Tuesday, July 17, 2012

Umairah Ya drama queen

Umairah dah pandai berdrama. Dari pagi semalam apabila saya asyik beritahu dia yang dia perlu ke rumah Che Na, baby sitter yang baru dilantik ekoran daripada tokma & tokbah dah balik kampung untuk berRamadan di kampung halaman sendiri nun di Kelantan.

Sejak dari saya beritahu dia yang esoknya dia perlu ke rumah jiran sebelah, dia dah buat batuk-batuk dan paling berkesan, dia tak pandang muka saya tiap kali saya pesan supaya dia duduk baik-baik, jangan nangis dan macam-macam pesanan penaja.  Dia buat donowwww jeeee.

Maka pagi semalam, saya hantarlah buat kali kedua dalam hidup Umairah, dia akan dijaga oleh orang lain. Dahulu untuk seminggu dia dijaga oleh kak Ema. Tapi memandangkan kak Ema nun jauh di Pantai Dalam maka saya buat keputusan untuk menghantar Umairah dekat rumah sahaja. Mudah dan tidak akan menyusahkan Badrul nak mengulang hantar Umairah.

Hari pertama di rumah Kak Na, Umairah dah buat perangai. Langsung tak nak berenggang dengan Che Su dia yang ditugaskan menghantar pagi tu. Berkepit saja biarpun dia nak bermain dengan anak-anak yang lain. Masalah sungguh bila dia nak main tapi nak beriba dengan Che Su. Sampai tertidur dia hanya duduk beriba dengan Che Su dan sebaik baringkan dia atas tilam, terus Che Su cabut balik.

Tapi sepanjang balik rumah, kata Che Su, baru buka buku nak buat homework dia dah dengar suara Umairah menangis dari rumah sebelah. Dia biarkan dahulu...tapi lama kelamaan Che Su pun tak sampai hati dengan Umairah menangis, lantas dia pergi nak tengok sahaja. Tapi sebaliknya, sebaik nampak muka Che Su, terus Umairah hulur tangan. Menangis sampai semua air hidung, air mata bercucuran di mukanya. Alahai..comel kata ibu, kesian kata Che Su.

Apabila Che Su pujuk pun tak makan saman, maka Che Su buat keputusan bawa balik sebentar, ni sebabnya Umairah langsung tak nak masuk rumah kak Na dah. Pandai dia keraskan badan atas tukung dan asyik tunjuk ke arah rumah dia. Then, Che Su berjalan ke pagar nak balik ke rumah, Umairah dah tersengih-sengih, berhenti menangis tapi masih terisak-isak. Dan bila masuk je dalam rumah dia, dia mula bermain macam tadi tak ada apa-apa...alahai...duhai anak..pandai rupanya kamu ya! - nak duduk rumah sendiri!

Nasib semalam ayah dah habis kerja malam, jadi ayahlah yang menjaga Umairah sampai petang. Boleh pulak mereka dua beranak bergembira bersama. Che Su pula kerja sekolah banyak sure dah tak boleh nak layan Umairah yang dah pandai nak melasak sekarang ni. Maka kata ayah, penat dia semalam dikerjakan Umairah yang asyik nak berjalan saja. Lebih penat bila ayah balik dari kerja tu terus basuh kain, sidai - rajin bebenar, tak menyempat tunggu ibu balik kerja untuk buat semua tu - dan elok ayah nak letak kepala ke bantal, Umairah dah balik rumah dulu....huhuhu...kesian ayah dia! Malam bekerja siang mengasuh anak. 

Dan hari ni pun, Umairah masih dengan ayah dia kat rumah. Aman damai lah Umairah apabila dia tidak perlu ke rumah jiran sebelah biarpun demam campaknya kembali memerah di badannya. Rungsing hati ibu bila demam campaknya sekejab ada sekejab tak ada. Tidak betul-betul surut dan sembuh sepenuhnya. Kenapa jadi macam tu ek? Betul ke itu demam campak? Sebab Umairah baru je baik dari demam minggu lepas. Nampaknya malam ini kena ke klinik, jumpa doktor pulalah.

Dan esok pula...ayah dah kerja, Umairah nak duduk mana? Tak kan ibu nak bawak ke office....nak hantar ke rumah kak Na, kesian pula dekat baby lain, takut berjangkit campak itu. Maka, harus bagaimana lagi, ada tak ada jalan pun, ibu jugaklah kena ambil cuti.

Takut dan gentar juga nak minta cuti dengan bos...tapi apa jalannya, tetap jugak kena beranikan diri jumpa bos dan minta izin untuk bercuti tiga hari...harap diluluskan. Ya Allah lapangkan jalan saya :) :) :)

No comments:

Post a Comment