Assalamualaikum...
Lamanya saya bertapa, tak jengah langsung rumah ni. Padahal sejak duduk rumah sepanjang hari ni, tak ada buat apa pun kecuali makan tidur je.
Menulis tu tidak sama sekali. Taip delete, taip delete... satu habuk pun tak jadi.
Selebihnya - hati duk rindu mcm nak kerja semula...
Tapi fikir lagi - macam seronok juga duduk rumah...
Maka, fikirlah lagi... percaturan hidup.
Okey...bai...
Sunday, October 25, 2015
Tuesday, June 9, 2015
Pesta Dekat Bersama
Pertama kali naik stage untuk promosi novel. Malu lerrrr....
29 Mei lepas saya dan kak Zulina join Pesta Dekat Bersama Berita Publishing. Kami pergi untuk promosi novel Isteri Sipi-Sipi dan Roman Cinta Imran Hakimi. Tak sangka ramai orang di Plaza Alam Sentral, sebab itu adalah kali pertama saya sampai ke sana.
Pertama kali naik pentas untuk sesi berbual, rasa gugup. Entah apa yang saya bicarakan ketika itu. Yang pasti, merapu dan meraban perihal naskah kecil itu kala disoal oleh pengacara majlis. Hahahaha...nampak sangat saya ni bukan boleh berdepan dengan orang ramai. Mudah panik!
Berbanding dengan kak Zulina, dia lebih teratur ketika bercakap. Penerangannya jelas dan padat pasal intipati novel terbaiknya itu. Kala dia bercerita, saya turut terpegun.
Apa pun, inilah dia pengalaman dalam dunia penulisan yang adakalanya indah, dan adakalanya kita sendiri kecewa. Asam garam yang harus ditempuhi setelah kita memilih untuk terbitkan manuskrip yang dikarang.
Jom...pada siapa yang belum miliki naskah ini, bolehlah berhubung dengan saya atau kak Zulina untuk pembelian terus dengan penulis.
Email saya, lilinorlaili@gmail.com
Email kak Zulina, zulina_latip@yahoo.com
Terima kasih semua...
Tuesday, June 2, 2015
Perjalanan karier saya, tamat disini.
25 May 2015, perbualan dalam kereta masa pergi hantar kakak Umairah ke sekolah:
"Ibu nak g kerja hari ni?"
"Aaah...hari ni ibu kerja lagi, bulan depan pun kerja lagi..tapi lepas bulan depan, ibu dah tak kerja, ibu dah boleh hantar dan abik kakak balik sekolah hari-hari. Kakak seronok tak?"
"Bestnya ibu....kakak sayang ibu."
Air muka kakak ketika itu amatlah berseri-seri. Dia tersenyum-senyum sendirian sambil memandang ke hadapan, muka dia macam jadi warna pink ketika itu. Dan masa tu saya sedar, anak sulong saya tu amatlah berharap saya ada di rumah saban waktu dengannya. Dan hari tu juga, dia sangat gembira ke sekolah, turun sahaja kereta, terus dia berlari nak masuk ke sekolah hinggakan lupa untuk bersalaman dengan saya. Dan begitulah seterusnya sehinggalah hari Jumaat.
Dan masa tu juga, saya berselisih dengan seorang ibu murid lain yang turut menghantar anaknya. Caranya berpakaian sangatlah korporat. Dan hati saya berdetik, lepas ni aku mesti rindu saat-saat ini kalau melihat wanita lain berpakaian cantik, bersiap rapi untuk ke pejabat. Namun cepat disedarkan, dengan kata azimat yang pernah saya baca "... ramai lagi wanita lain yang barangan untuk berhenti kerja, duduk di rumah menjadi suri rumah sepenuh masa."
Alhamdullilah, masa itu tiba untuk saya terlebih dahulu.
2 Jun 2015, hari ni, dalam kenangan utk perjalanan karier saya sebagai seorang pekerja,... sepertimana 'wish' saya untuk tidak lagi bekerja makan gaji 9am to 6pm telah berjaya dilangsaikan. Surat keramat itu sudah berjaya ditandatangan.
30 Jun 2015 adalah hari terakhir saya bergelar pekerja.
Sedih...yap...memang sedih sebab setelah sekian lama saya menjadi pekerja, dan lepas tarikh tersebut, saya tidak lagi berstatus pekerja sebaliknya suri rumah. Suri utk suami dan anak-anak, status pekerjaan yang paling bahagia untuk seorang isteri.
Walau apa pun, doakan saya dimurahkan rezeki dengan cara lain pulak ya... amin...

Friday, May 22, 2015
Pembelian terus dengan saya
Assalamulaikum,
Hari ni saya datang nak bagi harga yang menarik untuk pembelian terus novel Isteri Sipi-Sipi dan Hanya Dia Sufi dengan saya.
Harga asal:
Isteri Sipi-Sipi RM22
Hanya Dia Sufi RM19
Harga yang saya tawarkan adalah seperti berikut:
Isteri Sipi-Sipi RM18
Hanya Dia Sufi RM17
Postage
Semenanjung RM6
Sabah/Sarawak RM10
Combo set (Isteri Sipi-Sipi + Hanya Dia Sufi + Postage)
Semenanjung RM44
Sabah/Sarawak RM50
Untuk tembahan, kalian bolelah emailkan kepada lilinorlaili@gmail.com atau datanglah melawat saya di Facebook, di situ kita boleh berinteraksi. Insya-Allah.

Thursday, May 21, 2015
Isteri Sipi-Sipi
BAB 8
“Lia, bila
sampai?” soal Kak Mimi ketika aku ralit membantu bibik di dapur menyediakan
makan malam.
“Sebelum
maghrib tadi, akak kat bilik masa tu jadi Lia terus ke bilik, kejar solat asar
yang hampir terbabas.” Lancar aku menjawab sambil tangan menyenduk kari ayam
asam boi ke dalam mangkuk kecil.
“Sedapnya
bau kari ni Lia. Sejak bila pandai masak kari?” Kak Mimi tersenyum-senyum
dengan soalannya.
Aku
ketawa. Faham sangat dengan soalan Kak Mimi itu.
“Ooo...
mentang-mentang Lia tak ada dapur, akak pelik ya bila saya pandai masak,”
kataku merujuk kepada tempat aku menumpang teduh dahulu.
“Eh!
Ke situ pula dia.” Kak Mimi menarik pipiku.
“Lia belajar memasak masa belajar
kat sana tulah. Hana kawan serumah Lia yang orang Kelantan tu kan pandai masak.
Lia ambil berkat!” ujurku sambil ketawa.
Sungguh, masa kat sana aku
berpeluang belajar memasak pelbagai jenis masakan daripada Hana. Dia
yang tidak kedekut ilmu itu rajin saja meladeni aku yang budak baru nak belajar
memasak.
“Alhamdulillah,
satu perubahan ke arah kebaikan untuk masa depan Lia,” Kak Mimi masih mahu
menggiatku.
Aku
pandang muka Kak Mimi tanda tidak mengerti maksudnya tadi.
“Bagus
untuk Lia bila berkeluarga nanti. Pandai masak, bijak dan berkerjaya, suami
sayang dua ratus persen nanti.”
Amboi!!
Bukan main lagi Kak Mimi menanam harap pada penghidupan masa depanku.
“Amiiin...”
ajukku pada kata-kata Kak Mimi sebentar tadi.
“Belum
baca doa dah amin?” tiba-tiba sahaja suara itu kunjung tiba.
Apa
lagi, Kak Mimi berderai ketawa dengan telatah suaminya yang menegur macam muka
orang tidak tahu apa-apa.
“Lia
kan budak baik, itu yang suka benar mengaminkan doa orang,” jawab Kak Mimi,
membuat aku hanya mampu menyungging senyum.
“Kari
ayam asam boi,” kata Kak Mimi kepada Abang Amar ketika mangkuk kecil itu aku
letak di tengah-tengah meja.
“Marvellous,” jawab Abang Amar pula.
“Aik bang,
belum makan dah kata sedap, heran saya!” Kak Mimi menyakat suaminya
pula.
Maka
apa lagi, masa itulah ketawa kami bergabung. Bibik hanya menggeleng kepala
melihat telatah kami bertiga yang berperangai macam budak-budak. Saling mengena
antara satu sama lain bila-bila saja berkesempatan.
Setelah
masing-masing duduk di kerusi, Abang Amar membaca doa makan dan kami sudah pun
bersedia untuk menikmati hidangan malam berlauk kari ayam asam boi, ikan selar
goreng, sambal belacan dengan kacang botor sebagai penambah selera.
Sedang
semua ralit dengan makanan, aku merasakan inilah masa yang sesuai untuk
menyatakan yang esok aku akan pindah keluar. Cukuplah dua tiga hari aku
menumpang berteduh di sini.
“Hmmm...
sebenarnya saya ada nak beritahu sesuatu pada akak,” kataku memecah suasana.
Serentak
Kak Mimi dan Abang Amar mengangkat kepala. Adam di hujung meja masih ralit
menggaul nasi dengan sudu kecilnya.
“Sebenarnya
saya dah dapat bilik sewa. Dekat Bangsar. Esok saya akan mula duduk kat
sanalah,” kataku dalam nada senafas.
“Hah!!
Nak pindah, kenapa?” Laju juga soalan yang keluar daripada mulut Kak Mimi.
“Secepat
ni nak pindah. Lia tak selesa ke tinggal di sini?” soal Abang Amar pula.
“Errr... sebenarnya bukan macam tu. Lia
suka tinggal di sini, di samping akak sekeluarga. Tapi Lia harus mulakan hidup
baru tanpa perlu bergantung pada sesiapa. Lia kena belajar berdikari. Lagipun
sampai bila Lia nak menumpang rumah akak. Segan Lia,” jawabku sambil tersenyum
ke arah mereka. Serasanya itulah jawapan terbaik setakat ini yang mampu aku
fikirkan.
Lebih
daripada itu aku tidak mahu terlalu lama duduk menumpang rumah orang. Memang
tidak manis dan selebihnya aku harus sedar takkan selamanya mahu hidup senang
dengan menumpang tuah Kak Mimi. Mereka pun mesti mahu kehidupan yang selesa dan
privacy tanpa gangguan daripada orang
lain. Selebihnya aku memikirkan apa kata keluarga Abang Amar jika mereka
mendapat tahu ada orang hidup menumpang di rumah anak mereka. Aku tidak mahu
kisah hidupku yang sebatang kara ini menjadi bualan orang ramai.
“Sungguh
Lia nak pindah secepat ini? Kerja dah dapat?” soal Kak Mimi lagi. Ada nada
ketegasan di situ.
“Alhamdulillah
kak, Lia dapat kerja sementara di pejabat kawan yang sama-sama belajar dulu.
Cukuplah gaji tu untuk tampung keperluan hidup Lia seorang.” Aku senyum
sendiri. Sungguh beratus-ratus kali aku bersyukur dengan kemurahan rezeki ini.
“Akak
rasa baik Lia duduk je dengan
akak, boleh jimat dan kita pun boleh selalu bersama. Kan dah lama kita
berpisah, baru dua tiga hari kita dapat bersama, dah nak kena berpisah balik,”
rungut Kak Mimi sedih. Berubah-ubah intonasi suaranya.
Aku
tersenyum mendengar kata-katanya. Terselit juga rasa sedih dalam hati, tetapi
macam aku kata tadilah, takkan selamanya aku mahu menumpang di rumah orang.
“Apa pula, bukan jauh mana pun Bangsar dengan
Damansara ni kak. Bila-bila masa je
kita boleh berjumpa. Lia pun kalau ada masa, Lia akan ziarah akak sekeluarga.
Lia janji.” Kataku bersungguh-sungguh.
“Betul
ni?” soal Kak Mimi lagi.
“Betul.
Lia akan selalu ziarah akak. Jangan bimbang okay.” Keyakinan yang aku
tanam agar Kak Mimi tidak susah hati untuk melepaskan aku.
“Kalau
itu kata Lia, akak tak keberatan nak lepaskan Lia sebab akak pun tahu, Lia
mesti nak belajar berdikari, tak nak bergantung hidup dengan akak. Ya la kan,
kita mesti belajar hidup sendiri sebab kita tak tahu sampai bila boleh
bergantung harap dengan orang. Entah esok, entah lusa orang akan tinggalkan
kita. Jadi baik bersiap sedia ya dik.”
Begitu
pula kata Kak Mimi. Aku sedikit keliru dengan ayatnya tetapi tidak mahu
memanjangkan bicara yang sudah nak masuk ke tahap linangan air mata. Baik aku
mendiamkan diri dengan mengangguk sahaja tanda bersetuju dengan kata-kata Kak
Mimi tadi.
Abang
Amar nampak seperti terkejut dengan bicara Kak Mimi tetapi dia juga tidak
mengambil sebarang tindakan untuk mengulas. Masing-masing hanya
pandang-memandang antara satu sama lain.
“Kalau
semua okay, akak doakan Lia jumpa kawan serumah yang baik-baik. Yang
boleh tolong tengok-tengokkan Lia. Tapi akak ada satu syarat.” Muka serius Kak
Mimi sudah kembali.
Aku
pandang Kak Mimi bersilih berganti dengan Abang Amar.
“Syarat apa tu kak?” soalku telus.
“Setiap
kali musim raya, Lia kena balik beraya di sini. Ini rumah Lia dan kita sambut
sama-sama.”
Aku
tersenyum mendengar syarat itu. “Insya-Allah kak. Kalau akak tak bagi syarat ni
pun, Lia dengan muka tak tahu malu akan datang jugak. Maklum, Lia tak ada tempat lain lagi nak pergi selain dari
rumah akak ni,” kataku sambil mahu berseleroh. Tetapi dalam diam, satu rasa
sedih tetap jua bertandang dalam hatiku. Ternyata, bertahun-tahun memegang
status anak yatim piatu, aku belum kuat untuk tidak memikirkan tentang
seronoknya mempunyai ibu ayah dan adik-beradik kandung.
Allah, ujian-Mu kepadaku sudah lama bermula
dan sudah lama aku menjalaninya walau dengan kekuatan yang entah dari mana. Aku
bersyukur pada-Mu ya Allah kerana menemukan aku dengan keluarga ini. Tempat aku
menumpang kasih.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Untuk pembelian naskah ini, bolehlah berhubung terus dengan saya di facebook atau emailkan kepada lilinorlaili@gmail.com
Thursday, April 23, 2015
Isteri Sipi-Sipi
Assalamulaikum semua.
Saya datang hari ni nak kenalkan baby baru ya...jeng..jenggggg....
Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT yang masih meminjamkan saya idea untuk terus menulis... lahirnya naskah baru ini saya tujukan khas untuk kawan2 pembaca yang sangat saya sanjungi. Terimalah naskah ini seadanya. Sesungguhnya naskah itu tidaklah yang terbaik untuk dijadikan panduan atau apa2 pun...ianya cuma nukilan cerita yang saya tulis dengan gerak hati...yang saya jalinkan satu persatu jalan ceritanya dengan rasa yang amat menyanyangi Alia dan kasihkan Amar. Lebih dari itu, tumpahnya selautan kasih dan sayang saya pada Mimi. Adam sikecil yang menyerikan hidup mereka sekeluarga itu saya bawa agar kita sama-sama dapat menghayati nilai kasih sayang dalam keluarga.
Kawan-kawan pembaca yang budiman...naskah ini tidak berat untuk difahami dan tidak juga ringan untuk disantuni...maka, kalianlah yang wajar memberi gambaran tentang naskah ini sekiranya kalian berjaya menghabiskan naskah 472 muka surat itu.
Maka, sudi-sudikanlah dapatkan naskah ini... untuk permulaan, novel ini dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2015) di PWTC bermula 24 April - 3 Mei 2015, di gerai Pekan Ilmu, booth Lot 3150 & 3151 Aras 3, Dewan Tun Razak 3. Insya-Allah saya juga akan ada di sana pada masa-masa tertentu. Kalau jumpa saya...tegur-tegurlah ya...boleh kita beramah mesra...Insya-Allah.
*** Cumanya sedikit ralat, saya baru diberitahu oleh penerbit sebentar tadi bahawa novel ini hanya akan berada di rak pesta buku bermula 29 April (Rabu) sahaja kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Perancangan awal, novel ini sepatutnya siap dicetak hari ini.
_________##~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~## _____________
Sedikit teaser ya sebagai mukadimah ...

Bab 1
“So how? Masih jet lag?” suara
Kak Mimi yang sudah duduk di sebelah pembaringanku, membuat aku membuka mata.
Aku
bangun perlahan-lahan sambil menggosok mata.
“Maaf
kak, tertidur pulak, ingatkan nak
baring luruskan badan sekejap, rupa-rupanya boleh tertidur,” jawabku. Terasa
bersalah kerana tertidur. Tadi selepas sekembalinya kami dari airport,
Kak Mimi menunjukkan bilik dan membiarkan aku untuk berehat seketika, alih-alih
boleh pula aku tertidur. Tak semengah
sungguh!
“Penatlah
ni ya?” soal Kak Mimi.
“Taklah
penat mana pun kak. Cuma lenguh badan sebab duduk lama sangat dalam flight, itu aje.”
“Bangunlah, dah nak maghrib pun,
pergi mandi. Lepas maghrib kita boleh makan malam,” kata Kak Mimi sambil
melipat selimut kemudian meletakkannya di hujung katilku.
Selesai
melipat selimut, Kak Mimi melabuhkan punggung di sebelahku yang duduk berjuntai
kaki di tepi katil.
Aku
perhatikan raut wajahnya. Kak Mimi semakin cantik sekarang ini. Kulitnya putih
bersih. Wajah mukanya yang berbentuk bujur sirih itulah yang akan menarik
perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Sekarang ini Kak Mimi sedang
mengenakan kaftan kain cotton
berwarna kelabu. Amat sepadan dengan Kak Mimi.
“Kenapa
Lia tilik akak macam tu sekali?” soalnya apabila menyedari dirinya ditenung.
Aku
hanya tersenyum. Rasa kagumku dengan setiap penampilan Kak Mimi dari dahulu
hingga kini tak pernah luak. Rasa kagum itu aku simpan dalam hati sebab Kak
Mimi tidak suka dirinya dipuji.
“Terima
kasih kak sebab bagi Lia tumpang rumah akak,” kataku sambil memegang
jari-jemari Kak Mimi.
Sungguh
aku perlu berterima kasih kepada Kak Mimi. Tanpa dia aku tidak tahu ke mana
arah yang patut aku bawa langkahku ini sekembalinya ke Kuala Lumpur.
“Kenapa
pula Lia cakap macam tu, kita kan adik-beradik dunia akhirat. Walau bukan dari
satu rahim ibu dan satu keturunan, kita membesar bersama. Susah senang kita
selama ini, kita tempuhi berdua. Akak sayang sangat dengan Lia.” Aku dipeluknya
erat.
Sebak
sangat rasa hatiku apabila mendengar kata-kata Kak Mimi.
“Sepanjang
Lia kat sana, akak rasa sangat kehilangan. Yalah kan, dari kecil sampai besar
kita sama-sama tempuhi hidup ini. Pahit manis kita lalui bersama. Akak ingat
lagi, Lia sangat comel masa kecil. Sebab tulah akak selalu dukung Lia.”
“Pasal
akak selalu dukung Lialah, Lia jadi manja dengan akak,” sampukku pula.
Kami
bergabung ketawa.
Kenangan
kami di rumah Ar-Raudhah amat manis dikenang. Kak Mimi tua enam tahun
daripadaku. Sejak aku sudah mula boleh mengingati, Kak Mimilah yang selalu di
sampingku. Dialah yang banyak mengasuhku. Dialah juga menjadi tukang suap
makanku. Dialah juga yang mengulit tidur malamku. Kak Mimi walaupun ketika itu
baru berusia sepuluh tahun, tetapi dia sangat matang. Kami sangat menyayangi
antara satu sama lain.
“Dulu
masa kecil Lia kerap berhingus. Kalau akak tak sapu hingus tu, Lia biarkan
meleleh masuk mulut. Tu yang hingus Lia lambat berhenti,” ceritanya lagi,
menggamit kenangan silam kami.
Aku
ketawa mendengar cerita itu. Memang benar, sampai sekarang ni aku mudah benar
diserang selesema. Biarpun hanya dengan terkena rintik hujan, tidak lama lepas
itu, pasti aku akan selesema. Antibody
aku lemah agaknya.
“Manis
kan kenangan kita kat Ar-Raudhah?”
Kak
Mimi mengangguk. Setuju dengan penyataan aku yang satu ini.
“Kenangan
yang tak semua orang ada. Kita antara kanak-kanak yang bertuah dapat berlindung
di Ar-Raudhah.”
“Esok
kita pergi sana nak? Lia rindu dengan ibu. Apa khabar agaknya dia? Dia tahu Lia
balik minggu ni,” kataku merujuk kepada Puan Hajah Zaiton, pengetua rumah
anak-anak yatim Ar-Raudhah, yang sudah kami anggap sebagai ibu kandung sendiri.
“Ha tulah,
minggu lepas masa akak ke sana, kami ada juga bercakap pasal kepulangan Lia
tapi masa akak pergi tu ibu demam. Sempatlah akak bawa dia pergi klinik.”
“La...
ya ke? Kesian ibu,” setunas ingatanku melekat pada raut wajah putih
bersih ibu. Dialah ibu untuk aku menumpang kasih selama berbelas-belas tahun.
Kami berpisah selepas aku mendapat tawaran ke Australia sebaik selepas Sijil
Pelajaran Malaysia. Ketika itu Kak Mimi baru habis belajar di Universiti Putra
Malaysia.
Peraturan
di rumah Ar-Raudhah, selepas anak-anak berumur lapan belas tahun mereka boleh
kembali ke pangkuan keluarga bagi yang masih mempunyai keluarga dan bagi
anak-anak macam aku yang tidak tahu asal usul ini, kami diberi pilihan
sekiranya mahu terus berada di situ dengan syarat sama-sama membantu
pembangunan Ar-Raudhah.
Aku memilih untuk mengikut Kak Mimi. Itulah
sekembalinya aku dari Australia, aku menumpang buat sementara di sini.
“Abang
Amar okay ke?” aku bertanya
sebab takut juga dengan kehadiran aku di rumah ini akan mengganggu ruang privacy mereka sekeluarga.
“Dia okay lah. Akak dah berkali-kali tanya
dia, dia tak ada masalah pun. Dia faham dengan keadaan kita,” kata Kak Mimi
tersenyum.
Alahai
sayu pula aku mendengar Kak Mimi berkata begitu. Almaklumlah orang sebatang
kara di dunia. Terus terasa sebak menyesak dada walaupun realiti ini bukan
sehari dua kami sudah tempuhi.
“Saya
akan menumpang, sementara belum dapat kerja.
Lepas dapat kerja, insya-Allah saya akan cari rumah lain,
ya kak.”
“La...
kan akak dah kata, Lia duduk je kat sini. Bilik kosong ada dua lagi tu.
Lagipun hanya kami berempat saja di rumah ni. Apa nak malu dan segannya?”
“Bukan
apa kak, saya nak belajar hidup sendiri, tapi akak jangan bimbanglah, Lia akan
selalu jenguk akak.”
“Akak
bukan apa Lia, kita ni dah macam adik-beradik kandung. Walau bukan dari rahim
ibu yang sama, tapi kita dibesarkan bersama. Ikatan persaudaraan dah terlalu
kukuh. Akak sangat sayang pada Lia. Akak nak Lia selalu ada dengan akak. Empat
tahun Lia kat luar negara, akak asyik membilang hari. Menantikan masa untuk
kita bersama semula seperti berpuluh tahun dahulu.”
Sedih
aku mendengar kata-kata Kak Mimi. Hanya dia tempat aku menumpang kasih dari
dulu hingga kini selain daripada kawan-kawan yang senasib dan para pengasuh di Ar-Raudhah dahulu.
“Dah...
dah... tak nak sedih-sedih. Pergi mandi, solat dan kejap lagi kita makan
malam. Yang lain kita bincang kamudian. Masa masih panjang lagi...” kata Kak
Mimi sambil membalas usapan jari-jemariku.
“Okay, akak nak turun bawah dulu, tengok
Adam tengah buat apa.” Kak Mimi bangun dari katil.
Segera
aku menarik tangannya kembali dan ucapan terima kasih aku luahkan. “Terima
kasih kak kerana sudi menumpangkan Lia kat sini.”
“Lia...
kan akak dah cakap. Lia tak menumpang di sini. Sini pun rumah Lia jugak. Di mana akak berada, di situlah
rumah Lia,” pujuk Kak Mimi sambil tangan kanannya mengusap ubun-ubun kepalaku.
Usapan
tangan Kak Mimi pada ubun-ubunku inilah yang aku rindui selama di perantauan.
Terasa kasih kami erat berpadu.
“Terima
kasih kak...” ucapku sebak. Banyak sungguh budi yang Kak Mimi tanam untukku.
Aku tak tahu sama ada aku mampu membalasnya atau tidak. Tetapi dalam setiap
sujudku, doaku tidak pernah putus untuk dia. Dia ibarat nyawa kedua buatku.
Kak
Mimi tersenyum. Agaknya sudah tidak terkata dia dengan sikapku ini.
Tuesday, April 7, 2015
Ajari aku untuk reda
Assalamualaikum...
Yang sedang ada dalam hati ketika ini adalah kecewa. Perkataan atau perkara yang jarang singgah dalam diri saya ini ada dengan sendirinya sejak satu pengorbanan yang saya lakukan dalam hidup ini. Pengorbanan, konon untuk membantu, namun menjerat diri saya kembali.
Mana saya sangka, perkara ini, yang mana saya terpaksa melepaskan kesayangan dengan begitu susah dan payahnya untuk saya laku, kerana yang itu adalah tempat di mana saya bermula dan rasa hormat yang saya junjung pada sesekian tertanam jauh direlung hati saya...rupanya, pengorbanan saya itu tidak berbaloi langsung.
Jadi, sekarang ini... saya kena pahatkan rasa reda dalam hati saya untuk semua keputusan yang saya sudah lakukan. Saya yakinkan diri bahawa ini semua adalah gerak kerja yang hadir dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana tawakal saya padaNya.
Maka, dengan ini... pada setiap tindakan yang tidak memuaskan hati saya, yang menghilangkan rasa yakin saya; saya harus simpan kemas. Saya balut rapi, tutup rapat di dasar hati sendiri sebab siapa saya untuk terus mencari hak biar pun itu adalah kepunyaan saya.
Kerana, sesungguhnya... sekali saya sedia dan sanggup berkorban, selamanya saya perlu berkorban!
Allah... kuatkan hatiku
Allah... jangan Kau matikan rasa untuk kecintaanku ini
Allah... buangkan rasa payau yang ada dalam jiwaku ketika ini
Allah... buangkan bebenan rasa buatku, kerana aku ingin hidup aman dan tenteram
Allah... lapangkan dadaku untuk belajar reda dengan ujian-Mu
Allah... Allah... Allah... Kau murahi rezeki buat kami semua, murahi kami dengan rezeki yang halal demi untuk niatku yang satu itu. Amin.

Friday, February 13, 2015
Hilangnya permata di hati kami
Malam tadi ketika buka hp nampak masej tapi dalam hati kata...tak mungkin...orang main-main kut. Teringat kejadian beberapa bulan lalu yang berita ini disebarkan padahal tidak benar sama sekali. Jadi, itulah yang tak berapa nak percaya lagi. Lepas tu buka group sebelah, eh! ada lagi masej ni. Kalau gini dah betullah. Masa tu jam 10 malam. Tanya ayah ngah dia, betul ke ni? Kata Ayah Ngah dia...betul dah tu...Astro Awani dah sahkan ni! - Innalillahiwainnailaihirojiun...
Perginya tok guru kepada anak-anak Kelantan di malam jumaat. Malam/hari impian semua umat islam untuk mendapat sedikit kesenangan ketika di alam kubur.
Sesungguhnya dia ibarat permata bagiku. Yang sukar untuk dicari ganti buat ketika ini. Dia juga permata di hati kami anak2 Kelantan. Damailah di sana wahai murabbi, sesungguhnya tugasmu sebagai penyampai sudah selesai. Al fatihah utk ayahanda yg terlalu dihormati. Di mana kan kami mencari gantimu wahai murabbi yang setia dengan kebenaran....

Wajah yang akan dirindui selepas ini.
Melihat raut wajah ini, mengimbaukan ingatan saya kepada arwah Tok Ayah, Tok saudara kami yang antaranya kawan kepada TGNA. Semasa hayat Tok Ayah, TGNA sempat beberapa kali datang ke masjid di depan rumah saya yang mana penjaga dan pengasas masjid itu adalah Tok Ayah. Masih jelas diingatan, pertama kali TGNA datang ke masjid di kampung itu ibarat seperti menyambut perayaan. Kampung bercahaya dengan lampu, kereta bertali arus, kebanjiran penduduk di sekitar itu, semuanya teruja untuk mendengar ceramah TGNA. Ketika itu saya masih lagi kanak-kanak berusia sembilan tahun. Masih galak berlari di celahan orang ramai. Sungguh ketika itu kami semua teruja untuk melihat TGNA secara dekat. Masih terbayang caranya berdiri ketika berucap di serambi masjid yang di datarannya dipenuhi umat manusia. Allahuakabar. Masih jelas terbayang itu semua biarpun kejadian itu sudah berpuluh tahun berlalu dan pada hari itulah saya mengenali siapa dia lelaki hebat ini.
Pagi tadi...astro Awani mula menyiarkan segala perihal pasal arwah...oh..alangkah beratnya rasa kaki untuk melangkah keluar untuk ke pejabat sebab hati ingin melihat kupasan yang disiarkan. Namun memikirkan ada tugasan yang menanti, aku gagahi jua meninggalkan keluarga yang lain masih di depan TV, menonton. Rasa ralat kerana kami semua tidak berkesempatan untuk pulang melawatnya.
Masuk kereta, buka radio Ikim...pun sama...semuanya bercerita pasal kehebatan ulama ini selama hayatnya. Perlahan-lahan air mata menitis setiap kali kelebihan lelaki ini diceritakan...dan saat lagu pergi tak kembali dari Rabani diputarkan....air mata makin laju mengalir. Menginsafi diri... - ketika itu berhenti di taffic light - toleh pemandu kereta lain di kiri dan kanan semua sedang menoleh - agaknya mereka semua pasti berbicara sendiri - apahal pulak minah ni menagis beria-ia di pagi hari? - Allahuakbar.
Kami tangisi pemergian murabbi ini. Kehilangan yang sukar dicari ganti. Kehilangan yang meninggalkan lopong di hati kami yang sangat menyanjunginya. Salam takziah kepada seluruh keluarga. Al-Fatihah.
Wednesday, February 4, 2015
Umairah Ya Maryam pertama kali ke sekolah
Tahun 2015, bulan January saya langsung tak sempat nak buka menulis di sini. Sibuk sepanjang bulan. padahal ada benda yang saya nak share....manuskrip kedua saya sudah siapppppp....tapi belum sempat pun lagi nak hantar untuk dinilai oleh penerbit. So...terabailah lagi.
Hari ini....saya nak tulis sesuatu yang paling saya teruja dan gembira...tarikh hari ini 4 February 2015 kakak menjejakkan kakinya ke sekolah.
Yeyyyy...kakak Umairah Ya Maryam sudah mula bersekolah. Hari ni umur kakak Umairah Ya Maryam 3 tahun setengah sebab bulan july nanti baru masuk empat tahun. Kakak mula bersekolah lewat sebulan dari kawan2 yg lain sebab ibu dia baru habis berfikir...(ibu dia kan pelik banyak, berfikir tak habis2 untuk memutuskan perkara ini biarpun ayah dah beberapa kali bagi green light)
Finally...Alhamdullilah...kakak mengejutkan ibu dan ayah dgn cara kakak yg sgt tenang, masuk barisan sama2 kawan, masuk kelas dan belajar seperti anak2 lain. kakak meninggalkan karektor kakak yang penakut dengan orang, yg pemalu dan pendiam apabila di luar rumah, sering menyorok di belakang ibu kalau ada org menegur. Tapi hari ini kakak transform menjadi kakak yg sgt berdikari. kakak hanya tersenyum tenang kala ibu dan ayah melangkah keluar tadika.ibu teruja kakak, sangat teruja dgn semangat yg kakak tunjukkan. Maka, belajarlah kak, belajar menuntut ilmu akhirat dan duniawi...keterujaan kakak membuatkan seluruh mak pak saudara kakak bangga tau...apatah lagi tok bah dan tok ma...kami semua sayang kakak. psttt...ayah kakak senyum meleret masuk kereta, bangga anak dia bersemangat. ibu pula berkaca mata sbb tak percaya kakak sangat steady...semoga berjaya dunia akhirat anak ibu sayang, si jantung hati ayah.
Allahhuakabar....Kakak sangat behave...anak yang baik sesungguhnya menyenangkan ibu bapa. Langsung dia tak buat perangai. Gaya seronoknya dari rumah sampai ke sekolah, dia okey sahaja. Siapa sangka...si kakak yang dikenali sebagai budak yg tak boleh berjauhan dgn ibu kalau pergi ke mana-mana, tetapi hari ini dia sangat berdikari. Kakak membuktikan...apa yang kakak nak, kakak tak takut nak menghadapinya...tang ni kakak menurun perangai ibu.Baju sekolah ni sempat ditukar dalam bilik guru bila diberikan uniform sukan untuk dipakai setiap rabu.
Hari ini....saya nak tulis sesuatu yang paling saya teruja dan gembira...tarikh hari ini 4 February 2015 kakak menjejakkan kakinya ke sekolah.
Yeyyyy...kakak Umairah Ya Maryam sudah mula bersekolah. Hari ni umur kakak Umairah Ya Maryam 3 tahun setengah sebab bulan july nanti baru masuk empat tahun. Kakak mula bersekolah lewat sebulan dari kawan2 yg lain sebab ibu dia baru habis berfikir...(ibu dia kan pelik banyak, berfikir tak habis2 untuk memutuskan perkara ini biarpun ayah dah beberapa kali bagi green light)
Finally...Alhamdullilah...kakak mengejutkan ibu dan ayah dgn cara kakak yg sgt tenang, masuk barisan sama2 kawan, masuk kelas dan belajar seperti anak2 lain. kakak meninggalkan karektor kakak yang penakut dengan orang, yg pemalu dan pendiam apabila di luar rumah, sering menyorok di belakang ibu kalau ada org menegur. Tapi hari ini kakak transform menjadi kakak yg sgt berdikari. kakak hanya tersenyum tenang kala ibu dan ayah melangkah keluar tadika.ibu teruja kakak, sangat teruja dgn semangat yg kakak tunjukkan. Maka, belajarlah kak, belajar menuntut ilmu akhirat dan duniawi...keterujaan kakak membuatkan seluruh mak pak saudara kakak bangga tau...apatah lagi tok bah dan tok ma...kami semua sayang kakak. psttt...ayah kakak senyum meleret masuk kereta, bangga anak dia bersemangat. ibu pula berkaca mata sbb tak percaya kakak sangat steady...semoga berjaya dunia akhirat anak ibu sayang, si jantung hati ayah.
Kakak yang begitu seronok sebab dapat peralatan menulis baru...semua nak buat sendiri tak bagi ibu tolong..
Adik pun join sekali...ni rupa Medina baru bangun tidur...masih blur bila kakak lambakkan segala alatan menulis dia..
Pagi tadi 1st day nak ke sekolah. Bukan main excited lagi dia...jaranglah utk kami melihat dia nak bergaya begini..pagi ni macam2 aksi dapat...pakai baju sendiri dulu sebab uniform sekolah belum dapat lagi.
Adik pun sibuk sama...dia juga bangun awal nak pergi hantar kakak ke sekolah. Yang kelaka Adik yang pujuk kakak mandi - ni kes kakak takut air.
![]() |
Dari jauh kelihatan kakak sedang beratur nak masuk barisan... |
Subscribe to:
Posts (Atom)