Tuesday, June 2, 2015

Perjalanan karier saya, tamat disini.

25 May 2015, perbualan dalam kereta masa pergi hantar kakak Umairah ke sekolah:

"Ibu nak g kerja hari ni?"
"Aaah...hari ni ibu kerja lagi, bulan depan pun kerja lagi..tapi lepas bulan depan, ibu dah tak kerja, ibu dah boleh hantar dan abik kakak balik sekolah hari-hari. Kakak seronok tak?"
"Bestnya ibu....kakak sayang ibu."

Air muka kakak ketika itu amatlah berseri-seri. Dia tersenyum-senyum sendirian sambil memandang ke hadapan, muka dia macam jadi warna pink ketika itu. Dan masa tu saya sedar, anak sulong saya tu amatlah berharap saya ada di rumah saban waktu dengannya. Dan hari tu juga, dia sangat gembira ke sekolah, turun sahaja kereta, terus dia berlari nak masuk ke sekolah hinggakan lupa untuk bersalaman dengan saya. Dan begitulah seterusnya sehinggalah hari Jumaat.  

Dan masa tu juga, saya berselisih dengan seorang ibu murid lain yang turut menghantar anaknya. Caranya berpakaian sangatlah korporat. Dan hati saya berdetik, lepas ni aku mesti rindu saat-saat ini kalau melihat wanita lain berpakaian cantik, bersiap rapi untuk ke pejabat. Namun cepat disedarkan, dengan kata azimat yang pernah saya baca "... ramai lagi wanita lain yang barangan untuk berhenti kerja, duduk di rumah menjadi suri rumah sepenuh masa."

Alhamdullilah, masa itu tiba untuk saya terlebih dahulu.

 2 Jun 2015, hari ni, dalam kenangan utk perjalanan karier saya sebagai seorang pekerja,... sepertimana 'wish' saya untuk tidak lagi bekerja makan gaji 9am to 6pm telah berjaya dilangsaikan. Surat keramat itu sudah berjaya ditandatangan.

30 Jun 2015 adalah hari terakhir saya bergelar pekerja.

Sedih...yap...memang sedih sebab setelah sekian lama saya menjadi pekerja, dan lepas tarikh tersebut, saya tidak lagi berstatus pekerja sebaliknya suri rumah. Suri utk suami dan anak-anak, status pekerjaan yang paling bahagia untuk seorang isteri.  

Walau apa pun, doakan saya dimurahkan rezeki dengan cara lain pulak ya... amin...

No comments:

Post a Comment