Assalamulaikum,
Hari ni saya datang nak bagi harga yang menarik untuk pembelian terus novel Isteri Sipi-Sipi dan Hanya Dia Sufi dengan saya.
Harga asal:
Isteri Sipi-Sipi RM22
Hanya Dia Sufi RM19
Harga yang saya tawarkan adalah seperti berikut:
Isteri Sipi-Sipi RM18
Hanya Dia Sufi RM17
Postage
Semenanjung RM6
Sabah/Sarawak RM10
Combo set (Isteri Sipi-Sipi + Hanya Dia Sufi + Postage)
Semenanjung RM44
Sabah/Sarawak RM50
Untuk tembahan, kalian bolelah emailkan kepada lilinorlaili@gmail.com atau datanglah melawat saya di Facebook, di situ kita boleh berinteraksi. Insya-Allah.
Friday, May 22, 2015
Thursday, May 21, 2015
Isteri Sipi-Sipi
BAB 8
“Lia, bila
sampai?” soal Kak Mimi ketika aku ralit membantu bibik di dapur menyediakan
makan malam.
“Sebelum
maghrib tadi, akak kat bilik masa tu jadi Lia terus ke bilik, kejar solat asar
yang hampir terbabas.” Lancar aku menjawab sambil tangan menyenduk kari ayam
asam boi ke dalam mangkuk kecil.
“Sedapnya
bau kari ni Lia. Sejak bila pandai masak kari?” Kak Mimi tersenyum-senyum
dengan soalannya.
Aku
ketawa. Faham sangat dengan soalan Kak Mimi itu.
“Ooo...
mentang-mentang Lia tak ada dapur, akak pelik ya bila saya pandai masak,”
kataku merujuk kepada tempat aku menumpang teduh dahulu.
“Eh!
Ke situ pula dia.” Kak Mimi menarik pipiku.
“Lia belajar memasak masa belajar
kat sana tulah. Hana kawan serumah Lia yang orang Kelantan tu kan pandai masak.
Lia ambil berkat!” ujurku sambil ketawa.
Sungguh, masa kat sana aku
berpeluang belajar memasak pelbagai jenis masakan daripada Hana. Dia
yang tidak kedekut ilmu itu rajin saja meladeni aku yang budak baru nak belajar
memasak.
“Alhamdulillah,
satu perubahan ke arah kebaikan untuk masa depan Lia,” Kak Mimi masih mahu
menggiatku.
Aku
pandang muka Kak Mimi tanda tidak mengerti maksudnya tadi.
“Bagus
untuk Lia bila berkeluarga nanti. Pandai masak, bijak dan berkerjaya, suami
sayang dua ratus persen nanti.”
Amboi!!
Bukan main lagi Kak Mimi menanam harap pada penghidupan masa depanku.
“Amiiin...”
ajukku pada kata-kata Kak Mimi sebentar tadi.
“Belum
baca doa dah amin?” tiba-tiba sahaja suara itu kunjung tiba.
Apa
lagi, Kak Mimi berderai ketawa dengan telatah suaminya yang menegur macam muka
orang tidak tahu apa-apa.
“Lia
kan budak baik, itu yang suka benar mengaminkan doa orang,” jawab Kak Mimi,
membuat aku hanya mampu menyungging senyum.
“Kari
ayam asam boi,” kata Kak Mimi kepada Abang Amar ketika mangkuk kecil itu aku
letak di tengah-tengah meja.
“Marvellous,” jawab Abang Amar pula.
“Aik bang,
belum makan dah kata sedap, heran saya!” Kak Mimi menyakat suaminya
pula.
Maka
apa lagi, masa itulah ketawa kami bergabung. Bibik hanya menggeleng kepala
melihat telatah kami bertiga yang berperangai macam budak-budak. Saling mengena
antara satu sama lain bila-bila saja berkesempatan.
Setelah
masing-masing duduk di kerusi, Abang Amar membaca doa makan dan kami sudah pun
bersedia untuk menikmati hidangan malam berlauk kari ayam asam boi, ikan selar
goreng, sambal belacan dengan kacang botor sebagai penambah selera.
Sedang
semua ralit dengan makanan, aku merasakan inilah masa yang sesuai untuk
menyatakan yang esok aku akan pindah keluar. Cukuplah dua tiga hari aku
menumpang berteduh di sini.
“Hmmm...
sebenarnya saya ada nak beritahu sesuatu pada akak,” kataku memecah suasana.
Serentak
Kak Mimi dan Abang Amar mengangkat kepala. Adam di hujung meja masih ralit
menggaul nasi dengan sudu kecilnya.
“Sebenarnya
saya dah dapat bilik sewa. Dekat Bangsar. Esok saya akan mula duduk kat
sanalah,” kataku dalam nada senafas.
“Hah!!
Nak pindah, kenapa?” Laju juga soalan yang keluar daripada mulut Kak Mimi.
“Secepat
ni nak pindah. Lia tak selesa ke tinggal di sini?” soal Abang Amar pula.
“Errr... sebenarnya bukan macam tu. Lia
suka tinggal di sini, di samping akak sekeluarga. Tapi Lia harus mulakan hidup
baru tanpa perlu bergantung pada sesiapa. Lia kena belajar berdikari. Lagipun
sampai bila Lia nak menumpang rumah akak. Segan Lia,” jawabku sambil tersenyum
ke arah mereka. Serasanya itulah jawapan terbaik setakat ini yang mampu aku
fikirkan.
Lebih
daripada itu aku tidak mahu terlalu lama duduk menumpang rumah orang. Memang
tidak manis dan selebihnya aku harus sedar takkan selamanya mahu hidup senang
dengan menumpang tuah Kak Mimi. Mereka pun mesti mahu kehidupan yang selesa dan
privacy tanpa gangguan daripada orang
lain. Selebihnya aku memikirkan apa kata keluarga Abang Amar jika mereka
mendapat tahu ada orang hidup menumpang di rumah anak mereka. Aku tidak mahu
kisah hidupku yang sebatang kara ini menjadi bualan orang ramai.
“Sungguh
Lia nak pindah secepat ini? Kerja dah dapat?” soal Kak Mimi lagi. Ada nada
ketegasan di situ.
“Alhamdulillah
kak, Lia dapat kerja sementara di pejabat kawan yang sama-sama belajar dulu.
Cukuplah gaji tu untuk tampung keperluan hidup Lia seorang.” Aku senyum
sendiri. Sungguh beratus-ratus kali aku bersyukur dengan kemurahan rezeki ini.
“Akak
rasa baik Lia duduk je dengan
akak, boleh jimat dan kita pun boleh selalu bersama. Kan dah lama kita
berpisah, baru dua tiga hari kita dapat bersama, dah nak kena berpisah balik,”
rungut Kak Mimi sedih. Berubah-ubah intonasi suaranya.
Aku
tersenyum mendengar kata-katanya. Terselit juga rasa sedih dalam hati, tetapi
macam aku kata tadilah, takkan selamanya aku mahu menumpang di rumah orang.
“Apa pula, bukan jauh mana pun Bangsar dengan
Damansara ni kak. Bila-bila masa je
kita boleh berjumpa. Lia pun kalau ada masa, Lia akan ziarah akak sekeluarga.
Lia janji.” Kataku bersungguh-sungguh.
“Betul
ni?” soal Kak Mimi lagi.
“Betul.
Lia akan selalu ziarah akak. Jangan bimbang okay.” Keyakinan yang aku
tanam agar Kak Mimi tidak susah hati untuk melepaskan aku.
“Kalau
itu kata Lia, akak tak keberatan nak lepaskan Lia sebab akak pun tahu, Lia
mesti nak belajar berdikari, tak nak bergantung hidup dengan akak. Ya la kan,
kita mesti belajar hidup sendiri sebab kita tak tahu sampai bila boleh
bergantung harap dengan orang. Entah esok, entah lusa orang akan tinggalkan
kita. Jadi baik bersiap sedia ya dik.”
Begitu
pula kata Kak Mimi. Aku sedikit keliru dengan ayatnya tetapi tidak mahu
memanjangkan bicara yang sudah nak masuk ke tahap linangan air mata. Baik aku
mendiamkan diri dengan mengangguk sahaja tanda bersetuju dengan kata-kata Kak
Mimi tadi.
Abang
Amar nampak seperti terkejut dengan bicara Kak Mimi tetapi dia juga tidak
mengambil sebarang tindakan untuk mengulas. Masing-masing hanya
pandang-memandang antara satu sama lain.
“Kalau
semua okay, akak doakan Lia jumpa kawan serumah yang baik-baik. Yang
boleh tolong tengok-tengokkan Lia. Tapi akak ada satu syarat.” Muka serius Kak
Mimi sudah kembali.
Aku
pandang Kak Mimi bersilih berganti dengan Abang Amar.
“Syarat apa tu kak?” soalku telus.
“Setiap
kali musim raya, Lia kena balik beraya di sini. Ini rumah Lia dan kita sambut
sama-sama.”
Aku
tersenyum mendengar syarat itu. “Insya-Allah kak. Kalau akak tak bagi syarat ni
pun, Lia dengan muka tak tahu malu akan datang jugak. Maklum, Lia tak ada tempat lain lagi nak pergi selain dari
rumah akak ni,” kataku sambil mahu berseleroh. Tetapi dalam diam, satu rasa
sedih tetap jua bertandang dalam hatiku. Ternyata, bertahun-tahun memegang
status anak yatim piatu, aku belum kuat untuk tidak memikirkan tentang
seronoknya mempunyai ibu ayah dan adik-beradik kandung.
Allah, ujian-Mu kepadaku sudah lama bermula
dan sudah lama aku menjalaninya walau dengan kekuatan yang entah dari mana. Aku
bersyukur pada-Mu ya Allah kerana menemukan aku dengan keluarga ini. Tempat aku
menumpang kasih.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Untuk pembelian naskah ini, bolehlah berhubung terus dengan saya di facebook atau emailkan kepada lilinorlaili@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)