Friday, December 17, 2010

Bengkel Penulisan bersama JS

Ahad lepas 12122010 aku berpeluang ke Bengkel Penulisan Kreatif anjuran Jemari Seni Publishing Sdn Bhd dengan kerjasama UKM dan bertempat di UKM juga.

Bengkel sehari suntuk itu sangat-sangatlah seronok. Banyak yg dapat kami pelajari. Perkongsian ilmu daripada Kak Su (Noor Suraya) tidak terbilang rasanya.

Banyak yang aku belajar daripada situ. Kak Su yang tidak lokek ilmu memberi panduan demi panduan kepada kami yang baru mahu berjinak-jinak dengan bidang penulisan ini. Satu persatu ilmu dicurahkan. Sungguh berterima kasih kepada mereka semua.

Kak Yah yang sporting amat seronok berbicara dengannya. Alahai...lembut-lembutnya dia, selembut wajahnya jua.

Penulis-penulis jemputan yang bertindak sebagai fasilitator yang hadir pada hari tu juga best. Sporting la mereka semua ~ berkongsi ilmu tanpa sempadan. 

Keseluruhan bengkel itu....ia amat-amat memuaskan. Rasa tak puas dan nak tambah je masa...(bengkel ini percuma sahaja) - Sungguh aku pelik apabila tiada bayaran dikenakan. Dan sebaik kami bertanyakan kepada Kak Su dan Saudara Imaen...jawapan mereka mempersonakan hatiku. Ya, mereka sungguh mulia, memberi ilmu kepada kami tanpa mengharapkan wang ringgit sebagai pulangannya....terima kasih seribu kali dan semoga Allah memurahkan rezeki kalian berlipat kali ganda lagi selepas ini...Amin....

p/s: walau baru seharian pertemuan itu...sudah dapat merasakan 'kasih-sayang' dikalangan mereka. Cara Kak Su amat menyentuh hatiku....terima kasih Kak Su, Kak Yah dan mereka yang terlibat pada hari tersebut.
 
~ siap dapat sijil lagi tu ~

2 comments:

  1. alhamdulillah.. bengkel penuh makna itu menemukan kita dengan sebahagian ahli keluarga JS dan juga rakan-rakan yg juga punya minat yg sama.. akak bersyukur sangat dapat kenal seorang lili yang sangat baik pada hari itu.. semoga tali silaturrahim ini akan hidup subur selamanya.. mudah-mudahan sebagai ahli keluarga besar JS, insyaAllah.. :) ~kak hidayah

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah kak...semoga kita semua dapat berhubungan selalu....

    jom kak...sudahkan cerita yg 3 bab itu...saya pun tak sabar nak baca karya akak :)

    ReplyDelete