Thursday, March 29, 2012

we love ayah so much

Yeyeyeeeee...alhamdullilah, sudah selamat closing akhirnya untuk MC vol 37....urut nafas lega. Huh! kesat peluh dengan jari jemari yg gemuk gedempol ini. Kalau tak, dari semalam tak senang duduk sebab takutkan esok (jumaat) baru boleh dapat pagination drp tuan editor. Tengok-tengok, petang tadi dah dapat. Lo'ga den...

Makanya, malam ni boleh balik kampung dengan hati yang tenang...gombira bergombira....cuti empat hari yang mengujakan...hahahaha... - lili, kalau bab cuti memang mengujakan selalu...jgn tiru macam saya ok - eh! sedar tak sedar, dah hampir tiga bulan berturut-turut, kita berjalan tiap bulan ya yah? -

Penghujung Januari : KL - Kelantan - Perak - Kedah - Perlis
Penghujung Februari : KL - Serawak
Penghujung Mac : KL - Kelantan

Opppssss....tutup bicara pasal cuti!

Malam tadi sibuk dok kira anak-anak sedara punya birthday, sekali ayah buka mulut; esok 29hb ada apa?" ibu terdiam sekejab sebelum dapat menangkapnya...hohohoho...so sorry darling, boleh ibu terlupa padahal dok menantikan 29hb ni punyalah dah lama. siap dah tulis kat kalender atas meja kat opis tau!...tapi bila masuk je tarikh itu, ibu hampir tak menyedarinya... - ibu kan kuat berangan orangnya -

Jadinya....Sempena umur dah masuk ke waktu zohor nak ke asar ni, ibu nak ucaplah; selamat ulang tahun kelahiran buat ayah Umairah yang amat dicintai itu....hehehehe...

~ semoga ayah beroleh kebahagiaan di dunia & akhirat - di samping kami semua
~ beroleh rezeki yang melimpah ruah - supaya Umairah bole beli baju baru hari-hari
~ semoga ikatan hati ibu dan ayah berkekalan selama-lamanya hingga ke alam syurga...Insya-Allah...

Amin...amin..amin...

Tuesday, March 27, 2012

coleteh petang

Sedang melayan Erti Hidup - Dayang Nur Faizah. Indah jalinan rangkap liriknya...indah dan manis sekali. Saya cukup suka mendengarnya. Berkali berulang di halwa telinga sambil menunggu teman serumah menjemput sekejab lagi. Malam ni nak bercanda di Mid Valley.....mentang-mentang hari ni pak harimau warna kuning yg  bersepah office nya tu tersenyum menjemput...meh meh...culik la daku!

terus i likeee...

Tadi pergi makan Pizza kat Kuchai Lama tu. Mata lok lak ke mana, kaki melangkah. pastu tak pasai-pasai jatuh tersepuk. buat malu je den...hehehe...tapi malu takpe lagi, yg tak tahan sakit belakang ooo...sampai sekarang masih terasa...dah la ada sejarah slipped dics...minta la jangan berulang lagi. Serik berulang alik buat fisio kat Pantai tu. Parking saja dah berpuluh ringgit.

Tuesday, March 20, 2012

weekand umairah

 Anakanda saya ni pantang kalau hari ibu dan ayah dia tak kerja. Tak senang duduk la dia selagi tak dibawa berjalan. Sekarang ni dah pandai, kalau naik kereta dia nak duduk kat stereng, nak tolong ayah bawak kereta pulak dah. 
 Yey....Umairah dah pandai bawak kereta la bu....jom kita pergi jalan-jalan nak....
 Heysss...sibuk la ibu ni, Umairah baru nak berangan, sibuk dok panggil suh pandang camera...
 
Heeee...kenapa kereta ni tak bergerak-gerak ni yek!
Bye ibu...Umairah nak pergi rumah Che Long bole?
Ni la dia Che Long Umairah dan sempatlah Umairah tumpang bergaya dgn keretanya...kesian kan, "ibu...beli la kereta mcm ni jugakkkk.....best tau stereng dia, lembut je!" - "Banyak cantik muka ko nak, ko ingat gaji ibu dupluh ribu sebulan...."


  
ni abang Azim kesayangan Umairah...masa cuti sekolah minggu lepas, dia datang duduk rumah Umairah tau, main dgn Umairah, tolong buang diapers umairah, tolong suapkan umairah makan...samapai Umairah lupa nak tidur sebab dok layan abg Azim main kan...lain kali datang lagi ya Abg Azim....

Wednesday, March 7, 2012

Bintang hati ibu

Lama tak berkisah pasal Umairah Ya Maryam di rumah ni. Anak kecil tu memang buat  ibu dia sentiasa nak duduk dekat dia je. Tinggal pergi kerja pun, hati sentiasa ingat kat dia. Kalau boleh nak cepat-cepat balik rumah. Seronok tengok dia bila saya sampai rumah setiap petang. sebaik dalam dukung saya, dia akan cium sampai basah muka saya digomolnya....sweet sangat. Lepas tu kalau bagi dia BF, masa tu la dia asyik perhatikan wajah saya, sempat senyum kat saya walaupun mulut dok menyusu...kalau saya agah dia masa tu, terkekeh-kekeh dia ketawa. Sungguh menggoda. 

Sekarang ni lagi la, bunyi kereta saya dia dah boleh bezakan dengan bunyi kereta ayah dia. Hehehe…dia dah tahulah mana kereta untuk dia dibawa berjalan dengan kereta yang dia hanya dapat lihat ibu berlalu pergi kerja setiap pagi. Sebab dia hanya naik kereta ayah pada hari minggu sahaja, hari lain dia dok rumah dengan tokbah dan tokma. Terkelip-kelip mata tengok ayah dan ibu keluar pergi kerja. Masa tu dia tunjuk muka kesian je, sedih kena tinggal. 

Kalau hari minggu, pantang ayah dia panaskan enjin kereta. Masa tulah dia tak senang duduk. Kalau masih dalam walker, mulalah dia tolak cepat-cepat pergi ke pintu. Digegarnya grill sampai orang buka. Kalau dia masih lagi dalam baju basahan kat rumah, dia akan menangis...sbb tahu dia nak kena tinggal. Tapi kalau dia  rasa dia dah pakai baju lawa2, dia diam je. Setakat tersengih-sengih je mengekor saya dengan walker dia tu ke hulu ke hilir. Cerdik sungguh.   

Ni kisah pagi tadi dan pagi semalam. Masa tu Umairah masih lena tido lagi, maka saya pun ambil kesempatan di waktu tenang pagi hari tu untuk baca Al-Quran barang sehelai dua muka surat lepas solat subuh. Baru je habis baca Al-fatihah, Umairah dah bergerak-gerak. Agaknya terkejut bila saya mula ‘bersuara’. Tapi saya buat tak tahu kat dia, tak tegur pun dia yang masih lagi berguling-guling atas katil tu. Saya pula mengaji kat tepi katil tu je. Almaklum bilik jadi kecil apabila dah letak katil, almari pasang siap yang besar gedabak tu, meja solek, meja sisi tempat letak lampu tido, kipas berdiri lagi (kipas syiling tak cukup ya, Umairah tido dgn 2 kipas, aircond pula ibu dia tak bisa, sbb kalau dok dalam aircond kat rumah, alamak ibu mandi sekali sehari je la…hahahah…ibu takut air kalu dah dok dalam bilik beraircond!) ** almaklum, orang kampung kolam tersesat ke bandar **

Kembali kepada cerita Umairah pagi tadi pula…lepas dah dengar saya baca surah Al-Waqiah tu, elok je Umairah diam…macam memerhati gitu. Diam sesungguh, hanya tangan dan kaki dia je dok bergerak-gerak, suara langsung tak berkutik. Saya jadi heran, jenguk sekejab, tapi sekejab je la. Jangan sampai dia nampak saya bangun tengok dia, sbb kalau dia nampak, harus dah hulur tangan minta saya dukung dia pula.

Bila tengok dia elok je dok main sorang-sorang. Saya duduk semula di sejadah, sambung mengaji sampai habis…Bila saya habis je, baru Umairah berbunyi suara merdu dia tu….owek..uwek…panggil saya supaya duduk dekat dia agaknya.

Saya bangun berdiri nak buka telekung, dia dah nampak saya dihujung kaki dia, apalagi, terus dia senyum seperti ini…. 

 ......aduh, senyummu di pagi hari seperti inilah yang membuatkan ibu panasaran sayang! Setiap kali bangun tidur, muka Umairah sentiasa bersih. Cerah je. Patutlah semua orang nak muka macam bayi. Bersih sentiasa walaupun baru bangun dari tidur....alahai anak...................................eh..eh..ibu nak tanya; Umairah nak adik tak????

Sekian...itu saja nak cerita pasal bintang hati saya ni....

Friday, February 24, 2012

Cuti lagi daaaa....


Berdebar! Asal nak bercuti, ada je ad baru masuk. Elok-elok semua dah settle, kena rombak balik semua. Susun semua semula. Nasib baik tak banyak ad. Minta sempatlah diselesaikan sebelum petang jumaat ni. Kalau tak…..

Yang saya pula, bukanlah asyik nak bercuti time closing date ni tapi tu la kan, plan yang ni adalah dalam siri cuti terancang sejak tahun lepas lagi. Jadi, tarikh yang saya pilih utk bercuti ni adalah tarikh saya closing masa kat Jelita dulu. Kiranya dalam 25hb ke atas, selepas hantar semua bahan ke Kak Ema, saya dah boleh bercuti dengan senang hati.

Tetapi sekarang bila buat kerja baru ni, closing date utk MB lain sikit. 2 kali sebulan dan biasanya setiap 13 & 27 hb. Jadi sejak dari bulan lepas dan terbawa ke bulan ini, saya asyik bercuti bila hari closing. Rasa juga bersalah dengan bos sebab asyik minta cuti time macam ni. tapi apa boleh buat. Tarikh yang saya pilih ni semua melibatkan tarikh perkahwinan adik ipar dan tiket tambang murah untuk kami bercuti anak beranak, maka nak tak nak saya kena bercuti juga. Dah tentu tak boleh tukar melainkan burn mcm tu saja.

Jadi, isnin ni adalah hari terakhir saya bercuti masa closing date. Harapnya lepas ni tidak lagi dan saya dah boleh rancang bercuti pada tarikh yg tidak jatuh masa deadline MB pula. Lega saya.   

Monday, February 6, 2012

kami rindu ayah

Bicara malam kelmarin;

Handphone buruk ibu berdering, pantas je ibu tekan punat hijau apabila tengok nombor dari luar Malaya. Terus ibu buat loud speaker.

ayah: umairah...umairah...
anak: 'perhatikan suara sambil membelek telefon, pusing depan, pusing belakang, cari mana ayahnya'
ayah: umairah...
anak: 'tersenyum-senyum'
ayah: umairah
anak: 'terus muka sedih sebelum menangis....huaaa'
ayah: terdiam di sebelah sana...talian putus.

hahahaha...ibu pun nak meleleh ai mata juga...sama merindu.

Baru sebentar tadi, sms masuk di talian ibu;

ayah: rasa macam kena extend je ni...
ibu: kerja bnyk lagi ke?

Alkisah apabila ayah lama sangat out station, beginilah jadinya. Dalam sehari berpuluh kali ibu tanya anak, "mana ayah?" - anak senyum je, paling ibu sayu bila anak mula nak kiss ibu. Cara anak kiss ibu, dia buka mulut lebar-lebar, sondol/dekatkan mulut dia kat hidung ibu...tersua-sua...sampai basahlah muka ibu dek ai lior anak. Oh! sweet sangat. ibu sayang adik....ibu cinta adik! kata ibu sambil ketawa kegelian. lagi ibu larikan muka, lagi anak suakan muka dia ke muka ibu. Kasih ibu tiada ternilai untuk ayah & anak. Lots of love! muahhhh....

Minggu ni pula banyak benar public holiday. Buatkan ibu tak keruan. Fikir ibu, nak buat apa cuti lama-lama begini sedangkan kekasih hati nun jauh dari sisi. Kalau ayah ada, dah tentu ayah melayan ibu berjalan & shopping saja. Kesian ibu. Duduk rumah konon nak menaip cerita...on laptop dari lepas subuh dan hingga malam, tapi haram...nak dapat satu bab pun payah! Mood dibawa ke Ahmadebab, India. Ibu sangat overrrr!

Menghitung hari, kalau ikut travel itinerary hari tu...jumaat ni ayah sepatutnya dah selamat sampai ke rumah. Ibu berdoa agar boss ayah tak suruh ayah extand juga, biar Daus sorang dah la ya, dia blm kahwin lagi, so line clear :) :) ....hehehe...sungguh ibu sudah jadi selfish!

Bukan apa, kalau jumaat depan ibu masih berasa lega, tapi buatnya jumaat dan lebih sadis sabtu  depan lagi tu....oh tidak, harus ibu meroyan! sebabnya; Kalau depan lagi, alamak ayah jadi burung. Asyik terbang. Sampai sini jumaat petang, sabtu pagi terbang lagi...wah! hebat ayah.    

Ni 1st time ayah outstation lama. Bulan sudah pun pergi India, seminggu je dan biasa kalau dalam Malaya, paling lama 3 hari. Jadi, tidak lah ibu terasa sangat kehilangan orang di sebelah. Dan dengarnya ura-ura....akan datang ke China utk sekian kalinya pula. mungkin lebih lama dari India ni. Makan bulan kut. Adoooiiiii...lagi ibu kena tinggal. Kesian kami berdua yang kerinduannnnnnnn.....

Nak ikut..nak ikut...boleh tak yah? (jawapan sendiri - berangan! berangan! konon nak ikut, saper nak closing magazine yg dua kali sebulan tu Lili ooiiii...sedarlah diri tu, hidup diikat dgn deadline....

uaaaaaaa (: (:                       sop..sop..lap ai hidung, ai mata, kongsi towel dgn Umairah Ya Maryam.  
Entry ni istimewa untuk ayah! ibu tahu ayah baca blog ibu ni kan..kan...

(blog yang bocor ke pengetahuan ayah melalui laman sesawang JS...sesungguhnya, sebelum lahirnya Hanya Dia Sufi, suka ibu merambu sesuka hati di sini sebab ayah tak tau ibu ada blog :) dan tiba-tiba satu hari ayah buka blog ibu depan ibu sendiri...mak ai...malunya ibu sbb ayah dah khatamkan sampai ke entry pertama. Malu ibu tau ----)

:) miss u so much :)

 eh...tetiba ibu tepek gambo ni. Motif? 
Ibu suda sengal....
noted. kami naik pelamin sekali lagi, bergaya atas pelamin mokja umiarah...hehehe...

Wednesday, January 11, 2012

Bicara tahun baru


Tahun baru pun dah bermula dengan seribu kesibukan yang pelbagai. Pun jua masih banyak yang pending. Nak pergi beli jam tangan, hadiah kahwin Niza pun tak sempat lagi padahal majlisnya 22 Jan ni. Cepat masa berlalu. Sedar tak sedar Niza dah nak ke Sabah dah lepas ni, ikut husban dia yang bertugas kat TLDM sana nun. Nampaknya lepas ni apabila saya balik kampung, dah tak ada lah kawan nak bercerita pok pek pok pek macam sebelum-belum ni. Apa pun, selamat pengantin baru untuk Niza dan Fazly. Semoga Allah merahmati majlis kalian nanti.

Baju baru untuk majlis kenduri tu pun nampaknya tak ada juga dah ni. Tak sempat dah nak beli dan hantar jahitnya. Jadinya, pakai jelah mana yang ada tu. Baju untuk Umairah nasib baik dah beli minggu lepas. Jadi yg tu dah settle. Tapi ibunya rasa macam nak pergi cari lagi gaun sepasang dua…buat tambah koleksi. Ibunya memang suka mengada-ngada kalau bab baju Umairah Ya Maryam. Sendiri tak ada tak apa, asal Umairah Ya Maryam silih berganti. Ayah lagi tak nampak langsung, kesian….

Paling penting tiket untuk Umairah Ya Maryam pun tak ada lagi ni. Dari sehari ke sehari nak pergi ke kaunter tiket tak jadi jadi jugak. Padahal itulah tiket paling penting sekali. Buatnya tiket dah habis, alamak satu rombongan kena postpone. Ni akibat daripada booking flight masa Umairah Ya Maryam masih dalam perut.

Sekarang tengah servey hotel, cari yang bersesuaian dan murah untuk rombongan cik kiah ni. Lebih dari itu, harap ma cepat sihat dan kembali seperti biasa. Kalau tak, tak dapatlah dia ikut sama. Dan kalau ma tak pergi, kami semua pun tak pergi jugaklah nanti. Bakal terbuangkah tiket itu? Sayangnya!

Semalam dah selamat Sasa mendaftar masuk ke sekolah Teknik Kuala Lumpur di Cheras sana tu. Pilihan yang dia buat sendiri biarpun SBP belum dapat keputusannya. Dah dia nak belajar di sana, kita ikut sajalah. Sebab kata dia, dia nak jadi engineer macam abg dia je.   

Sek Men Teknik ni dibina pada tahun 1926 lagi. Agaknya yang tertua sekali la kut di negara kita ni. Dengar kata rata-rata pelajar yang register semalam, pelajar yang daripada 1st intake ni hanya yang berkelulusan 9,8A sahaja. Wah…lumayan jugak ya. Nak masuk sana pun bukan mudah rupanya.

Cumanya, balik dari menghantar dia di sana, kami semua pula yang rasa janggal bila dia dah duduk asrama tu. Almaklum itu anak bongsu, kelibatnya memang sentiasa depan mata sebelum ni. Setiap 10 minit, ada je yang menyebut nama dia. Abah lagilah. Magrib ke Isyak dia asyik dok fikir, apalah agaknya Sasa buat kat sana. Rindu la tu. Ma dia pandai simpan perasaan. Tak tunjuk sangat yang dia pun teringat kat Sasa. Paling terasa abang dia lah. Sebab sebelum ni mereka berdua amat akrab. Ke mana pergi berdua, shopping ke tengok wayang ke, memang mereka berkepik je. Keseluruhan semasa Sasa nak exam dulu, Badrulah yang jadi guru tuisyennya. Bak kata Badrul, dari bayar kat pusat tusyen lain baik aku ajar sendiri, jimat duit dan keadahnya lebih santai.

Balik dari hantar Sasa sempatlah singgah kedai menjual barangan baby. Cari walker untuk Umairah Ya Maryam pula. Tu pun setelah beberapa kali pencarian tergendala dan balik je masukkan Umairah dalam walker tu, tersengih-sengih anak ibu. Paling kesian, aksesori yang bergayutan kat depan tu Umairah ternganga-nganga nak masukkan dalam mulut dia. Bahaya tu nak oooi…wajah cute anak itu buat ibu sentiasa merinduimu saban waktu…

Dan…yang paling malas nak buat bicara adalah pasal kerja. Penat nak berbicara pasal politik pejabat. Penat nak melayan karenah seorang itu. Penat serba serbi dan membuatkan saya kembali merindui kerusi lama di ruang sunyi sepi itu…..

SELAMAT TAHUN BARU.