Tuesday, April 7, 2015

Ajari aku untuk reda

Assalamualaikum...

Yang sedang ada dalam hati ketika ini adalah kecewa. Perkataan atau perkara yang jarang singgah dalam diri saya ini ada dengan sendirinya sejak satu pengorbanan yang saya lakukan dalam hidup ini. Pengorbanan, konon untuk membantu, namun menjerat diri saya kembali.

Mana saya sangka, perkara ini, yang mana saya terpaksa melepaskan kesayangan dengan begitu susah dan payahnya untuk saya laku, kerana yang itu adalah tempat di mana saya bermula dan rasa hormat yang saya junjung pada sesekian tertanam jauh direlung hati saya...rupanya, pengorbanan saya itu tidak berbaloi langsung.

Jadi, sekarang ini... saya kena pahatkan rasa reda dalam hati saya untuk semua keputusan yang saya sudah lakukan. Saya yakinkan diri bahawa ini semua adalah gerak kerja yang hadir dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana tawakal saya padaNya.

Maka, dengan ini... pada setiap tindakan yang tidak memuaskan hati saya, yang menghilangkan rasa yakin saya; saya harus simpan kemas. Saya balut rapi, tutup rapat di dasar hati sendiri sebab siapa saya untuk terus mencari hak biar pun itu adalah kepunyaan saya.

Kerana, sesungguhnya... sekali saya sedia dan sanggup berkorban, selamanya saya perlu berkorban! 

Allah... kuatkan hatiku
Allah... jangan Kau matikan rasa untuk kecintaanku ini
Allah... buangkan rasa payau yang ada dalam jiwaku ketika ini
Allah... buangkan bebenan rasa buatku, kerana aku ingin hidup aman dan tenteram
Allah... lapangkan dadaku untuk belajar reda dengan ujian-Mu

Allah... Allah... Allah... Kau murahi rezeki buat kami semua, murahi kami dengan rezeki yang halal demi untuk niatku yang satu itu. Amin.

 

Friday, February 13, 2015

Hilangnya permata di hati kami

Malam tadi ketika buka hp nampak masej tapi dalam hati kata...tak mungkin...orang main-main kut. Teringat kejadian beberapa bulan lalu yang berita ini disebarkan padahal tidak benar sama sekali. Jadi, itulah yang tak berapa nak percaya lagi. Lepas tu buka group sebelah, eh! ada lagi masej ni. Kalau gini dah betullah. Masa tu jam 10 malam. Tanya ayah ngah dia, betul ke ni? Kata Ayah Ngah dia...betul dah tu...Astro Awani dah sahkan ni! - Innalillahiwainnailaihirojiun...

Perginya tok guru kepada anak-anak Kelantan di malam jumaat. Malam/hari impian semua umat islam untuk mendapat sedikit kesenangan ketika di alam kubur.

Sesungguhnya dia ibarat permata bagiku. Yang sukar untuk dicari ganti buat ketika ini. Dia juga permata di hati kami anak2 Kelantan. Damailah di sana wahai murabbi, sesungguhnya tugasmu sebagai penyampai sudah selesai. Al fatihah utk ayahanda yg terlalu dihormati. Di mana kan kami mencari gantimu wahai murabbi yang setia dengan kebenaran....

Wajah yang akan dirindui selepas ini. 

Melihat raut wajah ini, mengimbaukan ingatan saya kepada arwah Tok Ayah, Tok saudara kami yang antaranya kawan kepada TGNA. Semasa hayat Tok Ayah, TGNA sempat beberapa kali datang ke masjid di depan rumah saya yang mana penjaga dan pengasas masjid itu adalah Tok Ayah. Masih jelas diingatan, pertama kali TGNA datang ke masjid di kampung itu ibarat seperti menyambut perayaan. Kampung bercahaya dengan lampu, kereta bertali arus, kebanjiran penduduk di sekitar itu, semuanya teruja untuk mendengar ceramah TGNA. Ketika itu saya masih lagi kanak-kanak berusia sembilan tahun. Masih galak berlari di celahan orang ramai. Sungguh ketika itu kami semua teruja untuk melihat TGNA secara dekat. Masih terbayang caranya berdiri ketika berucap di serambi masjid yang di datarannya dipenuhi umat manusia. Allahuakabar. Masih jelas terbayang itu semua biarpun kejadian itu sudah berpuluh tahun berlalu dan pada hari itulah saya mengenali siapa dia lelaki hebat ini.

Pagi tadi...astro Awani mula menyiarkan segala perihal pasal arwah...oh..alangkah beratnya rasa kaki untuk melangkah keluar untuk ke pejabat sebab hati ingin melihat kupasan yang disiarkan. Namun memikirkan ada tugasan yang menanti, aku gagahi jua meninggalkan keluarga yang lain masih di depan TV, menonton. Rasa ralat kerana kami semua tidak berkesempatan untuk pulang melawatnya. 

Masuk kereta, buka radio Ikim...pun sama...semuanya bercerita pasal kehebatan ulama ini selama hayatnya. Perlahan-lahan air mata menitis setiap kali kelebihan lelaki ini diceritakan...dan saat lagu pergi tak kembali dari Rabani diputarkan....air mata makin laju mengalir. Menginsafi diri... - ketika itu berhenti di taffic light - toleh pemandu kereta lain di kiri dan kanan semua sedang menoleh - agaknya mereka semua pasti berbicara sendiri - apahal pulak minah ni menagis beria-ia di pagi hari? -  Allahuakbar. 

Kami tangisi pemergian murabbi ini. Kehilangan yang sukar dicari ganti. Kehilangan yang meninggalkan lopong di hati kami yang sangat menyanjunginya. Salam takziah kepada seluruh keluarga. Al-Fatihah.

Wednesday, February 4, 2015

Umairah Ya Maryam pertama kali ke sekolah

Tahun 2015, bulan January saya langsung tak sempat nak buka menulis di sini. Sibuk sepanjang bulan. padahal ada benda yang saya nak share....manuskrip kedua saya sudah siapppppp....tapi belum sempat pun lagi nak hantar untuk dinilai oleh penerbit. So...terabailah lagi.

Hari ini....saya nak tulis sesuatu yang paling saya teruja dan gembira...tarikh hari ini 4 February 2015 kakak menjejakkan kakinya ke sekolah.

Yeyyyy...kakak Umairah Ya Maryam sudah mula bersekolah. Hari ni umur kakak Umairah Ya Maryam 3 tahun setengah sebab bulan july nanti baru masuk empat tahun. Kakak mula bersekolah lewat sebulan dari kawan2 yg lain sebab ibu dia baru habis berfikir...(ibu dia kan pelik banyak, berfikir tak habis2 untuk memutuskan perkara ini biarpun ayah dah beberapa kali bagi green light)

Finally...Alhamdullilah...kakak mengejutkan ibu dan ayah dgn cara kakak yg sgt tenang, masuk barisan sama2 kawan, masuk kelas dan belajar seperti anak2 lain. kakak meninggalkan karektor kakak yang penakut dengan orang, yg pemalu dan pendiam apabila di luar rumah, sering menyorok di belakang ibu kalau ada org menegur. Tapi hari ini kakak transform menjadi kakak yg sgt berdikari. kakak hanya tersenyum tenang kala ibu dan ayah melangkah keluar tadika.ibu teruja kakak, sangat teruja dgn semangat yg kakak tunjukkan. Maka, belajarlah kak, belajar menuntut ilmu akhirat dan duniawi...keterujaan kakak membuatkan seluruh mak pak saudara kakak bangga tau...apatah lagi tok bah dan tok ma...kami semua sayang kakak. psttt...ayah kakak senyum meleret masuk kereta, bangga anak dia bersemangat. ibu pula berkaca mata sbb tak percaya kakak sangat steady...semoga berjaya dunia akhirat anak ibu sayang, si jantung hati ayah.

 Kakak yang begitu seronok sebab dapat peralatan menulis baru...semua nak buat sendiri tak bagi ibu tolong..

 Adik pun join sekali...ni rupa Medina baru bangun tidur...masih blur bila kakak lambakkan segala alatan menulis dia..
 
 Pagi tadi 1st day nak ke sekolah. Bukan main excited lagi dia...jaranglah utk kami melihat dia nak bergaya begini..pagi ni macam2 aksi dapat...pakai baju sendiri dulu sebab uniform sekolah belum dapat lagi.

 Adik pun sibuk sama...dia juga bangun awal nak pergi hantar kakak ke sekolah. Yang kelaka Adik yang pujuk kakak mandi - ni kes kakak takut air.

 Allahhuakabar....Kakak sangat behave...anak yang baik sesungguhnya menyenangkan ibu bapa. Langsung dia tak buat perangai. Gaya seronoknya dari rumah sampai ke sekolah, dia okey sahaja. Siapa sangka...si kakak yang dikenali sebagai budak yg tak boleh berjauhan dgn ibu kalau pergi ke mana-mana, tetapi hari ini dia sangat berdikari. Kakak membuktikan...apa yang kakak nak, kakak tak takut nak menghadapinya...tang ni kakak menurun perangai ibu.Baju sekolah ni sempat ditukar dalam bilik guru bila diberikan uniform sukan untuk dipakai setiap rabu.


Dari jauh kelihatan kakak sedang beratur nak masuk barisan...

Wednesday, December 31, 2014

2014 akan berlalu malam ini...

Assalamualaikum,

Hari ini, hari terakhir utk tahun 2014. Cepatnya masa berlalu dan nak masuk tahun 2015. Jadi saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua teman-teman. Semoga tahun yang akan datang, lebih membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Lebih-lebih lagi kepada kita sendiri. Minta Allah teguhkan iman, murahkan rezeki sentasa dan dibawah rahmat-Nya selalu. Di panjangkan usia untuk melihat anak-anak membesar. Insya-Allah. Amin...

Tahun 2015, kakak dah mula sekolah. Sekejab je rasa..dia dah mula sekolah. berdebar sebab ini pengalaman pertama hantar anak ke sekolah. Dahulu rasa pelik bila umur 4 tahun dah dihantar ibu bapa ke sekolah. Tapi sekarang ni dah jadi macam trend la pula. Anak2 mula bersekolah seawal 4 tahun. Sebelum kami betul2 yakin nak masukkan dia ke sekolah, puas sudah saya bertanya kawan-kawan yang pernah berbuat demikian. maka jawapan pun, ada pro n cont. Jadi kami bertawakal dah alang-alang kakak pun saban hari bertanya bila dia nak sekolah jadi tahun 2015, bermulalah alam persekolahannya. 

Adik pula sangat keletah. Suka bercakap...pot pet pot pet...mata pejam pun mulut boleh berbunyi. Dan saya suka melayan sebab itulah saat indah kami bersama. Kuat makan walau badan sekeding. Alhamdullilah...dah hampir dua bulan dia tak demam, tak batuk dan tak lelah. Kalau tak, tiap dua minggu pergi klinik ambil nab. kesian kita yang melihatnya. Setakat jam 2-3 pagi bangun pergi klinik tu perkara biasa dah bagi kami. Ini dah hampir dua bulan, adik sihat sepanjang itu. Alhamdullilah.

Kisah nak menyudahkan manuskrip pula, asyiklah tertunda dek kerana masa yang tidak mengizinkan. Bergelut dengan deadline kerja yang tiap dua minggu...sedang elok closing, ada kerja admin pula yang kena buat. Balik rumah dah dikelilingi anak-anak. Saya masih dlm kereta, adik n kakak dah menjerit di pintu rumah. Masuk sahaja rumah, tudung pun belum sempat nak buka, adik dah terkam dulu. Nak bergayut dan mulalah kakak pun datang menghimpit sama. By 11.30pm, anak tidur...ibu pun turut lena. Sampai ke pagi. Akhirnya semua tak menjadi. Alahai...tapi...........sejak bulan lima hari tu, saya pulun juga buat...curi2 masa tidur...bangun tgh malam, maka nampaklah juga perjalanannya.

Maka, dengan ini...penutup 2014 - sasaran saya tidak berjaya....   



Thursday, October 23, 2014

Holiday mood!



Assalamualaikum,

Sekadar mencoret;

Tiba2 rasa nak bawak laptop utk sesi makan angin keluarga kecik saya ini. Rasa nak sambung menulis manuskrip yang lama dah terbengkalai tapi dlm dua bulan kebelakangan ni, macam laju pula progresnya.

Dalam hati mulalah berangan, buka laptop sambil mengadap laut di waktu lepas subuh. Saat matahari akan terbit, keadaan sekililing yang sunyi sepi…Oh alangkah indahnya!

Cuma masalahnya, ada ke orang nak tolong pikul itu laptop di kala mood percutian berada di depan sekali?

Saya tak boleh nak pikul itu laptop sebab keris sudah ada di pinggang, ya! Medina An Najah itu; biarpun sudah berkaki, asal berjalan keluar dari rumah je dia mahu didokong. Alahai…


Friday, October 3, 2014

Salam Aidiladha 2014

Daripada raya puasa bawa ke raya haji, dua post je saya buat. Nampok benar dah tak cara ko rumah ni dih...hiks..hiks..hiks...

Ok.Esok sabtu, lepas tu ahad dan kita sambut raya korban lagi. Saya mungkin bergerak balik malam ni. jadi bertabahlah hati untuk makan jam seperti biasa. Harapnya tidaklah seteruk tahun-tahun lepas. Penat weii...
Malam karang hanya kami empat beranak je balik kg...orang lain semua tak balik. Nenek saya yg dari kampung datang sini, siap bawa daun palas, beras pulut dan beras nasi dagang dari kampung. Mereka semua nak beraya di Puchong.

Memandangkan raya ni kami 4 beranak je balik jadi ayah ngah n che su sibuk lah dok bertanya nak gerak balik pukul berapa sebab mereka takut tak sempat jumpa dengan Umairah & Medina. Che Su dari kolej mitrikulasi banting dan ayah ngah dari besut, terengganu. Ayan Ngah kesayangan Umairah & Medina ni, dah jadi warga terengganu sejak kena transfer jaga projek di sana. Hari-hari budak berdua ni, bila saya balik je akan tanya "nyah mana?" - jadi selalulah kita kena terangkan. "Nyah kerja jauh dah. Dia tak duduk dengan kita lagi...sebulan sekali baru ngah balik sini..." nanti kakak akan jawab. "oooo" panjang ooo dia tu, tapi esok dia tanya lagi...gitulah anak-anak saya yang sangat rapat dengan ayah ngah dan che su dia.






 Harap-harap raya kali ini, jalan ke Kelantan tak jam. Amin.

Monday, September 8, 2014

Anak-anak ibu

Candid anak-anak kesayangan ibu ayah. Sayang tak terbilang. Sayang sangat2. 

Adik makin keletah, makin manja...kakak pula bijak bersoal jawab. Ibu yang sering ketawa dengan gelagat mereka berdua. Sekarang ni adik dah setahun lima bulan. Dah pandai cakap sepatah-patah perkataan contohnya dah pandai sebut ayah, bah, ma, nyah, chu, panas, ketat. Dan yang terbaru dua malam lepas, Kejab. Situasinya begini:

Adik: (sedang batuk dan kahak dah nak keluar)
ibu: "Wek..wek..cepat dik, muntahkan kahak tu...cepat dik buang kahak tu!!!"  kata-kata perangsang dari ibu sambil tepuk-tepuk belakang adik.
Adik: "Kejab" - berhenti nak ambil nafas.
ibu: terus ketawa dengan tokma bila kena marah dengan adik.

dan yang pasti adik belum pandai sebut ibu. Lorr...

 Pergi melawat che su di kolej MB...bukan main lagi angin bertiup sampaikan Medina pun terhoyong-hayang. Tapi dia tetap berlari berkejaran dengan kakak. 

 Medina yang suka tengok cahaya lampu kereta dia menyala. 

 Dia dah pandai pilih baju sendiri. Pantang jumpa baju kurung yang hanya ada dua pasang tu, dia mesti suruh kita pakaikan yang itu. Kalau dah pakai, sampai ke petanglah. Nak salin pun payah.


 Medina ni pantang kita agah dia...dia suka senyum dan ketawa. Manjaaa sangat.

 Menangis lepas kena marah dengan kakak sebab dia nak pakai baju upin ipin kakak.

 Adik & ibu...yang suka berselfie.

 Anak manja ayah ni. Bila naik kereta, sepuluh minit pertama dia akan duduk dengan ayah dia. Ibu nak ambil pun dia tak layan dah. 
 
 Ni pula si kakak yang keletah dan banyak cakap. Suka menyanyi dan suka meniru apa yang ibu buat & apa ibu kata.

 Tak suka kita ambil gambar dia. kalau kita halakan kamera dia akan buat tak dengar. Bila kena paksa senyum jadilah macam ni.

 Nak capture gambar yang dia senyum lebar amat payah sekali. Ini kebetulan dalam dok candid2 dapat satu yang kakak tersenyum riang.

 Hah! kalau berselfie dengan ayah ngah dia, confirm kakak akan senyum lebar. Manja ni dengan pak sedara dia yang ini. Berhimpit je ke hulu ke hilir ni.

 Haaa...yang ni pula kakak berselfie dengan ciksu kesayangan dia. Teman bergaduh teman menyanyi bersama. Bila ciksu dah masuk kolej, kakak dah hilang teman bergaduh tapi mereka tetap merindu-rinduan. Dua minggu pertama ciksu di kolej, dia kata tak boleh dengar suara Umairah dalam telefon dia akan menangis di sana. haaa...lawaklah ciksu ni.
 
 Cak!!! ada masa-masa kakak suka bergaya jugak la ibu!!!