Thursday, October 11, 2012

Bila kerja

Lelaki ini siapa tak kenal. Negarawan terulung dan tengoklah sambutan yang luar biasa pada kami semua biarpun ini bukan kali pertama kami dapat berjumpa seperti ini. Tahun 2007 dahulu, kami semua dapat berbuka puasa bersama Tun M dan Tun Siti di pejabat Tun di putrajaya. Kali ini pula pada majlis sambutan 40 tahun majalah MB diraikan di Inter Continental Hotel Kuala Lumpur pada 9 oct yang lepas. Majlis meriah dan makanan sedap....betul, memang sedap hinggakan saya tak bangun dari meja makan biarpun kawan-kawan yang lain sibuk bergambar dgn Tun M dan Tun Siti.

Berbicara pasal kerja, ada ketika ianya seronok dan ada ketika ianya sangat-sangat tidak menyeronokkan. Terutama sejak saya berada di dept baru ini. Banyak tak seronok dari seronok kata saya. Sebab saya suka menulis, tiba-tiba ditukar ke bahagian yang sedikit sebanyak melibatkan aktiviti matematik yang kalau nak kira, satu bidang yang saya paling tak suka. Saya adalah orang yang benak matematik. Tersangat! saya harap Umairah Ya Maryam akan mengikut kebijaksanaan ayah ngah dia dlm matematik. Badrul walau sudah sekian lama meninggalkan alam U, tapi dia tetap boleh menyelesaikan soalan matematik dengan mudah. Dahulu, semasa saya masih mengambil degree, assingment metematik dialah yang menyudahkannya! ...pecah rahsia...syuppp..diam-diam dah le ya...tahu kat senat oum habislah saya. Dan sentiasa score A. Tapi bila final exam, cukup-cukup makan asal jangan repeat paper dah le...itulah saya kalau dengan matematik.

Jadi, malas nak cerita pasal kerja sebab hati tengah nak marah je rasanya....so biarlah saya ambil petikan sedikit percakapan dengan ex-boss saya, yang sempat saya jumpa di event tempoh hari. Sekarang ni GM kat MPH.
"Hari tu kenapa u tak pergi kat tempat I cakap tu?" rujuk dia pada peristiwa dua bulan lepas. Dia rekomen saya kerja kat sebuah Library nun di Damansara.
"Oh...jauhlah..." alasan saya memang sentiasa ada!
"Takpe, your emeil me your resume, let's we see after this..."
Ex-boss offer kerja ko...tersangatlah suka...tapi saya seperti biasalah....bila dapat kerja baru, saya tolak...sayang ko nak tinggalkan BP ni...sayang sangat-sangat...(sahabat-sahabat sekalian, andai kalian terbaca, jangan muntah darah ya!) - sebenarnya saya pun keliru dengan diri sendiri! hahahaha...lalalalala...hishhhhhhh...

Baru beberapa bulan lepas pun saya tolak satu offer....dan pada masa yang sama, seorang kawan lama offer kerja tempat dia...dia call personally ko...ajak join dia...tapi saya tolak juga...tak tahu lah kenapa. sayang sangat nak tinggalkan Bp ni....10 tahun dah kat sini, berapa ramai dah yang keluar dan berapa ramai dah yang masuk, tapi saya tetap di sini. Sang pencinta setia....hihihihi....

Lepas tu, bila tiga hari seminggu stress (stress dengan 2 org, havoc je lebih Lili ni) saya jadi cemuih dengan kerja ini....sungguh, kalau orang lain black monday saya pula kalau hari selasa, rabu khamis saya rasa beratnya nak datang kerja...sebab saya tak larat nak buka emeil saya yang penuh berderet dari seorang tu dan siap dia CC kepada semua boss...padahal kerja atau soalan yang ditanya itu tak masuk dek akal pun dan kadang-kadang ada benarnya dia juga. Tapi yang kelakar, emeil dengan client luar pun dia cc pada saya! sudah tentu pasal billing dan payment...haihhhhh...makan jiwa saya! - kata my senior - si A tu sebenarnya jenis suka konker orang! siapa yang lembut dia tindas, suruh ikut kehendak dia dan siapa yang garang dia takut. Kalau dia nak call orang yang dia takut tu, siap call my senior ni, tanya sama ada kakak cantik tu in good mood or not? - tau dia takut kalau dengan kakak tu! thanks kakak cantik sebab buatkan saya tahu perangai sebenar si A ni. - saya cuba nak bertegas + garang jugak - tapi tak retilah! sedih!

Eh...termengadu la pulak....dah nak sing out dah....karang terlebih pulak buat cur han perasaan jiwa raga yang lara ni haaaa...

2 comments:

  1. bisalah lah Li kat mana-mana pun kita keje mesti ada stressnya. Yelah Li dulu aku pun sayang sangat2 nak tinggal BP sampai 10 tahun jg melekat..lastnya dah tak boleh tahan dah itu pun sebab fikirkan anak-anak dh bertambah...sian dorang tak dapat hidup selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ti, sedar tak sedar tua kat sini rupanya aku ni...hihihi...tapi masih alhamdulillah la kan, dalam stress tu ada jugak penawarnya...insya-Allah...setia ku di sini :) wakakaka

      Delete