Sabtu 12/12/09, seperti yang diharapkan…aku berkesempatan hadir jua ke kelas penulisan novel anjuran AVA. Walau dalam keadaan yang tidak cukup persediaan dan dalam kekalutan masa yang agak terhad, tetap aku gagahkan juga. Tujuannya memang satu, mencari ilmu.
Bengkel yang menarik kerana ia dianjurkan oleh orang yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang penulisan. Lebih manis apabila ia dikendalikan oleh penulis novel terkenal; Puan Nisah Hj Harun selaku permudahcara. Seharian berbengkel, banyak yang dapat dikutip dan dipelajari.
Seawal bengkel, kami belajar cara merangka jalan cerita, cara untuk mengembangkan plot dan seterusnya menjalin bab demi bab. Payah juga rupanya ya? Masuk sesi kedua, aku sudah kecut perut bila diminta untuk membentangkan synopsis dan bab pertama karya masing-masing. Alahai…apalah yang nak aku bentangkan nanti kerana ianya ditulis hanya sekadar mengisi masa terluang 3 tahun dahulu.
Daripada pemerhatian, semua peserta yang hadir pada hari itu rata-rata mempunyai bakat yg terpendam dalam bidang penulisan. Hebat-hebatnya novel yang sedang mereka usahakan. Kajian menyeluruh, rujukan, ketelitian dan pendedahan yang mereka bawakan layaklah utk dikategorikan sebagai calon-calon anugerah sastera serta sains fiksyen yg hebat. Ketik itu, aku mula rasa terpencil hanya kerana aku seorang sahaja yang cuba menulis kisah ‘cinta, air mata & angan-angan mat jenin’. Dengan sedikit kekuatan, aku harus mencuba nasib. Mendengar komen mereka yang berpengalaman tentang karya aku yang tidak ada hujung pangkal itu. Seperti kata seorang teman; “pergilah…tapi tadah telinga mendengar komen mereka kelak…”
Dalam segan berintikan malu, ada beraninya. Demi untuk belajar dan menambah ilmu. Kalau tidak aku tidak tahu pun yang cerita itu banyak yang lopong dan sumbing….terima kasih kepada semua yang sudi menegur dan berkongsi idea. Ada luang masa, di lain hari pasti aku akan kembali ke bengkel seperti itu lagi. Aku belajar untuk ilmu. Di akhir kelas, ketika bersalaman dengan Puan Nisah dia sempat berkata “jangan ambil hati ya mana yang kena cincang…”
Kalau salah tolong tunjukkan….
Monday, December 14, 2009
Friday, December 11, 2009
Interaksi bayi dalam kandungan
Bukankah sesuatu yang mengujakan bila kali pertama anda merasai bayi bergerak dalam perut anda? Ia adalah perkara biasa setelah bayi berusia 17 minggu dalam kandungan. Bagi seorang ayah pula, mereka terpaksa menunggu sehingga usia 30 minggu untuk merasai gerakan ini dengan meletakkan tapak tangannya di perut ibu.
Kajian menunjukkan bahawa pada usia ini, bayi sudah mampu berinteraksi dengan persekitaran, antaranya:
1. Bayi dalam kandungan boleh mendengar. Dia boleh mendengar degupan jantung ibu, aliran darah dalam tali pusat, cecair amniotik juga bunyi yang terhasil di luar rahim.
2. Dia boleh merasai perasaan dan mood ibunya. Bila ibunya tertekan, bayi akan bertindakbalas dengan mengubah pergerakannya.
3. Dia sangat sensitif pada suhu. Jika ibunya berada dekat dengan alat pemanas seperti dapur, bayi akan merasa tidak selesa dan mula bergerak.
4. Dia gemar memberi gerak-balas yang boleh dilihat pada perut ibu. Seorang ayah biasanya mahu melihat pergerakan bayinya tetapi dia akan berhenti bergerak bila si ayah meletakkan tapak tangannya pada perut si ibu. Sedangkan pada waktu lain, bayi akan bertindak-balas atau menendang bila ibu mengusap perut dengan perlahan.
5. Dia juga sangat sensitif pada cahaya. Ini berlaku dalam trimester akhir bila abdomen semakin membesar dan kulit semakin nipis akibat regangan.
6. Kajian menunjukkan bayi dapat membezakan rasa yang berbeza melalui makanan yang ibu mereka makan.
7. Pergerakannya dalam rahim tidak terhad pada tangan dan kaki sahaja. Dia boleh gerakkan jari, menghisap ibu jari, membuka kelopak mata, menguap dan pelbagai lagi.
8. Bercakap dengannya setiap hari. Tidak penting apa isu yang diperbualkan tetapi mainkan ton suara dan konsisten dengan keadaan.
9. Menyanyi atau melagukan lagu dodoi kegemaran anda kepadanya setiap hari. Cara ini membantu dia mengenali suara anda.
10. Mainkan alunan mengaji dan zikir untuk mindanya.
11. Ceritakan padanya apa yang sedang anda perbuatkan setiap hari. Cara ini akan mendedahkannya pada suara anda dan membantu anda mengajar tabiat bercakap dengannya apabila dia lahir nanti.
12. Selalu usap perut anda dan bercakap untuk melengkapkan stimulasinya. Cara ini akan membuatkan bayi merasa dan mendengar perasaan anda pada masa yang sama.
13. Selalu padam dan buka kembali lampu pada waktu malam untuk membantu melengkapkan stimulasinya.
14. Seorang ayah juga boleh turut serta dalam interaksi ini setiap hari untuk mengeratkan lagi hubungan bayi dan ayahnya.
(kredit kepada majalah Aniqah Jun 2009 - muka surat 63)
TERIMA KASIH.

Wednesday, December 9, 2009
Bungaku kembang mekar
Senyumku di petala langit ke tujuh. Aduh...rupa-rupanya ia tidak perlu sebanyak bintang di langit mahupun selautan buih di lantaian ombak...cukup sekadar cuma...ia bersinar terang di jiwa yang diam ini. Senyumku seakan hidup semula, bangkit dari mogok dengan pelbagai rasa yang bertindih-tindih. Suatu hari ia diam mencari di mana dan di mana...
Rupanya ia tidak perlu sebanyak gantang, cukup hanya sekadar cuma...pun sudah membangkitkan semangatku kembali. Cukup sekadar membayang di mata, tersimpul di bibir dan terkesan di hati. Dalam diam hadirnya....rupa-rupanya payah juga ya bila berdiam diri?
Apa lagi nak di tulis sedang hati kembang setaman....mengantuk dan letih jauh terusir apatah lagi rasa bosan dan geram yg tadinya bagaikan ingin di tanduk dek kerbau jantan.
Tiada kepayahan tiada keberanian rupanya....baru ku sedar ia yang sebenarnya...
Bungaku kembang setaman hanya kerana sepotong bingka sesedap karemel yg keramat, bekal sampai bila....
Hari ini aku hanya ingin senyum dan senyum seindah suria....selagi peluang masih ada!

Tuesday, December 8, 2009
Bercuti anak-beranak
Bergambar kenangan bersama ahli keluarga yang hanya seramai ini sahaja. Dalam ni cuma Mastura saja yg takde...kesian dia tak dapat ikut, sebabnya...takut tertinggal kuiz yg suka di buat secara mengejut oleh lecturernya..sampai deman dia yang ditinggalkan...
Keluarga Che ti...dgn kerenah anaknya yang pelbagai...percutian sebelum Azim dan Aiqham potong..memotong...meh kita bercuti dulu, balik nti tok mudin sedang menunggu!
yezaaaa....mak sedara ngan anak sedaranya yg sama gedik...jauh bebenar di ambil gambonya...muka Atirah yg kecil itu langsung tak nampak di apik oleh mak sedaranya...
pak sedara yg telefonnya sentiasa berdering sepanjang percutian. kawan di opis kelam kabut bila sang engineer ini bercuti...tapi dalam dok mengarah itu dan ini, "ko sambung pot tu, pastu tukar wayer tu..then ko check line server tu and bla..bla..." Namun dalam pada itu....sempat lagi tenggelam timbul di swimming pool dan water park nih..pun sudah mengikut peel anak-anak buahnya...pantang jumpa air!
...posing bergaya anak-anak sedaraku....
tiga serangkai....kakak, abang dan adik..sudah sedia untuk berenang..jom...
tu dia...semua kuak keluar...dari hari mula-mula sampai ke hari nak balik...berenang dan berenang saja
...bila azim belajar berenang seperti ikan di laut...hehehehe
azim sudah kesejukan...tapi masih berdegil bila di ajak pulang ke apartment
bila mak dan anak berposing...
Kenangan percutian sekeluarga di Bukit Merah Lake Town Resort 2-4 December 09
Wednesday, November 25, 2009
Monday, November 23, 2009
Baby cik ili sayang
Azim di hari penyampaian hadiah sekolahnya jumaat lepas. Tu dia...sampai cikgu ikat dengan getah trofinya...semua dia pulun utk tahun ini. Markah terbaik semua subjek pun dapat kat dia, campur trofi tempat pertama dlm kelas, semua jadik 7. 
ni kat rumah, masa baru balik dr sekolah...pandai dia susun n abik gambo syok sendiri. Agak2 dia berangan tahun depan nak banyak lagi. Si abang hanya mampu tgk je, sbb abg punya hanya dapat satu saja....telan liur tgk adiknya sampai tak cukup kaki berlari naik stage abik trofi n sijil....
utk kakak....UPSR...walau dpt 3A, pun dah alhamdullilah, berbaloi la dgn usaha kakak yg tak seberapa.... puas dikerah, dibebel supaya mentelaah...tp kakak lebih aktif di luar kelas....mcm2 jawatan dia pegang kat sekolah, semua cikgu kenal dia/adik/papa/mama/termasuk cik ili sekali ya, sbb cik ili wakil yg g sing report kad hari rabu lepas gara-gara...kakak jadi pelajar perempuan paling aktif berpesatuan, besajak, bersyair, bersyarahan dan berpidato segala...blm acara padang lagi...campur dgn pasukan beruniform, aduh...pening kepala mama dan papa dia. last-last dpt trofi utk pertandingan futsal juara wakil perempuan! yg cik ili heran satu je, cam ne...kakak boleh dapat gelaran pelajar perempuan paling cemerlang thn ni?
Nota kaki....cuti sekolah sudah bermula...anak2 buah dgn mak buahnya sekali sedap bercuti....yehaaa...aku pun smlm last class utk sem ni....beshnya....tak yah lagi pikir pasal assingment (smlm bagai nak rak menyudahkan assingment yg last minute, tanpa toleh kiri kanan sejak lps subuh pulun menaip, memprint dan membainding, sbbnya nak hantar jam 4 petang kat lecturer. Ya ampun...lain kali cuba nak janji dgn diri sendiri, nak buat awal2) JANJI YA.
Final exam minggu depan dan hujung bulan dec...jadinya sementara masa masih ada, kita cuti..cuti malaysia dulu (last minute study lak) hehehehe...chow...enjoy!
Monday, November 16, 2009
Terima kasih Ya Allah
Kiranya aku tak ada apa-apa pun yg besar2 seperti org nak tu….aku tak ada apa pun…hati pun kecik saja, sbb itu aku mudah mengalah dalam semua hal. Semangat pun kecil juga, itu pasal aku mudah membuat keputusan untuk berpaling pergi.
Tapi aku ada Allah SWT, aku ada Dia yang selalu ada bersamaku. Mendengar rintihan, melihat tangisanku lantas Dia membantuku untuk berdiri semula, memimpinku ke jalan yg lebih lurus berserta basahkan lidah dengan tasbih dan tahmid selalu. Aku yakin, aku ada Allah yang memberikan banyak keistimewaan dalam hidupku. Banyak yang Allah berikan tapi sedikit sahaja aku membalasnya. Sungguh sedikit. Maka, ampunkanlah hamba-Mu ini Ya Allah, yang seringkali gagal dalam bersyukur.
Belajar tentang hakikat hidup ini, banyak mengajarku tentang kepayahan, dugaan, cabaran dan kegembiraan yg juga sering kali datang sekaligus menghiasi liku-liku perjalanan hidup sedari awal aku mula bertatih.
Awal bulan hari tu, kejutan juga berlaku. Sungguh aku tidaklah mengharapkan untuk mendapat sebanyak itu. Dalam hati hanya berkira-kira, sikit pun jadilah asalkan ada. Suci murni hatiku…(wah gitu!) Sungguh, memang tidak mengharapkan bulan jatuh ke riba. Tapi tengoklah, Allah lorongkan rezeki itu kepada aku. Sujud syukur seketika. Lantas aku telefon ma, bercerita dgn dia. Ma kata dia selalu mendoakan yg terbaik utk anak-anaknya. Menitis air mata aku ketika itu. Doa ma sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami adik-beradik. Yang kelakar, siap pesan dgn ma, suruh cerita kepada abah sekali. Alahai anak omak…Ma dan abah, jantung hidupku.
Dan di hari ini pula, sekali lagi aku mendapat rezeki dari Allah. Setelah beberapa kali mencuba mendail nombor yang sama, tapi masih belum juga dapat-dapat. Aku cuba lagi dan lagi tapi sama juga. Tetap tiada balasan. Akhirnya terdetik di hati; ‘oh bukan rezeki aku gamaknya.’ Aku pasrah. Reda andai bukan milikku.
Lantas dua malam berturut-turut aku beristikarah mencari penyelesaian kerana aku tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi di hari depan. Aku perlu beristikharah sambil berkata dalam hati kecilku; andai dia telefon balik, bermakna itu rezeki untuk aku. Maka aku akan ambil itu. Tup tup…pagi ni, setelah aku tidak lagi menaruh harapan, orang tersebut menelefon menyatakan ia masih lagi ada dan kosong. Siap dia tetapkan temujanji segala. Alhamdullilah…rezeki utk akukah itu?
Bercerita tentang solat istikharah, aku pernah membaca satu emeil yg di forwardkan oleh seorang teman, bercerita tentang satu keluarga yg hidup bahagia, lengkap memiliki semua, sempurna dalam hidup berkat dia sering beristikharah dalam kehidupan seharian waima untuk membeli barang semurah dan sekecil pun, dia beristikharah dulu. Dan kesannya mereka hidup dengan sempurna biarpun hanya memiliki pendapatan yang minimun. Dari itu, yang baik aku jadikan pedoman dan penyuluh jalanku jua.
Sedetik fikiran aku sering berfikir, Allah menarik satu nikmat dalam hidupku, tetapi Allah membalasnya dengan begitu banyak sekali. Banyak sekali hinggakan aku ketemu titik sebenar. …Syukur Alhamdullilah.

Subscribe to:
Posts (Atom)