Friday, July 6, 2012

Setahun sudah Umairah Ya Maryam


Semalam 5 July, genap setahun Umairah Ya Maryam lahir ke dunia nan indah ini…pagi semalam saya celik mata pepagi buta tu dia dah tersengih pada saya…walaaaaa…anak terjaga dulu dari ibu…episen la anak ibu tomei tu…

Tengok senyuman manis dia, terus saya nyanyi happy besday kat dia…walllaaaa lagi…macam dia faham-faham..terus mengekek-ngekek, siap nak kiss saya lagi tu J…manislah bau Umairah pepagi buta tu walau ada susu semememeh di pipi…ayah dia buat dakkkk je, agaknya malas nak layan bini dia menyumbingkan suara pepagi buta.

Bawa turun bawah, bagi kat tokbah dia…apa lagi, dah cucu tokbah tokma sayang kan…
bagaikan puteri kayangan turun ke bumi la sambutannyaaaa…

Alhamdullilah…setahun sudah saya membesarkan Umairah dengan begitu mudah sekali. Umairah anak yang baik, jarang sakit dan tak pernah meragam…kerja dia ketawa dan tersengeh sahaja…yang penting kuat makan…memang bab makan, dia ikut ibu dia…orang pertama duduk di kerusi, dan orang terakhir bangun…alasan…sebab kerja bandaraya kan, so kena la betul-betul licin semua pinggang mangkuk sebelum dibasuh….wallllaaa….(mastura + sasa mesti ketawa ni)….

Pendek kata Umairah memang penyeri hidup kami…anak sedara kesayangan Che Su dia, ayah ngah dia, che wa dia dan che long dia…walllaaaa…untung ko Umairah, ramai orang sayang….jadi ibu umairah nak mintalah sponser baju raya sorang sepasang…boleh?

Cukup setahun ni Umairah dah pandai bertatih…jatuh bangun, terlentang, tersungkur tu perkara biasalah…kalau kita tegur atau terkejut masa dia jatuh, dia akan menangis melalak tak ingat dunia…tapi kalau kita buat tak tahu je, bagi dia bangun sendiri, dia akan tersengih…wallaaaa…anak ibu ni, peelnya memacam.

So here are some her development n alhamdulillah she's a healthy girl! Umairah memang tak la lasak sangat, almaklum anak perempuan kan…mungkin sebab sehari-hari dia duduk dengan che su dia yang kerjanya berkepit dengan buku sahaja…jadi mudah nak handle dia, campak buku dan pen, diamlah dia di situ…setakat tokma nak masak tu lepas la lagi…perkataan pertama dia pandai sebut abah (tokbah) dan lepas tu ayah (sama ada ayah dia @ ayah ngah dia)…ibu n tokma pula sampai sekarang tak pandai sebut lagi…kesian kami yang ibu2 ni…

Umairah dah pandai pegang pen macam kita…ni berkat ajaran tokbah dia…skrg ni kalau bagi buku, dia mesti cari pen…so maknanya dia dah boleh faham, buku regunya pen. Dia dah boleh bezakan mana remote TV dan astro…dia pandai membezakan hari apa ibu cuti hari apa ayah cuti..sebab pantang kalau hari kami berdua ada dirumah, dia akan meragam sepanjang hari selagi kami tak bawak dia pergi jejalan…dan bila naik kereta je nak bawak dia berjalan..masa tu lah dia akan senyum menggoda kat ayah dia…agaknya nak ucapkan terima kasih kut sebab bawak dia naik kereta….

Kalau nak tulis pasal Umairah memang tak habislah…banyak je nak taip tapi….(minta ampun ya kalau ada yg terbaca, bukan nak riak ni…just nak tulis kenangan saya bersama anak kesayangan je…) ampun…

Happy birthday Umairah Ya Maryam bt Shahrul Hakimi….ibu doakan anak ibu menjadi umat Muhammad yang beriman kepada Allah, yang taat kepada ibu bapa, yang menyayangi semua orang, yang indah budi perkerti, yang tabah jiwanya, yang cemerlang mental dan fizikalnya dan Umairah jadilah anak yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara bilamana besar nanti ya…Insya-Allah…doa ibu sentiasa mengiringimu….

…..sesungguhnya rasa sayang itu tak terbendung….

Wednesday, June 27, 2012

tempat ku mula mengenal huruf

Mahu menggamit kenangan sebentar. Gambar sekolah rendah saya dahulunya. Tak ingat dah tahun berapa saya masuk darjah 1 kat Sek Keb Kolam ni...malas nak kira! hehehe..padahal takut org tahu umur ya dak? 


Memandangkan sudah berbelas ke dah berpuluh tahun saya tinggalkan sekolah ni, maka saya tak dapat nak ingat ni bahagian mana. Sebab seingat memori saya yang seciput ni, dataran tempat perhimpuan dahulu mengadap bangunan yang separuh daripadanya berdinding kayu. Dan saya agak, sejak sekian lama bangunan itu sudah digantikan dengan bangunan ini, agaknyalah!


Dua bangunan yang atas dan bawah ini lagilah yang paling baharu. Siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun lalu. Sebab masa balik kampung, saya lalu kawasan sekolah ini, bangunan ini sudah tersergam. (nampak sangat saya dah jarang melalui kawasan sekolah ini).


Tapak bangunan baru ini dahulunya padang bola dan sebelahnya padang bola jaring (kalau tak salah saya la). Tempat kami semua bersukan. Sekarang ni sudah dibangunkan bangunan, dan tang mana lagi padangnya untuk adik-adik bersukan ek? tertanya jugak...  





Yang ini pula surau. Surau ni didirikan masa saya bersekolah lagi di situ. Dan tengok tangganya, macam mengembalikan nostalgia pula sebab dahulunya kat situlah saya dan kawan-kawan rajin lepak waktu latihan rumah sukan. Suka pergi togak minum air paip, tadah dengan tangan. Dan minum dengan rakusnya...hehehehe

Saya bersekolah kat SK Kolam ni sampai darjah 5 saja, sebab nak masuk darjah 6 saya bertukar ke SK Gong Garu, Pasir Puteh pula.


Imbau kembali kenangan dahulu-kala, terasa manisnya zaman kanak-kanak itu....pergi sekolah jalan kaki ramai-ramai...dengan pikul beg berat lagi...dan kalau kebetulan pok leh datang jemput anaknya Kalsum, di ajaknya saya tumpang sekali. Lantas apa lagi, dengan hati yang menggebu-gebu saya terus panjat beca dia...naik beca tayar tiga...

Paling kelakar dan ingat sampai kini bila jadi penumpang basikal. Masa tu membonceng basikal, Kak ti yang jadi penunggang. Bayangkan masa tu saya memang dah terlebih besar daripada dia. Jadi bayangkan apabila pembonceng lebih besar daripada penunggang, dengan dua beg sekolah yang berat. Maka tayar basikal yang kat depan tu sering kali nak terangkat...jadi setiap kali nak mula naik basikal, takutnya saya sebab takut jatuh berselerak dua beradik ni...tapi sungguhlah...dan kononlah kan, sebab dia kakak, dia nak jugak jadi penunggang dan saya sekadar jadi pemboncengnya saya padahal saya lagi kuat daripada dia....hahaha...buktinya, apabila kami bergaduh masa kecil-kecil dahulu, kak ti sering menangis aka mengalah dengan saya...yang saya pula, mentang-mentang bersaiz besar masa tu, sedap tangan kaki je melepuk dia. Sungguh kakak saya tu tak pandai melawan sampai kesudahnya....maka apa lagi, jadi rajalah saya!

itulah kenangan dahulu...yang tetap tumbuh mekar dalam jiwa saya....

Monday, June 18, 2012

Singgah merapu sebentar

Sedang dilanda kesibukan menguruskan sesuatu. Jadi masa untuk berkhayal tu sangat terhad. Sambungan kisah cinta yang sedang ditulis, pun sudah hampir sebulan tidak bersentuh. Idea pun dah hilang entah ke mana sebab masa kisah itu datang bagai air sungai, saya tidak mencatit di mana-mana ruang. Jadi, kesudahan selepas dibiarkan terawang-awang sendirian, akhirnya dia pergi meninggalkan saya yang seperti tidak menghargai dia. Maka, jadilah cerita itu bergantung begitu saja disebabkan masa dan keadaan yang amat terhad. - pandai saya salahkan masa - padahal diri sendiri yang tak pandai menguruskan ruang masa yang doplohmpatjam tu -

Hmm...tidak banyak yang mahu dicatit di sini setakat ini. Cumanya saya berharap apa yang sedang saya usahakan ini berjaya menjadi milik saya secara rasminya dalam masa tak sampai sebulan lagi. Insya-Allah dan sungguh saya tak sabar :) Laluan yang Allah bukakan sungguh mudah dan semua prosedur berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Tuhan yang Maha pengasih dan penyanyang.

Dalam sedar tak sedar, saban tahun saya dapat rezeki yang besar-besar. Alhamdullilah sangat kan, rezeki yang Allah berikan untuk kami sekeluarga. Jadi...peringatan untuk diri sendiri dan teman serumah, jangan lupa untuk bersedekah juga...dalam kemurahan rezeki yang kita dapat, di dalam itu ada terselit hak milik orang lain juga :) 

Friday, June 8, 2012

Cepat sihat nak

Hari ni bersiaran secara langsung dari hospital Colombia, Bandar Puteri Puchong. Umairah Ya Maryam yang demam sejak jumaat lepas, dan alih-alih semalam warded. Ni dia sedang tidur berpelukan dgn ayah kesayangan dia tu, jadi ibu dia pun ambik peluang nak updated blog ni ha...

Semalam masa doc suruh warded, saya dah tahu dah...mesti kena ucuk sana cucuk sini. Rasa tak sampai hati nak biarkan dia dicucuk...tapi bila fikirkan bagus untuk dia cepat sembuh, saya setuju jugak. Maka, nurse ambil dia masuk dlm bilik, tak lama lepas tu dah dengar suara dia menangis tak ingat donia...huhuhuu....

Lepas tu nurse buka pintu saya pun masuk tengok, nak dua-dua tangan berbalut...

Tuesday, June 5, 2012

Singgah sebentar

Lama juga menyepi sebab sibuk dengan pelbagai urusan. Emeil dan FB pun tak berjengak. Hp lagi la, terlupa terus duduk tersepuk dalam handbag. Saya macam terputus sekejab dgn dunia telekomunikasi sebab asyik usung Umairah siang malam sejak jumaat lagi.

Kesian Umairah yang demam, batuk dan selsema sampai ke hari ni. Malam-malam tak boleh nak tidur, asyik merengek je. Sungguh kesian tengok dia. Sekarang ni susu pun dia tak mahu. Nasib baik dia masih nak makan walau sikit. Lega juga.

Semalam saya mc lagi buat sekian kali. Tahun ni baru masuk bulan 6, saya dah 4 hari MC. catat sejarah tersendiri. sebab masa mengandung tahun lepas pun tidak selebat tahun ini ambil mc. Takpe la, itu maknanya kita bukan selalu sihatkan. Semalam sakit kepala, sebabnya dah 2 malam berjaga malam kala si kecil tu merengek dan nak bf sepanjang masa. Letih juga tapi sebab anak semua tu saya lalui dengan hati yang tetap gembira.

Hari ni, walau tubuh di pejabat tapi minda tertinggal di rumah. Terkenangkan Umairah yang tak mahu menyusu botol. Tok ma bagi botol susu, dia minum sedikit lantas dicampaknya botol tu. Tanda protes tentunya. Aik..dah pandai protes ya nak. Ni mesti marah dengan ibu dia yang tinggalkan dia walau pun dia masih demam. Minta maaf la nak, ibu kena kerja...nanti nak beli baju baru untuk umiarah kan...

Dah kesuntukan masa, tak boleh nak berceloteh panjang...jadi, doakan Umairah cepat sihat dan kembali ceria seperti selalunya...nanti kita pergi jalan lagi, kali ni naik feri pulak...Insya-Allah...

Friday, May 25, 2012

7 kalimah sentiasa di hati

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang indah dan permai ini.

Saya adalah salah seorang peminat Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood. Sering mengikuti rancangan Semanis Kurma di TV9. Suka dengan cara ustazah dan ustaz berbicara tentang topik yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Banyak yang kita boleh ambil iktibar dan jadikan panduan dengan pengalaman para jemputannya.

Saya juga mengikuti pekermbangan ustazah melalui FB...setiap kali ustazah post sesuatu di wall...saya teruja membacanya walau tak pernah sekalipun tinggalkan jejak di situ. Saya baca dan kadang-kadang saya save kan dalam saya punya personal folder.

Setiap petang pula, semasa dalam perjalanan balik kerja, kami dengar Suria FM. Kat situ pun ada juga. Slot Semanis Suria. Jadi boleh dikatakan, hari-hari jugaklah saya mendengar suara ustazah yang lembut itu.

Hari ni saya terasa manisnya kalau saya dapat tampalkan di sini post terbaru dari Ustazah di wall FB beliau. Untuk peringatan saya dan kita semua...yang terbaca blog ni. 


7 kalimah yang perlu diucap dan dihafal.

Sesiapa yg mengamalkan dan menghafal 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat serta diampunkan dosanya.

1. Membaca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucapkan Alhamdulillah,setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucapkan Astaghfirullahhal Azim ketika tersalah.

4. Menyebut Insyallah, jika ingin melakukan sesuatu di masa hadapan.

5. Mengucapkan Lahaulawala guwata billah, apabila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.

6. Mengucapkan Inna Lillah hi Wa Inna Ilaihi Rajiuunn, jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Membaca Laa Ilaa Ha il lalloh sepanjang masa siang & malam.

Amalkan. Insya-Allah, tergolong dikalangan insan yang hebat. Aamiin

Nota: Minta dihalalkan ilmu yang saya copy & paste ke sini.  

 

Monday, May 21, 2012

Umairah dgn Che Su dia

Minggu sudah tak sempat langsung nak menjengah di sini. Wabak demam yang melanda seluruh isi rumah menyebabkan saya sedikit huru hara. Dengan selsema, hingus, batuk semua ada. Dan si kecil tu pula, kalau malam je panas badan.






Tak ada apa nak update...jadi sebelum sign out, k tepet gambar anak kesayangan ini. Gambar dua sebulan lepas masa saya bawa dia ke pejabat pada hari sabtu. Masa tu ada masalah sedikit dengan material yang saya summit ke printer, dan printer tak terima. Jadi, saya kena datang ke pejabat nak settlekan benda alah tu....dan bawalah Umairah sekali...balik tu singgah rumah Che Long dia kat Pantai Dalam...seronok dia...