Wednesday, June 27, 2012

tempat ku mula mengenal huruf

Mahu menggamit kenangan sebentar. Gambar sekolah rendah saya dahulunya. Tak ingat dah tahun berapa saya masuk darjah 1 kat Sek Keb Kolam ni...malas nak kira! hehehe..padahal takut org tahu umur ya dak? 


Memandangkan sudah berbelas ke dah berpuluh tahun saya tinggalkan sekolah ni, maka saya tak dapat nak ingat ni bahagian mana. Sebab seingat memori saya yang seciput ni, dataran tempat perhimpuan dahulu mengadap bangunan yang separuh daripadanya berdinding kayu. Dan saya agak, sejak sekian lama bangunan itu sudah digantikan dengan bangunan ini, agaknyalah!


Dua bangunan yang atas dan bawah ini lagilah yang paling baharu. Siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun lalu. Sebab masa balik kampung, saya lalu kawasan sekolah ini, bangunan ini sudah tersergam. (nampak sangat saya dah jarang melalui kawasan sekolah ini).


Tapak bangunan baru ini dahulunya padang bola dan sebelahnya padang bola jaring (kalau tak salah saya la). Tempat kami semua bersukan. Sekarang ni sudah dibangunkan bangunan, dan tang mana lagi padangnya untuk adik-adik bersukan ek? tertanya jugak...  





Yang ini pula surau. Surau ni didirikan masa saya bersekolah lagi di situ. Dan tengok tangganya, macam mengembalikan nostalgia pula sebab dahulunya kat situlah saya dan kawan-kawan rajin lepak waktu latihan rumah sukan. Suka pergi togak minum air paip, tadah dengan tangan. Dan minum dengan rakusnya...hehehehe

Saya bersekolah kat SK Kolam ni sampai darjah 5 saja, sebab nak masuk darjah 6 saya bertukar ke SK Gong Garu, Pasir Puteh pula.


Imbau kembali kenangan dahulu-kala, terasa manisnya zaman kanak-kanak itu....pergi sekolah jalan kaki ramai-ramai...dengan pikul beg berat lagi...dan kalau kebetulan pok leh datang jemput anaknya Kalsum, di ajaknya saya tumpang sekali. Lantas apa lagi, dengan hati yang menggebu-gebu saya terus panjat beca dia...naik beca tayar tiga...

Paling kelakar dan ingat sampai kini bila jadi penumpang basikal. Masa tu membonceng basikal, Kak ti yang jadi penunggang. Bayangkan masa tu saya memang dah terlebih besar daripada dia. Jadi bayangkan apabila pembonceng lebih besar daripada penunggang, dengan dua beg sekolah yang berat. Maka tayar basikal yang kat depan tu sering kali nak terangkat...jadi setiap kali nak mula naik basikal, takutnya saya sebab takut jatuh berselerak dua beradik ni...tapi sungguhlah...dan kononlah kan, sebab dia kakak, dia nak jugak jadi penunggang dan saya sekadar jadi pemboncengnya saya padahal saya lagi kuat daripada dia....hahaha...buktinya, apabila kami bergaduh masa kecil-kecil dahulu, kak ti sering menangis aka mengalah dengan saya...yang saya pula, mentang-mentang bersaiz besar masa tu, sedap tangan kaki je melepuk dia. Sungguh kakak saya tu tak pandai melawan sampai kesudahnya....maka apa lagi, jadi rajalah saya!

itulah kenangan dahulu...yang tetap tumbuh mekar dalam jiwa saya....

No comments:

Post a Comment