Assalamualaikum,
Cepat masa berlalu, hari ni dah masuk 26 Ramadan 1435. Cepat sungguh masa berlalu dan Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Sayang sungguh mahu melepaskan Ramadan pergi. Kerana dalam bulan Ramadan inilah bulan paling banyak kita mengumpul pahala. Insya-Allah, semoga amal ibadat kita di terima oleh Allah s.w.t.
Juga, hari ni saya dah berjaya habiskan semua kerja di pejabat. Majalah MB dah selamat closing pukul 11.30 tadi untuk bahagian Ads. Manakala grafik team masih bertungkus-lumus lagi menyiapkan page. Semoga perancangan kami nak close hari ni berjaya sebab esok ramai yang dah mula bercuti.
Saya pun, Insya-Allah malam ni akan berangkat pulang ke kampung. Kak ti sekeluarga petang jumaat, Mastura sekeluarga awal pagi sabtu & badrul orang last. Dia kena menjemput puteri lindungan bulan di Kolej Matrikulasi Kuala Selangor hari jumaat dan pagi sabtu baru bertolak balik kampung. Harapan yang berserta iringan doa agar perjalanan kami semua selamat sampai ke kampung dan kembali semula ke KL pada 4 Ogos nanti. Insya-Allah.
Hari ni juga, adik ipar saya yang bekerja di Sandakan, Sabah sudah sampai di KLIA 2. Abang dia merangkap teman sebilik saya (hihihi) dah ada menunggu di sana. Jemput dia dan hantar ke Pudu sebab dia nak ambil bas nak balik Kuala Perlis dulu, rumah mak mertuanya. Moga perjalanan selamat sampai ke distinasi. Khabarnya, banyak barang yang dia bawa pulang dari sana termasuk juga lauk pauk basah. Saya kirim udang kering sekilo. Udang kering dari sana sangat gebu. Yang penting nampak bersih. Terima kasih Ja & Fadly yang sanggup bersusah payah membawa barangan dari sana semata-mata untuk kaum keluarga di kampung.
Persiapan raya sudah selesai. Baju raya kakak dan adik ada (hmmm tak terkira) sebab ibu dia gila soping. Dari belum puasa sampai hari ahad lepas, baru cukup semua. Nak beli kasut raya anak berdua tu sampai 2 kali pergi IOI Mall dan sekali pergi AEON Taman Equine. Pening kepala ayah melayan anak dara dia yang seorang itu. Payah benar mahu berkenan kasut. Kakak nak yang dia berkenan sahaja. Kalau kita pilihkan dan dia tak berkenan, nanti dia tak pakai. Rugi je. Jadi kami layankan aje peel dia yang cerewet pilih kasut. Tok Ma, Ayah Ngah, Pok Wa dan Che Wa surrender tengok kakak memilih kasut. Lotih kata mereka!
Tapi, aktiviti soping kami belum habis lagi rupanya. Malam ni insya-Allah sebelum balik kg kami singgah AEON kejab, belikan sandal raya untuk tok ma dan tok bah di kampung. Tok ma dan tok bah Puchong, dah cukup semua. Dalam sibuk dok beli untuk orang lain, ibu tak ada tudung baru nak buat raya...huaaaaaa...memang menangis tak berlagu.
Biskut raya, kuih muih - alhamdullilah, semua tempahan sudah diterima. Tahun ni satu jenis kuih pun saya tak buat. Semua tempah saja. Yang bongoknya saya, pergi tempah biskut yang sama untuk tiga buah rumah. Langsung tak terfikir masa buat tempahan tu nak pelbagaikan jenis kuih. baru saya boleh rasa semua. Ini tidak, konon nak bagi adil; rumah mak mertua, rumah ma saya dan rumah sendiri di Puchong pun biskut yang sama. memang muntah lorrr!
Malam tadi kemas kain baju anak sampai jam 2 pagi. Maklum tunggu anak tidur dulu sebab gerenti tak boleh nak mengemas selagi anakanda yang berdua tu belum tidur. Kita lipat dia lerai, kita lipat dia lerai, alih2 dua2 dapat sengat ketam ibu. Ibu pun naik angin jugalah kan dah asyik buat kerja yang sama sedangkan kain baju ibu ayah tak kemas lagi, konon nak sambung lepas sahur, nan adonya sebab hanya sempat gosok baju baru ayah yang 4 helai tu. Dan seawal pagi lagi ibu sudah ke office sebab tumpang ayah ngah. Ibu malas nak drive sejak kebelakangan ni...huhuu...dan, nampak gaya balik kerja nanti akan lintang pukanglah ibu capai kain baju sumbat dalam beg. Jangan ada yang tertinggal sudaaaa....
Eh...dalam menaip ni, baru teringat baju raya anak-anak yang siap basuh belum iron lagi....huaaaaaa.......sempat ke nak menggosok bagai petan g karang. Confirm ayah menggeleng kepala tengok bini dia kelam kabut.
Apa pun diari sebagai isteri dan ibu inilah yang membahagiakan.
Dan, sempena syawal yang bakal tiba insya-Allah dalm 3 hari mendatang ini, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang terjerumus membaca blog syok sendiri saya ini dan maaf zahir batin. Semoga Ramadan kali ini bukan Ramadan terakhir untuk kita semua. Amin...
Thursday, July 24, 2014
Monday, July 14, 2014
Tamat sudah world cup 2014
Yahooo...akhirnya. Tertunailah hasrat Jerman mahu jadi pasukan eropah pertama menang di benua Amerika Selatan. Dari first game sampai ke final, game Jerman semua menghiburkan. Pendek kata memang tak heranlah mereka dapat menjulang piala dunia 2014 memandangkan satu pasukan Jerman cemerlang. Mereka bermain secara berpasukan dan bukannya bergantung kepada skill individu. Itu yg uniknya tentang team pasukan ini setiap kali mereka mara ke suku, semifinal dan final dalam EURO mahupun World Cup. Tahniah kepada Jerman pasukan pilihan saya dari dulu sampai bila-bila....ecewahhh!!! - gitu kea'dahnya!
Jadi, kisahnya....tamat sudah sesi berjaga malam bagi kaki bola tegar. Kat rumah saya ada tiga orang yang tegar. Masa game baru-baru mula dulu, TV selalu terpasang. Dan kisahnya hanyalah bola. Sebab abah saya suka tengok siaran ulangan pulak. Badrul dan teman sebilik saya layan yang siaran langsung saja walau terpaksa bersengkang mata sebab esoknya masing-masing kerja. Sanggup tu!
Paling tak tahan - bukti kesungguhan mereka tengok bola di dinihari, selamatlah sebuah periuk coning ware saya yang paling kecik sekali tu. terbelah dua atas api masa teman sebilik saya nak masak maggie. Janji kena ganti ayah ya....hahaha...(tak menahan, minta ganti rugi set tiga beranak yang baru ya!). Mereka ni sambil tengok bola, sambil makan minum. Air berjag lah atas meja. Cuma bertuahnya saya sebab mereka tak ganggu tidur saya suruh buat air dan masak maggie. Pandai pula cari sendiri semuanya. Alhamdullilah :)
Saya tidaklah setegar masa bujung dulu memandangkan anak pun dah berderet. Kerja rumah nak kena buat lepas tu paling tak menahan, kena tidurkan anak-anak, alih-alih ibu dia yang tertidur dulu. Kata teman sebilik saya, "ibu pantang dapat bantal, terus ghaib..." - ya itulah saya - sebab tu lah juga kenapa novel saya tak siap-siap. Dok puja mata, membuta aje!
Tapi sungguhlah, kenangan tengok bola dengan bff saya dulu masih kekal di memori sampai bila-bila. Pantang ada game berkumpullah kami berdua. bersorak dan sama naik mengulas mengalahkan pengulas sukan bertaraf dunia......hihihi...masa tu kegilaaan kami adalah Michele Ballack. Sekarang ni, saya tidaklah boleh berbuat sedemikian lagi sebab masa untuk tidur itu mengatasi segala-galanya. Masa tidur tu sangat berharga sekali sebab bila anak-anak dah bangun, jangan haraplah ibu dia dapat lelapkan mata lagi.
Realitinya world cup kali ini saya hanya layan game-game tertentu sahaja itu pun masa bangun untuk bersahur. Kalau tanya saya game mana paling best, saya akan jawab masa Jerman jumpa cari pintu gol sebanyak 7 kali tu lah...walaweiiii...sampai macam tak nak percaya tengok asyikkkk gollll saja!
Saturday, July 5, 2014
Selamat Ulang tahun kelahiran Kakak
selamat ulang tahun kelahiran ke 3 buat tatak permata hati ibu dan ayah. Syukur, tatak membesar sebagai anak yang baik dan mudah diuruskan.
Pembesaran tatak sehebat kanak-kanak lain juga. Umur dua tahun setengah tatak sudah pandai ABC, satu dua tiga, one two three dan beberapa minggu yg lepas tatak sudah fasih alif ba ta. alhamdulliah proses pembelajaran tatak amat memberangsangkan.
Upin dan ipin adalah ketaksuban tatak. hegamaru pun sama. pendek kata siaran astro ceria itu semua tatak sudah hafal. Sekarang ni tatak suka nyanyi lagu let it go...satu lagi lagu ibu kaulah ratu hatiku versi tatak seperti ini;
ibu, ibu
entaulah atu atiku
ila ku berduta
entau hiburkan selalu
ibu
ibu entaulah atu atiku...
mula-mula tatak pandai nyanyi lagu ni, masa mother day yg lepas. Tatak nyanyi dengan ayah dlm kereta masa kita nak g jalan2...wah! masa tu berkaca mata ibu tau, bila tatak nyanyi dengan senyuman yang lebar. Allah hu akbar anak ibu. Sangat ibu sayang.
Hari ni ibu kesuntukan masa untuk menulis panjang pasal anak perempuan comel ini, semetelah nak tepek gambo pun tak sempat. Ibu deman adik medina pun demam...tapi malam ni ada suprise utk tatak...
Wednesday, June 18, 2014
Throwback - Hanya Dia Sufi
Sekarang ni tengah hangat pasal world cup kan...sana sini orang bercakap pasal bola, bola dan bola. Saya dengan suami, dengan adik dan dengan kekawan kat opis & luar ofis semetelah kat FB pun asyik dok cerita pasal bola dan bola. Riuh rendah kalau bercakap bab bola.
Bercerita pasal bola sepak ni, rumah saya kalau time penuh depan TV (maksudnya, semua berkumpul) hanya masa ada siaran live bole sepak saja. Masa siaran lain, jarang sangat semua nak ada depan TV sebab TV tu di kongker dek Umairah sahaja. Sekarang ni dia dah pandai sorok remote dari kami kalau dia tengah ralit tengok Upin Ipin dan Hegamaru.
Disebabkan saya ni pun kaki bola, saya teringat pernah menulis seperti ini satu ketika dahulu.
**Petikan dalam novel Hanya Dia Sufi - keluaran Jemari Seni Julai 2011.
Pada kawan-kawan yang belum membacanya, masih boleh mendapatkan naskah tersebut di Pejabat Jemari Seni, di Bangi. Dan bagi yang nak baca tiga bab pertama bolehlah menjengah di sini ya, http://www.jemariseni.com/images/stories/HD_Sufi.pdf
Kalau nak beli dengan saya pun boleh jugak. Ada special gift tau...

(Melihat keterujaan Emil, aku gembira.
Pemberianku walaupun tidak seberapa, sangat
dihargainya. Sepertimana aku amat menghargai
bantuannya kepadaku suatu ketika dahulu. Emil
merupakan peminat fanatik pasukan bola sepak
Manchester United dan aku sudah sedia maklum
dengan minatnya yang satu itu. Kadang-kadang
kami boleh bergaduh kalau bercakap tentang
bola kerana kami tidak menyokong pasukan
yang sama. Tentunya aku tetap memilih Chelsea
dan Michael Ballack adalah pujaan hatiku.
Sedang Emil adalah peminat tegar pasukan
Manchester United. Dia amat mengkagumi Sir
Alex Ferguson sebagai pengurus pasukan yang
paling berjaya di abad ini. Jadi aku rasa jersi itu
adalah hadiah yang paling sesuai untuknya.)
**Petikan dalam novel Hanya Dia Sufi - keluaran Jemari Seni Julai 2011.
Pada kawan-kawan yang belum membacanya, masih boleh mendapatkan naskah tersebut di Pejabat Jemari Seni, di Bangi. Dan bagi yang nak baca tiga bab pertama bolehlah menjengah di sini ya, http://www.jemariseni.com/images/stories/HD_Sufi.pdf
Kalau nak beli dengan saya pun boleh jugak. Ada special gift tau...
Wednesday, June 4, 2014
Adik kakak sayang
Assalamualaikum,
Hari ni datang nak sapu sawang yang sebulan berhabuk ni...datang pun sekadar nak tepek gambo berselfie dengan permata hati je pun...nak cerita banyak, tapi kesuntukan masa....hidup sentiasa berkejar-kejar dengan urusan seharian yang rutinnya sama sahaja tapi bab kelam kabut tu tetap ado.
Hahaha...tapi, dalam sibuk-sibuk, bab kena jangkitan gila selfie semenjak dua menjak ni usah dipertikaikan ...jadi meh la tonton muka bolat-bolat macam talam ni semua...
p/s: adik kakak, ibu sayang sangat-sangat kat kalian...tiada sempadan kasih ibu untuk kalian.

Kakak dah makin besar. Makin bijak. Dah pandai bersoal jawab sampai pening ibu nak menjawap. Banyak nau soalannya.
Si adik ni pula, bila ibu kata "jom dik kita selfie, terus dia buat jari "peace".
p/s: adik kakak, ibu sayang sangat-sangat kat kalian...tiada sempadan kasih ibu untuk kalian.
Friday, April 25, 2014
Medina An Najah dah setahun.....
Hari ni 25 April 2014 genap setahun umur Medina An Najah. Medina yang sangat ibu sayang, Medina yang ibu kasih sepenuh hati. Medina yang saban hari ibu tak pernah puas untuk peluk cium. Medina yang tiap ketika buat ibu rindu kamu sepenuh hati. Medina yang matanya bulat, Medina yang senyumnya menawan hati ibu dari hari pertama kamu lahir hingga ke usia setahun ini, sesungguhnya Medina anak yang mudah diuruskan.
Ibu doakan agar Medina menjadi anak yang solehah, yang kuat pegangan agamanya, yang luhur budi pekertinya dan luas ilmu pengetahuan mu nanti. Ibu, ayah dan kakak sangat sayang adik.
Ibu doakan agar Medina menjadi anak yang solehah, yang kuat pegangan agamanya, yang luhur budi pekertinya dan luas ilmu pengetahuan mu nanti. Ibu, ayah dan kakak sangat sayang adik.
......... saat menjengah dunia.......
........ 7 hari kita bersama..........
...........sebulan yang penuh kecintaan........
........dua bulan ibu sudah bawa berjalan........
..........tiga bulan usia adik dah pandai nak bermain & bergelak ketawa bersama kami........
..........lima bulan usia adik, ibu bawa ke kaki gunung Kinabalu &Kundasang......
.........tujuh bulan adiklah pujaan hati kami semua....
.......sembilan bulan usia adik dah masuk hospital......hahaha......kesian adik.
..........sepuluh bulan adik sangat cepat membesar, belum puas untuk ibu dukung, riba dan timang-timang, adik sudah mahu meneroka persekitaran......
........sebelas bulan...yeyyyyy...langkah pertama adik bermula. Berlari adik berlari, dunia ini luas terbentang untuk kamu terokai ilmu & rahsianya...
..........hari ini, usia adik sudah setahun, cepat masa berlalu, adik membesar bagai johan....
Sesungguhnya kasih ibu, sayang ibu, cinta ibu tertumpah sepenuhnya untuk adik. Dan jangan lupa, ayah pun sayang adik, ayah pun kasih adik. Kakak lagilah sayang adik, tanpa gentel jari jemari adik, kakak tak boleh lena tidur tau....kakak dan adik, jadilah adik beradik yang akrab.
Happy birthday adikkkkk.....love u so much....
Friday, April 11, 2014
Birthday ayah tapi ibu dapat hadiah...
Aci dok?
Haha...hujung bulan lepas birthday ayah...tapi yg dpt hadiahnya ibu...walaaa wei...thank you so much lah ayah sebab bagi ibu hadiah yg mmg dah lama dok aim ni...
Nasib ayah senyum je bila ibu cakap berapa harga untuk 2 barang ni...kalau ayah cerlung mata, harus ibu menitik ayer mata dah masa tu...tak sanggup saya kempunan, maklum orang jakun...wakakaka...org lain selamba badak je jinjit handbag jenis ni tak de hal pun - dapat kat si jakun mcm saya - tersenyum meleret lorrrr.
Ayah: Dah dpt ke handbag?
Ibu: Dah... (senyum meleret...)
Ayah: Berapa?
Ibu: ntah lar..kak zurin tak cakap pula berapa, tunggulah tgk dia bagi balance nanti...dia kata ada balance lagi... (masih tersengih-sengih - takut nak bagitau harga sebenar!)
Ayah: Hari tu bagi berapa?
Ibu: Sikit je... dalam 2k je pun..
Ayah: Hah...
Ibu: Sekali sekala je yah...(terus tersengih-sengih..........)
*** Ayah turun tengok beg kat bawah, naik semula sambil tersenyum...
Ayah: Apa jenis beg yang besar gedabak macam tu. nak bawak g mana?"
Ibu: (terus meletus ketawa, suka hati sebab ayah senyum tadi...hahahahah)
Ibu: Eh...kita kan anak ramai. Nak berjalan senang, tak payah nak bawak beg tambahan lagi. Cukup sumbat dalam beg tu semua. Setakat 4 helai petpet, tuala sehelai dan baju buat salin dua pasang. lepas tu...( alasan, nak mengukuhkan lagi alasan kenapa beli beg besor!)
Ayah: Huh...apa-apalah ibu...
yeyyy....lega ibu. Terima kasihlah ayah sayang...sebab segalanya...,merealisasikan rasa hati ibu yg menggebu nak kelek handbag ini...kwaaa..kwaaa..kwaaa
Buat kak zurin, terima kasih juga sebab sanggup bersusah payah membawanya merentas benua. Sesungguhnya kalau nak beli kat sini, dengan harganya yang hmmm...tak tergamak saya nak keluarkan duit sebanyak itu...huhuhu...terima kasih sebanyak bintang dilangit ya...

Subscribe to:
Posts (Atom)