Wednesday, February 17, 2010

kena cekik

Aduh....hari ni memang terkena. Dicekik oleh sang peniaga wanita yang gelap mata. Sungguh, tercengang aku dengan harga yang di charge nya...2 ekor udang masak merah - sederhana besar dengan harga RM 39. Memang cekik darah, bayangkan tanpa nasi, air mahu pun sayur, harga yang di bayar memang tidak berpatutan.

Apa pun bukan berkira pasal harga yang perlu dibayar tetapi terkilan apabila terasa ditipu hidup-hidup dengan harganya. Bayangkan aku yang bercakap lorat kelantan ni pun ditipu hidup-hidup, inikan pulak pelancong daripada luar. Patutlah ramai kawan-kawan yang pernah berkunjung ke Kelantan... ramai yang komplen harga nasi campur di atas pasar Siti Khadijah memang tak masuk akal. Hari ni....memang membuktikan apabila anak jati kelantan pun terkena sama! Aduh peniaga wanita itu....kalau pun betul nak kelentung, letaklah harga yang berpatutan. Ini kan macam harga di hotel lima bintang pulak dah!

Sungguh pun tadi, dalam keadaan yang sama ketika itu, ada seorang pembeli yang sedang membetulkan harga yang ditetapkan oleh peniaga nasi tersebut (agaknya pembeli tersebut juga tidak berpuas hati dgn harga yang dikenakannya). Dan datanglah seorang pemungut hutang Bangladesh...(untuk memungut hutang daripada si peniaga wanita tersebut).....mungkin sang peniaga wanita itu sudah mula tension apabila didesak oleh pembeli itu supaya mengira semula satu persatu harga makanan yg dibelinya....dan tanpa rasa bersalahnya si peniaga itu memarahi lelaki Bangladesh itu dgn berkata "mu dok tepi dulu, kan aku jirus (siram) dengan air panas!" Aduh....perkara itu sekali lagi memang membuktikan pelakuan dan peribadi sebenar sang peniaga wanita itu. Sungguh tidak bermoral sama sekali! Aku yang mendengar ni lagi la terasa panas telinga. Memang peniaga wanita tersebut pencekik darah! dan tidak berpekerti orang baik-baik.

Sungguh...buat sekian kalinya...aku serik untuk membeli makanan di atas pasar Siti Khadijah. Lebih baik terus makan di restoren-restoren yang bersepah sepanjang jalan di kawasan luar dari bandar, harga yang ditetapkan boleh lagi masuk dek akal kalau nak dibandingkan dengan harga 2 ekor udang di atas pasar tadi.

Kalau dahulu, Kelantan memang terkenal dengan harga yang murah, tatepi kini tidak lagi....bak kata seorang teman sepejabat dan senegeri "Kota Bharu sudah jadi macam Pavillion....harga semua mahal..." Ya...aku akui semuanya apabila sendiri merasainya dan acap kali terkena tetapi masih cuba berdiam diri dan hari ni...terasa yang perkara ini sudah melampau...

Sekali fikir dan ingat-ingat balik...lebih baik makan lobster kat Bali....baru RM 25 seekor. Makan di langkawi...open table fresh seafood segala baru RM 75 dan kari kepala ikan di Lake Town Resort baru RM 70 utk satu family dan lunch - udang bakar (sama saiz) belakang istana di KL baru RM 13 siap nasi + air sekali!

Alahai...negeriku terchenta...

Dan untuk sang peniaga wanita tersebut....berpada-padalah untuk mengaut keuntungan ketika musin cuti sebegini...berpatutan lah apabila berniaga!

Monday, February 15, 2010

Cuti di kampung

Hari kedua di kampung halaman...hmmmm....bestnya. Udara pagi yang nyaman, hening suasana dan sesekali mendengar kicauan burung serta ayam itik...huh...kalaulah dapat hari-hari macam ni kan best. Mengadap Pc dan berangan tanpa gangguan...hehehe....berangan lagi! Ok, stop berangan.

Hari ni nak g kedai 'hunting' barangan antik. Harap-harapnya jumpa la barang yang aku nak cari tu. Malam tadi pun, ma dah bawak keluar koleksi lamanya yg dapat dr orang-orang lama sekeliling rumah kami. Cantik-cantiknya pinggan dan cawan lama...harus le aku bawa balik KL nanti.

Satu kedai yg aku dah melalui nya semalam...wah...tengok dari luar, bersusun barangan lama....sungguh aku tak sabar nak pergi....nak selongkar semua yg ada!

chow dulu...

Monday, February 8, 2010

Bila berbunyi...

Semua orang tegur ‘ li…u put on weight ke?”

Ada lagi seruan “wah muka…tembamnya…”

Ada seorang tu “hati org bahagia, terserlah di raut wajah!”

Kata cleaner di opis “aya…lili…tengok dr sisi pun berisi la…”

Pastu ada yg menutur “lama tak tgk…makin menjadi-jadi…”

Kata serpih “jangan makin rendang dah la…”

Seorang kakak “betul la…dulu akak pegang lengan kamu, kecik saja, rasa tulang! Sekarang ni dah terasa berisi…”

Paling hangit “makin 'comei' la dia…itulah dia, sepatutnya!” huaaaa…yg ni aku paling nak menangis. Bukan sebab dgn pujian tu…tapi sedih dgn ayat-ayatnya selepas itu….sindirin berbaur kiasan madu pabila sepuluh tahun dikenali…

Jawapan “dulu, kini dan akan datang, semestinya akan ada perubahan…”

Dalam diam, aku sendiri bertanya “sudah gemukkah aku????”

Sendiri mau ingat le…makan tak kira waktu. Jam 1am pun aku masih boleh makan nasi. Sambil tengok Chelsea vs Arsenal….seperti laju bola dirembat ke sana ke sini…makin laju aku mengunyah nasi di pagi yang hening! Apa pun, yang penting… mataku hanya nampak Ballack sahaja di atas padang ituew!

Hehehehe…hati bahagia maaaaa….