Hari kedua di kampung halaman...hmmmm....bestnya. Udara pagi yang nyaman, hening suasana dan sesekali mendengar kicauan burung serta ayam itik...huh...kalaulah dapat hari-hari macam ni kan best. Mengadap Pc dan berangan tanpa gangguan...hehehe....berangan lagi! Ok, stop berangan.
Hari ni nak g kedai 'hunting' barangan antik. Harap-harapnya jumpa la barang yang aku nak cari tu. Malam tadi pun, ma dah bawak keluar koleksi lamanya yg dapat dr orang-orang lama sekeliling rumah kami. Cantik-cantiknya pinggan dan cawan lama...harus le aku bawa balik KL nanti.
Satu kedai yg aku dah melalui nya semalam...wah...tengok dari luar, bersusun barangan lama....sungguh aku tak sabar nak pergi....nak selongkar semua yg ada!
chow dulu...
Monday, February 15, 2010
Monday, February 8, 2010
Bila berbunyi...
Semua orang tegur ‘ li…u put on weight ke?”
Ada lagi seruan “wah muka…tembamnya…”
Ada seorang tu “hati org bahagia, terserlah di raut wajah!”
Kata cleaner di opis “aya…lili…tengok dr sisi pun berisi la…”
Pastu ada yg menutur “lama tak tgk…makin menjadi-jadi…”
Kata serpih “jangan makin rendang dah la…”
Seorang kakak “betul la…dulu akak pegang lengan kamu, kecik saja, rasa tulang! Sekarang ni dah terasa berisi…”
Paling hangit “makin 'comei' la dia…itulah dia, sepatutnya!” huaaaa…yg ni aku paling nak menangis. Bukan sebab dgn pujian tu…tapi sedih dgn ayat-ayatnya selepas itu….sindirin berbaur kiasan madu pabila sepuluh tahun dikenali…
Jawapan “dulu, kini dan akan datang, semestinya akan ada perubahan…”
Dalam diam, aku sendiri bertanya “sudah gemukkah aku????”
Sendiri mau ingat le…makan tak kira waktu. Jam 1am pun aku masih boleh makan nasi. Sambil tengok Chelsea vs Arsenal….seperti laju bola dirembat ke sana ke sini…makin laju aku mengunyah nasi di pagi yang hening! Apa pun, yang penting… mataku hanya nampak Ballack sahaja di atas padang ituew!
Hehehehe…hati bahagia maaaaa….

Tuesday, January 26, 2010
Mudahlah segalanya
Masya-Allah, dah hampir ke penghujung January rupanya...lama sungguh aku bertapa. Dalam sibuk menguruskan pelbagai urusan yang mendatang, sedar tak sedar dah nak dekat agenda yg dirancang. Minta Allah dipermudahkan semuanya.
Baru-baru ini, aku kembali ke dearah satu ketika dahulu. Melawati kawasan sekitarnya yang damai. Seawal pagi aku sudah sampai sebab ketemujanjinya yang sudah dibuat sehari sebelum. Ya, dia bawa aku kembali mengisi saat-saat cerita silam di situ. Sungguhnya aku teruja untuk memiliki idaman tersebut. Puas mengeliling, aku bawa balik gambarnya, minta pendapat sekalian penduduk rumahku. Ada yang kata, Ok. Ada yg kata tak Ok. Maklumla, nun di lereng bukit di apit oleh kondo-kondo mewah sekitarnya. Jadi keputusannya masih tergantung!
Alkisah, December pergi tak sedar, january datang pun aku masih lena. Alahai....

Tuesday, December 22, 2009
Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Thursday, December 17, 2009
Beransur pergi...hijrahku
Sedang termenung diam di sini, sedang bilah masa beransur perlahan-lahan meniggalkan diri. Setahun berlalu bagaikan sehari, laju sungguh masa merentas....sehingga tika ini, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menutup tirai 1430H.
1430H....banyak memori tercatat lewat kenangan yg ada. Separuh daripada 12 bulan...banyak dihabiskan dengan menoleh, mencari silap diri dalam mencatur jalur-jalur hati dan perasaan...di mana silap itu muncul? di mana wujudnya kelemahan itu? Apakah kerana terlampau berlembut, berdiam diri, mengambil mudah dan memandang remeh atau lebih tepat, ego yang aku tantang lebih tinggi daripada dia. Seperti anggapan dia barangkali 'aku tidak pernah serius....jarang sekali berbicara lewat perasaan yang sebenar' sedang membiarkan dia berterusan mencari jawapan pada tiap pertanyaannya, pertanyaan yang manis nan indah, teramat ajaib tetapi kenapa....aku berterusan membisu! Rasanya, sedang ketika itu aku masih dalam menguji kesungguhannya....
Jawapanya mudah 'aku tetap aku'. Payah membuka kata, sedang dalam diam ia ada di situ....
Hari ini, tahun yang diharapkan mengungkai seribu satu rasa, akan berlalu pergi jua.....Insya-Allah....bawalah pergi semua yang ada pada jeratan rasa.....aku ingin terbang tinggi kembali....
Payah mengusir mutiara nan jernih dari terus berderai di tebing kelopak....

Monday, December 14, 2009
Saya budak baru belajar
Sabtu 12/12/09, seperti yang diharapkan…aku berkesempatan hadir jua ke kelas penulisan novel anjuran AVA. Walau dalam keadaan yang tidak cukup persediaan dan dalam kekalutan masa yang agak terhad, tetap aku gagahkan juga. Tujuannya memang satu, mencari ilmu.
Bengkel yang menarik kerana ia dianjurkan oleh orang yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang penulisan. Lebih manis apabila ia dikendalikan oleh penulis novel terkenal; Puan Nisah Hj Harun selaku permudahcara. Seharian berbengkel, banyak yang dapat dikutip dan dipelajari.
Seawal bengkel, kami belajar cara merangka jalan cerita, cara untuk mengembangkan plot dan seterusnya menjalin bab demi bab. Payah juga rupanya ya? Masuk sesi kedua, aku sudah kecut perut bila diminta untuk membentangkan synopsis dan bab pertama karya masing-masing. Alahai…apalah yang nak aku bentangkan nanti kerana ianya ditulis hanya sekadar mengisi masa terluang 3 tahun dahulu.
Daripada pemerhatian, semua peserta yang hadir pada hari itu rata-rata mempunyai bakat yg terpendam dalam bidang penulisan. Hebat-hebatnya novel yang sedang mereka usahakan. Kajian menyeluruh, rujukan, ketelitian dan pendedahan yang mereka bawakan layaklah utk dikategorikan sebagai calon-calon anugerah sastera serta sains fiksyen yg hebat. Ketik itu, aku mula rasa terpencil hanya kerana aku seorang sahaja yang cuba menulis kisah ‘cinta, air mata & angan-angan mat jenin’. Dengan sedikit kekuatan, aku harus mencuba nasib. Mendengar komen mereka yang berpengalaman tentang karya aku yang tidak ada hujung pangkal itu. Seperti kata seorang teman; “pergilah…tapi tadah telinga mendengar komen mereka kelak…”
Dalam segan berintikan malu, ada beraninya. Demi untuk belajar dan menambah ilmu. Kalau tidak aku tidak tahu pun yang cerita itu banyak yang lopong dan sumbing….terima kasih kepada semua yang sudi menegur dan berkongsi idea. Ada luang masa, di lain hari pasti aku akan kembali ke bengkel seperti itu lagi. Aku belajar untuk ilmu. Di akhir kelas, ketika bersalaman dengan Puan Nisah dia sempat berkata “jangan ambil hati ya mana yang kena cincang…”
Kalau salah tolong tunjukkan….

Friday, December 11, 2009
Interaksi bayi dalam kandungan
Bukankah sesuatu yang mengujakan bila kali pertama anda merasai bayi bergerak dalam perut anda? Ia adalah perkara biasa setelah bayi berusia 17 minggu dalam kandungan. Bagi seorang ayah pula, mereka terpaksa menunggu sehingga usia 30 minggu untuk merasai gerakan ini dengan meletakkan tapak tangannya di perut ibu.
Kajian menunjukkan bahawa pada usia ini, bayi sudah mampu berinteraksi dengan persekitaran, antaranya:
1. Bayi dalam kandungan boleh mendengar. Dia boleh mendengar degupan jantung ibu, aliran darah dalam tali pusat, cecair amniotik juga bunyi yang terhasil di luar rahim.
2. Dia boleh merasai perasaan dan mood ibunya. Bila ibunya tertekan, bayi akan bertindakbalas dengan mengubah pergerakannya.
3. Dia sangat sensitif pada suhu. Jika ibunya berada dekat dengan alat pemanas seperti dapur, bayi akan merasa tidak selesa dan mula bergerak.
4. Dia gemar memberi gerak-balas yang boleh dilihat pada perut ibu. Seorang ayah biasanya mahu melihat pergerakan bayinya tetapi dia akan berhenti bergerak bila si ayah meletakkan tapak tangannya pada perut si ibu. Sedangkan pada waktu lain, bayi akan bertindak-balas atau menendang bila ibu mengusap perut dengan perlahan.
5. Dia juga sangat sensitif pada cahaya. Ini berlaku dalam trimester akhir bila abdomen semakin membesar dan kulit semakin nipis akibat regangan.
6. Kajian menunjukkan bayi dapat membezakan rasa yang berbeza melalui makanan yang ibu mereka makan.
7. Pergerakannya dalam rahim tidak terhad pada tangan dan kaki sahaja. Dia boleh gerakkan jari, menghisap ibu jari, membuka kelopak mata, menguap dan pelbagai lagi.
8. Bercakap dengannya setiap hari. Tidak penting apa isu yang diperbualkan tetapi mainkan ton suara dan konsisten dengan keadaan.
9. Menyanyi atau melagukan lagu dodoi kegemaran anda kepadanya setiap hari. Cara ini membantu dia mengenali suara anda.
10. Mainkan alunan mengaji dan zikir untuk mindanya.
11. Ceritakan padanya apa yang sedang anda perbuatkan setiap hari. Cara ini akan mendedahkannya pada suara anda dan membantu anda mengajar tabiat bercakap dengannya apabila dia lahir nanti.
12. Selalu usap perut anda dan bercakap untuk melengkapkan stimulasinya. Cara ini akan membuatkan bayi merasa dan mendengar perasaan anda pada masa yang sama.
13. Selalu padam dan buka kembali lampu pada waktu malam untuk membantu melengkapkan stimulasinya.
14. Seorang ayah juga boleh turut serta dalam interaksi ini setiap hari untuk mengeratkan lagi hubungan bayi dan ayahnya.
(kredit kepada majalah Aniqah Jun 2009 - muka surat 63)
TERIMA KASIH.

Subscribe to:
Posts (Atom)