Thursday, May 28, 2009

hari yg penuh kepenatan

Sehari sebelum memulakan cuti yang bukan panjang mana pun ini, penat ya amat. Dada rasa cam berombak memanjang. Rasanya seperti nak tarik nafas pun tak sempat gara-gara mengejar kerja yg masih berlambak. Aduh…rasanya memang tak sempat siap. . Separuh-separuh aku harus meninggalkan juga dlm keadaan tergantung. Berdoa nih dalam hati agar majlis pelancaran buku tersebut akan diadakan hujung bulan june…so aku akan ada masa lagi utk meneruskan kerja yg terbengkalai gara-gara nak bercuti seminggu AJE.
Tima kasih lah boss…sbb memluluskan cuti walaupun dengan segala macam bersyarat. Dalam sejarah nih, nak cuti pun bersyarat!

Hari ni saja aku sudah seperti apa. Tak cukup tangan dan kaki rasanya. Kalau boleh, aku nak stop jarum jam sekejab. Jangan bergerak-gerak sbbnya tiap kali aku menoleh jam di tangan, dada berdebar-debar mengingatkan kerja yang masih berlambak, menunggu giliran utk disiapkan. Alangkah seronoknya kalau aku berupaya menahan masa dr bergerak….

Cukup smpai 6 ptg, macam-macam kerja yang sempat aku siapkan. Pepagi hari lagi, kak kusyi call, dia hantar & check story samaada aku dah terima ke belum. Lepas tu kak lily pula call, dia emeilkan segala macam resipi. Masa2 tu juga, dpt emeil dr kak siti, minta tangguhkan hantar story dia, tak cukup masa katanya. Dalam pada itu, aku dok mencelah juga menyiapkan/menghantar proposal utk perjualan table bagi majlis pelancaran buku amanat president. Dalam masa yg sama, betulkan resipi yang sudah kak ani edit. Kak Ani memang fantastic…walaupun dia juga tengah kejar dateline utk buku resipi baru…pun masih laju dia mengedit resipi utk july. Aku respek la cara dia kerja.

Hari ini, masa sungguh sendat. Kawan2 yg sms pun tak sempat nak reply. Nak sms ben pun tak sempat, nak tanya mlm ni nak dtg ke tidak umah aku. Tengah-tengah dok follow up dengan UMNO kedah utk semua contact nama/no tel/no faks utk ketua-ketua bahagian, tiba-tiba ada call. Orang bertanyakan hadiah dia yg belum dpt lagi. Terus call promotion dept, org yg terlibat kata belum ada hadiah lagi, kena tunggu dulu. Aku call balik pemenang tersebut, suruh dia tunggu surat dari aku dulu lepas tu baru boleh collect hadiahnya. Dan aku???? kena tunggu barang/hadiah dr event dept, selagi tak ada hadiah, aku tak boleh keluarkan surat! Rasanya itupun selepas balik dari bercuti nanti. Jangan lambat sangat boleh tak? Aku dah penat nak menjelaskan pada para pemenang!

Kiranya hari ini aku kerja ibarat rojak. Kejab menaip resipi, kejab menaip/edit/check segala nama pemilik-pemilik company yg besar-besar, kejab-kejab berpatah balik menelefon ke sabah n N9. Dari semalam aku menunggu list nama-nama ketua bahagian masing-masing. Dah 2 kali follow up…sampai ke petang ni pun masih tak dapat lagi. Depa kata kena tunggu kebenaran dr setiausaha bahagian. Apa harus aku buat nih…..tolong la…aku sudah kesuntukan masa…esok hari yg pastinya lebih sibuk dari hari ini…

Satu yang aku temui….aku suka berkerja under pressure…walaupun penat n ting tong tahap gaban…aku seronok pula berada dalam kesibukan kerja, ini bermakna…aku dapat melarikan diri dari belanggu perkara lain yang sarat dalam kepala ketika ini….

No comments:

Post a Comment