Thursday, October 6, 2011

Tiba-tiba jadi teringat

Salam,

Tiba-tiba hati rasa rindu nak mengulang baca novel Bila Sena Kembali Berbunga. Dalam ingat tak ingat, rasanya dah berpuluh kali baca, pun jua hati tetap nak mengulang baca...dan utk novel yang pertama tu 4 kali beli, sebab selalu hilang...

Novel tu antara koleksi kesayangan juga. Suka dengan kisah Fika dan Zack, sangat manis dengan keseluruhan ceritanya tersusun rapi dan bahasanya yang indah.

Tapi kan, sekarang ni macam kesuntukkan masa sahaja...nak duduk baca novel berjam-jam tu macam mustahil je buat setahun dua ni...

Patutlah dahulu, jadi pelik seketika melihat Kak Ti yang sebelum kahwin, dia tu pun hantu novel juga, tapi apabila dia kahwin dan ada anak, usahkan baca, sentuh pun tidak lagi. Padahal masa tu, hampir setiap bulan 5,6 judul novel yang adik dia ni usung bawa balik dari kedai Mamak di Central Market tu.

Dan pabila anak-anaknya makin besar dan kesemuanya sudah bersekolah, barulah dia lapang masa dan sudah hampir 4 tahun dia kembali ke arena membaca novel. Dan sekarang ni, dialah pula pembaca tegar dikalangan kami adik-beradik. Syabas kakak ku, teruskan...: :)

Dan, bagaimana dgn diri sendiri pula? Akan ku cari satu masa dlm setiap minggu utk itu...

tetapi 

Bakal berjaya mencari masa dengan hanya dengan satu cara sahaja;

korbankan waktu tidur (^_^)

2 comments:

  1. Lily...itu ler dulu masa bujang aku pun suka baca novel walaupun taklah berhantu sangat tapi adalah baca dalam sebulan tu dua,3 tapi bila ada anak oohh sangat susah mencari masa. nak korbankan waktu tidur mmg tak larat badan..masa anak berjaga mmg tak boleh langsung baca...sebab suami akan kata," drp layan novel baik layan anak ada gak pekdah nya," huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. tu la kan ti, masa memang tak cukup je utk ngadap novel lelama mcm dulu. kalau dulu, 1 novel boleh habis seharian je, paling lama pun 3 hari je..

    skrg ni aku tgh baca 1 novel, pun sempat baca masa dlm keta g balik kerja je; tu pun nasib baik sejak 2 thn ni aku pakai driver...hehehe

    ReplyDelete