Monday, January 7, 2013

baru nak godek blog, welcome 2013

Wah...sedar tak sedar hari ni dah 7 Januari 2013. Macam cepat sangat masa berlalu dan tahun 2012 dah seminggu ditinggalkan. 2012, diakhiri dengan bermalam di wad hospital colombia selama 6 hari. Si manja tu tak pasal-pasal demam payah nak kebah dan akhirnya kena masuk wad. Maka berkampunglah kami anak beranak di hospital...

Gambar ni masa kami cuti-cuti tahunan keluarga Pok Awi ke Penang. Tiga minggu sebelum umairah demam. Budak yang suka gajet. Pantang dapat tablet che long, note II ayah ngah, umairah mula bergedik. Ayah punya dah tak layan sebab kecik sangat dah. Apatah lagi hp buruk ibu, lagi dia tak pandang. Balik dari hospital, ayah ngah belikan umairah tablet yang memang khas untuk umairah saja. Terima kasih la ayah ngah yang sebab hadiahkah umairah tablet. Bila dah dapat yang betul-betul dibelikan atas nama dia, langsung dia tak bagi orang pegang kecuali ayah ngah dia je....siang malam dia kelek ke hulu ke hilir....

 ni masa hari pertama kat ward. kesian dia. kena sumbat wayar oksigen kat hidung, cucuk drip water kat tangan...reda je dia diperlakukan apa saja. kesian anak ibu sayang ni...ni pun dengan ayah ngah dia juga. Orang lain tak boleh masuk dekat, semua dia cakap tak nak..tak nak je...

Ni hari kedua balik dari hospital. Dah nak mula main kat luar rumah....bila ayah nak snap gambar, dia senyum malu-malu pulak...alahai sayang ibu...rindu kamu lah

Sekian, kisah anak kesayangan saya.

Apa pun, selamat menyambut tahun baru buat semua kawan-kawan...semoga tahun 2013 ini lebih menawan kehidupan kita semua...Insya-Allah...


Thursday, November 1, 2012

Sesi makan lagi...

Tiba-tiba rasa nak bercoleteh pula hari ni, mentang-mentang hari ni baru 1 hb kan, kerja belum masuk lagi. Nak tunggu closing minggu depan pulak, jadi hari ni ada la sikit masa untuk bercoleteh panjang....

Atas meja saya sekarang ni berlambak dengan makanan, ada jambu potong, ada pisang goreng dan ada kuih keria. Hahahaha...padahal baru sejam tadi saya baru belasah nasi lauk ikan jaket sumbat cili...sesi makan saya bermula lagilah...mentang-mentang makan untuk dua orang, jadi saya pulun sesungguh hati. kalau orang lain, di awal minggu macam ni, harus dok pening memanjang campur muntah bagai...tapi saya; alhamdullilah sihat memanjang dengan keadah makan tanpa memilih makanan....mcm buruk lantak benarkan.

Tapi masa migggu 8 ke bawah hari tu ada juga masa tak lalu nak makannya...jadi masa tu saya makan sikit-sikit buat alas perut...dan sekarang ni bila dah masuk minggu ke 12....hahahaha....sesi makan saya kian menjadi-jadi....wallaalalala.....muka pun dah bulat macam bulan penuh. Mau lawan sama itu Ya Maryam membesarkan peha dan betis...wakakakaka....

Sekarang ni makan dan makan konon tak takut gemuklah sebab masa lahirkan Ya Maryam dulu saya dapat turunkan berat badan le tahap paling best la...sebab masa pantang tu saya memang berpantang betul-betul...makan nasi berlaukkan ikan bakar dan kuah sayur air tumis sahaja...hari-hari pulak tu sampai habis 40 hari.

Thursday, October 18, 2012

Rakan-rakan yang meriah

Hari ni mari kita mengungkit kenangan tahun lepas masa team building di Port Dickson. Sebenarnya gambar ni baru je di upload oleh Pok Lie. Dan saya pun gatai tangan la nak tepek di sini...buat kenang-kenangan...

 Sesi mengurut untuk elakkan mengantuk di waktu malam...

 Lupa yg ni game apa...kena gunakan tali rafia ikat ahli kumpulan...

 Bukan main depa ni semua mencuba....akhirnya group kak Shida sahaja yang berjaya...

 Sesi mendapatkan bajet untuk pembelian sesuatu barang yang ditawarkan. Yang ni kena bersatu hati sebab nak cukupkan jumlah wang yang diperlukan...

 Tiup belon dan cucuk lidi ke dalam, jangan sampai belon pecah. Ada caranya...cucuklah kat bahagian atas sekali tu, confirm belon tak pecah dan boleh masukkan sampai sepuluh pucuk lidi pun...see...chot berjaya melakukannya...bijak...bijak..

 Di sebelah pagi aktiviti padang di tepi pantai...betapa giat depa semua bermain baling belon berisikan air..
ada yang basah kuyup pun ada ni...seronok, rasa macam kembali ke zaman kana-kanak riang.

Inilah group saya...masa ni saya 'bawa' umairah sekali...dalam perut baru 5 bulan.

Akhir sekali...inilah kami semua. Muka happy lepas kena motivasi...hihihihi....


Thursday, October 11, 2012

Bila kerja

Lelaki ini siapa tak kenal. Negarawan terulung dan tengoklah sambutan yang luar biasa pada kami semua biarpun ini bukan kali pertama kami dapat berjumpa seperti ini. Tahun 2007 dahulu, kami semua dapat berbuka puasa bersama Tun M dan Tun Siti di pejabat Tun di putrajaya. Kali ini pula pada majlis sambutan 40 tahun majalah MB diraikan di Inter Continental Hotel Kuala Lumpur pada 9 oct yang lepas. Majlis meriah dan makanan sedap....betul, memang sedap hinggakan saya tak bangun dari meja makan biarpun kawan-kawan yang lain sibuk bergambar dgn Tun M dan Tun Siti.

Berbicara pasal kerja, ada ketika ianya seronok dan ada ketika ianya sangat-sangat tidak menyeronokkan. Terutama sejak saya berada di dept baru ini. Banyak tak seronok dari seronok kata saya. Sebab saya suka menulis, tiba-tiba ditukar ke bahagian yang sedikit sebanyak melibatkan aktiviti matematik yang kalau nak kira, satu bidang yang saya paling tak suka. Saya adalah orang yang benak matematik. Tersangat! saya harap Umairah Ya Maryam akan mengikut kebijaksanaan ayah ngah dia dlm matematik. Badrul walau sudah sekian lama meninggalkan alam U, tapi dia tetap boleh menyelesaikan soalan matematik dengan mudah. Dahulu, semasa saya masih mengambil degree, assingment metematik dialah yang menyudahkannya! ...pecah rahsia...syuppp..diam-diam dah le ya...tahu kat senat oum habislah saya. Dan sentiasa score A. Tapi bila final exam, cukup-cukup makan asal jangan repeat paper dah le...itulah saya kalau dengan matematik.

Jadi, malas nak cerita pasal kerja sebab hati tengah nak marah je rasanya....so biarlah saya ambil petikan sedikit percakapan dengan ex-boss saya, yang sempat saya jumpa di event tempoh hari. Sekarang ni GM kat MPH.
"Hari tu kenapa u tak pergi kat tempat I cakap tu?" rujuk dia pada peristiwa dua bulan lepas. Dia rekomen saya kerja kat sebuah Library nun di Damansara.
"Oh...jauhlah..." alasan saya memang sentiasa ada!
"Takpe, your emeil me your resume, let's we see after this..."
Ex-boss offer kerja ko...tersangatlah suka...tapi saya seperti biasalah....bila dapat kerja baru, saya tolak...sayang ko nak tinggalkan BP ni...sayang sangat-sangat...(sahabat-sahabat sekalian, andai kalian terbaca, jangan muntah darah ya!) - sebenarnya saya pun keliru dengan diri sendiri! hahahaha...lalalalala...hishhhhhhh...

Baru beberapa bulan lepas pun saya tolak satu offer....dan pada masa yang sama, seorang kawan lama offer kerja tempat dia...dia call personally ko...ajak join dia...tapi saya tolak juga...tak tahu lah kenapa. sayang sangat nak tinggalkan Bp ni....10 tahun dah kat sini, berapa ramai dah yang keluar dan berapa ramai dah yang masuk, tapi saya tetap di sini. Sang pencinta setia....hihihihi....

Lepas tu, bila tiga hari seminggu stress (stress dengan 2 org, havoc je lebih Lili ni) saya jadi cemuih dengan kerja ini....sungguh, kalau orang lain black monday saya pula kalau hari selasa, rabu khamis saya rasa beratnya nak datang kerja...sebab saya tak larat nak buka emeil saya yang penuh berderet dari seorang tu dan siap dia CC kepada semua boss...padahal kerja atau soalan yang ditanya itu tak masuk dek akal pun dan kadang-kadang ada benarnya dia juga. Tapi yang kelakar, emeil dengan client luar pun dia cc pada saya! sudah tentu pasal billing dan payment...haihhhhh...makan jiwa saya! - kata my senior - si A tu sebenarnya jenis suka konker orang! siapa yang lembut dia tindas, suruh ikut kehendak dia dan siapa yang garang dia takut. Kalau dia nak call orang yang dia takut tu, siap call my senior ni, tanya sama ada kakak cantik tu in good mood or not? - tau dia takut kalau dengan kakak tu! thanks kakak cantik sebab buatkan saya tahu perangai sebenar si A ni. - saya cuba nak bertegas + garang jugak - tapi tak retilah! sedih!

Eh...termengadu la pulak....dah nak sing out dah....karang terlebih pulak buat cur han perasaan jiwa raga yang lara ni haaaa...

Thursday, September 27, 2012

Lap peluh lepas deadline


Alhamdullilah, hari ni selesai sudah urusan kerja utk majalah 1st oct. Pasal urusan yang nilah, akibatnya malam tadi saya tak lena nak tidur sebab dok teringatkan satu perkara. Ada satu client ni, dialah yg paling awal booking dan dia jugalah paling banyak urusan . Letih saya dibuatnya. Hampir tiga minggu saya dok follow-up dengan dia pasal iklan pun tak sudah-sudah lagi. Payah sungguh dia nak confirm ad yang mana satu sehinggalah semalam saya minta dia supaya buat keputusan segera sebab saya dah nak hantar artwork ke printer. Rupa-rupanya banyak lapisan bos yang dia kena menghadap untuk memilih contoh artwork yg sesuai.Hhmmm...patutlah lambat!

Itu satu lagi cerita client, sakit jantung dibuatnya. Hampir sebulan saya call, tak pernah berangkat. Kalau call operator pun, dia pass line kemudian senyap. Sakit jiwa saya sehinggalah rasa hilang sabar jugaklah...petang semalam saya buat garang sikit...minta disambungkan kepada pegawai lain, nasib dapat bercakap. Dan hari ni bila saya dapat material, dari 1 page jadi 2 pages, siap dengan advertorial! Tambah berpeluh, semalam saya booking 1 page only dengan editorial site. Pengsan mak! mana nak letak lagi 1 page writeup tu. 

Nasib Ms Thava kita boleh tolong buat arrangement lain pulak...kalau tak semput la saya...huaaaaaa
Dah la..malas nak ingat, asal semua settle, saya dah boleh lap peluh dan malam ni tidur dengan lena :)

Bye :) :)


Friday, September 21, 2012

Anak-anak saya

Ni la dua orang budak yang saya jadikan kawan masa dulu-dulu. Dah jadi macam anak sendiri pun ya jugak. Ya la, makan mandi pergi sekolah pun kadang-kadang saya yang tolong uruskan masa mama mereka kerja shif.  Pernah report card pun saya yang pergi ambik di sekolah :) ....pernah juga setiap tengah hari berkejar2 ambik dak Azim di rumah pengasuh, then hantar dia ke sekolah di PJ. - Pernah juga bangun pagi-pagi, kejutkan mereka bersiap ke sekolah, hantar mereka dekat bus stop pepagi buta dan macam-macam la. - Itu citer dahulu la, masa saya masih bujang trang tang tang tu dan menumpang rumah mereka.

Tahun 2012, sekejab je dah membesar mereka ni ..tengok2 sekarang ni semuanya dah tinggi dr saya dah semua. Dahulu masa Aiqham kecik-kecik, kalau orang tanya mana mama? Dia tunjuk saya mama dia - ada ke patut, kesian mama awak tau!. Ni sebab saya dok manja kan dia lebih-lebih la tu... Aiqham ni kalau pergi sekolah baju kena bergosak lendik tahu....pengawas sekolah yang skima..hahahaha...

Azim pulak lasak yang amat. Dua beradik ni memang suka mengena saya, dia tahu saya takut dengan ular, pernah satu hari dia letakkan ular atas katil saya, masa tu saya sedang baring sambil baca buku...bila tersedar je ada ular mainan getah tu, maka apa lagi...melompat setinggi awam lah saya atas katil tu. Nasib tak runtuh katil! dan entah dengan semangat yang mana, dengan mata terpejam, saya ambil benda alah tu dan baling ke bawah...selamat! berkejar dua beradik tu nak ambil di bawah, memang tak jumpa la...  

Umairah kalau dengar suara abang Aiqham dia mulalah tersengih-sengih...entah kenapa Umairah suka sgt dekat abang Aiqham dia pun saya tak tau...pernah pagi ahad lepas, masa dia baru sedar dari tidur pagi tu, saya tanya dia "nak pergi rumah che long tak?" laju saja budak kecik tu mengangguk. Suka benar bila dengar nak pergi rumah Che Long dia di Pantai Dalam.

Ni kalau abang Aiqham dan abang Azim melayan dia main, memang dia tak ingat la kat ibu sendiri...harap kalian semua jadi anak yang baik-baik saja...Insya-Allah. 

 

Tuesday, September 11, 2012

Happy anniversary

Semalam Umairah demam. Kesian dia nak makan tak lalu tapi bermain boleh saja. Berjalan dan naik turun tangga macam biasa. Akhirnya malam tadi dia tak nak tidur. Puas saya paksa dia tidur sampai 2 pagi mata dia masih cerah! Dan...akhirnya dia tertidur dengan sendirinya....tapi.......................................................

Paling teruk jam 5 pagi dia terjaga nak main dengan buku. Boleh? pepagi buta menangis macam kena penampar sira ibu, pujuk punya pujuk tak jalan. Last sekali ibu hulur buku, terus dia diam + sengih ...dan elok dia dok belek buku dia tu sambil sebut 'tat' utk cat 'der' utk bird...huh! lap air liur basi ibu tau...

Kata ayah dia, "Kakak nak g jawap exam esok tu, pasal tu dia bangun study."  - Lantaklah nak oooii...pepagi buta pun nak main.

Dan siang ni, alhamdullilah demam kakak sudah kebah. Ibu suka sangat.

Dan juga...hari ni hari ulang tahun perkahwinan saya :):):)

Happy anniversary ayah. May Allah s.w.t bless our marriage. Moga Allah murahkan rezeki kita sentiasa...Insya-Allah. Moga kitakan bersama selamanya...amin....