleh adiknya di UITM sri iskandar. Sendiri punya sudah rosak katanya...Bertuah kan budak2 belajar sekarang, masuk saja IPTA, terus mak bapak sediakan laptop...kalaulah aku pun dapat cam tu dulu...bestnyaaa...

Pagi tadi, Che ha telefon, katanya nak makan nasi kerabu mok dia hari ni, makanya pagi-pagi mok (nenek) sudah buatkan. Yum..yum..sedapnya...sudah lama tak makan nasi kerabu mok sejak dia berhenti berniaga 15 tahun dulu...sebabnya, selepas mok pencen berniaga, hanya anak-anak dan cucu-cucunya sahaja yang masakkan.

Seperti biasa, apabila Acik dan Che Ha datang, segala bagai makanan dia bawak. Acik memang terkenal dgn keenakan masakannya. Hari ni dia bawak laksa asam...yum...yum...pun sedap. Berkali-kali aku makan sampai ke malam. Sungguh sedap! Langsung tak ingat nak control makan.....huhuhu....

Tadi, sempat berbicara ramai-ramai...masing-masing plan nak g Nilai, haruslah kena ke sana mencari beberapa barang untuk keperluan nanti. Sedang sudah berapa kali sabtu aku sudah ke jln tar, mencari dan mencari, mencongak demi mencongak...sabtu itu juga sempat rembat 9 'base' serta sedikit aksesori. Padahal, lain yang aku ingin belikan ketika itu. Benda yg aku aim tu dah abis sale nya....huhuhu...walau apa pun, membeli juga benda lain, habis juga la 200 ratus hinggit.   

Seperti kata kak ti, 3 minggu lagi dia mahu ke Nilai. Mentang-mentang dia dpt mandat besor, rajinnya sampai begitu sekali. Dan semalam moksu za pun dah janji nak ikut...dan hari ni, seperti biasa, Acik memang aku takkan tinggalkan...almaklum la...mak sedara yang paling rapat dgn aku. Maka, sudah pasti dia akan ikut sekali. Semetelah Che Ha yang suggestkan supaya memborong sahaja di sana...sungguh, makcik dan pakcik aku yang ini, akan mengambil bahagian dari awal hingga abis. Maklum le, seperti kata acik dulu, aku ni anak sulong dia...heehehe...

Yg best, acik kata g bandung lagi banyak pilihan dan murah-murah...huhuhu...idak lah di saat ini mahu terbang ke sana semata-mata nak beli sedikit barang...sedang pasport aku sudah expired bulan nov lepas. RM 300 saat air di hidung ni, jumlah itu cukup besar pada aku yg bergaji 20 sen lebih sikit ni...kalau nak renew pun, haruslah lepas-lepas ni...untuk agenda lain kan....

Dan minggu depan, agenda yg wajib itu harus dipenuhi...

Saturday, April 10, 2010

Sabtu renyai-renyai

Hari sabtu baru berlalu...huh...sungguh menyesakkan apabila seharian dan separuh malam aku habiskan dengan bershopping. Tengahhari sempat ke sogo untuk membeli handbag. Konon-konon nak gantikan bag yang sangat tenat ini...alih2 melencong ke arah lain.

Sudah lama tidak menaiki komuter, apabila menuggu train dekat kl sentral, adui...terasa lamanya menunggu. Padahal tahun-tahun dulu...kenderaan itulah yg menjadi nadi pengangkutannya. Sampai di Sogo, aduh...ramainya org, nak pilih handbag pun payah...lantas aku tidak beli apa pun....sekadar jeling-jeling kios perfume...tgk harga...huh...mahalnya....takpe...takpe perlahan-lahan k!

Lantas mengatur langkah ke jakel...tapi sepanjang jalan sempat juga menyelinap di seluruh kedai kain...tertengok satu kain tu, terus jatuh hati. Sifon bertatahkan labuci coklat. Cantik sgt...harga pun boleh tahan. Tapi...kuat mengatakan, pergi Jakel dululah...kut-kut kat sana lagi banyak pilihan. Sasha yang mengikut sudah kepenatan. Maklumlah...upah MD saja padanya.

Sampai di Jekel...pun, ramainya org...terus ke tingkat atas, menuju ke tempat yg sepatutnya walau lambakan kain yang sedang dipromosi sedikit sebayak menarik perhatian. Nak beli tak nak nak beli tak nak...RM 100 utk 3 pasang. Murah jugalah kan....Pejam mata...terus ke tingkat atas. Dekat Jekel ni, sales girl mmg excellent...melayan kita dgn penuh berhemah. terima kasih.

Tapi sayang...aku tidak juga membelinya...sebab hati sudah tertarik pada yg pertama. Lagipun harga banyak bezanya dr kedai yg pertama tu. Pada aku,, harga yang pentingkan...kalau kualiti lebih kurang... harga berbeza sampai rm 150, lebih baik abik yg murahkan. jimat duit. 

Maka...terus balik. Kali ni naik Lrt pulak. Pun juga sudah banyak berubahnya...nampak sangat aku hanya menggunakan lrt setahun sekali. Balik dengan berlenggang. Langsung tak jadi beli beg, sedang beg yg ada sudah nyawa-nyawa ikan sahaja...talinya hampir putus.

Sampai rumah, bila ore sms tnya dah smpai umah belum...aku jawab dgn cerita kain tu...heeheh...suka jawab luar pada tajukkan? Nampak sangat yg aku ni gagal memahami soalan. Terus pada soalan penting...padahal nak jimat kredit, seminggu 40 hinggit..mana mak nak korek duit!

Apa pun, nak juga tanya pendapatkan...kang kalu aku terus beli nampak sgt aku gila kuasa sedang nak pakainya dia jugak. Nasib ore memang setuju...huhuhu...mahunya tak setuju, aku promosi baik punya! siap tambah-tambah lagi tu. Untung bila kita soping sendiriankan...syok sendiri dlm memilih. 1 penyakit aku kalu soping tak suka pegi reramai..nanti tak tahu apa nak beli!

Bila ore dah kata ok...harus le esok aku kena pergi semula ke jln tar...sebelum kain tu dirembat ore lain, biar aku yg dapat...rasanya lepas ni nak dpt dgn harga murah tu, kena gigit hari dulu la. Kan...dah rugi, jadi kerja dua kali berasak-asak di sana padahal masa kat kedai tu tadi boleh saja bagi tau kat ore...tetapi konon-konon malas nak kacau memandangkan ore kat tmpt kerja masa tu...sedangkan sms masuk bertalu-talu, sepatah pun aku tak cerita pasai kain tu....hampeh tul la kamu lili oooiiii. 

Apa pun esok aku nak bawak keta je...renyah rasanya bila balik rumah aku sudah kepenatan. Namun begitu, malam ni juga sempat ke IOI mall...mahu beli kasut utk Sasha....tup..tup...makan kfc. siang makan mc d, malam makan kfc...amboi....makan saja kerja no.....gemuk tgh nak datang tu, sedar-sedarlah diri lili oiii...  
  

Thursday, March 25, 2010

Buku baru

Cerita lama kuburkan, buka buku baru. Insya-Allah buku baru lebih indah dan hebat untuk dibaca dan dijadikan kawan setia. Allah telah melorongkan sesuatu yang terbaik dari kalangan yang baik-baik. Alhamdullilah.



Mana pernah aku duga. Ingatkan sekadar anak bilis rupa-rupanya dr spesis ikan emas. Diam-diam ubi berisi rupanya. Alahai…betul la tipah tertipu. Macam berdebar pula la…menunggu apa lagi yang bakal menjelma selepas ini. Satu persatu…buatkan aku ternganga!

Sunday, March 21, 2010

Sementara masa masih ada

Sekadar satu cerita di pagi minggu. Ma masih sibuk di dapur, sedang memasak sbbnya hari ni kami akan menerima tetamu. Dan aku, berkebetulan kelas ditunda ke minggu depan, so melepaklah di rumah. Ketika ini, masih mengadap laptop...membuang masa dgn mengadap FB bagai...sedang assingment berlambak menunggu masa, minggu depan kena hantar tapi aku hilang deria rasa untuk membuka buku, nak menelaah...sama juga nak masuk dapur tolong ma...pun jua aku masih di sini...apa pun, malam tadi...aku dah tolong ma buat sedikit kuih karipap...simpan dlm peti, petang nti goreng sahajalah...itu hanya bahagian aku. selebihnya...semua ma yg sediakan sampaikan balut hadiah pun, ma yg buatkan....tapi aku tolong lipat-lipat la..sebab ma buat depan aku. Hadiah tak seberapa yg sempat aku rembat di sebuah pasaraya semalam. Tapi aku berharap...ia bermakna utk si penerima! Kerana itu yang kena utamakan dalam kehidupan seharian.

Apa lagi ya....sementara masa masih ada...

dlm hati, tak sabar nak g book fair..beli buku n buku...apa pun esok dan lusa kena bertugas di sana. Peluang terhad utk aku tawaf satu pwtc. Minggu depan ada kelas 2 hari, pun jua aku tidak akan berkesempatan....makanya...tak sempat lah utk aku menghabiskan duit memborong buku....sedang saban tahun, inilah yang aku tertunggu-tunggu.

Saturday, March 6, 2010

Merapu bin meraban

Sekadar berceloteh tika jam mencecah 2 pagi...sebab tak bole nak tido...huhuhu...padahya apabila jam 1am pun masih nak mengoreng nasi(salah badrul la ni, bukan main lagi menggalakkan aku menggoreng nasi di pagi buta ni. kata dia "goreng kak, jangan tak goreng, aku tumpang sepinggan.) Badrul memang, tak de keja lain...suka bebenar kalu dengar dapur dan kuali berlaga.

Pastu tak kan lepas makan nak tido kan...so pandai2 la cari kerja sementara nasi abis turun ke perut, dapur kena lap bersih-bersih seperti yg ma buat, kalu tak mahunya ma akan bangun bersihkan dapur dia itu. Lipat kain...belek2 buku sekejab.....lepas tu kan....huhuhu...mana tak berisinya apabila malam ni sahaja dua kali aku mengoreng. Tadi ketika cerekarama baru nak bermula aku masuk dapur, goreng mihun utk makan malam bila masing-masing tak nak makan nasi. So mengoreng lah aku dgn kepakaran yg tak seberapa nih....ala goreng pun sikit saja, patutlah tak mencukupi utk semua yg ada di rumah ketika ini. Sedia maklum ya, dihujung minggu sebegini, umahku menjadi nesery...menggantikan nesery isnin-jumaat saja lagaknya. Tiap hari jumaat, lepas balik kerja kena pergi jemput anak-anak sedara itu semua di umah mereka, bawa balik umah aku. Haruslah suasananya meriah bagai ada kenduri setiap masa...anak-anak sedara, sepupu sepapat yg kecil2 tu semua suka datang umah aku...bak kata abah tadi: "budak2 ni macam kena jampi saja dgn cik ili dia.."

Kekdah aku senang saja...dgn budak2 ni ikut saja ragam dia...tapi jangan melebih, karang tak pasai2 kena cubit dgn aku....Kata Aiqham pula.."cik ili ni marah-marah sayang aje..." Alahai si aiqham ni, memandai saja dia tu...mentang-mentang dia yg paling banyak cik ili bawa ke hulu ke hilir...dengan aiqham ni senang, terutama kalu nak keluar parking...dia akan tolong tengok-tengokkan belakang...lagi satu mulut dia mmg banayak...suka bercerita...dari cerita sekolah, cikgu dia, kawan dia smpai ke game, movie, hp, kereta...kalu kereta dia suka bmw...pantang berselisih terus teruja...itu pasai tiap kali papanya nak hantar services keta pasti dia pun sibuk nak mengekor...ayat power dia "bmw papa dah buruk la...tukar la yg baru...baru best!" dia ingat nak tukar keta mcm dia tukar baju saja. 

Lagi...hmmm...hari ni hari paling laju aku bersoping. kata badrul "laju betul ko soping hari ni kak, dalam 1 jam ko dah dapat tv dengan rak dia sekali, di 2 kedai yg berlainan..." kata aku "haruslah kan, aku pilih ko bayarkan..." hahaha...baik punya kakak, selagi boleh pau...aku pau saja si badrul ni. Tambahan pula, dok kat PP ni semua dekat...nak beli apa, semua depan mata pastu murah-murah la pulak...mabuk aku sekejab tiap kali pergi pasar segar pak alang tu, tengok ikan-ikan dan sayurnya yg fresh2 tu...alahai...padahal baru malam ni aku kembali pegang sudip dan kualir setelah 3 minggu pencen sejak masuk umah ni, almaklum la...aku dah culik ma n abah dr kampung........supaya temankan aku di sini, so selama itu juga aku hanya tahu, balik kerja...makannnnn...

Eh...dah 2.30am...zzzzzzzz

Friday, March 5, 2010

Hobi lama tapi baru nak kumpul...

Teko Kekwa Hitam

cantik dan menawan. cute sangat. sekarang ni, tiap pagi aku buat air milo guna teko ni! cantik la...suka bangat.
yang ini dibeli daripada blog kak shas - shas-koleksiwarisanbonda.blogspot.com


Set pinggan mangkuk kekwa hitam

yang ni dibeli untuk kegunaan di rumah. Memang antik la apabila digunakan utk menghidang. Minggu sudah, sempena rumah baru...jemput la kakak, makcik dan saudara mara terdekat...makan-makan reramai...so aku hidang guna segala kelengkapan ni. Pastu ramai pulak yg berminat dgn koleksi ini...
Set pinggan & mangkuk ni dibeli dgn kak Nannie di kedainya - kedainannie.blogspot.com

p/s: credit to kak nannie dan kak shas...saya curi gambar di blog akak. Sendiri punya tak ada masa nak susun dan abik gambo semua yg ada...terima kasih daun keladi, lain kali nak beli lagi...

Satu lagi piring kuih yang dibeli masa pergi lake town resort hari tu...bunga ros hitam. Cantik sangat, antara koleksi kesayangan. Tebal dan bunganya memang ayu...manis terletak.

entah apa ke rasa, tiap kali menggunakan barangan ini....hati aku pun kembang seperti ros dan kekwa ini juga. sangat teruja...minat lama dulu tapi baru kini berpeluang utk mengumpulnya

Wednesday, February 17, 2010

kena cekik

Aduh....hari ni memang terkena. Dicekik oleh sang peniaga wanita yang gelap mata. Sungguh, tercengang aku dengan harga yang di charge nya...2 ekor udang masak merah - sederhana besar dengan harga RM 39. Memang cekik darah, bayangkan tanpa nasi, air mahu pun sayur, harga yang di bayar memang tidak berpatutan.

Apa pun bukan berkira pasal harga yang perlu dibayar tetapi terkilan apabila terasa ditipu hidup-hidup dengan harganya. Bayangkan aku yang bercakap lorat kelantan ni pun ditipu hidup-hidup, inikan pulak pelancong daripada luar. Patutlah ramai kawan-kawan yang pernah berkunjung ke Kelantan... ramai yang komplen harga nasi campur di atas pasar Siti Khadijah memang tak masuk akal. Hari ni....memang membuktikan apabila anak jati kelantan pun terkena sama! Aduh peniaga wanita itu....kalau pun betul nak kelentung, letaklah harga yang berpatutan. Ini kan macam harga di hotel lima bintang pulak dah!

Sungguh pun tadi, dalam keadaan yang sama ketika itu, ada seorang pembeli yang sedang membetulkan harga yang ditetapkan oleh peniaga nasi tersebut (agaknya pembeli tersebut juga tidak berpuas hati dgn harga yang dikenakannya). Dan datanglah seorang pemungut hutang Bangladesh...(untuk memungut hutang daripada si peniaga wanita tersebut).....mungkin sang peniaga wanita itu sudah mula tension apabila didesak oleh pembeli itu supaya mengira semula satu persatu harga makanan yg dibelinya....dan tanpa rasa bersalahnya si peniaga itu memarahi lelaki Bangladesh itu dgn berkata "mu dok tepi dulu, kan aku jirus (siram) dengan air panas!" Aduh....perkara itu sekali lagi memang membuktikan pelakuan dan peribadi sebenar sang peniaga wanita itu. Sungguh tidak bermoral sama sekali! Aku yang mendengar ni lagi la terasa panas telinga. Memang peniaga wanita tersebut pencekik darah! dan tidak berpekerti orang baik-baik.

Sungguh...buat sekian kalinya...aku serik untuk membeli makanan di atas pasar Siti Khadijah. Lebih baik terus makan di restoren-restoren yang bersepah sepanjang jalan di kawasan luar dari bandar, harga yang ditetapkan boleh lagi masuk dek akal kalau nak dibandingkan dengan harga 2 ekor udang di atas pasar tadi.

Kalau dahulu, Kelantan memang terkenal dengan harga yang murah, tatepi kini tidak lagi....bak kata seorang teman sepejabat dan senegeri "Kota Bharu sudah jadi macam Pavillion....harga semua mahal..." Ya...aku akui semuanya apabila sendiri merasainya dan acap kali terkena tetapi masih cuba berdiam diri dan hari ni...terasa yang perkara ini sudah melampau...

Sekali fikir dan ingat-ingat balik...lebih baik makan lobster kat Bali....baru RM 25 seekor. Makan di langkawi...open table fresh seafood segala baru RM 75 dan kari kepala ikan di Lake Town Resort baru RM 70 utk satu family dan lunch - udang bakar (sama saiz) belakang istana di KL baru RM 13 siap nasi + air sekali!

Alahai...negeriku terchenta...

Dan untuk sang peniaga wanita tersebut....berpada-padalah untuk mengaut keuntungan ketika musin cuti sebegini...berpatutan lah apabila berniaga!

Monday, February 15, 2010

Cuti di kampung

Hari kedua di kampung halaman...hmmmm....bestnya. Udara pagi yang nyaman, hening suasana dan sesekali mendengar kicauan burung serta ayam itik...huh...kalaulah dapat hari-hari macam ni kan best. Mengadap Pc dan berangan tanpa gangguan...hehehe....berangan lagi! Ok, stop berangan.

Hari ni nak g kedai 'hunting' barangan antik. Harap-harapnya jumpa la barang yang aku nak cari tu. Malam tadi pun, ma dah bawak keluar koleksi lamanya yg dapat dr orang-orang lama sekeliling rumah kami. Cantik-cantiknya pinggan dan cawan lama...harus le aku bawa balik KL nanti.

Satu kedai yg aku dah melalui nya semalam...wah...tengok dari luar, bersusun barangan lama....sungguh aku tak sabar nak pergi....nak selongkar semua yg ada!

chow dulu...

Monday, February 8, 2010

Bila berbunyi...

Semua orang tegur ‘ li…u put on weight ke?”

Ada lagi seruan “wah muka…tembamnya…”

Ada seorang tu “hati org bahagia, terserlah di raut wajah!”

Kata cleaner di opis “aya…lili…tengok dr sisi pun berisi la…”

Pastu ada yg menutur “lama tak tgk…makin menjadi-jadi…”

Kata serpih “jangan makin rendang dah la…”

Seorang kakak “betul la…dulu akak pegang lengan kamu, kecik saja, rasa tulang! Sekarang ni dah terasa berisi…”

Paling hangit “makin 'comei' la dia…itulah dia, sepatutnya!” huaaaa…yg ni aku paling nak menangis. Bukan sebab dgn pujian tu…tapi sedih dgn ayat-ayatnya selepas itu….sindirin berbaur kiasan madu pabila sepuluh tahun dikenali…

Jawapan “dulu, kini dan akan datang, semestinya akan ada perubahan…”

Dalam diam, aku sendiri bertanya “sudah gemukkah aku????”

Sendiri mau ingat le…makan tak kira waktu. Jam 1am pun aku masih boleh makan nasi. Sambil tengok Chelsea vs Arsenal….seperti laju bola dirembat ke sana ke sini…makin laju aku mengunyah nasi di pagi yang hening! Apa pun, yang penting… mataku hanya nampak Ballack sahaja di atas padang ituew!

Hehehehe…hati bahagia maaaaa….

Tuesday, January 26, 2010

Mudahlah segalanya

Masya-Allah, dah hampir ke penghujung January rupanya...lama sungguh aku bertapa. Dalam sibuk menguruskan pelbagai urusan yang mendatang, sedar tak sedar dah nak dekat agenda yg dirancang. Minta Allah dipermudahkan semuanya.

Baru-baru ini, aku kembali ke dearah satu ketika dahulu. Melawati kawasan sekitarnya yang damai. Seawal pagi aku sudah sampai sebab ketemujanjinya yang sudah dibuat sehari sebelum. Ya, dia bawa aku kembali mengisi saat-saat cerita silam di situ. Sungguhnya aku teruja untuk memiliki idaman tersebut. Puas mengeliling, aku bawa balik gambarnya, minta pendapat sekalian penduduk rumahku. Ada yang kata, Ok. Ada yg kata tak Ok. Maklumla, nun di lereng bukit di apit oleh kondo-kondo mewah sekitarnya. Jadi keputusannya masih tergantung! 

Alkisah, December pergi tak sedar, january datang pun aku masih lena. Alahai....