Wednesday, February 17, 2010

kena cekik

Aduh....hari ni memang terkena. Dicekik oleh sang peniaga wanita yang gelap mata. Sungguh, tercengang aku dengan harga yang di charge nya...2 ekor udang masak merah - sederhana besar dengan harga RM 39. Memang cekik darah, bayangkan tanpa nasi, air mahu pun sayur, harga yang di bayar memang tidak berpatutan.

Apa pun bukan berkira pasal harga yang perlu dibayar tetapi terkilan apabila terasa ditipu hidup-hidup dengan harganya. Bayangkan aku yang bercakap lorat kelantan ni pun ditipu hidup-hidup, inikan pulak pelancong daripada luar. Patutlah ramai kawan-kawan yang pernah berkunjung ke Kelantan... ramai yang komplen harga nasi campur di atas pasar Siti Khadijah memang tak masuk akal. Hari ni....memang membuktikan apabila anak jati kelantan pun terkena sama! Aduh peniaga wanita itu....kalau pun betul nak kelentung, letaklah harga yang berpatutan. Ini kan macam harga di hotel lima bintang pulak dah!

Sungguh pun tadi, dalam keadaan yang sama ketika itu, ada seorang pembeli yang sedang membetulkan harga yang ditetapkan oleh peniaga nasi tersebut (agaknya pembeli tersebut juga tidak berpuas hati dgn harga yang dikenakannya). Dan datanglah seorang pemungut hutang Bangladesh...(untuk memungut hutang daripada si peniaga wanita tersebut).....mungkin sang peniaga wanita itu sudah mula tension apabila didesak oleh pembeli itu supaya mengira semula satu persatu harga makanan yg dibelinya....dan tanpa rasa bersalahnya si peniaga itu memarahi lelaki Bangladesh itu dgn berkata "mu dok tepi dulu, kan aku jirus (siram) dengan air panas!" Aduh....perkara itu sekali lagi memang membuktikan pelakuan dan peribadi sebenar sang peniaga wanita itu. Sungguh tidak bermoral sama sekali! Aku yang mendengar ni lagi la terasa panas telinga. Memang peniaga wanita tersebut pencekik darah! dan tidak berpekerti orang baik-baik.

Sungguh...buat sekian kalinya...aku serik untuk membeli makanan di atas pasar Siti Khadijah. Lebih baik terus makan di restoren-restoren yang bersepah sepanjang jalan di kawasan luar dari bandar, harga yang ditetapkan boleh lagi masuk dek akal kalau nak dibandingkan dengan harga 2 ekor udang di atas pasar tadi.

Kalau dahulu, Kelantan memang terkenal dengan harga yang murah, tatepi kini tidak lagi....bak kata seorang teman sepejabat dan senegeri "Kota Bharu sudah jadi macam Pavillion....harga semua mahal..." Ya...aku akui semuanya apabila sendiri merasainya dan acap kali terkena tetapi masih cuba berdiam diri dan hari ni...terasa yang perkara ini sudah melampau...

Sekali fikir dan ingat-ingat balik...lebih baik makan lobster kat Bali....baru RM 25 seekor. Makan di langkawi...open table fresh seafood segala baru RM 75 dan kari kepala ikan di Lake Town Resort baru RM 70 utk satu family dan lunch - udang bakar (sama saiz) belakang istana di KL baru RM 13 siap nasi + air sekali!

Alahai...negeriku terchenta...

Dan untuk sang peniaga wanita tersebut....berpada-padalah untuk mengaut keuntungan ketika musin cuti sebegini...berpatutan lah apabila berniaga!

2 comments:

  1. tak pe ly, ko sekeluarga pun dah nak jadi warga kota kan?..tak de le sakit hati memandang muka pompuan tu nanti..nasib aku baca, kalu tak harus le aku pun kena sama kalu ke sana...ingatkan tempat seadanya, murah ye..rupa2nya cekik darah!!! meketendarah kata orang Perak, lintah darah kata masyarakat...

    ReplyDelete
  2. tu la ben...harga mmg tak berpatutan langsung...mencekik smpai pelanggan sesak nafas! ko tau...smpai ke hari ni, kami adik beradik buat lawak apabila makan udang lagi kat mana2...kelakar la pulak rasanya....

    baru2 ni aku dok bercerita dgn kak zurin, dia pergi makan seafood bakar kat Muar...Ya Allah..murahnya ben...berbaloi-baloi smpi ke sana pergi makan. Pastu kak ti, pergi pangkor masa tu...pun dpt makanan yg berbaloi dgn apa yg dia bayar....

    kita memang tak berkira pasal makan ni, tapi apabila ditipu sedemikian rasa berasap gak kan...

    ReplyDelete