Wednesday, June 18, 2014

Throwback - Hanya Dia Sufi

Sekarang ni tengah hangat pasal world cup kan...sana sini orang bercakap pasal bola, bola dan bola. Saya dengan suami, dengan adik dan dengan kekawan kat opis & luar ofis semetelah kat FB pun asyik dok cerita pasal bola dan bola. Riuh rendah kalau bercakap bab bola.

Bercerita pasal bola sepak ni, rumah saya kalau time penuh depan TV (maksudnya, semua berkumpul) hanya masa ada siaran live bole sepak saja. Masa siaran lain, jarang sangat semua nak ada depan TV sebab TV tu di kongker dek Umairah sahaja. Sekarang ni dia dah pandai sorok remote dari kami kalau dia tengah ralit tengok Upin Ipin dan Hegamaru.

Disebabkan saya ni pun kaki bola, saya teringat pernah menulis seperti ini satu ketika dahulu.

(Melihat keterujaan Emil, aku gembira.
Pemberianku walaupun tidak seberapa, sangat
dihargainya. Sepertimana aku amat menghargai
bantuannya kepadaku suatu ketika dahulu. Emil
merupakan peminat fanatik pasukan bola sepak
Manchester United dan aku sudah sedia maklum
dengan minatnya yang satu itu. Kadang-kadang
kami boleh bergaduh kalau bercakap tentang
bola kerana kami tidak menyokong pasukan
yang sama. Tentunya aku tetap memilih Chelsea
dan Michael Ballack adalah pujaan hatiku.
Sedang Emil adalah peminat tegar pasukan
Manchester United. Dia amat mengkagumi Sir
Alex Ferguson sebagai pengurus pasukan yang
paling berjaya di abad ini. Jadi aku rasa jersi itu
adalah hadiah yang paling sesuai untuknya.)

**Petikan dalam novel Hanya Dia Sufi - keluaran Jemari Seni Julai 2011. 

Pada kawan-kawan yang belum membacanya, masih boleh mendapatkan naskah tersebut di Pejabat Jemari Seni, di Bangi. Dan bagi yang nak baca tiga bab pertama bolehlah menjengah di sini ya,  http://www.jemariseni.com/images/stories/HD_Sufi.pdf 

Kalau nak beli dengan saya pun boleh jugak. Ada special gift tau...

No comments:

Post a Comment