Thursday, August 30, 2012

Mula dapat kaki

Sesi bercerita anak kesayangan pula. Umairah dah laju berjalan. Masuk umur 13 bulan dia dah berani berjalan lepas tangan, dan dua minggu sebelum raya hari tu, dia dah berjalan dan berjalan sahaja, tapi ada kalanya masih jatuh.

Tapi masuk minggu lepas raya ni, Umairah makin laju berjalan dan sejak pandai jalan ni, kerja dia berjalan sahaja. Non stop walking. Pening kita yang memintasnya ke hulu ke hilir.

Tak banyak gambar yang diambil dalam masa dia nak belajar berjalan ni. Tapi saya masih ingat langkah pertama dia berjalan tanpa saya pimpin ialah pada hari Nuzul Quran yang lepas. Memandangkan pada hari tu saya bekerja, tapi sampai awal ke rumah dan sebelum menjengah pasar Ramadan yang diseberang jalan tu...sempatlah melayan Umairah kat depan rumah tu, sambil menyapu daun-daun kering yang gugur dari pokok depan rumah, dan ayah alihkan kereta dia letak depan pagar untuk dibasuh.

Umairah nak menyibuk sekali...elok dia pegang penyapu sambil jalan-jalan dan saya biarkan dan sedar tak sedar dia dah berjalan keluar dari pagar rumah dan sudah berada di tepi jalan...

 
Ni la dia gambar hari tu tapi ketika ni dia masih berpegang kemas pada jemari saya...masih tak berani nak melangkah sendiri, tapi apabila saya pegang penyapu sambil pimpin dia...dia dah mula berebut batang  penyapu tu dan mula mengajuk pelakuan saya dan dalam tak sedar dia berjalan sendirian...



No comments:

Post a Comment