Yang Sebenarnya mlm semalam aku berjaya! Kata adik aku "ada org EL la esok" tapi aku berjaya tidak mengELkan diri. Cerita Yang Sebenarnya aku berjaya habiskan dlm satu mlm saja. Seperti biasa, aku mula membaca selepas solat isyak terus membawa ke pagi. Jarum jam ke empat pagi baru tamat pembacaan padahal esoknya nak kerja. Memang maraton habis.
Aisya Sofea, penulis yang memang sentiasa aku nantikan bahasa romantisnya. Tidak pernah boring membaca berulang kali setiap novel beliau. Paling banyak-banyak-banyak-banyak kali aku baca adalah Sehangat Asmara, Jendela Hati dan Kau Untukku. Boleh hafal dah ayat-ayat cintanya yang menjentik kalbu. Kiranya, sekarang ni pun, kalau terpegang je novel-novel ni semua, aku akan mula baca sampai habis. Biarpun sudah berkali-kali. Jadinya, novel-novel ini aku susun di rak bahagian belakang, agar tidak terjemuh selalu, nanti kan aku tak jadi buat kerja lain, sekali pegang memang tak kan letak tanpa menamatkan ke helaian terakhirnya. Kronik gila lah pulak! Sebabnya; jatuh sayang pada Kay, Nurul Umairah dan Farah. Lebih teruk, jatuh chenta habis-habisan kat Zainal Arif, Ahmad Faud dan Lukman Hafizi. Aduhai...memamg membuai... :-) :-)
Senang cerita, setiap kali novel beliau keluar aku tak akan senang duduklah selagi tidak mendapatkannya.
Yang sebenarnya....hmmm...apa ya nak di kata, mungkin sedikit longgar pengisiannya kali ini, sedikit ringan gaya penceritaannya menjadikan jalan cerita pun biasa-biasa sahaja. Masih lagi bersangkut paut hal kekeluargaan. Namun yang penting, tetap seronok membacanya. Masih lagi boleh dihabiskan dalam satu malam tu maknanya best jugak la kan. Sebabnya, kalau novel tu tak best, jangan kata sampai jam 1 pagi, jam sepuluh mlm pun aku sudah letak kembali di rak buku. Apa taknya, baca depan 3 bab, tengah 2 bab dan terus ke last bab! Selesai.
Jadi Yang Sebenarnya ini....boleh dibaca bagi pengikut tegar Aisya Sofea. Sedikit berlainan bagi watak hero yg dijelmakannya. Bersikap panas baran dan kuat/mudah mengamuk. Tapi aku cukup faham, akan kenapa Muhammad Adrian Saifullah itu bersikap sedemikan....makanya; cari-cari sendirilah ya...baca novel tu dan anda akan ketahui kenapa, mengapa dan hanya pada siapa?
Aku tetap menantikan karya terbaru Aisya Sofe, lagi dan lagi....teruskan berkarya....
Dan juga....tak sabar menunggu pertengahan December, Jaja Din menuggu...aduh! bagaimana ya kesudahan Jaja dan Ustaz Din? Tadi baca kat blog kak su ((boleh ke panggil kak su je ni, sbbnya dia tak kenal pun aku...dan aku dah kenal dia berkali-kali sbbnya kalau beli novel-novel dia, aku pastikan dan berusaha utk mendapatkan tulisan tangannya yg cantik itu kat novel tu; aku suka bahasa indah yg kak su sering tulis kat atas signaturenya, puitis sungguh bahasanya....)) - arrrr...dah lari topik daaaa....
Ok sambung balik, tadi baca blog kak su...aku dah senyum-senyum sendiri bila kak su kata dia tengah menyudahkan cerita Jaja Din itu. Apa pun...Jaja Din sure aku akan cari seawal mungkin sebabnya dalam tu ada sedikit 'nasihat' daripada 'uncle' Akmar Aziz......Nyanyian Tanjung Sepi.
Friday, November 13, 2009
Tuesday, November 3, 2009
senyum seindah suria
Bahagia. Ya bahagia, cukuplah dgn apa yang ada. Yang seadanya ini mmg cukup membahagiakan walau nilainya tidak seberapa. Ternyata, bahagia itu ada di situ, di satu tempat tersorok yang sukar nampak dan ia damai dalam syahdunya. Rasa bahagia itu ada bila berjaya mengusir satu persatu dan betulkan...apa-apa pun biarkan ia berjalan pergi sendiri tanpa kita sedar, juga lepaskan perlahan-lahan, angin bawakan ia jauh dan juah dari sang kancil yang baru bangun dari lena di ulik mimpi ini! Alhamdullilah, akhirnya kejayaan itu milik hamba.
Pencarian yang tidak juga berakhir, sekadar bertemu sedikit titik tolak dan noktahnya masih landai. Mohon jiwa, kebal dan teguhlah berdiri di atas landasan yang sama semoga sekali lagi hamba tidak akan lemah di mamah anai-anai yg hanya sekecil hama itu. Tenang hati, jiwa tidak merusuh! Pinta hamba biarlah selamanya.
Ting tong seketika, bila diawal pagi sudah diulit mimpi. Mimpi mainan tidur dan apakah sama mimpi itu datangnya utk mengesahkan detikan hati yg sekian lama bermunajab sendirian. Tanpa apa-apa pengesahan yang bisa mengakhiri segalanya. Ahhhhh....mimpi, jangan lagi dtg dalam lena. Hamba penat utk bermimpi lagi dan lagi.
Satu yg mulia dari dalam hati kecil, melepaskan pergi sama seperti membuang lumpur dari hati yg pernah berserakan. Walau berbulan masa di ambil, pengakhirannya, ditemui juga jalan pulang. Tidak lagi tersesat dalam landai jalan dan terang cahaya.....
Terima kasih...terima kasih...walau tidak pada sesiapa utk ditujukan, cukup sahaja terima kasih utk diri sendiri yg mula bangun ke alam realiti, keluar mencari yang hakiki! hmmm.....bahagia dan gembira, jelmaan diri yg hanya utk aku dan aku....cukuplah seadanya!
Insya-Allah....semuanya yg terjadi, manis-manis belaka. Usah terlalu kejam utk menafikan ia yg pernah ada, di sini...di relung jantung yang pantas berdegup.....

Wednesday, October 28, 2009
Langkawi trip
Tuesday, October 20, 2009
Bakal ditinggalkan, sendirian
Aduh...tajuknya gembak beb...
Ya lah, mana tak gempaknya, hamba bakal ditinggal pergi. Kalau dulu ben dan atun selamat ke destinasi masing-masing, kini siti pula bakal menapak pergi. Nampaknya bersendirianlah hamba selepas ini. Semua berjalan pergi, membina kecemerlangan dalam kerjaya.
Berkawan memang ramai namun tidak semua kita boleh berkongsi cerita. Hanya yang terpilih sahaja yang hamba boleh bercerita sesedap rasa. Dari hal yang remeh hingga ke peribadi, pun hanya mereka inilah yang hamba selesa utk bercerita. Itu yg jadi sedih bila sudah ditinggalkan seorang diri, rasa seperti hilang tempat untuk berlibur...hehehehe...ya la kan, selama ni kalau dah dpt bercerita dgn siti, mmg le lama...setengah jam berbual rasa spt sekejab aje...hmmm...lepas ni, mati kekerasan le hamba kat tempat duduk ini.
Apa pun, untuk Ct yang bakal menuju ke 'lubuk duit' itu, semoga selamat semuanya...jgn lupakan orang di sini ya...

Friday, October 16, 2009
Sekitar Majlis Pelancaran Buku Amanat Presiden UMNO

Tun Mahathir yg masih hebat...seperti biasa hamba terpegun mendengar butir katanya yang jelas berisi.

Pelajar Aswara yg membuat persembahan ketika hadirin menjamu selera.
Sesi memotong kek setelah acara selesai. Semua masih boleh tersenyum riang walaupun berpenat seharian dr jam 9 pagi lagi. Hamba takde masa ni, lari g solat asar jab.Friday, October 9, 2009
Menunggu Cinta Tuhan

"Huh, hello...budak yang tidak boleh dibawa ke majlis itu? Datang ke majlis orang siap bawa bekal air sendiri? Hah ha! Engkau jangan buat lawak!"
Sedikit sedutan untuk Menunggu Cinta Tuhan novel terbaru kak Lily. Seawal pembacaan aku sudah dapat membayangkan lengok gaya ceritanya yang macam mana. Mungkin kerana kisah yang 'diceritakan' ini dekat di hati maka aku dapat membayangkan dengan lebih hidup lagi akan suasana dan latarnya. Sungguh, sejak kak lily mula keluarkan tajuk dan sedikit intro novel ini dalam blognya, aku mula tidak senang duduk. Berdebar menunggukan buah ceritanya yang ini. Terjatuh hati pada tajuknya....
Hampir sebulan menuggu, aku dapat novelnya yang panas-panas dari tangan kak lily yang baru juga balik dari kilang percetakan PTS. Aduh...sukanya aku masa kak Lily hulurkan novel tersebut. Tak sabar nak belek isi ceritanya. Hah..balik rumah, apa lagi terus memulakan sehingga ke jarum jam 3 pagi, baru selesai.
Membaca novel kak Lily....seperti biasa, tidak sah kalau kita tidak tersenyum-senyum sendirian. Memang boleh memabukkan membaca 'ayat-ayat cinta' kak Lily. Ayat yang tersusun dengan kata yang membuka minda kita untuk berfikir dan terus berfikir tentang hala tuju hidup kita yang sebenarnya. Dan ada ketikanya bait katanya yang indah-indah itu mampu membuai jiwa. Lembut dengan ungkapan-ungkapan syahdu. Kadang-kadang lucu dan kadang-kadang sinis pada maknanya yang tersendiri!
Menunggu Cinta Tuhan. Novel islamik yang berjaya kak Lily olah dalam ceritanya yang tersendiri. Boleh dibayangkan bagaimana sikap si Azrul Rasyid dan bagaimana pula penerimaan Khalida Atikah terhadap bosnya yang amat-amat bermulut lepas, mulut cabul dan mulut tidak berinsuran. Setiap kata yang keluar dari mulut Azrul Rasyid semuanya bagaikan lontaran api. Mempunyai taste hanya pada gadis-gadis yang pandai bergaya, berdada montok dan melintuk riuk...tidak kepada gadis seperti Khalida Atikah yang berhati bening dan berjiwa islam itu. Sedang dalam tidak sedar, si Khalida itulah puteri yang mungkin diutuskan untuknya....
Menunggu cinta Tuhan, karya islamik yang berupaya menyentuh cinta hati kita agar berdirilah di atas paksi yang benar untuk hidup yang baik. Berdirilah dengan rasa diri sendiri kerana kalau kita teguh dengan apa yang kita pegang, datanglah walau sepuluh orang yang bermulut seperti Azrul Rasyid pun, kita masih boleh tersenyum bila dimarah, dicaci apatah lagi dihambat dengan kata-kata yang berbisa setiap hari. Kuatnya semangat Khalida, andai boleh dipinjam, ingin sekali aku memiliki jiwa setabah itu. Jalinan kehidupan dalam novel ini dikuatkan lagi dengan terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai panduan dan sokongan hidup kita di alam dunia.
Seronok...memang seronok membaca novel-novel kak lily, bukan kerana dia yang aku kenali tetapi lebih kepada karyanya yang sentiasa ada cerita yang enak untuk dikongsi bersama pembaca setianya....untuk Kak Lily Haslina Nasir, teruskan berkarya kerana mata hati kak lily senantiasa tajam memukau...
Kini, sabar menunggu Aku Disentuh Tuhan...
Friday, October 2, 2009
Hati berkait
Exam berlalu
Result yang di nanti
Puasa baru habis
Raya pun sudah
Bercuti berhari-hari
Kerja pun bermula
...makanya esok...
back to school!
Balik semula ke rutin biasanya....
Alamak....dah mula kelas balik dah....ni yg malas ni (bukan malas belajar...cuma malas nak ke SA tu je) belajar masih bersemangat waja lg biarpun cukup-makan je....Ya...rutin biasa hidup seadanya....seadanya selagi seadanya....itu saja.
Apa mahu dikenang...apa perlu diingat. Kosong, lepas bebas berlari di ruang yang masih ada. Luas mahupun sempit harus bersyukur, kerna ia tetap ada! Tidak perlu melarikan diri kerana kamu tidak pernah bersalah pada sesiapa pun. Kamu tetap kamu yang seadanya. Tidak pernah rugi walau sekuman! Tiada yang terambil apatah lagi terberi. Itu yang hebat yang ada pada kamu. Ayuh....berlarilah..selagi ada masa hadapan.
Ya...dia akan datang dengan semangat baru, tutup mata tutup hati, kunci segalanya walau untuk apa sekali pun. Noktah bermula dari sini....Yezaaaa...kamu dan dia...tetap berlari ke garisan penambat bila tiba ketikanya.
Julung masa
Peluang datang
Rebut ia
Sedang
Ketika yg ada hanya di situ
Pun jua berlalu pergi...

Subscribe to:
Posts (Atom)