Monday, September 9, 2013

pre holiday

Yehaaa...cuti dah lulus...

Pagi2 tadi saya sorong buku cuti pada bos...dia tanya nak cuti bila, saya jawab minggu depan...dia pun arrr...ahhh...lantas pandang calender di atas meja dia, saya turut jeling nampak dia tulis nama negara kat situ...sah! dia pun nak cuti jugak masa tu - dan bos tambah lagi, mamber kita yg seorang lagi pun nak bercuti jugak - jadi kesimpulannnya - berkebetulan memasing tempah tiket pada tarikh yang sama walau dearah sempadan tujuaannya tak sama. Kalau ikutkan, salah seorang daripada kami mesti ada. Tak boleh semua cuti sekaligus, tapi apakan daya - dah tarikh tiket kertas tu dah termaktub sebegitu, apa nak buat ya dak? Nasib minggu depan dah closing MB. Legaaa...

Kakak dah ambil aura nak g holiday...pantang jumpa kerusi tepi swimming pool dia akan panjat dan duduk bersantai macam mem besar. Dengan kakak sangat seronok berjalan - dia ni sangatlah baik, heretlah dia ke hulu ke hilir dalam panas dan hujan renyai, steady je dia jalan - sebab angin dia sama dengan ibu - kaki berjalan.

Dan adik comel busyuk wangi ibu ni, tak tau lagi, baru nak uji utk 1st time ni...harap dia pun akan berjangkit perangai ibu dan kakak yang suka ukur jalan ni. Harap sangat agar dia tidak melalak menangis depan orang ramai sepanjang percutian tu nanti....dengan Medina saya sedikut cuak, sebab sang anak ini tidak suka berjalan keluar rumah. Pernah sekali bawa dia pergi shopping pun nanar ibu dibuatnya, beria dia menangis nak tidur. lepas dari kes itu, memang setiap kali ibu nak keluar shoping, kita tinggakan aje dia kat tokma....dan selepas sekian bulan, baru bulan lepaslah saya test sekali lagi, bawak dia pergi shopping kat IOI Mall, tu pun sebab cari stroller yang boleh dilipat-lipat penyek yg sesuai utk dibawa naik belon nanti. Dan alhamdullilah, dia lulus cemerlang ujian pada hari itu....legaaa hati ibu.

Tapi dalam lega-lega pun, hati tak pernah habis berdoa agar Medina baik-abaik aje sepanjang jalan kita nanti ya nak....kalau adik lulus cemerlang kali ini, next year kita jalan lagi, boleh ayah????

No comments:

Post a Comment