Thursday, November 11, 2010

doakan semoga berjaya melengsaikan....

Semalam sudah selamat daftar masuk untuk semester Januari 2011. Nasib baik cepat daftar, kalau lambat-lambat nampaknya tak dapatlah kelas yg direct dari pagi sampai petang tu, kelas yang sekali harung itu. Jimat masa dan minyak kereta…hehehe

Tetapi semalam, selagi tak register, hati berdebar-debar saja takut kelas sudah penuh. Maklumlah pelajar lain memang pantas mendaftar, masing-masing nak cari kelas yang tersusun sederet itu. Untuk kesenangan sendiri juga.

Semalam, dalam hati bimbang juga takut kelas yang berderet tu sudah penuh. Untuk semester baru ini aku tidak mahu lagi masuk kelas yang 2 hari berturut-turut kena berulang alik itu…aduh tak sanggup semata-mata untuk satu dua subjek sahaja setiap hari!

Tambah lagi, tanggungjawab sudah ada yang menanti. Kalau dahulu, boleh sahaja masuk mana-mana kelas pun. Nak balik jam berapa pun, sesedap hati sendiri. Selepas habis kelas, nak melepak dengan kawan-kawan pun ok lagi. Tak kisah sangat sebab tak ada yang menanti di rumah. Sekarang ni pula, masa untuk kelas kena susun dengan cekaplah, untuk menyesuaikan diri pada hari minggu.

Lega apabila selesai urusan pendaftaran itu. Maklumlah sudah 2 semester aku drop. Ni nak sambung belajar balik pun rasa macam sudah tidak ingat lagi dengan subjek-subjek yang lepas. Nampaknya kena baca semulalah subjek-subjek lama ni, recall balik term-term yang digunapakai dalam proses HRM itu.

Hampir 7 bulan meninggalkan alam belajar ini…enjoy sakan, terlupa yang diri masih lagi terikat dengan baca buku, pergi kelas, buat assignment dan masuk dewan peperikasaan. Sungguh dalam masa 7 bulan itu, aku seakan melupakan terus perihal belajar ini. Ngok sungguh!

Sampai minggu lepas abah tanya;
“Macam mana dgn belajar tu…”
“Eh ada…tahun depan ore sambung semula la…”
“Ah…jgn tak sambung pula…syg, dah banyak habis duit dan masa sblm ni…”
“Ore pun sayang bah…jgn bimbang, ore akan habiskan study ni…”
“Bila habis?”
“Lambat lagi la…dah 2 semester ore drop…sambung lagi la tahunnya…”

Huhuhu….nak menangis mengenangkan jangka masa yg masih lama lagi itu….kawan-kawan yang lain hanya tinggal setahun setengah lagi…aku pula mungkin 2 ½ atau 3 tahun lagi la kut…itulah ruginya apabila asyik drop sem…dan seperkara yang aku bimbang juga adalah….

Harapannya…kalau ada rezeki, dapat baby dalam masa terdekat ini pun, minta-mintalah aku kuat untuk masuk kelas saban minggu itu…harap-harap aku tidak lagi drop semester dgn alasan itu pula…harap-harap aku berjaya melepasi tahun-tahun yang memenatkan dgn assignment yg semakin bertambah dan subjek yang makin sukar ini…

Dan lebih besar, harap-harap aku berjaya menghabiskan proses pembelajaran ini dengan jayanya. Sokongan daripada suami tercinta, adik-beradik yang havoc dan ma abah yang spoting amat dihargai…sayang kamu semua!

No comments:

Post a Comment