Wednesday, September 25, 2013

Sabah 2013

Kali ke -3 ke Sabah dalam perjalanan hidup saya tapi baru kali ini saya pergi dengan keluarga. Sebelum ini semuanya atas dasar bekerja. Kalau berkerja, tahu sajalah, masa di sana terhad untuk berjalan-jalan. Biasanya bila habis kerja, barulah saya dan kawan-kawan keluar berlibur, itu pun tak lama sebab flight balik duduk menuggu aje. jadi kali ini, saya datang lagi.............................

Sandakan - Ranau - Kundasang

Bercerita pasal percutian ni memang mengujakan. Tambah lagi kita pergi dengan keluarga. Pastinya ia amat menggembirakan (haahahah...rasa poyo je ayat mukadimah nih!)

Sebanarnya nak berkisah, kisah ini - belum pernah rasanya sepanjang perjalanan saya ke beberapa destinasi sebelum ini (zaman bujang terutamanya) saya merasa lega apabila pilot mengumumkan yang kita akan mendarat sebentar lagi. Semasa dalam perjalanan pergi ke sana hari tu, saya rasa macam serik berjalan dengan anak-anak kecil - kakak dengan lasaknya - Adik dengan perangai susah nak tidur - saya jadi berpeluh dibuatnya - belum lagi kes kakak menangis dalam penerbangan. Adoi...penat kawe!

Kakak ni dia cepat boring - penerbangan ke sandakan mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit - lama tu untuk dia duduk diam, baik-baik tanpa berbuat apa-apa. Sejam pertama ok lagi, masuk jam kedua - dia dah mula buat perangai - suruh tidur tak nak - lagi dia nak bermain - dia ingat dlm flight mcm kat rumah dia la tu - pening melayan!

Dan sepanjang percutian hari tu, saya rasa macam tak nak balik sebab takut nak naik kapal terbang - bimbang kakak dan adik buat nyanyian okestra lagi dalam flight tu. Tapi mujurlah mereka baik-baik sahaja semasa balik hari tu. Lega dan tidaklah ibu berpeluh seperti mana semasa dalam penerbangan pergi hari tu. - **terus berangan tahun depan nak berjalan lagi** 

  Beratur nak check in...Umairahlah orang yang paling sibuk. Berlari ke hulu ke hilir pening kepala nak suruh dia dok diam. Ayah dia sibuk nak check in beg, dia pun sibuk saja nak menolong....

  Payah sungguh nak ambil gambar dia dengan adik sebab kakak ligat sangat. Tu pasal tak boleh nak pakaikan dia gaun, nanti dengan gaun2 tu dia selak berlari ke sana ke mari....

Bergambar ramai-ramai di pintu masuk untuk ke kaki gunung kinabalu...ayo yo...perut ayah sudah ke depan lol...

 Konon nak cupture puncak gunung kinabalu yang kebetulan nampak dalam masa seminit itu...namun sedikit sahaja yang nampak sebab kabus cepat sangat bergerak...

 Umairah pelik melihat kenapa semua orang menghalakan camera ke arah gunung sana nun...

Umairah dengan tokma dan sepupunya. 

 Adik steady je makan angin, duduk atas dukung ibu memanjang...tok bah kat belakang, penat dia dok memintas kakak yang suka berlari...

Dan sepanjang percutian di kaki gunung kinabalu, Medina dan kakak amatlah baik, tak ada meragam sepertimana ketika dalam flight. Jadi bolehlah ibu menikmati percutian dengan tenang-tenang.

Pergi pasar Sandakan, macam orang gila borong udang, ketam dan ikan - murah yang amat. Seronok duduk sana, mewah seafood. Tapi kalau nak makan kat kedai - nan adooo nye kedai makan yang sedap. semuanya meyedihkan. nasib saya stay kat rumah adik ipar masa kat sandakan - makan dapatlah kami masak sendiri dan makan semahunya semua ketam, udang dan segala jenis ikan yang segar bugar tu.

Gambar tak banyak, sebab pergi bercuti tapi tak bawa camera - ni semua drp camera hp sajokkkk... - mood nak bawak camera ke laut sebab saya dah sibuk kelek anak saja sekarang ni...tapi ada hati nak bercuti-cuti Malaysia...

Dah...itu sajok, malas nak menaip dah...tata titi titu...

next????? - soalan tuk ayah umairah & medina....

Tapi kan....semalam ibu dah booking hotel satu tempat lagi ni, tapi tak berani nak bagitau ayah lagi...jangan mare ya yah....bulan dec ni kita pergi ya...dekat sajok pun, meraikan besday tok ma n tok bah buat julung kalinya...

No comments:

Post a Comment