Sekadar berceloteh tika jam mencecah 2 pagi...sebab tak bole nak tido...huhuhu...padahya apabila jam 1am pun masih nak mengoreng nasi(salah badrul la ni, bukan main lagi menggalakkan aku menggoreng nasi di pagi buta ni. kata dia "goreng kak, jangan tak goreng, aku tumpang sepinggan.) Badrul memang, tak de keja lain...suka bebenar kalu dengar dapur dan kuali berlaga.
Pastu tak kan lepas makan nak tido kan...so pandai2 la cari kerja sementara nasi abis turun ke perut, dapur kena lap bersih-bersih seperti yg ma buat, kalu tak mahunya ma akan bangun bersihkan dapur dia itu. Lipat kain...belek2 buku sekejab.....lepas tu kan....huhuhu...mana tak berisinya apabila malam ni sahaja dua kali aku mengoreng. Tadi ketika cerekarama baru nak bermula aku masuk dapur, goreng mihun utk makan malam bila masing-masing tak nak makan nasi. So mengoreng lah aku dgn kepakaran yg tak seberapa nih....ala goreng pun sikit saja, patutlah tak mencukupi utk semua yg ada di rumah ketika ini. Sedia maklum ya, dihujung minggu sebegini, umahku menjadi nesery...menggantikan nesery isnin-jumaat saja lagaknya. Tiap hari jumaat, lepas balik kerja kena pergi jemput anak-anak sedara itu semua di umah mereka, bawa balik umah aku. Haruslah suasananya meriah bagai ada kenduri setiap masa...anak-anak sedara, sepupu sepapat yg kecil2 tu semua suka datang umah aku...bak kata abah tadi: "budak2 ni macam kena jampi saja dgn cik ili dia.."
Kekdah aku senang saja...dgn budak2 ni ikut saja ragam dia...tapi jangan melebih, karang tak pasai2 kena cubit dgn aku....Kata Aiqham pula.."cik ili ni marah-marah sayang aje..." Alahai si aiqham ni, memandai saja dia tu...mentang-mentang dia yg paling banyak cik ili bawa ke hulu ke hilir...dengan aiqham ni senang, terutama kalu nak keluar parking...dia akan tolong tengok-tengokkan belakang...lagi satu mulut dia mmg banayak...suka bercerita...dari cerita sekolah, cikgu dia, kawan dia smpai ke game, movie, hp, kereta...kalu kereta dia suka bmw...pantang berselisih terus teruja...itu pasai tiap kali papanya nak hantar services keta pasti dia pun sibuk nak mengekor...ayat power dia "bmw papa dah buruk la...tukar la yg baru...baru best!" dia ingat nak tukar keta mcm dia tukar baju saja.
Lagi...hmmm...hari ni hari paling laju aku bersoping. kata badrul "laju betul ko soping hari ni kak, dalam 1 jam ko dah dapat tv dengan rak dia sekali, di 2 kedai yg berlainan..." kata aku "haruslah kan, aku pilih ko bayarkan..." hahaha...baik punya kakak, selagi boleh pau...aku pau saja si badrul ni. Tambahan pula, dok kat PP ni semua dekat...nak beli apa, semua depan mata pastu murah-murah la pulak...mabuk aku sekejab tiap kali pergi pasar segar pak alang tu, tengok ikan-ikan dan sayurnya yg fresh2 tu...alahai...padahal baru malam ni aku kembali pegang sudip dan kualir setelah 3 minggu pencen sejak masuk umah ni, almaklum la...aku dah culik ma n abah dr kampung........supaya temankan aku di sini, so selama itu juga aku hanya tahu, balik kerja...makannnnn...
Eh...dah 2.30am...zzzzzzzz
Saturday, March 6, 2010
Friday, March 5, 2010
Hobi lama tapi baru nak kumpul...
Teko Kekwa Hitam
cantik dan menawan. cute sangat. sekarang ni, tiap pagi aku buat air milo guna teko ni! cantik la...suka bangat.
yang ini dibeli daripada blog kak shas - shas-koleksiwarisanbonda.blogspot.com
Set pinggan mangkuk kekwa hitam
yang ni dibeli untuk kegunaan di rumah. Memang antik la apabila digunakan utk menghidang. Minggu sudah, sempena rumah baru...jemput la kakak, makcik dan saudara mara terdekat...makan-makan reramai...so aku hidang guna segala kelengkapan ni. Pastu ramai pulak yg berminat dgn koleksi ini...
Set pinggan & mangkuk ni dibeli dgn kak Nannie di kedainya - kedainannie.blogspot.com
p/s: credit to kak nannie dan kak shas...saya curi gambar di blog akak. Sendiri punya tak ada masa nak susun dan abik gambo semua yg ada...terima kasih daun keladi, lain kali nak beli lagi...
Satu lagi piring kuih yang dibeli masa pergi lake town resort hari tu...bunga ros hitam. Cantik sangat, antara koleksi kesayangan. Tebal dan bunganya memang ayu...manis terletak.
entah apa ke rasa, tiap kali menggunakan barangan ini....hati aku pun kembang seperti ros dan kekwa ini juga. sangat teruja...minat lama dulu tapi baru kini berpeluang utk mengumpulnya
Thursday, February 25, 2010
Demo yg bercuti
Wajah anak-anak sedara yang bercuti. Percutian ke Pangkor 20-24 Feb 2010.
Wednesday, February 17, 2010
kena cekik
Aduh....hari ni memang terkena. Dicekik oleh sang peniaga wanita yang gelap mata. Sungguh, tercengang aku dengan harga yang di charge nya...2 ekor udang masak merah - sederhana besar dengan harga RM 39. Memang cekik darah, bayangkan tanpa nasi, air mahu pun sayur, harga yang di bayar memang tidak berpatutan.
Apa pun bukan berkira pasal harga yang perlu dibayar tetapi terkilan apabila terasa ditipu hidup-hidup dengan harganya. Bayangkan aku yang bercakap lorat kelantan ni pun ditipu hidup-hidup, inikan pulak pelancong daripada luar. Patutlah ramai kawan-kawan yang pernah berkunjung ke Kelantan... ramai yang komplen harga nasi campur di atas pasar Siti Khadijah memang tak masuk akal. Hari ni....memang membuktikan apabila anak jati kelantan pun terkena sama! Aduh peniaga wanita itu....kalau pun betul nak kelentung, letaklah harga yang berpatutan. Ini kan macam harga di hotel lima bintang pulak dah!
Sungguh pun tadi, dalam keadaan yang sama ketika itu, ada seorang pembeli yang sedang membetulkan harga yang ditetapkan oleh peniaga nasi tersebut (agaknya pembeli tersebut juga tidak berpuas hati dgn harga yang dikenakannya). Dan datanglah seorang pemungut hutang Bangladesh...(untuk memungut hutang daripada si peniaga wanita tersebut).....mungkin sang peniaga wanita itu sudah mula tension apabila didesak oleh pembeli itu supaya mengira semula satu persatu harga makanan yg dibelinya....dan tanpa rasa bersalahnya si peniaga itu memarahi lelaki Bangladesh itu dgn berkata "mu dok tepi dulu, kan aku jirus (siram) dengan air panas!" Aduh....perkara itu sekali lagi memang membuktikan pelakuan dan peribadi sebenar sang peniaga wanita itu. Sungguh tidak bermoral sama sekali! Aku yang mendengar ni lagi la terasa panas telinga. Memang peniaga wanita tersebut pencekik darah! dan tidak berpekerti orang baik-baik.
Sungguh...buat sekian kalinya...aku serik untuk membeli makanan di atas pasar Siti Khadijah. Lebih baik terus makan di restoren-restoren yang bersepah sepanjang jalan di kawasan luar dari bandar, harga yang ditetapkan boleh lagi masuk dek akal kalau nak dibandingkan dengan harga 2 ekor udang di atas pasar tadi.
Kalau dahulu, Kelantan memang terkenal dengan harga yang murah, tatepi kini tidak lagi....bak kata seorang teman sepejabat dan senegeri "Kota Bharu sudah jadi macam Pavillion....harga semua mahal..." Ya...aku akui semuanya apabila sendiri merasainya dan acap kali terkena tetapi masih cuba berdiam diri dan hari ni...terasa yang perkara ini sudah melampau...
Sekali fikir dan ingat-ingat balik...lebih baik makan lobster kat Bali....baru RM 25 seekor. Makan di langkawi...open table fresh seafood segala baru RM 75 dan kari kepala ikan di Lake Town Resort baru RM 70 utk satu family dan lunch - udang bakar (sama saiz) belakang istana di KL baru RM 13 siap nasi + air sekali!
Alahai...negeriku terchenta...
Dan untuk sang peniaga wanita tersebut....berpada-padalah untuk mengaut keuntungan ketika musin cuti sebegini...berpatutan lah apabila berniaga!

Monday, February 15, 2010
Cuti di kampung
Hari kedua di kampung halaman...hmmmm....bestnya. Udara pagi yang nyaman, hening suasana dan sesekali mendengar kicauan burung serta ayam itik...huh...kalaulah dapat hari-hari macam ni kan best. Mengadap Pc dan berangan tanpa gangguan...hehehe....berangan lagi! Ok, stop berangan.
Hari ni nak g kedai 'hunting' barangan antik. Harap-harapnya jumpa la barang yang aku nak cari tu. Malam tadi pun, ma dah bawak keluar koleksi lamanya yg dapat dr orang-orang lama sekeliling rumah kami. Cantik-cantiknya pinggan dan cawan lama...harus le aku bawa balik KL nanti.
Satu kedai yg aku dah melalui nya semalam...wah...tengok dari luar, bersusun barangan lama....sungguh aku tak sabar nak pergi....nak selongkar semua yg ada!
chow dulu...

Monday, February 8, 2010
Bila berbunyi...
Semua orang tegur ‘ li…u put on weight ke?”
Ada lagi seruan “wah muka…tembamnya…”
Ada seorang tu “hati org bahagia, terserlah di raut wajah!”
Kata cleaner di opis “aya…lili…tengok dr sisi pun berisi la…”
Pastu ada yg menutur “lama tak tgk…makin menjadi-jadi…”
Kata serpih “jangan makin rendang dah la…”
Seorang kakak “betul la…dulu akak pegang lengan kamu, kecik saja, rasa tulang! Sekarang ni dah terasa berisi…”
Paling hangit “makin 'comei' la dia…itulah dia, sepatutnya!” huaaaa…yg ni aku paling nak menangis. Bukan sebab dgn pujian tu…tapi sedih dgn ayat-ayatnya selepas itu….sindirin berbaur kiasan madu pabila sepuluh tahun dikenali…
Jawapan “dulu, kini dan akan datang, semestinya akan ada perubahan…”
Dalam diam, aku sendiri bertanya “sudah gemukkah aku????”
Sendiri mau ingat le…makan tak kira waktu. Jam 1am pun aku masih boleh makan nasi. Sambil tengok Chelsea vs Arsenal….seperti laju bola dirembat ke sana ke sini…makin laju aku mengunyah nasi di pagi yang hening! Apa pun, yang penting… mataku hanya nampak Ballack sahaja di atas padang ituew!
Hehehehe…hati bahagia maaaaa….

Tuesday, January 26, 2010
Mudahlah segalanya
Masya-Allah, dah hampir ke penghujung January rupanya...lama sungguh aku bertapa. Dalam sibuk menguruskan pelbagai urusan yang mendatang, sedar tak sedar dah nak dekat agenda yg dirancang. Minta Allah dipermudahkan semuanya.
Baru-baru ini, aku kembali ke dearah satu ketika dahulu. Melawati kawasan sekitarnya yang damai. Seawal pagi aku sudah sampai sebab ketemujanjinya yang sudah dibuat sehari sebelum. Ya, dia bawa aku kembali mengisi saat-saat cerita silam di situ. Sungguhnya aku teruja untuk memiliki idaman tersebut. Puas mengeliling, aku bawa balik gambarnya, minta pendapat sekalian penduduk rumahku. Ada yang kata, Ok. Ada yg kata tak Ok. Maklumla, nun di lereng bukit di apit oleh kondo-kondo mewah sekitarnya. Jadi keputusannya masih tergantung!
Alkisah, December pergi tak sedar, january datang pun aku masih lena. Alahai....

Subscribe to:
Posts (Atom)