Thursday, March 7, 2013

Urutan terapi sebelum bersalin

Mari kita kongsi sedikit info berkaitan urutan bagi ibu mengandung. Rencana ini dipetik daripada majalah Mama & Si Manja 2012 Vol 1.

Cara penjagaan kehamilan moden
Kehamilan merupakan pengalaman yang begitu bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Namun begitu, ibu-ibu yang hamil seringkali berhadapan dengan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sakit tengkuk, kekejangan kaki, sakit kepala dan kebengkakan. Inilah sebab mengapa urutan khas amat penting, bukan sahaja sebagai terapi selepas bersalin malah sebelum kelahiran juga. Urutan terapi sebelum bersalin boleh membantu melegakan tekanan yang dialami oleh sendi-sendi dan juga menggalakkan peredaran serta aliran di dalam limfa. Urutan sebegini turut menenangkan tekanan pada sistem saraf, dengan itu memberikan tidur yang lebih lena serta meredakan kemurangan atau kerisauan yang disebabkan oleh perubahan hormon. 

Dapatkan kesan terbaik
Kebaikan berurut kepada tubuh manusia telah diketahui sejak 3000 BC lagi. Bagaimanapun, urutan khas bagi wanita hamil dan bayi masih baru. Kini, semakin ramai yang mengetahui kebaikan urutan terapi sebelum bersalin dan ini menjadikan amalan ini semakin popular, baik urutan tradisional ataupun moden. Apabila seseorang wanita itu hamil, dia mengalami pelbagai perubahan fizikal, emosi dan psikologi. Seorang tukang urut terapi yang terlatih akan dapat memanipulasi otot-otot di dalam tubuh wanita hamil untuk menenang dan mengurangkan ketidakselesaan fizikal serta sebarang gangguan emosi. 

Urutan terapi sebelum bersalin diketahui:
  • Melegakan kekejangan, kesakitan, simpulan dan kekerasan otot
  • Meningkatkan ketenangan
  • Memperbaiki aliran darah dan limfa serta meningkatkan bekalan oksigen kepada bayi di dalam kandungan
  • Meredakan kemurangan dan kerisauan akibat perubahan hormon
  • Mengurangkan sakit tengkuk, bahu dan belakang
  • Mengurangkan insomnia
  • Memperbaiki kesihatan otot dan kulit
  • mengurangkan tekanan pada bahagian belakang, pelvis dan buku lali yang menampung berat badan
Urutan lazimnya tidak digalakkan semasa trimester pertama kerana tubuh baru sahaja mengalami perubahan fizikal. Namun, urutan terapi sebelum bersalin selamat dilakukan pada trimester kedua dan ketiga. Tatkala kehamilan semakin terasa, si ibu akan menghargai kelegaan yang diberikan oleh urutan terapi sebelum bersalin. Bagaimanapun, anda sebaik-baiknya berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menjalani sebarang prosedur baru seperti urutan. Sesetengah pusat urutan juga memerlukan surat pengesahan doktor sebelum memberikan rawatan.

Pakar urutan terapi sebelum bersalin yang disahkan akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan anda selesa dan selamat. Biasanya, sebuah katil khas yang dilengkapi bantal dan kusyen disediakan untuk keselesaan tubuh ibu yang hamil. Kebanyakan ahli terapi akan meminta pelanggan mereka berbaring secara mengiring untuk mengaplikasikan teknik urutan dan tekanan. Bergantung kepada tahap kehamilan dan keperluan pelanggan, seseorang ahli terapi mungkin menggunakan teknik berbeza seperti refleksologi atau urutan Swedish.

Kajian menunjukkan bahawa urutan selama 20 minit dua kali seminggu bagi tempoh lima minggu berjaya mengurangkan hormon tekanan, memperbaiki emosi dan corak tidur serta melegakan sakit belakang dan kebimbangan. Wanita yang kerap diurut juga kurang mengalami masalah obstetric dan bayi mereka kurang mengalami kesulitan selepas kelahiran. 

Langkah berjaga-jaga
Urutan lazimnya baik untuk wannita hamil yang sihat, tetapi wanita yang mempunyai masalah kesihatan berikut perlu berjaga-jaga:
  • Berisiko keguguran
  • Mengalmi pre-eclampsia atau eclampsia
  • Masalah plasenta
  • Keputihan yang banyak
  • Demam
  • Sakit yang tidak dapat dikenalpasti
  • Muntah-muntah
  • Kencing manis
  • Sejarah kelahiran pra-matang
  • Penyakit berjangkit
  • Masalah kulit
  • Tekanan darah tinggi
  • Thrombophlebitis

 Nota saya: Masa mengandungkan Umairah dahulu saya sempat pergi berurut sebanyak tiga kali. Setiap kali selepas mengurut, ah...leganya. Yang kali ini pula, dah masuk minggu ke 30 ni pun saya masih belum berkesempatan nak berurut lagi...sebab sibuk memanjang dan apabila saya free, maksu tukang urut tu pula dah ada pelanggan lain...haih...dah kebas kaki dan kejang dah tulang belakang ni ha...minta-minta hujung minggu ni ada peluang untuk saya.

7 comments:

  1. wah dh 30 minggu kejap jer rasanyakan. bila due date? baby apa tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kan...kali kedua preggy ni rasa cam cepat benor masa berlalu...baby girl lagi kut :) hihihi

      Delete
  2. yer Lili sebabnya kita bekerja hari-hari dok kejar dateline mmg tak sedar masa berlalu

    ReplyDelete
  3. ada no. tel tukang urut yg tahu urut org mngndg x? sy pon nk msuk 30w ni.. kaki slalu lenguh n cpt kebas. bdn slalu skt2.. pregnant ank no. 2..

    ReplyDelete
  4. ada no. tel tukang urut yg tahu urut org mngndg x? sy pon nk msuk 30w ni.. kaki slalu lenguh n cpt kebas. bdn slalu skt2.. pregnant ank no. 2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Zubaidah,

      sorry...saya baru baca komem ni sbb dah lama blog ni bersawan...rasanya skrg ni awak dah bersalin kan? kalau rasa masih nak berurut ni no maksu, tukang urut yg saya selalu berurut...012 3688704.

      Delete
  5. As salam. maksu nie duk KL ke? tk.

    ReplyDelete