Thursday, May 10, 2012

Jawapan dari hati


Macam mana nak mula ya? Nak jawab bagi semua clear ^_^

Ok..masuk ni dah dua orang pembaca HDS bertanya melalui emeil, dan beberapa kenalan mesra tapi tak akrab (sebab kalau kawan akrab, dia tahu semuanya), bertanya: ..pasal nama Shahrullah Rahmat tu. Saya tak sangka ada juga yang dok tertanya siapa Encik Shah, lelaki watak utama dalam novel tu.

Antara soalan yang bertanya? Encik Shah tu suami akak ke? HDS tu cerita benar ke? Kisah akak ke? Haih…malu ahkak tau…jawapannya...no no no...(sambil goyang jari telunjuk versi Umairah - dua-dua jari telunjuk kanan dan kiri ya)

Ok jujur nak cerita, kisah tu hanyalah rekaan semata-mata. Sekadar idea yang datang dan saya sambung-sambung sehingga menjadi satu kisah cinta. Ianya tiada kaitan dengan yang hidup atau mati (klise kan?) Sedikit isi yang ada, datangnya melalui pengalaman sendiri, kawan-kawan dan orang sekeliling.

Nama Shahrullah tu hanyalah nama yang tiba-tiba muncul di layar minda semasa pertama kali menaip kisah tu. Nama tu tak semena-mena timbul dalam kepala dan saya terus taip-taip sehinggalah ke garisan penamatnya pada Sept 2009. Dalam tak sedar nama tu macam sebati dalam diri saya :)

Hanya kebetulan dengan jodoh yang saya dapat pun pangkal namanya sama. Itu kebetulan sungguh. Saya masih ingat, 1st time saya dapat sms daripada teman serumah tu, dia ada letak nama dia kat penghabisan ayat. Maklum tu baru nak berkenalan, nama pun tak tahu lagi kan :) :)  ayo..yo..so sweet la darling… **saya masih simpan sms tu sampai ke hari ni** (mesti kejab lagi Encik Yoep saya akan selongkar hp ni, cari sms pertama dia kepada saya - pecah tembelang yg saya simpan sms tu nak buat pekasam)

Masih di ingatan, masa tu saya tengah kerja kat book fair tahun 2010, tgh punch harga majalah yang orang beli. Tiba-tiba masuk massage org ajak pergi kursus kahwen sekali ... ayo..yo…terus kursus kahwin ko…memang serius tak ingat dunia. 

Cuak juga saya masa tu bila tahu nama dia adalah Shahrul…eh! Macam diseru-serulah…Lelaki bernama Shahrul muncul tak semena-mena. Patutlah selama 2 tahun saya berkisah novel tu, saya rasa macam dekat sangat dengan kedua-dua watak tersebut. Dan tanpa sangkaan saya mendapat jodoh dengan orang yang bernama itu.

Ok…yang tu saya biarkan…sebab masa tu manuskrip yang tajuk asalnya, cinta tersimpul rapi tersadai di celah-celah buku sekolah dan kertas-kertas assingment saya je. Langsung tak terusik…dan tak ada sesiapa pun yang dibenarkan baca melainkan Mastura & Sasa sahaja sehinggalah saya selamat diijabkabulkan dengan lelaki bernama Shahrul Hakimi. 

Dan manuskrip tu kembali berada di depan mata apabila saya nak ikut serta bengkel penulisan anjuran Jemari Seni December 2010 tu…masa mula-mula Kak Yah kata setuju nak terbitkan, saya dah rasa, pasal nama tu pasti akan berbangkit suatu hari nanti. Dan saya rasa macam nak tukar nama tu, tapi taulah ya, kalau tukar ni mesti tak smooth, mesti akan ambil masa dan pasti akan ada kesilapan nama dan akan buat ramai orang confius juga nanti.

Tambah cerita juga, yang sebenarnya, teman serumah saya pun tak tahu pasal manuskrip tu…dia tak pernah tahu yang saya ni suka menulis pun…dan dia hanya tahu apabila saya dah berjaya utk menyertai bengkel itu. Pasal nama, saya masih tak cerita dengan dia sehinggalah manuskrip itu ingin dibukukan…saya dah tak ada pilihan…akhirnya barulah saya beritahu teman serumah itu bahawa novel yg bakal terbit ini adalah menggunakan nama Shahrullah sebagai watak utamanya…tapi macam biasa, teman serumah saya tu kan tak banyak mulut…dia senyum je tanpa apa-apa perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Mybe sebab saya dah bagi alasan kut. Maklum saya ni, kalau nak cakap apa-apa, siap dengan alasan sekali saya sertakan supaya mudah untuk difahami.…dan alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar dan novel tu pun dah lama masuk cetakan kedua…

Jadi, kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya tu…ni lah sedikit sebanyak jawapan yang dapat saya kongsikan...jangan lagi dok bayangkan yang inche yeop saya tu adalah Encik Shah ya...kesian dia yang tak tau apa-apa tu :) mangsa keadaan! Lagi satu...saya bayangkan Encik Shah dalam HDS tu ala-ala hensome jugak tau :) tapi inche yeop saya ni cukuplah sedap mata memandang dimata saya seorang sahaja ya (hahahah...ni kes nak tuntut hadiah besar ni, tu yg puji melambung-lambung ni) ya ampun...harus kena kutuk lepas ni. Ampun semua :) peace no war!!!!

Jadi kesimpulannya, sesungguhnya kebetulan banyak terjadi dalam kehidupan seharian kita, antara kita sedar atau tidak sahaja. Atau mungkin juga, apabila sekian lama saya dok seru nama dia…hah! Tak lama lepas tu muncullah dia dari celah-celah ramai (mcm intan terpilih gitu) ..heheeheh…jodoh katanya…alhamdullilah, jodoh yang terbaik untuk saya! Syukur kepada Allah s.w.t....

Jadi kepada teman-teman yang masih single mingle tu, cuba-cuba menulis. letaklah nama lelaki idaman kat situ..tulis hari-hari...macam seru nama gitu...kut-kut..mana tahu, tak lama lepas tu dia muncul dari celah-celah jugak....hahahaa...harus saya kena bako lepas ni...lari...........................................

Sekian untuk kali ini seadanya...

Wednesday, May 9, 2012

Umairah Ya Maryam dengan bukunya

Antara pencarian buku utama masa PBAKL yang lepas. Dah dapat yang ni, terus balik. Masa sampai kat rumah tak sabar-sabar nak tunjuk buku-buku ni kat Umairah. Dalam hati dapat rasa, mesti dia suka sangat..

Dalam plastik lagi, saya lambakkan semua kat dia...dia buka tengok, buku...lantas apa lagi...tersenyum girang..satu persatu dia belek dan belek tanpa jemu...dan sehingga ke hari ini, buku inilah mainannya...

 Macam ni lah muka dia setiap kali dengan buku-bukunya...dengan jari montoknya yang suka tunjuk-tunjuk gambar, mulut menyebut 'ata..ata...ata..' seolah membaca..seronok ibu tengok anak suka buku jugak :) cuma ibu ralat sikit sebab tak jumpa buku jawi yg macam ni...takpe, next time ada masa ibu pergi cari kat lain pula. Ibu harap Umairah suka baca buku sampai bila-bila...

Ini pula gambar Umairah 7 bulan, dalam flight ke Kuching, Sarawak. Punyalah saya risau takut Umairah menangis dalam flight, takut tak tahan dengan tekanan dan sakit telinga ke..rupa-rupanya tidak, senyum sengih tak kira masa...saya ikut petua ni, BF kan dia masa take off and landing tu...Insya-Allah telinga dia tak sakit sebab ada aktiviti menelan...paling tak tahan, Umairah sempat yak-yak dlm flight tu, nasib tak berbau satu kapal...

alahai anak ibu :)

Monday, May 7, 2012

Terima kasih Kim

Semalam berakhir sudah PBAKL 2012 yang berlangsung dengan jayanya. Biarpun saya hanya bekesempatan ke sana sehari sahaja dan tidak sempat membeli buku sebanyak yang dirancang, pun jua saya sudah berpuas hati.
Bersama Kak Su, Iman Xara dan Kak Manjlara ketika sesi tandatangan buka pada petang Ahad, 29 April 2012.
 Kak Su sedang mempromosi buku terbarunya Hikayat Hang Tuah. Terima kasih Kim, wakil TV9 yang sudi singgah di booth JS. Untuk gambar, terima kasih kepada penulis hebat Iman Xara. Saya cilok dr FB ni..minta halal ya. Dan terima kasih :)

Oh ya, saya juga sempat ''diterkam' dek Kim untuk dimuatkan dalam Nasi Lemak Kopi O nya...ni kes terserempak dengan kawan lama la ni..al kasihnya bermula begini...

Kebetulan booth JS duduk berhadapan dengan BPSB...dan antara Kim dan saya adalah teman sekerja sebelum Kim berhijrah ke TV9...dahulunya tempat Kim, saya yang ambil alih untuk 4 tahun sebelum sekarang ini ditukarkan ke marketing semula.

"Eh...ko buat apa kat sini?" soal Kim ketika mata kami bertentangan di saat dia lepas interview Chef Anuar (Chef Selebriti terkenal dgn juadah masakanya yang pelbagai) dan Kak Ana, penulis buku Datuk Malek Nor (kedua-dua buku ini keluaran BPSB, silalah dapatkan di pasaran ya!) Kak Ana dahulunya editor majalah Jelita dan sekarang ini rasanya editor majalah Anikah pula. Dan Kak Ana ex-boss saya juga tu. Kak Ana pernah komen cerpen saya yang pernah tersiar di dalam sebuah majalah. Dengan Kak Ana pun saya banyak belajar cara menulis juga. 

"Tak de la..saja-saja je...datang cari buku..." jawapan saya. Sebab malu nak cakap saya datang ada kerja kat JS tu. Sungguh, sampai ke hari ini saya malu nak mengaku dengan kawan-kawan yang saya menulis novel HDS tu...

Kim terus ke booth JS sebab kami nak laga-laga pipi...sekali dia tertengok novel saya atas meja siap dengan nama sekali..lantas apa lagi...

"Novel ko eh? wah buat novel tak bagitau kawan...meh...meh..kita promote sikit...nah ko pegang novel ni, aku rakam sekarang..." Kim panggil pembantu dia, Intan yang lemah lembut tu.

"Weh...aku nak cakap apa?" saya dah blur..terkejut sebab tak sangka dan sesungguhnya macam mimpi kerana tak pernah saya berangan nak masuk nasi lemak kopi o...ooooo....rancangan yang saban minggu saya tengok. Saya support rancang NLKO sebab Kim dan Kak Wan Sabariah...demo ni dua-dua kuat bekerja. Teringat masa saya baru-baru join BPSB, ada satu event kat PWTC, kak Wan dan Kak Norsiah yang hendle (skrg ni org kuat yg anjurkan big event kapal layar yang tiap tahun diadakan di Terengganu tu) masa tu kerja tengah banyak, then kak Norsiah nak stay kat Legend Hotel je sebab malam tu kami perlu packing kertas kerja utk seminar esoknya..dan Kak Norsiah ajak saya teman dia kat hotel tu...sebab saya tak prepare baju dari awal..maka Kak Wan dan Kak Norsiah lah yang hantar saya balik ke rumah untuk ambil baju. Sebenarnya banyak lagi kenangan saya dengan mereka. Paling tak lupa juga, 1st time saya naik kapal terbang pun sebab ikut mereka outstation ke Sabah dan stay kat Sutera Harbour Resort. Tulah pertama kali saya naik belon...tahun 2003 kalau tak salah masa tu join event pencarian gadis Jelita yang pemenangnya dapat kat Irma Hasmie. Sekarang ni Kak Wan org beso di TV9...saya cukup kagum dengan dia yang tetap low profile sehingga kini.      

"Cakap la pasal novel ko ni...ceritalah sinposis dia ke apa ke..dan cakaplah pasal pesta buku ni sikit..." dan bla..bla...bla...Kim ajar pada saya...hahahahaha...lawak la Kim...aku cukup terharu sebenarnya.

dan akhirnya masa siaran itu keudara pada pagi jumaat 4 May yang lepas saya sempat la tengok diri sendiri dalam TV...siap panggil seluruh ahli keluarga utk menontonnya...siap tunjuk kat Umairah lagi tu, suruh tengok ibu dia dalam TV...terkebil-kebil anak kecil tu tengok tak faham apa...hahahaah...maklum la ibu dia jakun yang amat!

Kim...tiada kata lain yang lebih hebat untuk aku katakan hanya terima kasih...terima kasih...terima kasih atas peluang yang dihulurkan...

p/s: sebelum Kim beredar sempat tu dia tunjuk baju yang dia pakai...ooo..dengki aku Kim dengan baju putih ko tu..:) maklum Kim baru pulang dari sana...paling aku dengki sebab ko siap ke rumah full house tu lagi..siap bergambar kat dek tu lagi...alahai...terima kasih kawan atas segalanya...




Friday, April 27, 2012

kita sama suka Ballack

Ben (andai ko terbaca blog aku ni ya), minta maaf le ye, aku share chat kita kat FB semalam tu kat sini, sebabnya nak mengembalikan nostalgia aku bersama ko yang sama gila bola...yang kalau bersorak kalah orang lelaki ^_^

 ~~~
Lili Norlaili ben, final chelsea vs bayern; dua2 ex team Ballack yg dah pancit :) so aku sokong dua2 :)

Ennie MinHa Fauzi Lili Norlaili hahaha bopiren lama..aku sokong Chelsea la kot Ly..memang sampai la ni takde tandingan Ballack huhuhu

Lili Norlaili betul2..sokong Ennie MinHa Fauzi..takde tandingan yg sehensome Ballack lagi kat atas padangkan...ingat tak kenangan kita dolo-dolo..sanggup berjaga mlm semata-mata nak tgk Ballack mengejar bola :)

Ennie MinHa Fauzi tau takpe..pantang nengok gambo Ballack nak gunting je...sampai tv meletop kan Lili Norlaili hehehe

Lili Norlaili hahaha..itu tak leh lupa...sampai meletup tv kan...agaknya terkejut sbb kita ralit dok tengok pakwe hensome tu :)...lepas tu tak cukup ulasan masa tgk bola...dalam kereta sambung lagi, dari umah ko ke opis, topik dia adalah ballack..ballack...heheh

Ennie MinHa Fauzi ye always si Ballack....suke tengok karisma dia as a kapten..tak main le Cristiano Ronaldo masa tu...walopun orng kata dia best and ensem..Ballack gak idaman ati hahaha

Lili Norlaili sungguh...masa tu nak cari boipren pun nak muka mcm ballack je kan...hehehehe...ala-ala bengis tu...hololala..hensome sungguh...

Ennie MinHa Fauzi iyeee....sekarang pun suka gak lagi

~~~~
 
Kita minat team yg sama, penyokong fanatik Jerman juga...dan Ballack adalah pujaan hati kita masa tu...pendek kata semua Ballack, Ballack..kronik kan..dan pernah kita plan nak pergi ke Chelsea semata-mata nak jumpa Ballack...cewah! macam Ballack nak layan..hahahaha...kuat kita berangan masa tu, kan?

Kalau nak flashback memori kita, tentunya banyak kan...amat manis sekali. Dan kenangan itu sentiasa hidup dalam ingatan aku kerana ko salah seorang sahabat yang aku sayang. Insya-Allah sampai bila-bila dan semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat...

Wednesday, April 25, 2012

Penangan PBAKL

Konon nak buat senarai buku yang nak dibeli masa PBAKL nanti...bersungguhlah tanya pakcik serba tau ni...salin-salin-salin...lepas tu kira harga, campur tolak...mak ai, PENGSAN!

Tu belum lagi buku yang tersepak depan mata. Adoilaaaaaaa....bantulah saya dalam membuat keputusan yang terbaik. Jangan banyak yang tersepak sudah le...menangis tak berlagu karang si anak, pasal duit susu pun ibu buat pulun beli buku....

Setiap kali datangnya PBAKL, macamlah ni rupa saya, belum apa-apa dah gelabah nak kutip buku di rak. Hehehehe (senyum sumbing buat ayah Umairah, minta bajet lebih nak beli buku anak) kalau sebelum-belum ni, buku saya je, tapi tahun ni, geng baru saya dah ada. Pun dia suka buku juga tu. Walau umur baru nak masuk 10 bulan, ke main lagi seronok apabila dapat buku. Buktinya, dah berapa buah buku saya yang sudah tercabut kulitnya...paling dia suka, buku sekolah Che Su dia la...

Malam tadi dah plan...plan...plan...nak drive sendiri ke? nanti nak parking kat Hentian Putra tu, pastu teman serumah mcm offer diri nak tolong hantarkan...mana satu yang baik ya? kalau pergi sendiri boleh berlama-lama, boleh tawaf 7 pusingan (ni sure ayah terus nak jadi driver, sbb takut ibu balik lambat...lupa anak suami kat rumah)...

Alahai...PBAKL hari jumaat mula, namun sekarang saya dah tak senang duduk!

Monday, April 23, 2012

PBAKL 2012 - Buku Tanpa Sempadan

Assalamualaikum wbt.

Saya nak 'tepek' di sini jadual kehadiran penulis-penulis Jemari Seni ke Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada Jumaat ini, 27 April - 6 Mei 2012 bertempat di PWTC....ala tempat biasa seperti tahun-tahun lepas tu...semestinya pesta yang paling saya dan semua orang nanti-nantikan!

Insya-Allah saya juga akan berada di sana di samping penulis-penulis otai...jadi sudi-sudikan mengunjungi gerai jualan Jemari Seni kerana banyak novel-novel baharu sedang menanti pembaca/penggemar novel sekalian....

Sudah tentu....sebagai penggemar buku, saya amat teruja setiap kali datangnya bulan pesta ini...dan untuk tahun ini juga, saya tidak lagi bertugas di gerai BPSB seperti tahun-tahun lepas dek kerana sudah berpindah bahagian...sedikit sedih ya sebab tidak lagi berkesempatan berjumpa dengan pembaca-pembaca setia naskah Anjung Seri, Jelita, Malaysian Business, Madam Chair dan pastinya pengemar buku komik Datuk Lat...

Dan buat pertama kali juga di PBKL, saya turut serta berada di gerai Jemari Seni...sebenarnya berguni-guni perasaan malu saya untuk bersama otai-otai JS di sana, 'segan bercampur silu'...tetapi apabila memikirkan itu adalah tanda mahu memberikan sokongan, saya 'sorokkan' seketika perasaan malu itu...jadi, sudi-sudikan hadir beramai-ramai memeriahkan pesta setahun sekali itu...

Oppsss...tak boleh lah nak tepek...dan oleh kerana saya tak 'reti'/pandai nak tepekkan jadual PDF daripada JS tu maka saya taiplah ya di sini...(saya buta IT sebenarnya!, malu lagi ):)

Jumaat, 27 April 2012

(11 pagi - 3 petang)
- Noor Suraya
- Nirrosette
- Nisyah

Sabtu, 28 April 2012
(10 pagi - 2 petang)
- Fatihah Pauzihal
- Iman Xara
- Nasz

(2 petang - 6 petang)
- Syud
- Pingu Toha
- Ika Madera


Ahad, 29 April 2012
(10 pagi - 2 petang)
- Ika Madera
- Nazurah Aishah
- Manjlara

(2 petang - 6 petang)
- Lili Norlaili
- Zulina
- Noor Suraya

Selasa, 1 Mei 2012
(10 pagi - 2 petang)
- Eva Hana
- Adileah
- Nisyah

(2 petang - 6 petang)
- Szalies
- Iman Xara
- Diya Nordin

Jumaat, 4 Mei 2012
(11 pagi - 3 petang)
- Nasz
- Iman Xara
- Khairyn Othman

Sabtu, 5 Mei 2012
(10 pagi -2 petang)
- Ruby Hazri
- Ijazati Habib
- Hafizah Iszahanid


(2 petang - 6 petang)
- Ayu Haswida
- Nirrosette
- Adileah

Ahad, 6 Mei 2012
(10 pagi - 2 petang)
- Aishah Madadiy
- Pingu Toha
- Ruby Hazri

(2 petang - 6 petang)
- Aishah Madadiy
- Ijazati Habib
- Imaen

:) harapnya saya tak tersalah taip la ya...kalau ada salah, minta maaf berbanyak ya, mungkin saya tak menyedari di mana kesalahan itu... Dan, Insya-Allah, kita jumpa di sana dan selamat memborong buku...buku tanpa sempadan. 

Nota kaki:
~ ~ ~ tahun lepas ada seorang kakak ni, pergi book fair bawa luggage bag yang paling besar tu, seperti nak pergi oversea sebulan...seronok tengok dia shopping buku, kutip-kutip je di rak, bil keluar beratus, buka punch bag keluarkan duit RM100 berkepuk-kepuk...terus saya nak pengasannnnn...dan berangan nak macam dia juga...seronok kan? ~ ~ ~



Tuesday, April 10, 2012

Alahai Umairah...punah mimpi ibu!

Wah bestnya!...saya berkejar, mengejar bas dari depan hotel lagi...mahu mengambil bas untuk ke KBS. Mana tahu, rezeki saya baik, dapat berjumpa dengan artis-artis yang comel dan segak-segak itu yang selama ini saya hanya melihatnya di kaca TV.

Sedang saya berlari-lari mengejar bas, tiba-tiba terasa dahi sakit. Aduh...aduh...

dan...........

terus saya celik mata....rupa-rupanya...Umairah sedang mengetuk dahi saya dengan botol susunya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk....

huaaaaaa....punah mimpi ibu! kacau daun sungguhlah Umairah ni.

Kejadian: 10 pm, 10/4/12
Tempat kejadian: Hall rumahku syurgaku
Punca kejadian: Sebab ibu tertidur dahulu sebelum anak, padahal masa tu niatnya hanya nak tidurkan si kecil sahaja...
Maksud tersirat: Semoga teman serumah terbuka hati nak belanja saya ke Korea....hahahahahaha...