Saturday, July 13, 2013

Mari belajar solat bersama Umairah Ya Maryam

Kakak dah pandai nak solat. Sering berebut sejadah dan telukung dengan saya kalu dia ada dalam bilik masa saya nak solat, jadi sekarang ni saya akan bentangkan dua sejadah dan siap pakaikan dia telukung dan dia akan bersolatlah dengan lintang pukangnya dan entah apa2 yang dibacanya. Cuma setakat ini yang jelas Allahhuakhbar saja...bacaan solat yang lain dia belum pandai pun lagi.

Dan....akhirnya selepas sekian lama dia asyik mengikut saya, ayah, tokbah dan tok ma dia bersolat, sekarang ni kakak sudah membuktikan bahwa dia pun dah pandai ikut aturan dalam bersolat tanpa perlu berada dibelakang kami lagi. Alhamdullilah la kan sebab kala umur dia belum mencecah dua tahun dia dah pandai ikut turutan kala nak bersolat. Syukur Ya Allah...jadikan anak ini terdidik sifatnya yang beriman dan bertakwa dengan-Mu hingga ke alam syurga...

 Baru nak sujud

 Dalam bersujud

 Duduk di tahiyat akhir

Akhirnya selesai bersolat...Assalamualaikum...pandai dia beri salam ke kanan dan ke kiri lepas tu raut kat wajah comelnya itu...Amin...

Tapi sayang gambar yang dia berdiri mengangkat takbir dan berdiri tak boleh nak cupture sebab kalau kakak nampak, dia akan berhenti solat dan terus menerpa rebut handphone nak tengok gambar...jadi ni semua gambar yang sempat ayah curi-curi gitu aje...

Doa ibu tak pernah putus untuk anak ini.. moga kakak menjadi anak yang solehah...Amin...

Friday, July 12, 2013

Sahur hari kedua Ramadan

Rumah saya di kala waktu sahur meriahnya macam waktu siang. Jadi anak-anak pun ikut bangun sekali dan inilah aksi kakak dan adik di pagi hari...

 Adik yang celik mata dahulu terus bunyi suara, tolong kejutkan kakak di sebelah

 Kakak yang baru sedar, terus tersenyum...manis senyumnya...

 Peluk cium adik dahulu...muka berhati-hati adik sebab takut kena cubit cubit dengan kakak

 Yey...kakak tak buat adik pun...peluk je la ibu...

 Main cak bak pulak dengan adik...

 Kakak yang terkejut sendiri dengan cak bak nya bila adik bersuara nyaring...hahaha, lawak lah kakak ni

 Meh, kakak tolong sapu air susu yang meleleh kat mulut tu dik...

Kakak dah habis sebotol susu...adik ralit tengok TV...

Tak lama lepas tu...mereka tertidur semula.......dua ratu di hati ibu :)

Wednesday, July 10, 2013

Ramadan Al Mubarak

Assalamualaikum...

Hari ni 1 Ramadan 1434H

Pada kesempatan Ramadan tahun ini saya mengharapkan yang baik-baik, yang molok-molok untuk kita semua. Semoga kita mampu untuk beribadah dengan setulus hati dan berjaya melawan godaan nafsu syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk melakukan pembaziran tatkala tiba waktu berbuka...

Pada kesempatan ini juga saya mohon ampun dan maaf andai ada salah silap kepada kawan-kawan semua. Kita 0-0 ya :) feeling greet ..........

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan Karim...

Monday, July 8, 2013

Umairah & kucing

Umairah kalau dengan kucing alamak kita yang penat. Penat mengejar dia yang mengejar kucing. Ni gambar ketika pergi rumah acik tempoh hari. Kesian kucing Mira terpaksa lari keluar rumah dek penangan umairah yang asyik nak gomel dia je. Tapi ingatkan dah selamat, sekali sampai ke luar rumah pun dikejar dek umairah. Berdesup kucing ni lari menyorok di taman depan rumah acik tu.

Yang tak tahan tu, umairah siap ketawa mengekeh sebab tengok kucing tu takut dan lari lintang pukang. Mananya kucing tak takut dengan dia, dah sekali dapat dia buat macam-macam - siap kuak lentang bagai. Harusnya kucing pun seriau buat gerakan aerobatik...

Masa umur umairah 9 bulan pernah juga kami bela kucing utk dia...tapi tak lama...sebab umairah mula demam, batuk dan masuk hospital selama 7 hari...maka doktor mengesyorkan supaya kami jangan bela kucing dalam masa terdekat ni....jadi kucing tu terus diberikan kepada seorang kawan yang memang suka kucing.

Jadi sekarang ni kalau pergi rumah sesiapa yang ada kucing, habislah kucing tu nanti akan dikerjakan oleh umairah dengan penuh semangat....

Thursday, July 4, 2013

Kakak Medina Adik Umairah

Kakak dengan adik...tengok gambo ni sejuk hati ibu. Bukan main lagi, tidur pun pegang tangan adik. Tapi jangan lepa mata, sekali kakak dah celik mata, pasti tangan adik tu akan ada bekas merah tanda dah kena cubit...alahai kakak...cemburu sangat dengan adik...padahal dua-dua ibu sayang, dua-dua ibu peluk cium tiap hari dan hari-hari ibu dodoikan bila nak tidur.

Wednesday, July 3, 2013

Hari ke hari Medina

Hari ke hari Medina dalam kasih ibu,  terasa cepat masa berlalu...dan cepat membesar. Kakak dengan telatahnya yang semakin lasak, adik pun dah pandai berlawan senyum...pantang diagah cepat je menyulam senyum manisnya...duhai permata hati ibu dah ayah, jadilah anak yang baik-baik ya!

 yey...saya adalah mangsa buli kakak, hari pertama di dunia yang fana ini pun saya dah kena cakar dengan kakak....hebat tak saya?

 gambar pada hari luruh pusat @ haighway Karak otw balik kg utk berpantang.
 aman dapat tidur kat bawah tanpa gangguan dari kakak...
 dah pandai palingkan muka saat nama diseru...
  baby baby baby Medina, permata hati ibu dan ayah...sayang tak terbilang...harum bau baby masih hangat di deria rasa ibu...



kakak! ada berani ke nak buli saya lagi? saya pun dah membesar bagai johan...

Medina An Najah

Assalamualaikum....

tadaaaaa....saya baru punya kelapangan utk kembali ke rumah ini....dan selamat datang anak comel ke rumah kecil kita ni ya....

 Medina An Najah Bt Shahrul Hakimi, 25 April 2013, 2.45am

nostalgia, pertama kali ibu pangku Medina

ciuman pertama kakak kepada adik dalam sendu tangisnya yang cuba ditahan sampai herot-herot mulut dan air mata bertakung di tubir mata - di tahan agar tidak lerai - bijak kakak menyembunyikan emosi kesayuannya - cemburu tengok ibu pangku baby dan dia pula didukung oleh ayah.