Thursday, December 12, 2013

Gold Coast Morib

Bulan Dec ni bulan orang bercuti kan..jadi saya pun apa lagi, join ler sekali, angkut semua family bercuti di belakang rumah. Belakang rumah pun belakang rumah ler, janji dapat berkumpul adik beradik, ipar duai dan anak-anak sedara. Meriah...gembira dan semua ada. Alhamdullilah, syukur kerana berpeluang berkumpul ramai-ramai.

Family trip 2-3 December 2013

Kat Gold Coast Morib ni bilik dia besar sangat dan selesa. Saya ambil 6 bilik di floor yang sama dan pintu semuanya bertentangan. Maka apa lagi, keluar masuklah Umairah dan kami semua dari satu pintu ke satu pintu. Paling tidak semua sekali berkumpul dalam bilik mak saya dan kak ti. Beginilah kami, walau ke mana pun kami, berlainan bilik sekalipun, alih2 kami tetap berkumpul satu bilik aje. Bila nak tidur baru masing2 lari masuk bilik cari katil sendiri.

Che Long yang suka melayan anak buah


 Mandi manda di taman tema. 

 Medina, tokma n ayah ngah.

Kami dan kami
 Yeszaaa...Umairah was here; dalam baju tidur pun lagi.

 Suasana pagi di tepi pantai...

Suka gambar ni, anak-anak dara; kakak Atirah, Che Su Sasa dan kak Ain...Umairah tertutup mula la pulak...
 Ma abah dan umairah yang suka tayang perut buncit.

 "Mana mama mana anak?" agaknya itu yang abg mie fikirkan tu. - kakak sulung saya yang skg ni enjoy saja sebab anak-anak dia semua dah lebih tinggi dari dia...

 Kami dah berempat...yeh..yeh...yeh..."next holiday yah?" - wah...tak agak2 kan...baru minggu lepas balik, ini sudah tanya lagi,  - "apa, ingat ayah cop duit ker?" wakakakaka...



Keluarga kecil adik saya yang keempat.

Dah nak balik..."next trip you all?"

Thursday, November 21, 2013

Riang ria si anak

Lama tak berkecah di sini dek kerana kebizian dan takde gapo nak tulis.

 Saya whatsapp gambo ni ke ayah umairah, dan ayah dia whatsapp gambo bawah ni utk saya pula. Saja je bagi saya jelos dengan mereka semua yg sedang bersuka ria di taman depan rumah tu...mentang-mentang ayah umairah cuti 2 hari, dia jeloskan saya dgn suasana riang ria kat rumah tu. Huh! sungguh jelos...dan tak sabar tunggu cukup masa nak balik retek la weii...

Harap-harap driver saya tak busy dan dia dapat balik awal..sbb skrg ni driver saya tu asyik lor attand meeting n meeting sajok...blm campur dengan jalan jam dr pusat bandor tu lagi...kadang2 kesian kita yg menengoknya...tapi kalau dia kata "kak, mu bawak la kereta hari ni," terus saya jawab "Oh...tidak...kawe malas nak drive loni," so fullstop. Bab kata mamber, hebat demo wat engginer jadi driver...wakakaka...tapi takpe la, dia berbakti dgn kakak dia sblm dia jadi suami ore ya dak...pasni gak, pandai2 sendirilah bawak kereta tu sendiri kalau nak g kerja gak...huhuuhu...

Yeh...tengah2 sedap ngumpat, driver saya dah sms dia dah sampai...jadi meh la kita balik join anak2 pula...babai....

Wednesday, October 30, 2013

Payah nak dikata

Apa ada dalam hati yang tak terluah dgn kata-kata...kadang ada rasa kecewa, sakit hati dan paling saya tak dapat nak tahan, dalam diam perasaan benci dah menular. itulah yang saya tak hendak terjadi, tapi makin hari diuji, makin rasa yang cuba dijauhkan itu hadir. 

Payah! satu perkataan yang ada untuk menyatakan apa yang dirasa. 

Payah dalam semua sudut!
Payah nak selesaikan
Payah nak berurusan
Payah nak luah
Sebabnya kita bukan sesiapa pun

Kenapa ya ianya jadi payah? sedangkan hakikatnya.........semuanya jadi mudah kalau semua orang berada dalam KETAMADUNAN....

Thursday, September 26, 2013

Tak takut bear lagi...

Dahulunya kakak takut dan tak suka dengan teddy bear semua tu...tapi sejak masuk umur 2 tahun, barulah dapat tengok dia bermain dengan koleksi bear tu semua...

 Ralit dia duduk suapkan bear tu makan kismis
 Terteleng-teleng kepala...
 Baru sedar ibu dok ketawakan dia...terus dia marah...
Apa la ibu ni, ni kan anak kakak! - kakak dah pandai main pondok-pondok....

Wednesday, September 25, 2013

Sabah 2013

Kali ke -3 ke Sabah dalam perjalanan hidup saya tapi baru kali ini saya pergi dengan keluarga. Sebelum ini semuanya atas dasar bekerja. Kalau berkerja, tahu sajalah, masa di sana terhad untuk berjalan-jalan. Biasanya bila habis kerja, barulah saya dan kawan-kawan keluar berlibur, itu pun tak lama sebab flight balik duduk menuggu aje. jadi kali ini, saya datang lagi.............................

Sandakan - Ranau - Kundasang

Bercerita pasal percutian ni memang mengujakan. Tambah lagi kita pergi dengan keluarga. Pastinya ia amat menggembirakan (haahahah...rasa poyo je ayat mukadimah nih!)

Sebanarnya nak berkisah, kisah ini - belum pernah rasanya sepanjang perjalanan saya ke beberapa destinasi sebelum ini (zaman bujang terutamanya) saya merasa lega apabila pilot mengumumkan yang kita akan mendarat sebentar lagi. Semasa dalam perjalanan pergi ke sana hari tu, saya rasa macam serik berjalan dengan anak-anak kecil - kakak dengan lasaknya - Adik dengan perangai susah nak tidur - saya jadi berpeluh dibuatnya - belum lagi kes kakak menangis dalam penerbangan. Adoi...penat kawe!

Kakak ni dia cepat boring - penerbangan ke sandakan mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit - lama tu untuk dia duduk diam, baik-baik tanpa berbuat apa-apa. Sejam pertama ok lagi, masuk jam kedua - dia dah mula buat perangai - suruh tidur tak nak - lagi dia nak bermain - dia ingat dlm flight mcm kat rumah dia la tu - pening melayan!

Dan sepanjang percutian hari tu, saya rasa macam tak nak balik sebab takut nak naik kapal terbang - bimbang kakak dan adik buat nyanyian okestra lagi dalam flight tu. Tapi mujurlah mereka baik-baik sahaja semasa balik hari tu. Lega dan tidaklah ibu berpeluh seperti mana semasa dalam penerbangan pergi hari tu. - **terus berangan tahun depan nak berjalan lagi** 

  Beratur nak check in...Umairahlah orang yang paling sibuk. Berlari ke hulu ke hilir pening kepala nak suruh dia dok diam. Ayah dia sibuk nak check in beg, dia pun sibuk saja nak menolong....

  Payah sungguh nak ambil gambar dia dengan adik sebab kakak ligat sangat. Tu pasal tak boleh nak pakaikan dia gaun, nanti dengan gaun2 tu dia selak berlari ke sana ke mari....

Bergambar ramai-ramai di pintu masuk untuk ke kaki gunung kinabalu...ayo yo...perut ayah sudah ke depan lol...

 Konon nak cupture puncak gunung kinabalu yang kebetulan nampak dalam masa seminit itu...namun sedikit sahaja yang nampak sebab kabus cepat sangat bergerak...

 Umairah pelik melihat kenapa semua orang menghalakan camera ke arah gunung sana nun...

Umairah dengan tokma dan sepupunya. 

 Adik steady je makan angin, duduk atas dukung ibu memanjang...tok bah kat belakang, penat dia dok memintas kakak yang suka berlari...

Dan sepanjang percutian di kaki gunung kinabalu, Medina dan kakak amatlah baik, tak ada meragam sepertimana ketika dalam flight. Jadi bolehlah ibu menikmati percutian dengan tenang-tenang.

Pergi pasar Sandakan, macam orang gila borong udang, ketam dan ikan - murah yang amat. Seronok duduk sana, mewah seafood. Tapi kalau nak makan kat kedai - nan adooo nye kedai makan yang sedap. semuanya meyedihkan. nasib saya stay kat rumah adik ipar masa kat sandakan - makan dapatlah kami masak sendiri dan makan semahunya semua ketam, udang dan segala jenis ikan yang segar bugar tu.

Gambar tak banyak, sebab pergi bercuti tapi tak bawa camera - ni semua drp camera hp sajokkkk... - mood nak bawak camera ke laut sebab saya dah sibuk kelek anak saja sekarang ni...tapi ada hati nak bercuti-cuti Malaysia...

Dah...itu sajok, malas nak menaip dah...tata titi titu...

next????? - soalan tuk ayah umairah & medina....

Tapi kan....semalam ibu dah booking hotel satu tempat lagi ni, tapi tak berani nak bagitau ayah lagi...jangan mare ya yah....bulan dec ni kita pergi ya...dekat sajok pun, meraikan besday tok ma n tok bah buat julung kalinya...

Wednesday, September 11, 2013

happy anniversary

Today is our anniversary....sekejab je masa berlalu, ni dah masuk tahun keempat kita kenal dengan penuh kemeriahan, kegembiraan dan macam-macam lagi...hmmmm...

Terima kasih atas lambakan segalanya;      

dari ayah
- mlm ni belanja dinner
- sabtu ni nak g honeymoon anak-beranak - family holiday actually!
- hutang present hingga lepas balik holiday, KIV dulu - minggu depan baru cari hadiah yang tak sempat cari lagi, sebab kesuntukan masa - ayah kata yg ni bajet, tak leh lebih dari RM 200 - ibu kata, Long Champ bole? - terus ayah tepuk dahi sendiri!

dari ibu 
- KIV juga - pun minggu depan baru nak pergi cari hadiah, pun beli yg murah-murah je sebab ibu tak banyak duit...wakakakaka...aci tak yah, G Shock anniversary collection?

Tapi rasa macam kekurangan la yah;

-ayah-
"tak cukup-cukup lagi????"

- ibu-
"nak bungaaaaa, baru romantik...." - wakakakaka - harus kena lempang - macam-macam permintaan - "dah macam-macam ayah bagi, cuma bunga je tak ada - mana aci kan yah?" 

-ayah-

Sambil buat muka menyampah,
"Nah! ambik ni! pastu g main jauh-jauh!"

-ibu-
"Thank you ayah...muahhh..."

Hmmmm...penat ada bini macam saya ya? pe pun terima kasih utk sms yang indah tadi. The best ayat 'dah 3 tahun rupanya kita kahwin, sepanjang kita kahwin ni abang ingat belum ada lagi waktu kita berbalah, Alhamdullilah.' 


 'Ya bang, sebab saya isteri yang taat' - wakakakakaka...jom pakat lempang reramaiiiii............bye

oppsss; gambar by pakcik google. thanks pakcik!

Monday, September 9, 2013

pre holiday

Yehaaa...cuti dah lulus...

Pagi2 tadi saya sorong buku cuti pada bos...dia tanya nak cuti bila, saya jawab minggu depan...dia pun arrr...ahhh...lantas pandang calender di atas meja dia, saya turut jeling nampak dia tulis nama negara kat situ...sah! dia pun nak cuti jugak masa tu - dan bos tambah lagi, mamber kita yg seorang lagi pun nak bercuti jugak - jadi kesimpulannnya - berkebetulan memasing tempah tiket pada tarikh yang sama walau dearah sempadan tujuaannya tak sama. Kalau ikutkan, salah seorang daripada kami mesti ada. Tak boleh semua cuti sekaligus, tapi apakan daya - dah tarikh tiket kertas tu dah termaktub sebegitu, apa nak buat ya dak? Nasib minggu depan dah closing MB. Legaaa...

Kakak dah ambil aura nak g holiday...pantang jumpa kerusi tepi swimming pool dia akan panjat dan duduk bersantai macam mem besar. Dengan kakak sangat seronok berjalan - dia ni sangatlah baik, heretlah dia ke hulu ke hilir dalam panas dan hujan renyai, steady je dia jalan - sebab angin dia sama dengan ibu - kaki berjalan.

Dan adik comel busyuk wangi ibu ni, tak tau lagi, baru nak uji utk 1st time ni...harap dia pun akan berjangkit perangai ibu dan kakak yang suka ukur jalan ni. Harap sangat agar dia tidak melalak menangis depan orang ramai sepanjang percutian tu nanti....dengan Medina saya sedikut cuak, sebab sang anak ini tidak suka berjalan keluar rumah. Pernah sekali bawa dia pergi shopping pun nanar ibu dibuatnya, beria dia menangis nak tidur. lepas dari kes itu, memang setiap kali ibu nak keluar shoping, kita tinggakan aje dia kat tokma....dan selepas sekian bulan, baru bulan lepaslah saya test sekali lagi, bawak dia pergi shopping kat IOI Mall, tu pun sebab cari stroller yang boleh dilipat-lipat penyek yg sesuai utk dibawa naik belon nanti. Dan alhamdullilah, dia lulus cemerlang ujian pada hari itu....legaaa hati ibu.

Tapi dalam lega-lega pun, hati tak pernah habis berdoa agar Medina baik-abaik aje sepanjang jalan kita nanti ya nak....kalau adik lulus cemerlang kali ini, next year kita jalan lagi, boleh ayah????