Friday, August 3, 2012

Kisah anak ibu

 Gambar ni pernah tersiar dalam majalah Mingguan Wanita, bulan Jun lepas tapi saya lupa minggu ke berapa....sebab saya sendiri pun terlepas mendapatkannya di pasaran...dan tak berkesempatan pun membaca artikel yang ditulis itu...huhuhu....

Kisah anak kesayangan saya ini makin besar makin kuat makan...macam ibu dia juga. Pantang jumpa nasi, makan saja. Umairah ni, masa orang buka puasa, dia pun menyibuk, letakkan dia atas kerusi makan dia tu, bagi kuih ke nasi ke, separuh masuk mulut separuh lagi jatuh ke lantai. Dah jadi macam kerja ibu, tiap kali lepas berbuka, sapu lantai. Masa orang sahur pun dia bangun, suaplah makan, dia nganga je. Makan macam esoknya dia nak puasa sahaja.

Sekarang dah banyak dia pandai sebut perkataan seperti 'cat, chick, tak nak' tapi semua tu akan jadi 'tat, thick, nak nak'...pelat ke nak? aduhai...kalau kita tanya mana cat, sibuklah dia melilau cari buku dia dan bila jumpa, terus dia buka buku dan dengan jari montok dia tu dia tunjuk gambar kucing dengan sekali sebut 'tat'...alahai..sweet anak ibu ni. Sekarang juga dah pandai berjalan beberapa tapak tanpa dipimpin. Dan kalau kita rajin memimpinnya, dia akan mahu berjalan sahaja walaupun keadaan badannya yang tak stabil lagi tu. bergoyang ke depan belakang dan jatuh tu semua perkara biasa dah sekarang ni. Harapnya, raya nanti Umairah dah berani berjalan tanpa dipimpin lagi.

Sekarang ni musim dia jadi orang nomat. Tiap hari bertukar pengasuh. Dalam seminggu kami bergilir cuti sebab nak jaga dia. Macam isnin dan selasa lepas, saya bercuti. Rabu pula Badrul, khamis, Kak Ti dan hari ni ayah dia pula. Memang wajiblah tiap orang ambil cuti tiap minggu sebab nak jaga dia. Nasib kami ni ramai bolehlah bergilir-gilir sementara nak sampai cuti raya ni.

Hari rabu lepas masa Badrul jadi pengasuh tu...kelaka, sampai office kawan-kawan tanya, "Mana Umairah?" Saya jawab, "Badrul ngasuh hari ni.." Semua tercengang! dan ada suara bertanya, "boleh ke si bujang tu ngasuh Umairah?" jawab saya, "Umairah dgn ayah ngah dia geng, so no problem cuma kesian kat ayah ngah dia je la, terpaksa cencell semua temujanji dia hari ni."

Semalam dia dengan Kak Ti, wah! kalau hari  kena hantar ke rumah che long dia, kemain lagi la sukanya Umairah sebab dia boleh pergi main dengan Abg Aiqham dan Abg Azim, pernah hari mula-mula hantar minggu lepas, kedua-dua sepupu Umairah tu tak pergi sekolah sebab ralit melayan si kecil tu. ...siap lagi anak-anak jiran sebelah datang berkumpul rumah Kak Ti dan bahagialah Umairah sebab boleh berkawan. Umairah kalau dengan Aiqham alamak tak boleh berenggang la. Berkepit dan beriba je la. Entah kenapa, Umairah dengan Aiqham ni terlebih ngam. Dari pemerhatian saya, Umairah lebih suka budak lelaki dari perempuan untuk bermain denganya. Alamak...kecil-kecil dah pandai nak 'bergewe' si bulat tu.


Hari ni pula, dia dengan ayah dia kat rumah. Pagi tadi saya tinggalkan dia tengah tidur lepas makan sahur tu dan sampai separuh jalan ayah dia call, kata Umairah menangis. Nak patah balik, ibu kena masuk kerja awal, ada meeting 9.30 pagi tadi..so tebalkan rasa hati yang tengah berkecamuk dengan tangisan si kecil tu, teruskan juga perjalanan ke pejabat, sampai di pejabat call balik tanya ayah dia, katanya Umairah dah ok. Fuh! lega hati ibu.

Rasa macam baru sangat lagi saya mengandung dan melahirkan dia...sekarang dah besar dan dah nak berjalan. Tak lama lagi boleh berlari pula. Dan rasa hati saya, betapa seronoknya melihat perkembangan Umairah dari hari ke hari...

2 comments:

  1. bestkan tgk perkembangan si kecil...tak sedar pun dah besar. Boleh bagi adik kat Umairah dah tu hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...rasa mcm itulah hadiah yg paling indah pernah aku dapat Ti, dpt anak, dari hari ke hari tengok pekembangan dia depan mata, rasa ajaibnya...

      mudah2an, ada rezeki utk aku nak bagi adik utk umairah... :)... amin... :)

      Delete