Sunday, June 28, 2009

Biarkan masa hadapan datang sendiri

Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
"Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya" (Q.S al-Nahl:1)

syair ku alun,

Berpalinglah dari kecemasanmu
Serahkan urusan kepada qadha
Nikmatilah lamanya keselamatan
Akan menghiburkan mu atas apa yang telah silam
Mungkin perkara yang kecil telah membesar
Dan perkara yang besar telah mengecil
Betapa banyak perkara yang dibenci
Namun berakhir dengan keredaan
Allah, berbuat apa yang Dia kehendaki
Janganlah kritik terhadap perbuatan-Nya.

dari hati; aku suka syair ni...berkali-kali aku bacanya. dua rangkap terakhir, cukup utk mengembalikan aku ke dunia sedar....tinggalkan yang carik...hiduplah dengan pegangan.
Aku suka petikan ini...ungkapan yang indah di dalam kamus kebahagiaan...

"Pada hari ini saja saya akan hidup, maka wahai masa lalu yang telah pergi dan sudah berakhir, tenggelamlah engkau bersama matahari di sebelah barat. Saya tidak akan menangisi kenanganmu, saya tidak akan peduli untuk mengingatimu walaupun hanya sekejab saja, sebab engkau telah meninggalkan kami, berhijrah daripada kami, dan telah menghilang dari bayangan kami, sementara engkau tidak akan pernah kembali selama-lamanya kepada kami.

Wahai masa hadapan, engkau masih berada di alam ghaib, maka saya tidak akan berinteraksi dengan mimpi-mimpi yang mempedaya orang. Saya juga tidak akan menjual diri dengan pelbagai bayangan yang belum nyata, dan saya tidak akan mensegerakan kedatangan atau kelahiran yang masih belum wujud. Sebab hari esok bukanlah suatu alam nyata sebabnya ia belum diciptakan dan ianya belum boleh disebutkan."

Maka, tinggalkanlah hari esok sehingga ianya datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan tentang khabar hari esok. Jangan ditunggu kedatangan hari esok sebabnya sekarang anda sedang disibukkan dengan kesibukan yang ada pada hari ini. Manfaatkan hari ini dengan setulusnya.

dari hati: bacalah secara berulang-ulang 'laa haula wala quwwata illa billahi', kerana bacaan ini akan membuatkan hati menjadi tenteram...Insya-Allah.

tunggu dan tunggu

Ahhhh..leganya...tunggu punya tunggu...turn daku paling last nak guna tenet ni...punya la susah, dok berebut dengan bebudak nih. Hari cuti cam ginilah, ramai sgt kat 'cc' umah ni. Kalau dah dapat kat azim, lagi la...org lain jgn mimpi nak guna. game dan game. kalau tidak pun, ultraman, batman, superman n man man man...ahhhh...nak buat cam ne ek? dulu masa kecik dia tak pandai computer kita ajar, skrg ni lebih terror pulak dah.

Semalam, sempat ke pesta buku alaf21. banyak juga memborongnya, tu nasib duit dah licin, kalau tak mau abik..abik..abik..masuk bakul...jinjit smpai senget bahu (bahu badrul ya, daku cuma tukang pilih je) dan hari ni daku sempat khatam satu novel ni. Cinta kau dan aku karya Siti Rosmizah. Boleh tahan la sbb dia bole buat daku membaca sampai ke noktah akhirnya. Rasanya dah lama juga aku tak baca novel yg boleh membuatkan daku meniggalkan semua kerja dan dok sop sek sop sek seorg kat dlm bilik....sampai bengkak mata...tiba-tiba baca novel ni jadi emo lak. hahahaha..kena gelak dgn semua penduduk umah ni. Sebenarnya buku nih tak sesedih mana pun, tapi aku yang terlebih sedih...ntah apa-apah je....sedihkan benda lain tapi novel nih tlg jadikan bahan titisan air mata...hahahahah

Hari ni, masak mi kari...pagi2 lagi tuan umah udah ke pasar PJ. kat sana barang basah murah sikit, banyak jimat kalu nak bandingkan dgn kedai runcit kat kawasan rumah ni. Makanya, hari ni, tgh hari smpai ke ptg, makan mi kari lah kami hari ni!

Friday, June 26, 2009

Bila kakakku berMC

Sekarang ni, sejak che ti dpt mc berminggu-minggu dr doktor dia, kat rumah hari-hari ada saja kuih muih yg dibuat sendirian bhd. Dah seminggu le dia dok uji kemahiran memasak n buat kuih tu. Mula-mula dia buat karipap, test market katanya sbb dah lama tak buat. Semalam pula dia buat kuih puteri dgn kuih sagu kelapa. Apa lagi, anak-anak, abg mi dan adik-adik dia suka le...makan dan makan! Lauk makan tgh hari dan malam pun berubah aje. Sedab-sedap pulak tu. Nasi kerabu, nasi ayam dan macam-macam le dimasaknya....best ni....utk kakak ku itu, "mu berhenti jelah kerja...dok umah, masak...jamu kami semua makan)...heheheehehe

Badrul pula sejak dah tinggal dengan kami nih, badan dia naik je memanjang. Apa tak nya, dua org kakak, dua2 kaki memasak! Kesian mu yoe, dipaksa makan oleh kakak-kakak sekalian. yang si mastura pulak...kalau nak makan sedap, hari minggu terpacul le depan pintu umah! Ye la kan, dok asrama, makan ala kadar aje. Nak sedap meh umah kakak mu nih, semua ada.

Hari ni pulak, balik nanti harus daku ke kedai yg murah dekat opis ni. Nak beli barangan utk dibuat mafin kukus utk esok pulak. Dah lama plan nak buat, tapi asyik tergendala aje. maklum le daku kan sibuk memanjang (tapi tak tau aku sibuk kan apa?) lengau dah ni!

Esok kelas seawal jam 8 pagi. Kelas yg ni tak boleh dibuat main-main, terlewat 10 minit pun, pedih telinga kena sound. Jadinya...tepatilah masa anda! Sedikit malas bila kena ke area SA tuh, boleh tak tukar kelas? dah tak mau g shah alam lagi dan lagi....tapi...selagi blm abis belajar, situ le tmpt aku ulang alik setiap minggu. Kalau ada pilihan lain, maunya daku yg mula2 tarik diri. Shah alam bukan tempatku lagik dan lagikkkkkkk....

Tuesday, June 23, 2009

Rejab bulan indah

Esok 1 Rejab datang lagi. Bulan Rejab bulan Allah. Banyak pahala yg akan kita dapat kalau berpuasa di bulan indah ini. Amalan mulia yang pernuh dengan keberkatan.
Saya pernah terbaca bahawasanya kalau kita berpuasa 1 hari di bulan ini dengan ikhlas, maka pastinya ia mendapat keredaan yang besar dari Allah SWT. Apatah lagi kalau berpuasa sunat pada 27 Rejab iaitu hari Isra Mi’raj (isnin, 20 Julai 2009), kita akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa. Alangkah indahnya, pahala yang agak mudah utk dikumpul tapi kenapa payah utk saya merebutnya. Penuh dengan dolak-dalih duniawi. Astarofirullahalazim…minta tahun ini dilapangkan jalan…

Betapa banyak keindahan yg ada dalam bulan Rejab. Berpuasa selama 2 hari di bulan indah ini pun akan mendapat kemuliaan di sisi Allah. Apatah lagi kalau berkesempatan berpuasa pada 1,2 dan 3 Rejab (24,25,26 Jun 09) Allah SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkan orang yg berpuasa itu dari bahaya dunia dan seksa akhirat. Peluang yang indah dari Ya Rabbul Alamin, bagi siapa yang ingin doanya dimakbulkan, berpuasalah dia selama 5 hari dalam bulan Rejab ini dan insya-Allah, doanya mudah dimakbulkan. Insya-Allah.

Juga pada sesiapa yang berpuasa selama 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan dibukakan pintu syurga seluas-luasnya untuknya dan bagi sesiapa yang berpuasa selama 15 hari dalam bulan ini, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan. Manakala bagi orang yang menambah bilangan (hari-hari puasa) maka Allah SWT akan menambahkan pahalanya. Subahanallah. Ingin sekali saya merasai kemanisan ini.

Ya Allah, bukalah hatiku untuk merebut peluang ini semetelah bekalan yang ada selama ini pun tidak pernah mencukupi untuk bekalan di hari penghisaban nanti. Kalau ini peluang yang ada, haruslah direbutinya. Semetelah saya tidak pernah tahu, di tahun mendatang, peluang ini akan hadir lagi atau tidak….

Emeil yang saya terima dari Mas kawan satu kelas minggu lalu. Dijelaskan bahawa Sabda Rusullulah SAW “pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “wahai Jibril, untuk siapakan sungai ini?”
Maka jawab Jibrai as “Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini”.

Betapa indahnya bulan Rejab, bulan menanam dan hasilnya untuk tuaian di akhirat kelak. Insya-Allah….mudah-mudahan di lapangkan peluang untuk beribadat di bulan penuh keberkatan ini.

Wednesday, June 17, 2009

Riang ria berkenduri...

malam tu semua sibuk...jeng...jeng...pakat2 memasak, yg bahagian dlm rumah, buat pulut semangat...

dari sini utk org sebelah sana....

tukang tepet-tepet je...selebihnya acik punya sentuhan...



sebelah siang esoknya...aktiviti memasak lauk pauk...ni semua sedara mara


ma n mok dia...nenek aku yg sentiasa sihat dan tok dalang memasak...umur 74 thn ttp mentain cun

ma n anak bujang tunggal dia...merangkap tukang sponser...tq yeo...nti sponser le lagi


nurul, sepupu - jadi tukang dapur hari tu...tak lama lagi dah boleh jadik arkitek dah nih...tahniah yek...


hidangan utk semua...yg ni hanya utk jamuan 11 pagi...petang n malam lain pulak menunya.

Hapy besday adik manja

mula-mula letakkan kesayangan sasa....dari sasa kecil sampai besar, kucing nih pun dah berapa keturunan....kucing2 ni pun pandai, kerusi ni dah jadi tempat depa beristirehat...

sasa kalau tido, penuh bantal sekelilingnya..back up kata dia sbb tido seorg diri...bertemankan si putih yg tak pernah lari jauh dari tuannya. tang putihnya sikit aje...yg lebih, kucing nih kelabu aje...

sasa n mastura...dua beradik yg happy sokmo...


sasa khatam quran, 5 jun 09...



Happy besday adik manja....sedar tak sedar dah besar rupanya adik bongsu nih. 13 tahun sekejab je...macam baru semalam aku tengok dia lahir dan hari ni, dia lebih besar dan lebih tinggi dari aku. kalau dulu beli baju utk dia, aku suka yg cute-cute...tapi sejak dia dah besar melebihi aku sendiri, baju utk dia pun susah dah nak pilih. Dah ada taste sendiri pun, jadi kalau nak beli baju utk dia, kena pilih betul2...kalau sasa tak berkenan, dia tak kan pakai baju tu....ni pun baju yg dia pakai masa khatam ni baju baru aku...dah dia berkenan, tak dikiranya...terus disarungkan ke badan dia.
Oklah adik manja kak ti, kak eli, abe yeo n kak tuya...semoga makin bijak belajar...belajar dan belajar sampai jadi anak yang berguna kepada ma, abah, kakak-kakak dan abang kamu. Jadilah contoh kepada anak-anak sedara sekalian jugak. Jaga diri hiasi peribadimu dengan akhlak terpuji.




Tuesday, June 9, 2009

Selepas bercuti seminggu

Kerja berlambak menunggu. Rasa seperti tidak cukup tangan dan kaki untuk menyudahkan semua kerja tersebut. Di saat kepenatan masih menguasai, semua tidak mampu untuk berfikir secara waras. Mati idea dan mati kata-kata. Hari ini saja, hampir 20 kali turun naik tangga tiga tingkat ni. Mahunya tak penat!

Cuba melupakan seketika perihal kerja yg menyendat. Inikan menjadi tanggungjawab selagi gaji pada tiap penghujung bulan kita ambil. Terimalah selagi terdaya.....