Thursday, May 14, 2009

Aku Ada Kamu

Aku ada kamu? Ya! Memang aku ada kamu sebagai sebuah novel yang lengkap utk santapan minda yang sudah jemu dengan keasyikan cinta dan cinta sahaja. Sesekali diberikan nafas baru, hmmm..best juga. Tahniah kak Lily, rasanya…bagaikan sentuhan ajaib sekali lagi dari kak lily selepas Epilog Cinta.

Semasa saya membaca manuskrip separuh siap dulu pun saya dah rasa novel ini akan jadi best sbb penggunaan bahasa santai, cerita biasa di kalangan pelajar, lawak gila-gila dan yang penting, kelincahan Sofi Aidura menjadikan cerita itu hidup. Jarangkan…novel yg memaparkan kegedikkan watak utamanya spt sikap Sofi Aidura. Yang tak perlu control ayu…main gasak sesuka hati dia aje. Saya suka perwatakkan Sofi Aidura. Lincah dan bersahaja.

Unsur mistik yang terdapat dalam novel ini telah menambahkan rencah kehidupan. menakutkan juga le bila membaca di tengah malam. Seram sejuk rasa badan. Yap…saya berjaya habiskan dengan 2 pusingan.

Melihat kepada ketelitian kak lily menulis novel tersebut terutama dalam unsur-unsur yang melibatkan saka, nampak seperti kak lily telah melakukan kajian secara menyeluruh dan apakah mungkin juga…sedikit sebanyak ia adalah pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang sehinggakan apa yang diceritakan menjadi begitu real sekali. Tahniah kak, gaya cerita kak lily memang bestttt.

No comments:

Post a Comment