Wednesday, June 18, 2014

Throwback - Hanya Dia Sufi

Sekarang ni tengah hangat pasal world cup kan...sana sini orang bercakap pasal bola, bola dan bola. Saya dengan suami, dengan adik dan dengan kekawan kat opis & luar ofis semetelah kat FB pun asyik dok cerita pasal bola dan bola. Riuh rendah kalau bercakap bab bola.

Bercerita pasal bola sepak ni, rumah saya kalau time penuh depan TV (maksudnya, semua berkumpul) hanya masa ada siaran live bole sepak saja. Masa siaran lain, jarang sangat semua nak ada depan TV sebab TV tu di kongker dek Umairah sahaja. Sekarang ni dia dah pandai sorok remote dari kami kalau dia tengah ralit tengok Upin Ipin dan Hegamaru.

Disebabkan saya ni pun kaki bola, saya teringat pernah menulis seperti ini satu ketika dahulu.

(Melihat keterujaan Emil, aku gembira.
Pemberianku walaupun tidak seberapa, sangat
dihargainya. Sepertimana aku amat menghargai
bantuannya kepadaku suatu ketika dahulu. Emil
merupakan peminat fanatik pasukan bola sepak
Manchester United dan aku sudah sedia maklum
dengan minatnya yang satu itu. Kadang-kadang
kami boleh bergaduh kalau bercakap tentang
bola kerana kami tidak menyokong pasukan
yang sama. Tentunya aku tetap memilih Chelsea
dan Michael Ballack adalah pujaan hatiku.
Sedang Emil adalah peminat tegar pasukan
Manchester United. Dia amat mengkagumi Sir
Alex Ferguson sebagai pengurus pasukan yang
paling berjaya di abad ini. Jadi aku rasa jersi itu
adalah hadiah yang paling sesuai untuknya.)

**Petikan dalam novel Hanya Dia Sufi - keluaran Jemari Seni Julai 2011. 

Pada kawan-kawan yang belum membacanya, masih boleh mendapatkan naskah tersebut di Pejabat Jemari Seni, di Bangi. Dan bagi yang nak baca tiga bab pertama bolehlah menjengah di sini ya,  http://www.jemariseni.com/images/stories/HD_Sufi.pdf 

Kalau nak beli dengan saya pun boleh jugak. Ada special gift tau...

Wednesday, June 4, 2014

Adik kakak sayang

Assalamualaikum,

Hari ni datang nak sapu sawang yang sebulan berhabuk ni...datang pun sekadar nak tepek gambo berselfie dengan permata hati je pun...nak cerita banyak, tapi kesuntukan masa....hidup sentiasa berkejar-kejar dengan urusan seharian yang rutinnya sama sahaja tapi bab kelam kabut tu tetap ado. 

Hahaha...tapi, dalam sibuk-sibuk, bab kena jangkitan gila selfie semenjak dua menjak ni usah dipertikaikan ...jadi meh la tonton muka bolat-bolat macam talam ni semua...

 Kakak dah makin besar. Makin bijak. Dah pandai bersoal jawab sampai pening ibu nak menjawap. Banyak nau soalannya.

 Si adik ni pula, bila ibu kata "jom dik kita selfie, terus dia buat jari "peace".



p/s: adik kakak, ibu sayang sangat-sangat kat kalian...tiada sempadan kasih ibu untuk kalian.

Friday, April 25, 2014

Medina An Najah dah setahun.....

Hari ni 25 April 2014 genap setahun umur Medina An Najah. Medina yang sangat ibu sayang, Medina yang  ibu kasih sepenuh hati. Medina yang saban hari ibu tak pernah puas untuk peluk cium. Medina yang tiap ketika buat ibu rindu kamu sepenuh hati. Medina yang matanya bulat, Medina yang senyumnya menawan hati ibu dari hari pertama kamu lahir hingga ke usia setahun ini, sesungguhnya Medina anak yang mudah diuruskan.

Ibu doakan agar Medina menjadi anak yang solehah, yang kuat pegangan agamanya, yang luhur budi pekertinya dan luas ilmu pengetahuan mu nanti. Ibu, ayah dan kakak sangat sayang adik.

 ......... saat menjengah dunia.......

 ........ 7 hari kita bersama..........

 ...........sebulan yang penuh kecintaan........

........dua bulan ibu sudah bawa berjalan........                                                                                                                                                                                                                    
 ..........tiga bulan usia adik dah pandai nak bermain & bergelak ketawa bersama kami........

 ..........lima bulan usia adik, ibu bawa ke kaki gunung Kinabalu &Kundasang......

 .........tujuh bulan adiklah pujaan hati kami semua....

 .......sembilan bulan usia adik dah masuk hospital......hahaha......kesian adik.


 ..........sepuluh bulan adik sangat cepat membesar, belum puas untuk ibu dukung, riba dan timang-timang, adik sudah mahu meneroka persekitaran......

 
 ........sebelas bulan...yeyyyyy...langkah pertama adik bermula. Berlari adik berlari, dunia ini luas terbentang untuk kamu terokai ilmu & rahsianya...


 ..........hari ini, usia adik sudah setahun, cepat masa berlalu, adik membesar bagai johan....

Sesungguhnya kasih ibu, sayang ibu, cinta ibu tertumpah sepenuhnya untuk adik. Dan jangan lupa, ayah pun sayang adik, ayah pun kasih adik. Kakak lagilah sayang adik, tanpa gentel jari jemari adik, kakak tak boleh lena tidur tau....kakak dan adik, jadilah adik beradik yang akrab. 

Happy birthday adikkkkk.....love u so much.... 

Friday, April 11, 2014

Birthday ayah tapi ibu dapat hadiah...

Aci dok?

Haha...hujung bulan lepas birthday ayah...tapi yg dpt hadiahnya ibu...walaaa wei...thank you so much lah ayah sebab bagi ibu hadiah yg mmg dah lama dok aim ni...

Nasib ayah senyum je bila ibu cakap berapa harga untuk 2 barang ni...kalau ayah cerlung mata, harus ibu menitik ayer mata dah masa tu...tak sanggup saya kempunan, maklum orang jakun...wakakaka...org lain selamba badak je jinjit handbag jenis ni tak de hal pun - dapat kat si jakun mcm saya - tersenyum meleret lorrrr.

Ayah: Dah dpt ke handbag?
Ibu: Dah... (senyum meleret...)
Ayah: Berapa?
Ibu: ntah lar..kak zurin tak cakap pula berapa, tunggulah tgk dia bagi balance nanti...dia kata ada balance lagi... (masih tersengih-sengih - takut nak bagitau harga sebenar!)
Ayah: Hari tu bagi berapa?
Ibu: Sikit je... dalam 2k je pun..
Ayah: Hah...
Ibu: Sekali sekala je yah...(terus tersengih-sengih..........)

*** Ayah turun tengok beg kat bawah, naik semula sambil tersenyum...

Ayah: Apa jenis beg yang besar gedabak macam tu. nak bawak g mana?"
Ibu: (terus meletus ketawa, suka hati sebab ayah senyum tadi...hahahahah)
Ibu: Eh...kita kan anak ramai. Nak berjalan senang, tak payah nak bawak beg tambahan lagi. Cukup sumbat dalam beg tu semua. Setakat 4 helai petpet, tuala sehelai dan baju buat salin dua pasang. lepas tu...( alasan, nak mengukuhkan lagi alasan kenapa beli beg besor!)
Ayah: Huh...apa-apalah ibu...

yeyyy....lega ibu. Terima kasihlah ayah sayang...sebab segalanya...,merealisasikan rasa hati ibu yg menggebu nak kelek handbag ini...kwaaa..kwaaa..kwaaa


Buat kak zurin, terima kasih juga sebab sanggup bersusah payah membawanya merentas benua.  Sesungguhnya kalau nak beli kat sini, dengan harganya yang hmmm...tak tergamak saya nak keluarkan duit sebanyak itu...huhuhu...terima kasih sebanyak bintang dilangit ya...


Friday, April 4, 2014

Pembuka percutian 2014

Minggu lepas kami bercuti-cuti ke kampung halaman. Seperti biasa, kalau balik Kelate kami akan bantai makan nasi berlauk hari-hari tanpa fail. Sarapan pagi nasi berlauk, malam nasi kerabu dan ulang nasi berlauk lagi. Tak payah pergi jauh-jauh, sekitar kampung saya pun ramai yang berniaga nasi belauk yang sedap. Maka itulah juadah saya tiap kali balik Kelate. 1 hari 3 kali makan nasi, manalah kilo tak naik.

Balik kali ni, saya saja booking 3 bilik di Holiday Villa hotel & suite, bawa tok ma, tok bah,dan adik-adik ipar saya satu family tidur hotel semalam. Motif saya sebab nak pergi round pasar malam wakaf che yeh tu. Sungguh dah lama saya tak pergi pasar malam tu jadi bila kebetulan nak celebrate besday ayah umairah & medina, saya pun siap2 buat plan nak merewang ke situ dan kebetulan Holiday Villa hotel ni dia berhadapan dengan pasar malam tu. Jalan kaki  melintas jalan terus masuk ke kawasan tapak pasar malam. Best lorrr...

Pukul 11 malam, balik dari dinner di restoren captain T, kami terus serbu pasar malam. Seronok lorrr tengok macam2 ado....tengah ibu ngan ayah sedap shopping anak berdua dah mengantuk, kakak dah tak nak berjalan, asyik suruh dukung dia je, adik pula dah nanar garu mata, garu kepala dan nak mamam...adoiii...stress ibu tau. Tengah sedap tawar menawar lagi masa tu, tapi memandangkan anak2 dah nak buat okestra, better kami balik hotel lah. Dalam pada tu sempat lagi saya sambar 3 helai pant, 2 helai selendang, ayah pula sempat pilih satu jeans dan demi nak gula-gulakan kakak, kita bagi dia jam tangan yang harga rm6 - suka dia, pakai tidor dan hanya buka bila nak mandi je. Bangun tidur terus tanya: "mana jam tatak?"

 Nak makan kat atas kepal yang ini rupa2nya kena booking awal. Saya tak tau, main terjah je, tak merasa la makan atas kapal dalam air ni. Jadi kami pilih makan atas kapal atas darat, makanan yang sama je pun cuma dalam kapal atas tanah...
 Ni sepupu Umairah, Si Shafik - sampai hari ni dia dok tanya; "apik mana?" jadi saya tujuk la gambar ni...dan dia akan kata; "ooooo..."

 Dua beradik yang sekarang ni sama-sama lasak. kakak paling seronok kalau pergi tidur hotel...kecik-kecik dah pandai tanya ibu bila nak pergi hotel lagi - dia ingat bnyk benor duit mak apaknya...asyik nak keluar masuk hotel je.

 Konon berehatlah, santai-santai dok hotel...btw happy belated besday ayah...semoga makin murah rezeki kita sekeluarga...
 
 Saya ingatkan breakfast kat hotel di kelate ni dia akan sediakan nasi berlauk, rupa2nya sama saja dgn hotel lain - tetap nasi lemak.Mula2 tu plan asal nak g breakfast kat kedai Kopitiam kita yang popular tu, tapi inche suami kita malas nak keluar - jadi marilah kita jamu makan di hotel saja...next time balik kg, saya tak kita - kita mesti jugak g mkn di sana tau!
Kami berselfie anak-beranak sebelum check out...lepas tu kita sambung dok hotel tok ma di kampung panggong pulok...

Percutian 2 hari 1 malam yang sangat seronok di bandar Kota Bharu...lagi 4 malam bergilir-gilir di hotel kg panggung dengan hotel kg kolam...gitu la keadahnya kami kalau balik kg halaman...

Thursday, March 13, 2014

Pray for MH370

Hari ke 6 kita masih lagi tertanya-tanya di mana MH370. Marilah kita terus berdoa agar ditunjukkan jalan keluar kepada pertanyaan kita semua.


Salam takziah kepada keluarga penumpang pesawat MH370. Semoga tabah mengharungi dugaan maha hebat ini. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Takziah juga kepada warga fresscale yang kehilangan ramai kawan-kawan dan bos yang baik. Saya amat terkejut apabila dimaklum oleh kakak saya bos dia yang amat baik itu pun berada dalam pesawat tersebut.

Ayuh, teruskan doa kita agar pencarian ini menemui kesudahannya. Kesudahan yang akan membahagiakan hati-hati yang sedang berduka ketika ini.  Insya-Allah.

Ya Allah selamatkanlah semua penumpang MH370. Amin.    

Monday, February 10, 2014

Kek Keju Meleleh

Hi, assalamualaikum semua,

Hari ni saya nak promote kek keju meleleh yang dibuat oleh Chef Sanif. Kek yang tengah meletup di sekitar kita sekarang ni.

 Ini yang dalam bekas besar harga RM 20 sebekas.Ada lima perisa iaitu Pandan, Strawberi, Lemon, Vanila, Coklat dan ada jugak Kek Tiramisu Keju Meleleh.

 Yang ini pula bekas kecil RM 7.80, kalau untuk mencuba, bolehlah beli yang bekas kecil ni dulu. Kalau dah menepati rasa lidah kita, barulah beli yang besar pula. Baru tak membazirkan dak?


Saya dulu tak makan kek yang ada keju ni. Memang tak boleh nak makan apa-apa yang berkaitan dengan keju, maklum orang darat (kata ore Kelate). Tapi sekali hari tu saya try kek keju meleleh ni, masya-Allah...dari satu sudu ke satu sudu saya tak sedar langsung, dah nak tinggal bekas. Nampak benar sedapnya. Sekarang ni pula, tiap-tiap minggu mesti nak makan, tengok pun dah terliur.

Nasib kakak saya agent menjual kek ni jadi dapatlah saya makan dengan banyakknya sebab selalu dapat percuma. Jadi sebagai membalas jasa baik dia sponser saya kek sedap ini maka, meh la saya tolong promote secara percuma juga akan kek ini di blog tak seberapa saya ni.

Pada siapa yang berminat nak rasa kek Keju Meleleh meletup ni, bolehlah call/SMS/Wassapp ke nombor 017 6461327 atau pada sesiapa yang duduk di sekitar Sungai Buloh/Damansara Damai/Paya Jaras dan sekitarnya itu boleh jugak direct berhubung dengan nombor ni, 019 2264740. Pada kengkawan saya yang berminat pun boleh juga, pesan terus dengan saya dan saya akan arrangekan proses penghantarannya nanti. Insya-Allah saya akan tolong. Just drop kat bahagian komen di bawah, saya akan reply. Lebih senang, singgah aje di FB saya.

Juga, pada sesiapa yang suka kekacang, meh try Caramelo Almond Crunchies pula, sure kalian akan tersangkut jugak. Juga boleh order dengan dia. Harga dalam range RM 23-25 je kut. Caramelo ni sedap sangat, kalau kita makan sambil tengok TV, sedar tak sedar kita seluk dalam bekas, tinggal habuk je...sebab bila makan tak boleh nak berhenti.



 Produk ni saya berani nak rekomen sebab dia betul-betul sedap dan kualiti terjamin. Pendek kata, apa ada dengan harga yang sedikit mahal, kalau bila makan kita sangat berpuas hati dan pasti nak lagi...jadi apa lagi, meh la kita pakat merasa kelazatannya itu.....

Selamat mencuba!