Friday, August 23, 2013

cerita ceriti



Penyewa rumah saya ni sangat polite…dan tak dan hujung bulan dia dah bank-in duit sewa (hari ni le tu)…dan tak banyak kerenah. Syukur saya dapat penyewa yang begitu. Ingat lagi masa dia mula-mula telefon dulu, siap tanya rumah tu saya nak sewakan atau nak duduk sendiri, bila saya kata nak sewakan, laju je dia booking padahal masa tu saya tak dpt pun lagi kunci rumah, sbb masih dalam proses tukar nama. Dia pula siap nak bagi wang deposit la..sebab takut rumah tu terlepas kat tangan orang lain. Masa tu dia tak tanya pun berapa sewa yg saya nak letak, tapi terus je booking, Nampak sangat yang dia memang nak rumah tu @ memang dia berduit….actually masa tu dia baru kahwin, sebelum ni dia menumpang rumah abang dia.  

Dan bila saya dapat kunci, 15 minit je saya pegang terus bagi kat dia…dan senyum lebarlah dia sebab dah boleh bawa isteri datang duduk sekali kat KL ni. Faham-faham sendirilah ya bila orang baru kahwin ni…lol…

Kisah saya beli rumah ni sangatlah menyakitkan hati dan habis duit….lawyer loan bank tersangatlah banyak songeh dan buat kerja macam kura-kura…tak padan kita bayar mahal utk kos guamannya tu. Dia buat kerja sambil lewa, rasa nak sembelih je J…. Boleh dia hold file kita sebab lawyer yg incharge tu dah resign, jadi mereka tunggu lawyer baru masuk baru nak sambung….

Mula-mula tu saya tak push sangat sebab nak bagi dia buat kerja dengan aman, tapi dia makin naik lemak, sampai saya kena macam2 panelti….kalau ikutkan rasa marah memang tak nak bayar dah, biar legal  firm tu selesaikan semua panalti tapi mereka makin main tarik tali. 

Owner lama rumah tu pula dah mula bising sebab dah 9 bulan tak settle2 juga lagi…maka apa lagi, lili naik hantulah dgn lawyer firm tu, nasib tak pergi serang je….wakakaka…(berani berangan nak g serang!!!)
dalam marah saya call, tapi bila bercakap nada macam ajak orang bercinta….hahahah…. ternyatalah saya tak pandai nak marah orang J padahal masa tu memang saya sangat-sangat marah bila lawyer owner ugut nak kensel jual rumah tu dan 10% deposit tu bakal hangus sebab loan lawyer saya gagal selesaikan mengikut tarikh yg diberikan.…gila hape? Dia ingat puluhan ribu tu tak banyak! – sikit punya sakit jantung kami suami  isteri korek tabung nak cukupkan 10% tu. 

Nasihat saya, kalau sesiapa nak beli rumah 2nd hand tu, pilihlah lawyer yang betul2 berwibawa. Jangan jadi macam saya, seoleh ditipu bulat2. Duit mengalir macam air dek kerana bayar panilti banyak sangat.
Ok berbalik kes lawyer lembab buat kerja, saya ada cara saya sendiri nak ajar dia, saya  buat sampai orang tu tak senang duduk.  Selang dua tiga hari saya call ingatkan pada orang yang incharge tu…tiap kali call saya tanpa apa progress, apa progress….dan siap bagi deadline lagi….dan mungkin sebab tak tahan dengan perangai  busy body saya ni, cepatlah pulak dia buat kerja. Tahu pun stress bila client asyik dok menyibuk. Padam muka dia, bila kita dok diam, ikut rentak dia buat kerja, dia main-mainkan kita sampai kita yang terpaksa bayar sana, bayar sini penaltinya. Sungguh saya serik beli rumah second hand ni bayangkan  genap setahun drp hari pertama pergi tengok rumah, bayar booking sampai ke dapat kunci rumah. Pening! Dan tarikh tu saya  ingat sangatlah sebab  jatuh pada hari birthday Sasa.  

Dalam banyak liang libu perihal beli rumah 2nd hand ni, ada untungnya juga, sebab kita boleh terus sewakan. Nak-nak macam rumah yang saya beli ni, rumah siap dengan kitchen cabinet dan plaster ceiling bagai. Kiranya rumah tu memang murahlah sebab market hari ni dah naik hampir 20% daripada harga  masa saya beli dulu tu…alhamdullilah la, rezeki beli masa harga masih murah dan sekarang ni pun penyewanya pun sangat ok, kira bonus sgtlah kan….dan harap2 biarlah sampai bila-bila pun dapat penyewa yang ok saja. Takut saya dengar cerita kawan-kawan yang pernah ditipu dek penyewa, lari tak bayar sewa dan sebagainya itu. Minta dijauhkan…

***mood.....tetiba saya rajin nak bercerita petang ni....*** ertinya, saya bukan dalam deadline nak closing magazine :) 

Thursday, August 22, 2013

Gambar raya 2013

Hahahahaah...dah lama tak dan nak jengok rumah ni, sibuk sesangat dengan pelbagai urusan kerja dan anak-anak...jadi dalam masa yang ada barang seminit dua ni saya mengambil kesempatan nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya, mana tau ada terkasar bicara yang bisa mengguris hati kalian ya dak?

Ini gambar raya saya tahun ni...dahulu seorang, kemudian berdua, setahun lepas tu bertiga dan tahun ni berempat pula. Dalam masa tak sampai 4 tahun...hebat...hebat...lololololo...

Banyak lagi gambar nak upload tapi tak kesuntukan masa utk berlama di rumah ini, jadi saya simpan dahulu, nanti ada masa saya buat.....

Tuesday, July 23, 2013

Cara betul makan buah


Gambar ini dirakam ketika KKR BPSB mengadakan majlis jom makan buah bersama masyarakat Simpang Pelangai, pada musim buah yang lepas.

Sebenarnya nak berkongsi sedikit info yang saya baru baca tadi di FB seorang teman berkenaan makan buah...walau dah lama tahu yang buah kena makan sebelum kita makan makanan berat tapi tetap juga tak ikut…kadang-kadang kalau kat opis tu, lepas lunch baru makan buah…sebabnya otw balik tu baru nak singgah gerai kakak yang jual macam-macam jenis buah. Memang salah konsep.

Jadi meh kita kongsi cara yang betul dan moga kita semua dapat amalkan demi kesihatan di hari muka…

Cara yang tepat makan buah;
* Jangan makan buah-buahan selepas makan
* Buah harus dimakan pada saat perut kosong

Bahaya uuntuk kita jika buah bercampur dengan makanan lain. Ianya akan membusuk dan menghasilkan gas sehingga lambung dan perut akan kembung! Menurut penelitian Dr Herbert Shelton; Jika anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an, anda memiliki;
umur panjang,
selalu sihat,
penuh tenaga,
tubuh dan fikiran jadi tenang  & berat badan normal.

Jadi hendaklah makan buah yang segar dan bersih (bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol plastik) lebih baik daripada minum jus. Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, kerana kita harus membiarkannya bercampur dengan air liur terlebih dahulu sebelum menelannya.

Juga, amalan minum air sejuk (ais) selepas makan dipercayai akan menyebabkan kanser. Air sejuk akan membuatkan makanan yang berminyak menjadi beku dan akan jadi lemak bertoksin (racun)
Jadi cara terbaik untuk kita adalah dengan minum air panas atau suam selepas makan. Serta makan buah segar di saat perut masih kosong.  Dan ketahuailah bahawa buah adalah makanan paling penting!

Sebenarnya di opis saya ada contoh terbaik yang mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur. Ternyata telah terbukti dia kekal sihat dan menawan sehingga ke hari ini...

Semoga dengan amalan pemakanan yang sihat kita kekal cergas dan sihat sepanjang masa...Insya-Allah... 

Thursday, July 18, 2013

Niat tak lepas



Bulan-bulan puasa ni nak berkisah pasal menu berbuka dan bersahur la ya…untuk tahun ni, kakak kedai yang masakan dia sedap kat faber tower tu tak berniaga. Dan jadilah kami semua ni mencari tempat yg baru, tapi dah nak masuk pertengahan puasa ni masih tak jumpa kedai yang boleh lawan masakan kakak tu...jadi kesimpulannya, tahun ni banyak kena masak sendirilah. Jarang sangat lauk dari luar…

Satu hari dalam minggu ni saya bawa keluarga pergi makan kat shakri expres di alamanda, buffet Ramadan  RM35 seorang. Kata  thai restoren memang gigihlah saya tempah awal-awal..sebab penduduk rumah saya suka masakan ala thai ini…jadi saya ingatkan inilah pilihan yang paling tepat tapi rupa-rupanya….keciwa den………………..dengan masakan dia yg ntah rasa apa-apa…ikan bakar hitam legam – ikan kembung yg di potong serong separuh badan nak makan pun tak berapa nak lalu walaupun saya ni pengemar ikan bakar. Paling best, makan bawah khemah. Kata inche teman serumah, macam makan kat keduri kahwin je! Saya pandang keliling, terpaksa mengiakan sebab kerusi meja sendat, disusun rapat-rapat sampai lorong nak ulang-alik ke meja buffet pun takde, terpaksa menyelit dicelah-celah kerusi orang sedang makan - ….wakakakaka…senyum2 birat saya, maklumlah saya pun tak jangka sampai macam tu sekali.  Terkena saya – tau macam tu saya book je kat hotel siap2 – puas hati!

Yang ni ada sikit terkilan sebab niat saya nak belanja family makan yg sedap-sedap tak tercapai……. – tapi bab kata adik-adik, padanlah dengan harga yg ditawarkan – pada saya harga tak jadi masalah  (wah, tulis macam org kaya – sila cebik muka)!!!!

Back to story - mahal ke murah kalau saya tahu itu thai restoren saya akan pergi sebab nak makan tomyam sedap – (mood berangan)  macam yang pernah saya makan kat Bangkok  dulu – sedap sampai teringat hingga kini – tapi yg ini, yg ada cuma mee & kue tiew tomyam je – manis macam gula free – (oit..udah-udah le dok complainnya)….ok… - tersedar balik yg tak baik dok complain pasai makanan – next time saya kena lebih berhati-hati kalau masih nak pilih restoren sebagai buffet untuk berbuka.

Eh…lain orang lain selera ya dak? Saya kata tak menepati selera  tapi jiran meja sebelah saya kata ok jeeee…..

Dan hari ini ayah umairah nak pergi berbuka di concorde hotel – pesan ibu…makanlah puas-puas ya, gandakan yang tak puas hati hari tu….ibu pula, dok tengah usha Tok Aman Bali Resort pula utk berbuka – giliran nak belanja family in law pulak – kalau masih ada kerusi kosong utk tarikh dua tiga hari sebelum raya tu kita pergi la ya..kalau takde kita dok diam-diam!

Monday, July 15, 2013

Adab mandikan bayi



Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1.      Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang  suam.

2.      Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3.      Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4.      Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5.      Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6.      Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7.      Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8.      Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Artikel ni saya lekatkan di sini sebagai rujukan saya dan sesiapa sahaja di kemudian hari…dan lebih dari itu terima kasih diucapakan kepada:  http://pama.karangkraf.com/bayi/adab-mandikan-bayi-baru-1.181617  kerana sentiasa menjadi sumber info-info yang berguna kepada kami ibu bapa semua…terima kasih daun keladi…ada lagi share la lagi :)

Sunday, July 14, 2013

Jantung hati ibu

Wah...rancaknya saya berblog kebelakangan ni ya...mcm banyak benar masa ya dak? padahal dalam hati tengah menggebu nak buat biskut raya...tapi tak tau lah jadi ke tak lagi. Bila memikirkan yang biskut raya di pasaran makin mahal, hati terus merajuk dan terus rasa nak panaskan oven sendiri je...tapi takutnya baru nak putar butter anak dah meraung dahulu...cuma yang pasti saya akan ada pembantu yang paling baik punya untuk menabur tepung ke serata pelusuk rumah...

Jadi setakat hari ni masih memikir-mikirkan lagi...baru minggu pertama puasakan? ada lagi dua minggu sebelum balik kg jadi saya memalaskan dirilah dulu...jadi apa lagi, saya tepeklah gambor budak2 ni semua...

 Medina sekarang ni pantang diagah pandai saja dia buat muka, pejam mata la, senyum menganga mulutlah...macam-macam memek muka dia dah terer buat...ni pesel nak tutup mata tapi tak rapat pun, sayangnya dia tak senyum...ada ketika dengan bibir tersenyum dia pejam mata nak usik kita pula...

 Kakak suka mengusik Farif yang gebu macam tart nenas yang cair dalam mulut tu - sepupu dia yang seorang ini juga turut menjadi mangsa buli kakak...kesian Farif...habis calar balar badanya...

Tengok...muka budak bertuah ni...bila kita halakan hp pada dia dah pandai buat muka cam ni...takmo kakak..takmo buat gini...tak senonoh namanya tau...

Huhuhu....dengan kerenah kakak yang pelbagai, adik yang tak lama lagi pun akan ikut membesar, maunya ibu jadi tarzan kat rumah ni nanti...

Saturday, July 13, 2013

Mari belajar solat bersama Umairah Ya Maryam

Kakak dah pandai nak solat. Sering berebut sejadah dan telukung dengan saya kalu dia ada dalam bilik masa saya nak solat, jadi sekarang ni saya akan bentangkan dua sejadah dan siap pakaikan dia telukung dan dia akan bersolatlah dengan lintang pukangnya dan entah apa2 yang dibacanya. Cuma setakat ini yang jelas Allahhuakhbar saja...bacaan solat yang lain dia belum pandai pun lagi.

Dan....akhirnya selepas sekian lama dia asyik mengikut saya, ayah, tokbah dan tok ma dia bersolat, sekarang ni kakak sudah membuktikan bahwa dia pun dah pandai ikut aturan dalam bersolat tanpa perlu berada dibelakang kami lagi. Alhamdullilah la kan sebab kala umur dia belum mencecah dua tahun dia dah pandai ikut turutan kala nak bersolat. Syukur Ya Allah...jadikan anak ini terdidik sifatnya yang beriman dan bertakwa dengan-Mu hingga ke alam syurga...

 Baru nak sujud

 Dalam bersujud

 Duduk di tahiyat akhir

Akhirnya selesai bersolat...Assalamualaikum...pandai dia beri salam ke kanan dan ke kiri lepas tu raut kat wajah comelnya itu...Amin...

Tapi sayang gambar yang dia berdiri mengangkat takbir dan berdiri tak boleh nak cupture sebab kalau kakak nampak, dia akan berhenti solat dan terus menerpa rebut handphone nak tengok gambar...jadi ni semua gambar yang sempat ayah curi-curi gitu aje...

Doa ibu tak pernah putus untuk anak ini.. moga kakak menjadi anak yang solehah...Amin...